Sunday 29 December 2013

TARUM SIUL MELAYU~MYOPHONUS ROBINSONI



Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Jika kita sekali pandang burung ini saling tidak tumpah seperti seekor burung Gagak atau pun burung Tiong. Sebenarnya burung ini adalah dari keluarga Tarum Siul. Burung Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni merupakan burung endemik Semenanjung Malaysia. 

Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Pada pandangan peribadi saya populasi burung ini semakin berkurangan berdasarkan kesukaran burung ini ditemui.  Jikalau dahulu burung ini masih  boleh kita temuinya di kawasan peranginan Bukit Freazer, tetapi sekarang amat sukar kita ketemuinya lagi.



Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Untuk mengenal akan kehadirannya adalah berpandukan akan bunyi siulannya seperti bunyi wisel. Burung ini lebih gemar berjalan diatas tanah di tebing-tebing anak sungai sambil membunyikan siulannya yang nyaring serta kuat, sambil mendepang-depangkan pelepah ekornya seperti kipas.





Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Sepanjang penglibatan  dalam bidang pemburungan saya berpeluang bertemunya di kawasan hutan Tanah Tinggi Genting Highland dan Hutan Simpan Hulu Gombak. Penemuam terbaru ini agak mengejutkan kerana burung spesis ini ditemui dikawasan yang agak rendah seperti biasa yang dilaporkan.



Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Sifat burung Tarum Siul Melayu~Myophonus robinsoni yang suka bersendirian mencari makanan didalam hutan. Ia sangat pemalu@penakut untuk berhadapan dengan manusia. Hampir keseluruhan  warna bulu hiasnya berwarna kehitaman cuma warna biru gelap pada bahagian sayap premirnya. 

Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Dengan hal keadaan tersebut membuatkan bertambah sukar untuk melihatnya dimana sifat semulajadi burung ini gemar berjalan dan berlari diatas tanah dibawah lindungan rimbunan pokok renek didalam hutan yang bercahaya gelap dan suram.
   

Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni


Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni


Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Kebiasaan diet makanan rujinya adalah pelbagai iaitu dari jenis serangga dan buah-buah hutan yang bersaiz kecil. Aktif kedengaran siulnya pada awal pagi sehinggalah ke penghujung pagi. Pengalaman saya membuat pemerhatian terhadap burung ini, selepas waktu itu amat jarang saya dapat mendengar panggilan siulannya. Saiz burung dewasa adalah lebih kurang saiz burung Tiong.




Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni



Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni


Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Monday 9 December 2013

SIRI BURUNG LIAR MENCARI MAKANAN.


Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon

Di Semenanjung Malaysia spesis burung ini mempunyai 4 keluarga yang terdiri daripada Burung Daun Hijau Besar~Chloropsis sonnerati, Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon, Burung Daun Hijau Sayap-biru~Chloropsis cochinchinensis dan Burung Daun Hijau Perut Oren~ Chloropsis hardwickii.

Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon
                                                                                                 Jantan
Burung ini menjadikan buah-buahan hutan sebagai makanan rugi mereka. Selalu dijumpai berpasangan mencari makanan dipokok-pokok berbuah. Mempunyai panggilan bunyi yang menarik yang sedap didengar. Burung ini menjadi buruan oleh peracik-peracik burung samada untuk dijadikan burung belaan dan untuk dijual sebagai menampung kos kehidupan. Walaupun pihak Perhilatan melarang akan perbuatan itu, serta mengenakan denda yang tinggi tetapi hampir pada setiap hujung minggu peracik-peracik burung pergi menagkapnya.


Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon
Jantan
Kesemua burung ini boleh dijumpai dikawasan hutan tanah rendah dan dikawasan kampong-kampong yang bersempadankan hutan. Cuma Burung Daun Hijau Perut Oren~ Chloropsis hardwickii
sahaja boleh dijumpai dikawasan hutan tanah sederhana tinggi dan tinggi. Walaupun ketika ini spesis burung ini banyak dan mudah kita lihat didalam hutan tetapi ancaman dari peracik dan penjerat burung yang mula bertambah ramai membuatkan kelangsungan spesis ini bakal terancam dimasa akan datang.


Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon
Jantan
Diharap pihak yang berwajib membuat kekerapan pemantauan pada setiap hujung minggu dilokasi-lokasi kawasan hutan yang bersempadankan dengan jalanraya. Walaupun akta dan undang-undang penjagaan telah sempurna tetapi jikalau tidak diimplikasikan undang-undang tersebut ia dilihat seperti tidak ada ertinya undang-undang ini.


Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon
Jantan

MAGPAI HIJAU~CISSA CHINENSIS


Siri Burung Liar Mencari Makanan

Keistimewaan Burung Magpai Hijau~Cissa chinensis sudah tentunya, ialah akan corak dan warnanya yang terang. Mencari makanan secara berpasangan dan adakalanya menyertai ombak burung. Burung ini bukanlah jenis yang mahir terbang tinggi seperti keluarga Murai Kampung, Takur, atau Gagak. Burung ini melompat dan bersewah dari satu ranting kesatu ranting dibawah kenopi hutan. Sesekali akan turun ke tanah untuk mengambil makanannya. Makanan kegemarannya adalah dari jenis serangga bersayap seperti Rama-rama dan Kupu-kupu. 

Magpai Hijau~Cissa chinensis



Magpai Hijau~Cissa chinensis
Burung ini mempunyai panggilan suara yang unik dan kuat, malah  berupaya meniru berbagai-bagai jenis suara burung yang lain. Pengalaman membuat pemerhatian burung ini saya pernah mendengar burung ini mengeluarkan suara panggilan burung Helang Ular berjambul~Spilornis cheela dan Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger


Magpai Hijau~Cissa chinensis
Biasa ditemui dikawasan hutan kawasan tanah Tinggi, seperti Frazer Hill, Genting Highland dan Cameron Highland.


Magpai Hijau~Cissa chinensis



Magpai Hijau~Cissa chinensis



Magpai Hijau~Cissa chinensis



Magpai Hijau~Cissa chinensis

Thursday 5 December 2013

SENARAI BURUNG YANG DIJUMPAI UNTUK BULAN NOVEMBER 2013



Senarai Burung-burung Yang Dijumpai Untuk Bulan November 2013.

Tarikh: 8 Nov 2013
Masa : 11:30 am
Lokasi: Pangsun Ulu langat
Cuaca: Cerah dan Terang

1. Sambar Cenderawasih Jepun~Terpsiphone atrocaudata ( Betina )

Sambar Cenderawasih Jepun~Terpsiphone atrocaudata ( Betina )


Sambar Cenderawasih Jepun~Terpsiphone atrocaudata ( Betina )

Tarikh: 9 Nov 2013
Masa : 5:30 pm
Lokasi: Sg.Kandis, Shah Alam
Cuaca: Mendung

2. Merbah Telinga~merah ~ Pyenonotus jocosus

Merbah Telinga-merah~Pyenonotus jocosus
Merbah Telinga-merah~Pyenonotus jocosus


Jumlah burung yang ditemui pada tahun 2013 sehingga bulan November ialah 385 spesis.