Saturday 29 December 2018

Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque


Pemerhatian & Kajian Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian




Penghargaan;

Dengan rendah hati saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Saudara Syamil Abdul Rahman, Saudara Amsah  Mohd Arif dan Saudara Khairul Anuar dari Persatuan Perlis Nature & Wildlife kerana telah memberi kepercayaan penuh kepada saya dan rakan saya Saudara Mohammad Aj. Walaupun Projek ini masih dalam proses kajian dan penyelidikan, namun begitu mereka  bekerjasama berusaha untuk membantu saya sehingga berjaya membuat pemerhatian Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque yang unik dan istimewa.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Saudara Pak Kim yang sudi menaja tempat penginapan secara percuma kepada kami dengan layanan yang mesra sepanjang tempoh saya berada di sana. Semoga usaha ini beroleh kejayaan sepertimana yang diimpikan oleh pengasas Projek Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque iaitu Allayarham Ayub Mohd Ariff adik kepada Saudara Amsah Mohd Arif.





Bergu Projek Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque

Akhirnya setelah sekian lama menjejak  Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di dalam habitat semulajadinya telah pun tercapai di Wang Kelian, Perlis. Dengan ini lengkaplah semua keluarga Primat di Semenanjung Malaysia yang telah berjaya saya lakukan pemerhatiannya berserta dengan bukti rakaman. Manakala untuk Primat Sabah dan Sarawak saya masih kekurangan 4 spesies iaitu Ungka Borneo ~ Hylobates muelleri, Lotong Hose ~ Presbytis hosei ~ Hose Langur, Lotong Dahi-putih ~ Presbytis frontata ~ White fronted Langur dan Kera Hantu ~ Tarsius bancanus ~ Western Tarsier.



Perbincangan antara pengkaji & penyelidik Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque 

Menyorot kembali kisah bagaimana susahnya berusaha sebelum menjumpai Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque. Usaha menjejaknya telah bermula sejak 2014 setelah mendapat maklumat bahawa Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque boleh dijumpai di Taman Negeri Perlis di Wang Kelian Perlis. Pada tahun 2014, dalam percubaan pertama berbekalkan nasib dan kuasa kesungguhan mencari sendiri , telah menemui kegagalan .



Saudara Amsah Mohd Arif @ The Firasat Man


Kemudian pada percubaan kali kedua ditahun 2016, saya telah mencuba nasib bekerjasama dengan pihak Perlis Nature & Wildlife. Saya telah mendapatkan bantuan daripada Saudara Syamil Abdul Rahman, yang pada ketika itu beliau baharu sahaja mula membuat kajian dan penyelidkan terhadap Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque. Pada ketika itu Saudara Syamil Abdul Rahman memberi peluang 50 % untuk berjumpa dengan beruk tersebut.






Berdasarkan peluang 50% yang diberikan itu , maka saya mencuba lagi dalam percubaan kali kedua. Percubaan kali kedua itu pun juga telah menemui kegagalan, dan saya hanya dapat penat hasil pemanduan ribuan kilometer dari Kuala Lumpur ke Wang Kelian Perlis. Namun begitu disebalik kegagalan itu rupa-rupanya telah terjalin silaturahim.


President Persatuan Perlis Nature & Wildlife Saudara Syamil Abdul Rahman berupaya membaca acuan fikiran hala tuju Induk  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque memulih laluan di kawasan Hutan di Wang Kelian. Kemahirannya itu memudahkan saya membuat pemerhatian.

Melalui jalinan silaturahim itu secara tiba-tiba pada bulan Disember 2018  saya telah dimaklumkan oleh Saudara Syamil Abdul Rahman bahawa peluang saya bertemu dengan  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque adalah cerah. Saudara Amsah Mohd Arif pula dengan yakin telah memberi jaminan sebanyak 80% peluang untuk bertemu dengan primat ini adalah besar. Apabila mendengarkan jaminan 80% itu, maka dalam keadaan ketiadaan modal yang mencukupi terpaksa kena pergi juga ke Wang Kelian. Memandangkan kekurang kewangan maka  saya bersama rakan sepejuangan Saudara Mohammad AJ telah berkongsi yuran Konservasi untuk tujuan itu.





Cara Mendengar bunyi dan suara Beruk Kentoi  




Sejurus sampai di Wang Kelian, saya secara bersendirian terus ke tempat yang pernah dibawa oleh Saudara Syamil Abdul Rahman pada percubaan kali kedua dahulu. Sedang leka merayau mencuba nasib dan tercari-cari primat tersebut tiba-tiba saya telah ditegur oleh Saudara Amsah Mohd Arif. Yang secara kebetulan  pada ketika itu sedang melakukan pemantauan hala tuju laluan primat itu. Katanya untuk memastikan saya akan bertemu dengan primat tersebut pada keesokkan harinya. Kesungguhan usaha dan komited yang ditunjukkan oleh pihak Perlis Nature & Wildlife membuatkan saya secara peribadi merasa terharu dan dihargai. Saya rasakan tentu untuk kali ini  pihak Perlis Nature & Wildlife sudah tidak sanggup mengecewakan lagi tetamu jauhnya secara bersiri.


Melalui pengalaman menjejak bersama Saudara Amsah Mohd Arif, beliau mempunyai firasat tentang lokasi kedudukan tepat kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque  

Selang tidak sampai 15 minit kemudian Saudara Amsah Mohd Arif bergegas datang memanggil saya, bahawa beliau telah nampak satu kumpulan  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque sedang melintas jalan. Terus bergegas mengekori beliau menuju ketempat yang dikatakan itu. Nah! Sekarang benda yang dicari selama ini sudah berada didepan mata. Percubaan kali ketiga telah membuahkan hasil. Dengan mata kepala buat pertama kalinya saya saksikan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque betina.



Ia sedang berjalan deras sambil anaknya yang masih berwarna putih  menunggang diatas belakang ibunya. Kemudian sekor lagi mengekori dari belakang dengan susuk tubuhnya yang tegap dipercayai induk jantan. Ia berjalan perlahan-lahan melintas jalan lalu hilang dari pandangan masuk kedalam hutan.



Maka tertunailah sudah hasrat saya itu, yang telah tertangguh sejak 2014. Dengan itu  pihak Perlis Nature & Wildlife ( Saudara Syamil Abdul Rahman & Saudara Amsah Mohd Arif ) telah tidak dapat menunaikan janjinya kepada saya pada 23 Dis 2018, sebaliknya sehari menunaikan lebih awal daripada hari yang dijanjikan iaitu pada 22 Dis 2018.



Keluarga Orang Utan

Orang Utan~Pongo pygmamaeus~Orang Utan


Keluarga Monyet

Monyet Bangkatan~Nasalis larvatus~Proboscis Monkey
Keluarga Beruk


Beruk~Macaca nemestrina~Pig Tailed Macaque

Beruk~Macaca nemestrina~Pig Tailed Macaque


Beruk Kentoi~Macaca arctoides ~Stump Tailed Macaque

Kera

Kera~Macaca fascicularis~Long Tailed Macaque


Keluarga Siamang~Siamang

Siamang~Sympalangus syndactylus~ Siamang

Keluarga Ungka~Gibbon

Wak-wak~Hylobates agilis~Agile Gibbon

Wak-wak Tangan-putih~Hylobates Lar~White handed Gibbon


Ungka/Wak-wak Tangan-putih~Hylobates lar~White handed Gibbon

Ungka/Wak-wak Tangan-putih~Hylobates lar~White handed Gibbon


Keluarga Lotong~Leaf Monkey

Lotong Perang Borneo~Presbytis rubicunda~Maroon Langur

Lotong Chengkong~Presbytis obscura~Dusky Leaf Monkey

Lotong Chengkong~Presbytis obscura~Dusky Leaf Monkey

Juvana Lotong Chengkong~Presbytis obscura~Dusky Leaf Monkey

Anak Lotong Chengkong~Presbytis obscura~Dusky Leaf Monkey


Lotong Chenekah~Presbytis melalophos~Banded Leaf Monkey

Lotong Chenekah~Presbytis melalophos~Banded Leaf Monkey


Lotong Kelabu~Presbytis cristata~Silvered Leaf Monkey


Keluarga Kongkang/Lorisidae

Kongkang~Nycticebus caucang( Boddaert) Slow Loris

Kongkang~Nycticebus caucang( Boddaert) Slow Loris


Mitred Leaf Monkey~Presbytis melalophus Endemic Sumatera

Pada 23 Dis 2018 awal pagi lagi dalam keadaan kabus tebal, Saudara Amsah Mohd Arif telah mula keluar pergi menjejak kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque. Sepertimana yang dijanjikan, Saudara Amsah Mohd Arif tiba tepat jam 8:00 pagi dengan tergesa-gesa menyuruh saya mengekorinya. Sambil berkata," cepat kita tidak boleh lambat kerana kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque  tidak akan menunggu kita. Terus membonceng motosikal Saudara Amsah mengikut kemana sahaja arah yang dijangka akan bertemu.







Bila tiba pada selekoh yang pertama sahaja Saudara Amsah Mohd Arif mempersembahkan saya satu kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque, secara berselerak sedang leka mencari makanannya. Pada ketika itu saya tidak berminat  untuk ingin tahu berapa jumlahnya. Sibuk melaksanakan tugasan yang sangat mengembirakan hati. Dalam saat mabuk keterujaan saya tidak menghiraukan keselamatan diri. Berdiri mundar mandir ke depan dan berundur kebelakang ditengah jalanraya. Mujurlah Saudara Syamil Abdul Rahman dan Saudara Amsah Mohd Arif yang berada dibelakang saya menjaga dan mengawal kenderaan lalu lintas.







Cahaya terang matahari pagi itu membantu kamera saya beroperasi dengan lancar dan pantas. Kamera lensa 300mm saya berupaya bermain-main diantara F 4 hingga F 7 dangan shutter speed antara 80 ~ 125 dan ISO 250 ~ 400 . Seperti kebiasaan apabila gabungan kemaruk dan gelora naik kedalam otak, saya akan mara  maju kehadapan  untuk memilih individu yang berada berhampiran dengan saya. Sehingga Saudara Amsah Mohd Arif terpaksa mengingatkan saya dari belakang, jangan terlalu dekat....jangan terlalu dekat.., " Induk telah memberi suara amaran.







Dalam hati saya AMARAN ? pedulikan dengan AMARAN itu. Sekarang subjek sudah berada dihadapan mata...masa untuk melunaskan segala dendam tanpa ada rasa belas kasihan dan tanpa ada sebarang sekatan. Pada jumlah yang banyak ketika itu, kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ada yang berada diatas pokok, berdiri diatas jalan raya, duduk diatas penghalang jalanraya dan ada yang terlindung didalam rimbunan tumbuhan.





Disebabkan saya degil kepada kata nasihat Saudara Amsah Mohd Arif, supaya jangan mara terlalu rapat. Atas tindakan tidak mendengar nasihat itu, membuatkan induk mengeluarkan suara isyarat beramaran. Sejurus itu satu persatu  setiap individu beredar masuk kedalam hutan. Akibatnya saya sendiri tidak dapat melakukan pemerhatian yang lebih lama lagi. Sebagai ubat penghilangkan rasa dosa degil,  pada sesi itu sahaja rakaman saya menjangkau sehingga 300 imej yang memuaskan hati.




Dipendekkan cerita pada hari itu sahaja, gandingan Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman telah berjaya mempersembahkan 3 sesi  pemerhatian kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ditempat yang berlainan. Malah pada keesokkan harinya juga mereka berdua berjaya menjejak kumpulan itu juga. Maka , benarlah sepertimana yang dinyatakan oleh bergu  Perlis Nature & Wildlife ini sepertimana bukti yang saya lihat. Mereka berdua mempunyai keyakinan sehingga 80% berkebolehan menjejak kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian.





Tetapi pada pandangan peribadi saya, setelah melihat sendiri kaedah dan formula ciptaan mereka berdua ini, angka 80% itu sebenarnya hanyalah sebagai angka menghelah sahaja. Angka yang sengaja diberi itu adalah sebagai untuk merendah diri. Bergu ini khuatir  mereka tidak tenggelam lemas dengan perasaan bongkak dan takbur diri sendiri sahaja. 





Pada hakikatnya ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan bersusah payah sepanjang 2 tahun itu, sebenarnya telah mengepung kumpulan primat itu dengan kepongan pagar ilmu pengetahuan. Kemana sahaja mereka pergi didalam kawasan Wang Kelian kumpulan primat itu akan tetap akan dapat dijejaki oleh bergu Perlis Nature & Wildlife ini.



Warga Perlis seharusnya merasa bangga kerana negeri Perlis telah melahirkan pakar penyelidik dan pengkaji Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque seperti Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman. Bergu dari Perlis Nature & Wildlife telah membuktikan kepada negaranya bahawa mereka boleh diberi tanggung jawab menzahirkan ilmu pengetahuan atas tajuk Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian.





Dalam tempoh 2 tahun membuat kajian dan penyelidikan keatas spesis Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian ini mereka telah mencipta satu modual atau kaedah yang berkesan dalam membuat kajian. Tidak perlu lagi menangkap dan mengurung mereka didalam kandang kurungan semata-mata untuk membuat pemerhatian atau kajian. Atau tidak perlu lagi menembak dengan bius pelali kemudian memakaikan gelang atau memasukkan cip kedalam badan untuk memantau kedudukan.





Pihak Universiti Tempatan atau mana-mana agensi harus akur dengan kaedah dan tatacara ciptaan mereka itu dalam melakukan kajian terhadap spesies ini. Atau pihak Universiti boleh mencabar kaedah ciptaan mereka berdua itu tidak berkesan dan memberi hujah ilmiah positif. 

Data dan Maklumat Kajian & Penyelidikan Yang Di miliki

1.Jumlah individu  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian.

2.Mengetahui jumlah kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque


3.Membezakan dan mengenal pasti  perbezaan kumpulan diantara beruk tempatan dan beruk hijrah.

4.Mengenal  perangai setiap Induk-induk dan individu utama.

5.Mengetahui akan makna setiap bunyi-bunyi bahasa isyarat panggilan beruk dan bahasa riak wajah.

6.Mempunyai peta hala tuju laluan perjalanan setiap hari yang akan dilakukan oleh setiap kumpulan beruk.

7.Mengetahui dengan mahir acuan gerak fikir induk dalam menentukan arah tuju hala perjalanan.

8.Mengetahui akan lokasi tempat berehat dan tidur.

9.Pengalaman pemerhatian  ratusan jam dalam  jenis perhubungan sosial dan kelakuan, diet permakaan ,lokasi setiap kawasan mencari makanan, jangkaan usia, musim pembiakan.

10.Telah mengenal pasti setiap ancaman yang diterima oleh Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque dan cadangan konservasi.





Berilah sokongan dan julanglah usaha bergu ini, kerana Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman melakukan kajian dan penyelidikan ini semua atas dasar kecintaan. Mereka mabuk kecintaan kepada khazahan alam istimewa yang cuma terdapat dibumi Perlis sahaja. Khazanah yang tidak terdapat dinegeri-negeri lain di Malaysia. Mereka lakukan bukan kerana ingin mendapatkan persijilan Master dan P.h.d dari mana-mana Universiti yang memungkinkan mereka menjawat jawatan bergaji tinggi.




Mereka sendiri juga tidak tahu apakah penghujung kepada usaha kajian penyelidikan yang dilakukan ini. Hampir setiap hari bersusah payah bersendirian menunggu dan menjejak masuk jauh kedalam hutan. Tidak kira malam siang, cuaca sejuk, panas terik, memberanikan diri menuruni jurang gaung yang dalam. Meniti ditebing-tebing  batu kapur dan mengengsut didalam gua-gua. Setiap masa berawas berhadapan dengan bermacam jenis bahaya haiwan buas dan haiwan berbisa. 



Apa yang membanggakan sehingga timbul perasaan haru-hiba, mereka berdua ini adalah dari latarbelakang kerjaya yang cukup-cukup makan. Menjalani kehidupan dalam serba serbi kekurangan tetapi  mencuri dan membahagi masa untuk membuat penyelidikan.Mereka melakukan penyelidikan dengan menggunakan modal sendiri tanpa ada bantuan geran atau pun tajaan kewangan dari mana-mana pihak.




Katakan nanti jikalau dimasa hadapan bergu ini layak dan berhak menerima geran kewangan untuk menjalankan penyelidikan lanjut. Janganlah sampai mengenakan syarat yang ketat sehingga tercabut hasil segala usaha kajian dan ciptaan mereka. Sehingga tertanam keharuman namanya ,  langsung malap cahaya bergu ini. Diganti pula dengan nama si pemberi tajaan dan geran. Dalam kontek ilmu ini ia adalah satu perbuatan salah laku yang biadab dan keji.




Diharap semua warga Perlis bergegas mendesak kepada agensi berkaitan supaya khazanah istimewa ini diwartakan kepentingannya sehingga ia menjadi Haiwan Rasmi Negeri Perlis. Biar negeri Perlis mendahului negeri-negeri lain mewartakan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque sebagai Haiwan Rasmi Negeri Perlis. 





Dari situ setiap warga Perlis khasnya bertanggung jawab menjaga kesinambungan biodiversiti khazanah istimewa itu. Jagalah sepertimana adat Kongsi Gelap bersumpah sedarah Abang~Adik dalam menjaga Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque. 




Tirulah kejayaan negeri Sarawak dan negeri Sabah yang telah lama memperuntukan dana kewangan dalam menjaga khazanah haiwan mereka seperti Orang Utan, Beruk Belanda,  dan Gajah Kerdil. Tirulah juga kejayaan Negeri Selangor menjaga Lotong Endemik Lotong Kelabu~Presbytis cristata~Silvered Leaf Monkey di Kuala Selangor. Di pihak Universiti Awam tempatan yang memang mempunyai geran penyelidikan berilah peluang  kepada Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman untuk memperkemaskan penyelidikan mereka. Yang mana hasil penyelidikan mereka itu nanti dapat dibuat rujukan kepada pelajar-pelajar mereka dimasa akan datang.




Nota Pemerhatian Peribadi Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque

Semua kelakuan pemerhatian saya terhadap Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ini hanyalah sebagai menyokong kepada semua kebenaran yang pernah diperhatikan oleh Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman. Pemerhatian saya hanya sekejap sahaja cuma tidak sampai lebih kurang 4 atau 5 jam. Ini tidak boleh buat banding dengan jumlah masa yang telah dilakukan oleh bergu Perlis Nature & Wildlife. Saya cuma ingin menikmati keseronokan melihat  sepertimana bergu ini melihat. Seterusnya  menyokong apa-apa maklumat lisan yang pernah disampaikan kepada saya sebelum ini.





Untuk makluman pada 22 Dis 2018 saya telah berjaya membuat pemerhatian spesies ini. Setelah menunggu lama dan akhirnya berjumpa, maka pada kebiasaannya akan menimbulkan perasaan gembira.  Tetapi sangkaan saya itu meleset kerana Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque sama sekali berbeza dengan kumpulan keluarga Primat yang lain.





Jikalau kita melihat seekor Orang Utan atau seekor Beruk Belanda maka kita akan mengetahui keadaan bentuk dan warna spesiesnya yang lain. Kerana seekor Beruk Belanda akan mewakili bentuk dan warna spesisnya yang lain. Sepertimana yang diketahui, kesemua bilangan ahli keluarga primat yang terdapat di Malaysia itu adalah sama sahaja bentuk dan warna penampilan mereka, kecuali spesies Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque.




Seekor penampilan  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque tidak boleh mewakili individu berok yang lain kerana warna diantara mereka adalah berlainan warna. Warna bulu dan warna kulit antara satu individu dengan individu yang lain juga adalah tidak sama. Walaupun mereka itu adalah dari kalangan spesis yang sama. Dalam ertikata lain mereka mempunyai penampilan warna yang berlainan antara satu sama lain. Dari pemerhatian itu, saya telah berjaya mendapatkan bukti rakaman individu - individu beruk yang berlainan penampilan.




Setakat ini terdapat 7 Verasi warna yang berjaya dirakam, verasi itu adalah seperti berikut:-

1.Jenis bulu panjang berwarna  hitam dan permukaan kulit tubuh badan warna merah.
2.Jenis bulu lebat dan panjang berwarna  kelabu.
3.Jenis bulu panjang halus mengerekut berwarna perang terang.
4.Jenis bulu panjang yang mempunyai 2 warna iaitu warna putih dan warna kelabu.
5. Jenis bulu panjang berwarna coklat gelap.
6.Jenis bulu panjang berwarna coklat terang.
7.Jenis bulu berwarna keemasan.




Dengan penampilan berbagai jenis warna maka spesies primat ini kadang-kadang  kelihatan seakan-akan seperti seekor  Beruang, Singa, Orang Utan, Gorilla, Champenzi. Anjing Jenis Tibetian Mastiff dan Mandrill. Penampilan yang menarik dan berbeza-beza ini menyebabkan saya tidak berpuas hati dengan hanya satu rakaman penampilan sahaja. Kalau boleh saya ingin mendapatkan jumlah penuh verasi penampilan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ini. Diharap Saudara Syamil Abdul Rahman dan Saudara Amsah mendapatkan jumlah penuh varasi penampilan.




Pada hemat saya itulah keunikan  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ini. Apakah spesies ini secara semulajadinya memang telah mengalami kecelaruan sel pigmen yang menghasilkan warna-warna bulu yang berbeza-beza antara satu sama lain. Atau ada perkara lain menyebabkan semua pekara ini berlaku. Apakah disebabkan diet pemakanan individu akan mempengaruhi warna  bulunya. Dimasa hadapan mungkin subjek ini boleh dilakukan kajian lanjut untuk mencari kebenaran jawapan mengapa hal keadaan seperti itu terjadi.




Ancaman

1. Rakaman yang diperolehi mendapati terdapat beberapa ekor Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque kudung kakinya. Apakah punca kaki beberapa ekor itu tidak cukup sifat dan terkudung. Apakah mungkin kaki Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque terkudung akibat terkena  jerat haiwan lain. Kemungkinan ini adalah besar, kerana primat ini bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain sepenuhnya menggunakan keempat kaki tangannya. Pemburu asing yang ramai menyelinap masuk kedalam hutan dan kadang-kadang berpura-pura bekerja mencari hasil hutan.





2.  Memandangkan keunikan yang dimiliki oleh primat ini saya tidak menolak akan ada dikalangan masyarakat kita yang bercita-cita menjadikan ia sebagai haiwan peliharaan. Nanti akan ada yang ingin membela untuk dijadi haiwan tarikan untuk memberi keuntungan kepada perniagaan mereka. Atau ada yang berpura-pura ingin menjadikan haiwan ini sebagai haiwan kajian untuk konservasi . Atau bermacam-macam hal yang pelik-pelik. Lagikan Siamang , Ungka dan Beruk ramai diantara masyarakat kita sanggup berhabiskan wang ringgit untuk membelanya. Inikan pula Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque yang istimewa. 





Sehingga tidak nampak keutamaan hidup dalam tata-cara menghabiskan limpahan rezeki wang ringgit sendiri. Mereka lebih sanggup mendahulu haiwan daripada membelanjakannya kepada manusia yang dikenalinya sedang sakit, anak-anak yatim dan kurang keupayaan. Ada diantaranya mereka itu sanggup dengan rasa gembira membelai haiwan , memandikan haiwan , membasuh najis, hidup dalam bau najis haiwan. Pada waktu yang sama ibubapa dan abang adiknya di kampong tidak dilayan sepertimana ia memanjakan haiwan belaannya. Kecelaruan yang tidak disedari dan ini adalah kebenaran kehidupan sekarang.




Ancaman ini saya fikir tersangat-sangat merbahaya kepada spesies ini. Kerana kaedah yang bakal digunakan adalah sama sepertimana yang dilakukan kepada primat yang lain. Iaitu dengan membunuh ibu dan membawa lari anaknya. Pekara ini sangat membimbangkan saya, lebih-lebih lagi jikalau perbuatan sebegini berlaku di Wang Kelian. Orang yang melakukan itu adalah dari kalangan yang kita kenali, selagi bernama manusia semua kemungkinan itu ada. Maka sentiasa berwaspada , supaya maklumat dan data kajian itu tidak sewenang-wenangnya untuk dikongsikan, kerana dikhuatiri jatuh ke tangan tali barut atau dalang perosak.









Sebab itu saya ulangi sekali lagi jagalah dan sayangilah Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque, sepertimana ahli-ahli Kongsi Gelap dengan taat setianya menzahirkan sumpah Kongsi Gelap  Sedarah Abang~Adik. Bilamana mengetahui Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque sedang diancam bantulah secepat mungkin, jangan merosakkan tempat tinggalnya dan janganlah mengganggu diet permakanan. Wasalam.