Wednesday 31 August 2016

Lintasan Jet Pejuang Tentera Udara DiRaja Malaysia Pada Hari Kemerdekaan 59 Tahun.



Lintasan Jet Pejuang Tentera Udara DiRaja Malaysia & Pengangkutan Udara Pada Hari Kemerdekaan 59 Tahun Pada 31 Ogos 2016.





Setiap tahun kerajaan Malaysia memperuntukkan wang yang besar untuk menjayakan sambutan hari Kemerdekaan tanahair. Seluruh agensi kerajaan bergabung untuk meraikan upacara ini dengan sebaik mungkin dan meriah. Bertujuan untuk memberi gambaran kepada seluruh rakyaat Malaysia makna merasa nikmat hidup dalam keadaan bebas dan merdeka.









Saya secara peribadi tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan upacara ini setiap tahun , terutama lintasan pesawat udara kerana bukan mudah untuk melihatnya setiap hari apatah lagi secara percuma. Persawat-pesawat milik negara yang terkini dan berharga ratusan juta ringgit di pertontonkan serta dikendalikan oleh ramai tenaga pakar tempatan dalam bidang masing-masing.











Bukan sahaja dengan kecekapan juruterbang pesawat diperlukan tetapi ia merangkumi tenaga pakar dalam menguruskan laluan trafik udara, kawalan radar dan disiplin tinggi pegawai bertugas amat diperlukan untuk menjayakan upacara ini. Selain itu peruntukan minyak  yang banyak diperlukan untuk semua pesawat yang menyertai upacara ini.




Pada pekiraan saya sudah tentu menelan jutaan ringgit untuk menjayakan program sambutan ini.  Rugilah kepada sesiapa yang tidak tahu menilai kehebatan pertunjukan ini yang dipersembahkan secara percuma dan pertunjukan itu dijayakan dengan persembahan yang cukup bermutu tinggi .






Pada hari-hari biasa pesawat-pesawat udara yang dipamerkan ini hanya akan disimpan serta selanggarakan didalam hangar keselamatan Angkatan Tentera Malaysia. Ianya hanya akan digunakan ketika mempertahankan kedaulatan negara atau berlaku peristiwa yang memaksa dan mendesak sahaja.








Bukan calang-calang orang yang dipilih oleh pihak  kerajaan untuk mengendalikan pesawat-pesawat seperti ini. Bagaimana agaknya merasa menaiki Jet tempur yang mempunyai kelajuan melebihi bunyi. Oleh kerana peluang untuk  menaikinya sangat tipis, makanya  saya sejak dari muda sehingga sekarang berpeluang dapat melihat dan mendengar deruman bunyi enjinnya pada tiap-tiap tahun jadilah.  




Menjadi kepuasan untuk saya mendengar bunyi deruman gegak gempita enjin pesawat tempur milik Angkatan Tentera Malaysia  yang dikendalikan oleh juruterbang yang berkemahiran tinggi dan sangat terlatih. Pesawat melebihi kelajuan bunyi dikawal dengan cekap, dimana tidak ada ruang langsung pada melakukan kesilapan atau terlupa.

















Sebagai orang awam pastinya merasa megah serta berbangga dengan kecekapan dan kemahiran yang dimiliki oleh semua kakitangan yang terlibat. Kesempatan ini ingin saya ucapkan  ribuan terima kasih  kepada kerajaan Malaysia kerana telah memperuntukan kos yang tinggi pada tiap-tiap tahun demi menjayakan  upacara sambutan hari Kemerdekaan sehebat ini. Pertunjukan yang hebat itu pula dipersembahkan  secara percuma . Wasalam.

No comments:

Post a Comment