Monday 9 December 2013

SIRI BURUNG LIAR MENCARI MAKANAN.


Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon

Di Semenanjung Malaysia spesis burung ini mempunyai 4 keluarga yang terdiri daripada Burung Daun Hijau Besar~Chloropsis sonnerati, Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon, Burung Daun Hijau Sayap-biru~Chloropsis cochinchinensis dan Burung Daun Hijau Perut Oren~ Chloropsis hardwickii.

Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon
                                                                                                 Jantan
Burung ini menjadikan buah-buahan hutan sebagai makanan rugi mereka. Selalu dijumpai berpasangan mencari makanan dipokok-pokok berbuah. Mempunyai panggilan bunyi yang menarik yang sedap didengar. Burung ini menjadi buruan oleh peracik-peracik burung samada untuk dijadikan burung belaan dan untuk dijual sebagai menampung kos kehidupan. Walaupun pihak Perhilatan melarang akan perbuatan itu, serta mengenakan denda yang tinggi tetapi hampir pada setiap hujung minggu peracik-peracik burung pergi menagkapnya.


Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon
Jantan
Kesemua burung ini boleh dijumpai dikawasan hutan tanah rendah dan dikawasan kampong-kampong yang bersempadankan hutan. Cuma Burung Daun Hijau Perut Oren~ Chloropsis hardwickii
sahaja boleh dijumpai dikawasan hutan tanah sederhana tinggi dan tinggi. Walaupun ketika ini spesis burung ini banyak dan mudah kita lihat didalam hutan tetapi ancaman dari peracik dan penjerat burung yang mula bertambah ramai membuatkan kelangsungan spesis ini bakal terancam dimasa akan datang.


Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon
Jantan
Diharap pihak yang berwajib membuat kekerapan pemantauan pada setiap hujung minggu dilokasi-lokasi kawasan hutan yang bersempadankan dengan jalanraya. Walaupun akta dan undang-undang penjagaan telah sempurna tetapi jikalau tidak diimplikasikan undang-undang tersebut ia dilihat seperti tidak ada ertinya undang-undang ini.


Burung Daun Hijau kecil~Chloropsis cyanopogon
Jantan

No comments:

Post a Comment