Sunday 29 December 2013

TARUM SIUL MELAYU~MYOPHONUS ROBINSONI



Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Jika kita sekali pandang burung ini saling tidak tumpah seperti seekor burung Gagak atau pun burung Tiong. Sebenarnya burung ini adalah dari keluarga Tarum Siul. Burung Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni merupakan burung endemik Semenanjung Malaysia. 

Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Pada pandangan peribadi saya populasi burung ini semakin berkurangan berdasarkan kesukaran burung ini ditemui.  Jikalau dahulu burung ini masih  boleh kita temuinya di kawasan peranginan Bukit Freazer, tetapi sekarang amat sukar kita ketemuinya lagi.



Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Untuk mengenal akan kehadirannya adalah berpandukan akan bunyi siulannya seperti bunyi wisel. Burung ini lebih gemar berjalan diatas tanah di tebing-tebing anak sungai sambil membunyikan siulannya yang nyaring serta kuat, sambil mendepang-depangkan pelepah ekornya seperti kipas.





Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Sepanjang penglibatan  dalam bidang pemburungan saya berpeluang bertemunya di kawasan hutan Tanah Tinggi Genting Highland dan Hutan Simpan Hulu Gombak. Penemuam terbaru ini agak mengejutkan kerana burung spesis ini ditemui dikawasan yang agak rendah seperti biasa yang dilaporkan.



Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Sifat burung Tarum Siul Melayu~Myophonus robinsoni yang suka bersendirian mencari makanan didalam hutan. Ia sangat pemalu@penakut untuk berhadapan dengan manusia. Hampir keseluruhan  warna bulu hiasnya berwarna kehitaman cuma warna biru gelap pada bahagian sayap premirnya. 

Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Dengan hal keadaan tersebut membuatkan bertambah sukar untuk melihatnya dimana sifat semulajadi burung ini gemar berjalan dan berlari diatas tanah dibawah lindungan rimbunan pokok renek didalam hutan yang bercahaya gelap dan suram.
   

Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni


Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni


Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

Kebiasaan diet makanan rujinya adalah pelbagai iaitu dari jenis serangga dan buah-buah hutan yang bersaiz kecil. Aktif kedengaran siulnya pada awal pagi sehinggalah ke penghujung pagi. Pengalaman saya membuat pemerhatian terhadap burung ini, selepas waktu itu amat jarang saya dapat mendengar panggilan siulannya. Saiz burung dewasa adalah lebih kurang saiz burung Tiong.




Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni



Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni


Tarum Siul Melayu~Myophanus robinsoni

No comments:

Post a Comment