Wednesday 31 August 2016

Lintasan Jet Pejuang Tentera Udara DiRaja Malaysia Pada Hari Kemerdekaan 59 Tahun.



Lintasan Jet Pejuang Tentera Udara DiRaja Malaysia & Pengangkutan Udara Pada Hari Kemerdekaan 59 Tahun Pada 31 Ogos 2016.





Setiap tahun kerajaan Malaysia memperuntukkan wang yang besar untuk menjayakan sambutan hari Kemerdekaan tanahair. Seluruh agensi kerajaan bergabung untuk meraikan upacara ini dengan sebaik mungkin dan meriah. Bertujuan untuk memberi gambaran kepada seluruh rakyaat Malaysia makna merasa nikmat hidup dalam keadaan bebas dan merdeka.









Saya secara peribadi tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan upacara ini setiap tahun , terutama lintasan pesawat udara kerana bukan mudah untuk melihatnya setiap hari apatah lagi secara percuma. Persawat-pesawat milik negara yang terkini dan berharga ratusan juta ringgit di pertontonkan serta dikendalikan oleh ramai tenaga pakar tempatan dalam bidang masing-masing.











Bukan sahaja dengan kecekapan juruterbang pesawat diperlukan tetapi ia merangkumi tenaga pakar dalam menguruskan laluan trafik udara, kawalan radar dan disiplin tinggi pegawai bertugas amat diperlukan untuk menjayakan upacara ini. Selain itu peruntukan minyak  yang banyak diperlukan untuk semua pesawat yang menyertai upacara ini.




Pada pekiraan saya sudah tentu menelan jutaan ringgit untuk menjayakan program sambutan ini.  Rugilah kepada sesiapa yang tidak tahu menilai kehebatan pertunjukan ini yang dipersembahkan secara percuma dan pertunjukan itu dijayakan dengan persembahan yang cukup bermutu tinggi .






Pada hari-hari biasa pesawat-pesawat udara yang dipamerkan ini hanya akan disimpan serta selanggarakan didalam hangar keselamatan Angkatan Tentera Malaysia. Ianya hanya akan digunakan ketika mempertahankan kedaulatan negara atau berlaku peristiwa yang memaksa dan mendesak sahaja.








Bukan calang-calang orang yang dipilih oleh pihak  kerajaan untuk mengendalikan pesawat-pesawat seperti ini. Bagaimana agaknya merasa menaiki Jet tempur yang mempunyai kelajuan melebihi bunyi. Oleh kerana peluang untuk  menaikinya sangat tipis, makanya  saya sejak dari muda sehingga sekarang berpeluang dapat melihat dan mendengar deruman bunyi enjinnya pada tiap-tiap tahun jadilah.  




Menjadi kepuasan untuk saya mendengar bunyi deruman gegak gempita enjin pesawat tempur milik Angkatan Tentera Malaysia  yang dikendalikan oleh juruterbang yang berkemahiran tinggi dan sangat terlatih. Pesawat melebihi kelajuan bunyi dikawal dengan cekap, dimana tidak ada ruang langsung pada melakukan kesilapan atau terlupa.

















Sebagai orang awam pastinya merasa megah serta berbangga dengan kecekapan dan kemahiran yang dimiliki oleh semua kakitangan yang terlibat. Kesempatan ini ingin saya ucapkan  ribuan terima kasih  kepada kerajaan Malaysia kerana telah memperuntukan kos yang tinggi pada tiap-tiap tahun demi menjayakan  upacara sambutan hari Kemerdekaan sehebat ini. Pertunjukan yang hebat itu pula dipersembahkan  secara percuma . Wasalam.

Thursday 25 August 2016

Pemerhatian Burung Cericap Tembakau-jawa~Prinia rufescens


Menjalankan Dua Tugas Dalam Satu Masa.

Pada bulan Ogos tahun 2016 ini, Burung Cericap Tembakau-jawa~Prinia rufescens dilihat sedang terbang terlompat-lompat serta terjengok-jengok dicelah daun-daun. Seperti mencari sesuatu didalam rimbunan tumbuhan, kemudian ia keluar dengan hujung paruhnya terbalut gumpalan seperti kapas, bukannya serangga. Tanda-tanda seperti itu memberi bukti yang boleh dipercayai bahawa spesies burung ini sedang membuat sarang, bermakna proses pembiakan sedang bermula. 



Bahan yang dibawa ini akan digunakan untuk digabungkan dengan sebahagian daripada bahan binaan sarang yang lain. Gumpalan tumbuhan seperti kapas yang diperolehi daripada sejenis tumbuhan yang tidak dikenal pasti itu akan dijadikan lapik empuk didalam mangkuk sarang atau sebagai tampalan pada daun  yang berlubang kesan tebukan paruh burung.



Saya mengekori burung ini dari jarak yang tidak menimbulkan rasa bimbang kepadanya, dengan niat untuk mengetahui dimana lokasi ia bersarang. Burung melompat-lompat terbang sambil berkicau-kicau membawa saya ke arah kawasan rimbunan pokok renek yang tumbuh  meliar dibahagian cerun bukit.



Puas mata  memerhatikan lokasi sarang disekitar kawasan itu, namun   gagal menemukannya. Boleh jadi sarangnya dibina dengan berkonsepkan penyamaran pada alam sekeliling. Apa yang pasti lokasi  sarang itu tersembunyi dari permandangan musuh berada didalam rimbunan tumbuhan renik. 

 

Sehingga ke hari ini saya tidak pernah melihat dengan mata kepala akan bentuk sarang burung Cericap Tembakau-jawa~Prinia rufescens ini. Namun begitu, hasil pembacaan laporan pemerhatian  rakan memburung saya, Dato' Amar Singh , ia membina sarangnya dengan keadaan bentuk yang tergantung. 



Dimana sarangnya itu dicantum dengan dua helai daun tumbuhan, menjadi bentuk seperti kantong atau poket yang terkatup. Dua helai daun yang tumbuh berhampiran sebelah menyebelah, dipilih untuk dicantumkan dengan kaedah tebuk dengan jahitan-jahitan  menggunakan lembaran tumbuhan halus seperti benang yang kering.




Berdasarkan pengalaman pemerhatian sarang , kaedah membina sarang seperti ini, adalah hampir sama dengan cara pembinaan sarang dari keluarga spesies burung Perincit dan keluarga burung Kelicap Madu, tetapi mempunyai sedikit perbezaan.





Didalam kantung itu pula, ia menyusun serta menganyam rumput-rumput kering yang halus dan  diselang selikan dengan gumpalan sarang labah-labah, menjadi bentuk mangkuk kecil yang empuk. Sarang yang telah siap itu diselaputi dengan daun   dalam keadaan yang tergantung. Ia sukar sekali dapat dilihat dengan mata kasar kerana anyaman sarang berbentuk mangkuk  telah disampul oleh cantuman dua helai daun.


Kelihatan 2 ekor anak burung yang mengekori burung dewasa, sudah mempunyai kebolehan untuk memilih dan menangkap diet makanannya sendiri.

Sarang hasil cantuman dua helai daun itu juga adalah sebagai pelindung pertahanan dari suhu , cuaca panas dan hujan selain daripada penyamaran kepada musuh-musuh. Pengalaman yang lalu mendapati burung menghasilkan 2 biji telor pada musim membiak. Cadangan ini disokong, hasil dari penemuan beberapa kali 2 ekor anak burung yang mengekori induknya pada satu-satu masa.




Semasa pemerhatian dilakukan burung dewasa kelihatan tercari-cari sesuatu didalam rimbunan tumbuhan sambil berkicau-kicau tanpa henti. Bunyi kicauan berdecip-decip itu sebenarnya sebagai isyarat penunjuk arah kepada anak-anak burung remaja supaya mengekorinya daripada belakang.




Kelakuan spesies ini bergerak dicelah-celah dibawah rimbunan tumbuhan, hanya ketedengaran bunyi decitan kicauannya sahaja. Sesekali ia akan bertenggek diatas ranting yang tinggi sambil berkicau-kicau dan mereka bergerak dalam satu kumpulan antara 4 ke 5 ekor burung.



Jikalau kita berhasrat menghampiri  anak-anak burung yang masih belum kuat terbang yang tidak pandai menyelamatkan dirinya, lazimnya burung dewasa akan datang menghampiri kita untuk menarik perhatian kita, sebagai usahanya untuk mengalih tumpuan kepada anak-anaknya. 


Anak burung ingin bertukar lokasi, bertenggek sejenak dikawasan terbuka, sebelum masuk kembali kedalam reba-reba tumbuhan.
Seolah-olah seperti seekor burung yang jinak  dengan membiarkan dirinya dihampiri pada jarak yang agak dekat sebelum ia melompat-lompat terbang membawa kita kearah jauh dari anak-anaknya. Setelah dirasakan anak-anaknya berada dalam setuasi yang selamat, ia akan bingkas melompat terbang jauh atau masuk kedalam rimbunan tumbuh-tumbuhan.


Semasa pemerhatian dilakukan saya mendapati 2 ekor burung remaja yang sedang mengekori burung dewasa dari bawah celah-celah tumbuhan. Bukti keremajaan anak-anak burung jelas kelihatan  pada warna paruhnya yang masih berwarna kekuning-kuningan . Saya mencadangkan usianya dalam lingkungan 5 hingga ke 6 bulan. 


Kelihatan burung dewasa membawa ulat-ulat daun dan serangga kecil menyuap masuk kedalam mulut burung remaja yang sedang mengnganga luas-luas paruhnya. Ketika menunggu burung dewasa menyuapkan makanannya itu, ia mengembang dan menggigil-gigilkan kedua pelepah sayapnya. Proses seperti itu berlangsung sehinggalah anak-anak burung kenyang.


Dengan bukti pemerhatian ini telah menunjukan , burung-burung remaja spesies Cericap Tembakau-jawa~Prinia rufescens tidak berupaya mencari makanannya sendiri. Pada ketika usianya itu,  burung remaja sedang belajar  memilih jenis makanan yang sesuai daripada burung dewasa. 



Burung dewasa berselang-seli melakukan tanggungjawabnya mencari makanan untuk diri dan anak-anaknya. Dalam waktu yang sama ia juga mencari bahan-bahan untuk membina sarang demi kelangsungan spesiesnya. Ini bermakna proses pembiakan boleh berlaku pada ketika usia anak-anak burung masih mengharapkan makanan yang dicari oleh burung dewasa.


Burung dewasa kelihatan kepenatan dan mengambil masa untuk berehat setelah penat melakukan 2 kerja dalam waktu yang sama.


 




Tidak hairanlah, kehadiran burung  Cericap Tembakau-jawa~Prinia rufescens dapat dilihat dimerata-rata tempat, samada di kawasan kebun, ladang, hutan yang dibalak, pinggir hutan dara, kawasan taman perumahan dan kampong-kampong. Keadaan ini ditambah pula dengan sifat mudah menyesuaikan kehidupan dimerata-rata habitat disamping mempunyai sifat kecerdikkan semulajadi.




Dengan bukti-bukti  pemerhatian ini, saya mencadangkan taburan  spesies burung Cericap Tembakau-jawa~Prinia rufescens tidak nampak kekurangan bilangannya dari masa kesemasa, atas faktor kekerapan ia membiak secara tidak mengikut musim dan ia berlaku sepanjang masa sangat mempengaruhi taburan bilangannya.


Masih banyak maklumat yang belum diketahui tentang proses pembiakan burung Cericap Tembakau-jawa~Prinia rufescens ini. Seperti berapa lamakah jangkamasa membina sarang, adakah burung jantan dan betina bekerjasama membina sarang, proses bertelor, mengeram dan menetas. Tempoh anak-anak burung berupaya terbang keluar dari sarang.  Harap dimasa akan datang saya diberi kesempatan melihat semua proses yang dinyatakan itu. Wasalam.

Thursday 4 August 2016

Siri Bangunan Ibadat Bersejarah~ Masjid Lama Menyembah Bumi.


Masjid Roboh

Di Negeri Pahang banyak bangunan ibadat lama yang tidak dijaga oleh ahli khariahnya. tidak tahu kenapa umat Islam Melayu Pahang tidak menitik beratkan soal sejarah silam penempatan awal orang-orang Melayu Islam dinegeri itu. Apabila pihak kerajaan negeri membina Masjid baharu, Masjid lama ditinggalkan begitu sahaja sehingga roboh. Sedangkan disitulah letaknya khazanah sejarah seni binaan asal orang-orang tempatan.




Diperingkat ini keadaan bangunan telah begitu nazak hanya menunggu Masjid Lama ini roboh menyembah bumi. Untuk menyelamatkannya memerlukan suatu perasaan kesayangan yang mendalam, modal yang banyak dan tenaga yang memenatkan.





Saya tidak fikir perkara itu akan berlaku, memandangkan masyarakat masa kini lebih mengutamakan perkara yang bersifat keuntungan dan keselesaan peribadi. Oleh yang demikian tidak usahlah membuat apa-apa, biarkan lah sahaja hal-hal sejarah yang dianggap remeh temeh ini lenyap begitu sahaja.



Sejarah kegemilangan lampau, bukannya boleh membantu kita menjadikan kaya raya dan mahsyur. Keadaan ini akan menjadi sangat berbeza jikalau Bangunan Ibadat ini dimiliki oleh masyarakat dari kalangan ugama lain. Bangunan yang sekangkang kera akan dipertahankan bersungguh-sungguh oleh kesatuan hati masyarakat mereka sehingga hari kiamat.




Dengan bukti nyata yang berlaku secara berulang-ulang kali sepanjang masa, maka gelaran yang layak pada masyarakat kita adalah masyarakat Melayu Islam disini tidak pandai menjaga Masjid. Tidak kira masjid itu Masjid Baharu atau Masjid Lama. Statusnya, ia tetap bangunan Masjid, dan Masjid itu adalah Rumah Milik Allah.



Akuilah bahawa kita hanyalah satu bangsa yang muda dan masih mentah untuk menilai dan menghargai sejarah silam. Bangsa kita tidak akan mengerti  apa pentingnya sejarah silam. Perumpaman yang tepat adalah dalam sukan Bolasepak, bandingan antara Pasukan Jepun dengan Pasukan Malaysia. Gerak kerja kita tidak sama dengan gerak kerja mereka yang telah berjaya. Segunung nasihatlah kita beri , tidak akan diikutinya malah bersiap sedia sahaja akan ditempalaknya kepada kita.



Untuk menjadi maju yang hakiki, kita haruslah berlapang dada untuk meniru cara-cara kejayaan budaya bangsa yang lebih tua daripada kita. Meniru kepada jalan kebaikan adalah dituntut selagi tidak melanggar segala perintah yang ditetapkan.






















Nanti janganlah kita  terlalu emosi dan marah, bilamana masyarakat lain atau orang luar mengejek , mengajuk-gajuk dan mempersendakan kita yang kita ini tidak tahu menjaga Rumah Allah. Walhal memang kita tidak ada permaufakatan dan kesanggupan bersatu hati untuk bekorban menjaga Rumah Milik ALLAH. Syabas dan Tahniah. Hip hip Horey. Wasalam.