Tuesday, 27 September 2016

Diet Pemakanan Burung ~Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus Semasa Musim Membiak


Diet Pemakanan Burung ~Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus Semasa Musim Membiak



Telah lama saya dinasihatkan oleh Saudara Mike Chong, supaya membuat laporan pemerhatian Enggang dalam bentuk Laporan Kajian Ilmiah/ Study Paper dan dihantar kepada mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi supaya dapat dinilai dan diterbitkan dalam Jurnal. Setelah melihat dan membaca beberapa contoh Laporan Kajian Ilmiah yang ada, saya mencuba sebaik mungkin melakukannya sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh beliau.

Setelah menerbitkan Buku mengenai Burung dalam Bahasa Malaysia, kini usaha itu diteruskan lagi dengan menyediakan pula Laporan Kajian Ilmiah  dalam bahasa  Bahasa Malaysia pula. Dengan harapan pengalaman pemerhatian burung itu nanti boleh dirujuk pula oleh peminat dan pengkaji burung.

Dibawah ini adalah deraf asal lengkap, yang cadangnya akan dihantar kepada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi untuk dinilai oleh jemaah Penal/Auditor. Samada layak ataupun sebaliknya, terpulang kepada  para penal yang lebih arif untuk menilainya mengikut pra-syarat , keperluan dan kehendak semasa sesebuah institusi berkenaan.


DRAFT ASAL

PEMERHATIAN BURUNG ENGGANG MAHKOTA PUTIH~ Aceros comatus MENCARI MAKAN DI MUSIM PEMBIAKAN DI SELANGOR, SEMENANJUNG MALAYSIA.


Rosla Bin Mustakim
Alamat: RED DOOR TO HUNT , .....
Email: rosla.m3@gmail.com


ABSTRAK ~ Pemerhatian burung Enggang Mahkota-putih~Aceros comatus telah dijalankan didalam kawasan Hutan Simpanan Hutan Dara Hulu Gombak, Selangor di Semenanjung Malaysia pada bulan Julai hingga September 2016. Pemerhatian bertujuan melihat bagaimana burung jantan mencari dan memilih diet makanan yang akan dibawa kepada pasangan serta anaknya didalam lubang sarang. Ia juga adalah sambungan kepada pemerhatian   burung betina ketika menjaga anaknya pada bulan Ogos 2012 .  Lokasi lubang sarang burung ini telah gagal ditemui, kerana laluan masuk menuju kearah lembah tempat burung bersarang dihalangan  oleh bukit yang menegak serta curam. Pemerhatian hanya dilakukan disekitar kawasan yang menjadi laluan burung jantan keluar masuk ke kawasan tempat bersarang dan disekitarnya.

KEKUNCI KATA ~ Enggang Mahkota-putih~Aceros comatus, White Crowned Hornbill, Diet makanan dimusim membiak dari jenis Gastropoda, Reptilia, Ampibia,Cecedas .


PENDAHULUAN ~ Dicatitkan terdapat 57 spesies burung Enggang yang boleh dijumpai didalam dunia (Dr. Alan Kemp & Dr. Pilai Poonswad 2013), 10 daripadanya boleh ditemui di negara Malaysia. (David Wells). Daripada 10 spesies Enggang itu pula, hanya Enggang Mahkota-putih~Aceros comatus sahaja yang mempunyai diet utamanya  dari jenis Reptilia, Ampibia, Gastropoda,  Mamalia kecil, dan menjadikan  buah-buahan hutan sebagai makanan alternatifnya. Ia tidak seperti 9 spesies Enggang yang lain dimana, diet utama mereka adalah dari jenis buah-buahan hutan. Status burung ini telah disenaraikan sebagai   Hampir Terancam (Near Threatened) dalam senarai merah IUCN. Sebelum ini pada 1 Jun 2002 telah ada laporan penemuan lubang sarang berserta seekor anak yang telah ditemui di Rizab Hidupan Liar Hala-Bala daerah Narathiwat, Thailand (David Wells) dan di Belum-Temenggur pada  5 Julai 2013. (MNS-Yeap Chin Aik)

KAWASAN KAJIAN ~ Kawasan tapak kajian terletak didalam kawasan  Hutan Simpanan Hutan Dara Hulu Gombak, Selangor. Di sebelah bahagian, sekitar Pusat Kajian Universiti Malaya bentuk mukabuminya agak landai dan rata. Manakala kawasan hutan yang bersambung ke  Genting Sempah, Bentong Pahang mukabuminya pula adalah berbukit-bukau serta berlembah pada ketinggian 480 meter ke atas dari paras laut. Sebahagian besar kawasan  dipenuhi dengan tumbuhan hutan yang matang. 


KAEDAH KAJIAN ~ Kajian dijalankan secara harian  yang berturut-turut bermula pada 26 Julai hingga 22 September 2016 dengan menggunakan beberapa kaedah. Sejumlah besar nota pemerhatian/kajian dibuat dalam bentuk rakaman terhadap semua hal kejadian pada kelakuan burung..:-

1. Menunggu dikawasan laluan keluar masuk kearah lokasi tempat burung bersarang.
2. Mencari pokok-pokok buah hutan yang telah masak dan menunggu disekitar pokok tersebut.
3. Mencari dengan memasuki denai-denai dan anak sungai di dalam hutan.

PERALATAN   ~ Alat bantuan pemerhatian burung yang digunakan  dalam kajian ini ialah sebuah Teropong Carl Zeiss 8 x 20, sebuah Kamera Canon 7D Mark II dengan lensa EF 300mm F4L IS USM Canon dan sebuah Kamera Lumix LX 7.

HASIL PEMERHATIAN ~ Oleh kerana lokasi sarang tidak ditemui maka penggunaan ketiga-tiga kaedah ini, adalah  difikirkan paling sesuai walaupun menghadapi kesulitan. Sepanjang 58  hari berturut-turut menggunakan kaedah tersebut , sebanyak 6 kali  telah berjaya menjumpai burung Enggang Mahkota-putih~Aceros comatus. Ia dijumpai disekitar ruang sempadan tempat  bersarang dan kawasan burung  mencari makanan. Kesemua tempat  dijumpai adalah berhampiran dengan anak-anak sungai didalam Hutan. Walaupun hanya 6 episod  penemuan itu, namun telah berjaya merungkai rahsia perilaku burung yang belum pernah direkodkan. Pengetahuan dari sudut  perangai/kelakuannya ,  pilihan jenis-jenis makanan, kawasan berkeliaran dan waktu ia mencari makanan. 

Petunjuk Burung Sedang Bersarang.
Diet: Buah Kelumpang Burung~Sterculia parviflora
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.
 
1. 26 Julai 2016 Jam: 12.35 p.m ~ Seekor burung Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus  jantan sedang berada diatas pokok Kelumpang Burung~Sterculia parviflora . Ia sedang leka  mengompel kulit buah Kelumpang Burung~Sterculia parviflora  untuk diambil  bijinya satu demi satu. Burung jantan melompat dari satu dahan kesatu dahan yang lain untuk mencari dan memilih buah-buah masak yang boleh dimakan. Hasil daripada perincian siasatan dalam rakaman imej , mendapati burung telah mengambil lebih dari 11 biji buah. Tidak lama selepas itu , ia beredar secara senyap , terbang jauh masuk dibawah knopi hutan .

Lazimnya Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus bergerak secara berpasangan tetapi pada penemuan ini burung jantan mencari makan secara bersendirian . Hal keadaan sebegini memberi gambaran yang kuat, bahawa mereka sedang menjalani proses membiak.  Dengan ketidak hadiran burung betina disisi pasangannya itu, saya mencadangkan burung betina telah pun masuk kedalam lubang sarang  samada untuk ia bertelor atau pun sedang mengeramkan telor. Cadangan itu disokong dengan bukti  hasil dari siasatan imej rakaman, yang menunjukkan hujung pelepah ekor burung berkeadaan terkoyak-koyak dan kusut akibat tergesel dengan batang pokok ketika ia hinggap pada muka lubang sarang ketika menghantar makanan.

Menurut Kertas  Kajian Pemerhatian burung Enggang Kopiah~Beceros vilgil yang diterbitkan dalam The Raffles Bulletin Of Zoology , National University of Singapore bertarikh 30 Mac 2011 yang ditulis oleh Saudara Mike Chong;  Burung Enggang betina  akan bersama disisi anaknya tinggal didalam lubang sarang dan mereka hanya keluar terbang  apabila anaknya  berupaya terbang dengan sendirinya. Sepanjang tempoh itu burung jantan bertanggungjawab sepenuhnya mencari makanan untuk burung betina dan anaknya.Tempoh burung betina tinggal didalam lubang sarang dianggarkan lebih kurang selama 6 bulan .

Setelah yakin burung sedang bersarang, keputusan untuk menjejaknya dilakukan pada setiap hari yang dimulakan pada 27 Julai 2016. Tarikh burung jantan ditemui adalah didalam lingkungan bulan yang sama ketika menjumpai burung betina yang membawa anaknya di Hutan Simpanan Hutan Dara Hulu Gombak pada 11 Ogos 2012 dahulu. Menjangkakan pada ketika ini telor telah menetas dan anak sudah berada didalam lubang sarang. Kini  burung jantan  sedang dalam proses membesarkan anaknya.




Pemilihan Diet Yang Diberikan Kepada Ibu dan Anak.
Diet: Cicak Kepala Segi-besar~Gonocephalus grandis
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.

2. 1 Ogos 2016 Jam: 11.00 pagi ~ Menjumpai burung Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus jantan sedang terbang dari arah anak sungai dibawah cerun ke kawasan bukit dan hinggap diatas sebatang pokok. Kelihatan pada paruhnya sedang membawa seekor Cicak Kepala Segi-besar~Gonocephalus grandis yang telah mati. Ia bertenggek diatas ranting pokok  untuk satu tempoh yang agak lama, dianggarkan lebih kurang 20 minit. Semasa berada  diatas pokok ia hanya memandang kiri dan kanan sahaja, dipercayai sedang merehatkan tubuh badan akibat keletihan terbang. Sesekali ia membetulkan kedudukkan mangsanya itu dengan menimbang-nimbang badan mangsa,  menjadi kepada kedudukan yang lebih kemas dalam kepitan paruhnya. Kemudian itu, setelah memerhatikan sekeliling kawasan, burung melompat pada ranting yang lebih tinggi buat seketika sebelum terbang ke dahan pokok pada jarak lebih kurang 30 meter daripada tempat ia berehat. Ia membuat penerbang jarak pendek, menuju ke dahan pokok yang berada di kawasan cerun bukit. Berhenti berehat lagi disitu,
 untuk jangka masa lebih kurang 3 minit sebelum meneruskan terbangan menghilangkan diri didalam celah-celah pokok menuju kelokasi sarang.  Dipercayai lokasi sarangnya itu berada dikawasan sekitar lembah. Tidak berupaya mengekori burung terbang kearah   kawasan cerun bukit yang tinggi dan hanya memerhati sahaja burung terbang turun menuju ke kawasan lembah hutan.  



Tiada Pertikaian Sempadan Antara Berlainan Spesis Enggang.
Kawasan Habitat Dijumpai: Kawasan Burung Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus bersarang.

3. 2 Ogos 2016, Jam 10:45 pagi ~ Ketika menunggu dilokasi, kebarangkalian burung Enggang Mahkota Putih ~ Aceros comatus berkemungkinan akan singgah, secara tidak semena-mena seekor burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros jantan hadir dikawasan sekitar kawasan itu. Ia hanya berhenti berehat untuk satu tempoh yang agak lama, sambil menyisir dan memperkemaskan buluhias. Pada 20 Sept 2016 Enggang Jambak~Aceros undulatus ditemui berkeliaran dikawasan sekitar Enggang Mahkota Putih ~ Aceros comatus mencari makanan. Tidak dapat dipastikan apakah akan berlaku pertelingkahan dalam mengawal sempadan antara keluarga Enggang yang berlainan spesies.



Pemilihan Diet Yang Diberikan Kepada Ibu dan Anak.
Diet: Katak Bibir-putih ~ Rana raniceps Schlegel betina
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.

4.  3 Ogos 2016 Jam~ 11.10 pagi~  Menunggu burung dikawasan laluan keluar masuk ke kawasan sarang dan berjaya menjumpainya. Burung jantan datang hinggap ditempat yang sama dengan paruhnya mengepit seekor Katak Bibir-putih~Rana raniceps Schlegel betina. Kelakuannya sama ketika ia dijumpai pada 1 Ogos 2016, dimana ia  berehat pada dahan untuk satu tempoh yang agak lama. Kelakuanya hanya memerhatikan keadaan sekeliling dan sesekali menimbang-nimbang  Katak Bibir-putih~Rana raniceps Schlegel betina sambil membetulkan kedudukan pada kepitan paruhnya . Selepas itu secara senyap ia membuat penerbang jarak pendek  dari satu pokok ke satu pokok secara bertingkat-tingkat tahap ketinggian sehinggalah hilang dari pandangan. Disekitar lembah itu juga ketedengaran suara sahutan burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros.



Pemilihan Diet Yang Diberikan Kepada Ibu dan Anak.
Diet: Buah Hutan yang tidak dapat dipastikan jenisnya.
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.

5. 21 Ogos 2016 Jam 12.15 p.m. ~ Telah menjumpai  burung jantan  sedang memakan buah hutan yang tumbuh ditepi anak sungai dikawasan sempadan burung Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus berkeliaran . Jenis tumbuhan bentuk seperti buah dari jenis Ara (Ficus) yang tidak dapat dikenal pasti akan spesisnya. Pokok itu sedang berbuah lebat, tetapi kebanyakan buahnya  masih berwarna hijau. Namun begitu terdapat juga sejumlah  kecil buah yang telah masak berwarna merah. Burung jantan hanya memilih buah-buah masak untuk ditelan masuk kedalam temboloknya.  Sebelum terbang pulang ke sarang dan memuntahkan kembali  untuk diberikan kepada burung betina dan anaknya.     (Dr.Alan Kemp 1935) .


Cara Dan Kelakuan Burung Mencari Makanannya.
Diet: Sejenis Siput Cengkerang Keras yang tidak dikenal pasti spesisnya.
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.
 
6.  1 September 2016 Jam 9.45 a.m ~ Ketika memasuki denai hutan secara kebetulan telah menjumpai burung jantan  sedang bertenggek diam pada sebatang dahan pokok. Ia sedang memerhatikan sesuatu ke arah perdu akar di sebatang pokok besar yang tidak jauh dari tempat ia bertenggek.  Lehernya menoleh perlahan-lahan sambil matanya mengimbas bahagian atas dan bawah kawasan sekeliling untuk jangkamasa yang agak lama. Tidak dapat dipastikan apakah yang sedang diperhatikan , samada Katak, Cicak atau pun Mengkarung. Setelah agak lama matanya mengimbas ia membetulkan kedudukan, lalu terbang menjunam  ke arah perdu akar pokok  untuk menangkap mangsa yang telah dikenal pasti. Kakinya berpaut pada perdu akar sambil matanya mencari-cari sesuatu dicelah akar dan daun. Namun pencariannya tidak mendatangkan hasil, lalu ia turun ke lantai tanah dan berjalan. Ia mengelilingi perdu akar pokok secara perlahan-lahan dicelah-celah tumbuhan renek sambil matanya memerhatikan sesuatu. Beberapa kali usaha pencariannya   berkesudahan dengan kegagalan, lalu ia terbang semula ke dahan tempat ia mula  bertenggek. Siri pencarian  memakan masa agak lama dan berlangsung sebanyak 4 kali. Untuk usaha kali ke 5 ia mengubah stratigi dengan terbang ke pokok  yang agak jauh daripada lokasi pemburuannya itu. Ia bertenggek pada dahan yang dilindungi oleh daun-daun. Di celah daun ia membuat imbasan dari jauh dan  mendapat ruang yang lebih luas untuk mencari mangsa. Usaha ke 6 untuk mendapatkan makanan juga menemui kegagalan. Akhirnya kesungguhan untuk kali ke 7 barulah membuahkan hasil mendapatkan makannya untuk dibawa pulang ke lubang sarang.

Mangsanya adalah dari keluarga Siput yang spesiesnya tidak dapat dikenal pasti, yang diambilnya dari celah-celah daun. Terlebih dahulu ia menimbang-nimbang siput untuk tujuan membetulkan kedudukan siput pada hujung paruh.  Kemudian cengkerang Siput yang keras itu dipecahkan dengan tekanan kuat oleh paruh yang keras dan tajam . Setelah  cengkerang dipecahkan, ia menimbang-nimbang isi siput  untuk mengasingkan cengkerang dan isi siput. Selepas itu barulah ia terbang kembali ke dahan sambil mengepit makanan dengan paruhnya . Diatas dahan burung menimbang-nimbang serta mengesat-gesat isi siput pada dahan pokok untuk mengeluarkan saki-baki serpihan cengkerang tajam yang melekat-lekat pada isi. Ia bertenggek agak lama pada dahan dengan isi siput berjuntai pada paruh sebelum menyimpan isi siput kedalam tembolok burung.

Sejurus itu ia melompat terbang secara bertingkat-tingkat naik dan hinggap pada dahan pokok ke bahagian yang lebih tinggi. Setiap dahan pokok yang dihinggapinya itu, ia akan berhenti berehat sebentar lebih kurang 1 ke 2 minit sambil matanya mengimbas dan memandang sekeliling. Pada hinggapan dahan yang ke 5 pada kedudukan yang agak tinggi, ia mengeluarkan kembali isi siput tersebut yang tidak tahu apakah tujuannya. Sebelum melompat terbang di hentian hinggapan yang 7 ia menyimpan kembali isi siput. Akhir sekali, di hentian hinggap yang ke 9 , ia sudah berada pada dahan pokok yang paling tinggi dikawasan ia mencari makanan. Jarak hentian hinggap, antara dahan ke dahan dianggarkan 2 meter jaraknya. Ketika diatas dahan pokok yang paling tinggi, ia berehat untuk satu jangkamasa lebih kurang 15 minit sebelum terbang menuju ke arah sarangnya.

Pekara yang sama juga akan dilakukan apabila ia turun ke bahagian bawah knopi hutan, dimana setiap kali berhenti matanya akan mengimbas kawasan sekeliling dan memerhatikan mangsa atau musuh, sebelum meneruskan pencariannya itu.


Pemilihan Diet Yang Diberikan Kepada Ibu dan Anak.
Diet: Buah Hutan yang tidak dapat dipastikan jenisnya.
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.

7.  11 September 2016 Jam: 3:00 petang ~ Ketika melalui sebatang pokok berbuah ditepi sungai ternampak kelibat burung jantan yang sedang melonjak terbang kearah kenopi hutan, diparuhnya ada sebiji buah yang masak. Sebiji buah dari jenis Ara (Ficus) yang tidak dikenal pasti spesiesnya yang berlainan jenis dengan buah sebelum ini. Seperti kelakuan kebiasaannya ia hinggap berhenti buat seketika, sebelum terbang menghala ke kawasan lubang sarangnya. Terdapat banyak buah diatas pokok tersebut, tetapi sebahagain kecil sahaja yang telah masak yang berwarna merah. Untuk pemerhatian seterusnya, dipercayai besar kemungkinan ia akan datang semula apabila buah-buahnya telah masak nanti. 

Kelewatan Anak Burung Keluar Dari Sarang.

8.  16 September 2016 ~ Mendapati pada musim 2016 anak burung masih tidak berupaya keluar terbang daripada lubang sarang bersama ibunya. Cadangan ini disokong berdasarkan burung jantan masih dilihat membawa makanan ke kawasan ia bersarang pada 11 September 2016. Keadaan ini jelas berbeza pada musim pembiakan 2012, dimana pada 11 Ogos 2012 burung betina telah pun mengiringi anaknya keluar berkeliaran mencari makanan disekitar hutan Simpan Simpanan Dara Hulu Gombak.


KESIMPULAN

Kelakuan Burung Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus akan mencari makan bermula dari paras ketinggian  bahagian atas dan turun kebawah  secara bertingkat-tingkat . Setiap tingkat paras ketinggian ia akan berhenti dengan matanya mengimbas dan memerhatikan mangsa untuk ditangkap. Cadangan ini dibuktikan dengan jelas daripada lokasi paras ketinggian  Cicak Kepala Segi-besar~Gonocephalus grandis , Katak Bibir-putih ~ Rana raniceps Schlegel dan Siput sedang berada ketika ia ditangkap . Keadaan yang serupa akan dilakukan ketika terbang pulang ke sarang. Ia jarang sekali membuat penerbang terus. Selain melompat-lompat dan terbang, burung ini juga berkebolehan berjalan dengan baik diatas tanah ketika mencari makanan.

Keluarga Gastropoda /( Siput ) juga sebagai sumber pilihan bahan makanannya selain  daripada Reptilia, Ampibia dan buah-buahan. Pada sesi sebelah pagi ia memilih diet makanannya dari jenis  Reptilia, Ampibia, Gastropoda manakala pada sesi petang buah-buah hutan masak menjadi pilihannya.

Makanan-makanan yang disimpan dalam tembolok burung jantan untuk satu tempoh yang agak lama tidak menyebabkan berlakunya proses penghadaman asid didalam perut burung jantan.

Kesabaran Burung betina  menghadapi tekanan  selama berbulan-bulan dalam keadan kurang keselesaan bersama anaknya yang semakin hari semakin besar didalam lubang sarang yang sempit, gelap , kekurangan udara yang dipenuhi dengan najis-najis.

Taburan jumlah pokok-pokok besar di dalam hutan-hutan yang semakin bekurangan bakal membantu kepayahan burung-burung Enggang bersarang.  

Gambaran kepayahan dan cabaran yang harus dilalui seharian, ketika  burung jantan mencari makanan di kawasan yang masih mempunyai banyak sumber makanan, telah memberi penjelasan betapa susahnya ia untuk mendapatkan  makanannya.  Tentunya akan menjadi bertambah susah lagi apabila hutan-hutan  sediada tidak dijagai dan  dimusnahkan untuk tujuan ekonomi pembalakkan, perladangan, dan perlombongan. Dengan berkurangan sumber makanan  kesan daripada penghapusan hutan sepertimana yang telah berlaku pada waktu sekarang , tidak hairan mengapa Enggang Mahkota Putih ~ Aceros comatus terlalu susah untuk kita lihat.

Apa yang sedang berlaku ini, adalah episod malang bagi negara Malaysia kerana ia adalah  petanda awal kepada kepupusan Enggang Mahkota Putih ~ Aceros comatus secara senyap , tidak dipedulikan dan tidak kita sedari.


Gambar 1 ~ Peta Kawasan Lokasi Pemerhatian


Gambar 2



Jadual 1 
Penemuan Spesies Enggang Di Hutan Simpanan Hutan Dara Hulu Gombak, Selangor
Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus

No    Tarikh                 Masa             Diet Makanan Yang Dibawa                  

1    11 Aug 2012         3:00 pm           Reriang/Cecedas 

2    12 Dis 2013          11:30 am          Berpasangan

3      6 Nov 2013        12:00 pm          Berkeliaran

4     26 Julai 2016      12:35 pm          Buah Kelumpang Burung~Sterculia parviflora

5    1 Aug 2016          11:10 am          Cicak Kepala Segi-besar~Gonocephalus grandis

6    2 Aug 2016          10:45 am          Enggang Badak berkeliaran dikawasan lokasi sarang

7    3 Aug 2016          11:10 pagi        Katak Bibir-putih~Rana raniceps Schlegel        

8   21 Ogos 2016        2:00 pm           Makan buah

9   25  Ogos 2016       3:00 pm           Enggang Badak dijumpai berhampiran pokok berbuah.

10  1 Sept 2016         10:00 am           Siput

11  11 Sept 2016       3:00 pm             Buah jenis Ara yang tidak dikenal pasti.

12  20 Sept 2016      10:15 am            Enggang Jambak dijumpai dilokasi mencari makan




Petunjuk Burung Sedang Bersarang.
Diet: Buah Kelumpang Burung~Sterculia parviflora
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.

Gambar 3


Gambar 4~ Buah Kelumpang Burung~Sterculia parviflora


Gambar 5


Gambar 6

Gambar 7
Gambar 8
Gambar 9


Pemilihan Diet Yang Diberikan Kepada Ibu dan Anak.
Diet: Cicak Kepala Segi-besar~Gonocephalus grandis
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.


Gambar 10

Gambar  11 ~ Cicak Kepala Segi-besar~Gonocephalus grandis


Gambar 12


Gambar 13

Tiada Pertikaian Sempadan Antara Berlainan Spesis Enggang.
Kawasan Habitat Dijumpai: Kawasan Burung Enggang Mahkota Putih~Aceros comatus bersarang.


Gambar 14 ~Enggang Badak~Buceros rhinoceros jantan


Gambar 15


Gambar 16


Gambar 17

Gambar 18 ~ Enggang Jambak~Aceros undulatus



Pemilihan Diet Yang Diberikan Kepada Ibu dan Anak.
Diet: Katak Bibir-putih ~ Rana raniceps Schlegel betina
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.



Gambar 19 ~Katak Bibir-putih ~ Rana raniceps Schlegel betina


Gambar 20 ~Katak Bibir-putih ~ Rana raniceps Schlegel betina


Gambar 21
.


Gambar 22

Gambar 23



Gambar 24

Gambar 25

Pemilihan Diet Yang Diberikan Kepada Ibu dan Anak.
Diet: Buah Hutan yang tidak dapat dipastikan jenisnya.
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.


Gambar 26~Buah Jenis Ara yang tidak dikenalpasti.

Gambar 27
 

Gambar 28


Cara Dan Kelakuan Burung Mencari Makanannya.
Diet: Sejenis Siput Cengkerang Keras yang tidak dikenal pasti spesisnya.
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.


Gambar 29

Gambar 30


Gambar 31

Gambar 32

Gambar 33

Gambar 34


Gambar 35

Gambar 36


Gambar 37

Gambar 38


Gambar 39


Gambar 40

Gambar 41

Gambar 42

Gambar 43

Gambar 44

Gambar 45

Gambar 46

Gambar 47

Gambar 48

Gambar 49

Gambar 50

Gambar 51


Gambar 52

Gambar 53

Gambar 54


Gambar 55

Gambar 56

Gambar 57

Gambar 58


Pemilihan Diet Yang Diberikan Kepada Ibu dan Anak.
Diet: Buah Hutan yang tidak dapat dipastikan jenisnya.
Kawasan Habitat Dijumpai : Diatas pokok Ditepi Anak Sungai.


Gambar 59

Gambar 60

Gambar 61

Gambar 62~ Keadaan buah yang banyak bertitih diatas pokok sebelum dimakan oleh burung Enggang.

Gambar 63~Keadaan buah yang telah habis dimakan oleh burung-burung spesies  Enggang.

Kelewatan Anak Burung Keluar Dari Sarang.



Gambar 64 ~Burung betina yang mengiringi anak setelah keluar daripada sarang untuk mencari makan dan menyuapkan makanan kedalam mulut anaknya.


Gambar 65


Gambar 66


Gambar 67



Gambar 68


PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Saudara Mike Chong kerana memberi galakan, pandangan serta nasihat tentang tata cara  membuat pemerhatian spesies burung Enggang. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada Dato' Dr. Amar Singh kerana membantu saya membuat pengecaman jenis tumbuhan berbuah yang menjadi makanan kepada burung  Enggang Mahkota Putih ~ Aceros comatus.


BAHAN RUJUKAN

R.E Moreau C.M.Z.S ., M.B.O.U & Winifred M.Moreau (1941)~The Breeding Biology of Silvery Cheeked Hornbill
Mr.Ho Hua Chew & Mr Sutari Supari (2000)~ Observation Of Plain Porched Hornbill~Aceros subruficollis In Tasek Temenggur, Peninsular Malaysia.
Mr.Mike H.N.Chong (2011).~ Observation On The Breeding Biology Of Helmeted Hornbill In Pahang Peninsular Malaysia
Dr.Alan Kemp & Dr.Pilai Poonswad ~ Hornbills Of The World
Mr.Yip Chin Aik~ ( 2013 )The Hornbills Of Belum-Temengor
Dr. Dr.Pilai Poonswad,Vijak Chimchome, Narong Mahanop, Sittichai Mudsri (2013)  Conservation Of Hornbills In Thailand
Craig Robson~Birds Of South East Asia


Wasalam.