Monday 15 January 2018

Laporan Rekod Kematian Langgar Lari Hidupan Liar Ketika Kembara Berbasikal


Laporan Rekod Kematian Langgar Lari Hidupan Liar Ketika Kembara Berbasikal

Pada bulan Disember 2017 saya telah melakukan kembara berbasikal dari kediaman saya di Taman Melawati , Kuala Lumpur ke penghujung tanah besar Asia di Tanjung Piai, Johor. Pengembaraan pergi balik secara berbasikal itu mengambil tempoh masa selama 8 hari dengan jarak keseluruhan lebih kurang 800 kilometer.


Famili : Bataguridae Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle Lokasi: Kampong Simpang 3 Bagan, Batu Pahat Johor Tarikh: 6 Dis 2017





Pada setiap hari sepanjang berkayuh perjalanan pergi dan balik melalui  lebuhraya, jalan persekutuan dan jalan kampong. Seperti kebiasaan pasti saya akan berjumpa dengan hidupan liar mati akibat menjadi mangsa langgar lari. Penemuan menyayat hati lagi mengerikan itu akan terus berterusan setiap hari tanpa berkesudahan. Berdasarkan kekerapan jumlah kemalangan yang berlaku itu, kita bolehlah buat rumusan bahawa  kadar langgar lari terhadap hidupan liar meningkat dari masa kesemasa.



Sub-Famili:Homalopsidae Ular Air Tembam~Homalopsis buccata Puff face Water Snake Lokasi: Tanjung Piai Tarikh: 4 Dis 2017


Ketahuilah bahawa haiwan juga mempunyai perasaan seperti manusia. Mereka mempunyai pancaindera yang boleh merasai berbagai perasaan samada gembira, cemas, takut, sakit dan sebagainya. Oleh yang demikian, dapat kita  bayangkan  betapa seksa penderitaan yang mereka alami semasa proses itu terjadi . Bukan semua mangsa kemalangan itu, akan tercabut nyawanya dengan sertamerta. Adakalanya  tidak sempat merasa sakit, kerana nyawanya telah dicabut dengan pantas atas kesan hentakkan tepat kenderaan pada anggota badan . Tetapi ada juga yang tercedera terlebih dulu, lama kemudian barulah nyawa akan pergi secara berdikit-dikit mengikut kecederaan yang mereka alami.



Ular Laju Ekor Merah~Gonyosoma oxycephalum Red tailed Racer Lokasi: Rembau Tarikh:   8 Dis 2017

Sebagai contoh kemalangan berlaku kepada sekor ular , dimana nyawanya hanya akan tercabut setelah menerima siri gilisan tayar beberapa kali. Itu pun bergantung mengikut kesibukan lalu lintas  kenderaan pada saat kejadian. Jika kenderaan bersilih ganti, maka tempoh masa ia menahan penderitaan akan dipendekkan waktunya. Tetapi jikalau kurang kenderaan, maka nyawanya akan tertangguh buat seketika. Sementara menunggu kedatangan kenderaan lain untuk membuat gelekan seterusnya sehingga nyawanya tercabut. Tempoh penantian itu adakalanya cepat dan adakalanya lambat.  Sedang ia masih hidup dalam keadaan cedera parah adalah saat  yang cukup derita sekali untuk ditanggung.




Famili: Elapidae Ular Tedung Selar~Ophiophagus hannah King Cobra Lokasi: Senawang Negeri Sembilan Tarikh: 1 Dis 2017

Famili: Elapidae - Ular Tedung Selar~Ophiophagus hannah King Cobra Lokasi: Senawang Negeri Sembilan Tarikh: 1 Dis 2017

Famili: Elapidae - Ular Tedung Selar~Ophiophagus hannah King Cobra Lokasi: Senawang    Negeri Sembilan Tarikh: 1 Dis 2017

Cuba kita bayangkan penderitaan yang dialaminya pada saat mereka terpelanting ditepi jalan. Bersendirian pada waktu malam gelap gelita menahan derita atas kecederaan kesakitan patah tulang, pecah perut, retak cengkerang, patah sayap, tersembul biji mata dan lain-lain kecederaan kengerian. Contoh kepada kemuncak penderitaan yang dinyatakan itulah yang mereka alami. Sementara menunggu nyawa tercabut, keseksaan luar biasa ditanggungnya adalah diluar kemampuan akal untuk kita bayangkan.


Famili  :Colubridae - Ular Pokok Emas~Chrysopelea ornata Golden Tree Snake                        Lokasi: Parit Jawa Tarikh: 3 Dis 2017


Saya ingin kongsi pengalaman bertemu seekor Kura-kura yang tercedera akibat dilanggar oleh kenderaan. Kejadian berlaku pada jam 6.30 petang di sebatang jalanraya dikawasan pedalaman di Pekan Pahang. Walaupun telah dilanggar tetapi Kura-kura itu tidak mati dengan cengkerangnya telah retak teruk sehingga menampakkan organ dalamannya. Pada ketika itu hilang daya upaya saya untuk memberi bantuan kepada Kura-kura tersebut. 


Famili  :Boidae - Ular sawa batik`~Malayo python reticulatus Reticulated Pyton Lokasi: Umbai, Melaka. Tarikh: 7 Dis 2017


Tindakan yang terbaik adalah mengangkatnya dari jalanraya dan meletakkannya dikawasan habitatnya yang berhampiran. Saya tidak fikir cengkerangnya yang retak dapat disambung semula atau dirawat. Maka tinggallah kura-kura malang itu menanggung penderitaan sakit bersendirian. Adalah tidak berperikemanusiaan malah tidak tergamak untuk saya membunuhnya bagi mengurangkan penderitaan. Jikalau manusia boleh kita bawa ke hospital walaupun jauh dipedalaman.



Famili : Viverridae- Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
Tarikh: 3 Dis 2017

Famili : Viverridae- Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
Tarikh: 3 Dis 2017


Memang Jabatan Perhilitan ada menyediakan perlindungan dari segi akta/perundangan tetapi apakah mereka melindungi juga hidupan liar dengan menyediakan perlindungan dalam usaha menyelamatkan nyawa ketika cedera.? Persoalannya sekarang apakah Jabatan Perhilitan atau mana-mana Agensi Kerajaan di negara Malaysia  mempunyai bahagian khas yang menyediakan kepakaran veterinar hidupan liar. 


Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus Lokasi: Senggarang Johor Tarikh: 6 Dis 2017


Tenaga mahir, peralatan merawat, dan ubat-ubatan untuk merawat hidupan liar tercedera ketika dalam usaha menyelamatkan nyawa hidupan liar ? Apakah ada stu kaedah atau S.O.P bagaimana untuk menyelamatkan hidupan liar yang berkemungkinan mendatangkan merbahaya kepada orang yang hendak menolong.


Lotong Chenekah~Presbytis melalophus Lokasi: Chengkau, Negeri Sembilan Tarikh: 8 Dis 2017


Katakan  Ular Senduk, Musang, Memerang, Cepelai, Burung, Beruang, Harimau Akar dan mamalia kecil  yang tercedera dimanakah harus kita bawa untuk membantunya. Berdasarkan pengalaman membantu hidupan liar , di Malaysia cuma Prof Madya Jalila Abu sahaja yang mempunyai kepakaran bidang hidupan liar, di Universiti Putra Malaysia, Fakulti Perubatan Veterina. Fakulti Perubatan Veterina tidak mengenakan sebarang caj & upah perubatan terhadap hidupan liar. 



Famili :Cereoithecidae-Kera~Macaca fascicularis Lokasi: Lubok China, Melaka Tarikh: 8 Dis 2017


Masalahnya siapakah yang sanggup mengambil atau membawa hidupan liar ke sana untuk mendapatkan rawatan. Andaikata hidupan itu sembuh dari kecederaan tetapi ia hilang daya upaya untuk mencari makanan sendiri dihabitatnya. Maka hidupan liar itu tetap akan dimatikan juga kerana kehilangan upaya dan  demi meringankan penderitaan.


Famili : Hystricidae ~Landak Raya ~ Hystrix brachyura  Lokasi: Rengit Johor. Tarikh: 6 Dis 2017

Famili : Bataguridae Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle Lokasi: Kampong Simpang 3 Bagan, Batu Pahat Johor Tarikh: 6 Dis 2017




Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle Lokasi: Muar  Tarikh: 3 Dis 2017




Famili :Accipitridae Baza Hitam~Aviceda leuphotes Black baza Lokasi: Sungai Balang, Muar
Tarikh: 3 Dis 2017


Inilah kesan terhadap keputusan pegawai-pegawai tinggi yang cerdik pandai menyokong dan memberi kelulusan atas pembinaan  terlalu banyak lebuhraya/jalanraya. Pembinaan itu pula  dibina merentasi hutan-hutan dan salah satu kesan utama adalah peningkatan kadar kematian hidupan liar secara berterusan.



Famili :Accipitridae Baza Hitam~Aviceda leuphotes Black baza Lokasi: Sungai Balang, Muar
Tarikh: 3 Dis 2017



Disini saya senaraikan 19 kematian hidupan liar yang saya jumpai sepanjang tempoh kayuhan itu :--

Mamalia

Famili : Hystricidae-
1.Landak Raya ~ Hystrix brachyura 
   Lokasi: Rengit Johor.
  Tarikh: 6 Dis 2017

Famili : Viverridae-
2.Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus
   Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
   Tarikh: 3 Dis 2017

3.Musang Pulut~Paradodoxurus hermaphroditus
   Lokasi: Senggarang Johor
   Tarikh: 6 Dis 2017


Famili :Caprimulgidae-Burung Tukang Ekor Besar~Caprimulgus macrurus Lokasi: Parit Jawa, Johor Tarikh: 3 Dis 2017


Famili : Rallidae - Ruak-ruak dada putih~Amaurornis pheonicurus Lokasi: Lubok China, Melaka
Tarikh: 8 Dis 2017


Primat

Famili :Cereoithecidae-
4.Kera~Macaca fascicularis
   Lokasi: Lubok China, Melaka
   Tarikh: 8 Dis 2017

5.Lotong Chenekah~Presbytis melalophus Black tight surily
   Lokasi: Chengkau, Negeri Sembilan
   Tarikh: 8 Dis 2017


Famili  :Strigidae - Pungguk Rimba Bintik~Strix seloputo Lokasi: Bukit Kelicap, Batu Pahat Johor.
Tarikh: 3 Dis 2017


Burung

Famili : Rallidae
6.Ruak-ruak dada putih~Amaurornis pheonicuruswhite breasted waterhen
   Lokasi: Lubok China, Melaka
   Tarikh: 8 Dis 2017

Famili :Accipitridae
7.Baza Hitam~Aviceda leuphotes Black baza
   Lokasi: Sungai Balang, Muar
  Tarikh: 3 Dis 2017

Famili :Caprimulgidae-
8.Burung Tukang Ekor Besar~Caprimulgus macrurus
   Lokasi: Parit Jawa, Johor
   Tarikh: 3 Dis 2017



Famili  :Strigidae - Pungguk Rimba Bintik~Strix seloputo Lokasi: Bukit Kelicap, Batu Pahat Johor.
Tarikh: 3 Dis 2017

Burung

Famili  :Strigidae
9.Pungguk Rimba Bintik~Strix seloputo
   Lokasi: Bukit Kelicap, Batu Pahat Johor.
   Tarikh: 3 Dis 2017

Famili  :Tytonidae
10.Jampuk Jelapang ~Tyto alba Barn owl,
    Lokasi: Tampok, Pontian
   Tarikh: 3 Dis 2017

11.Teteguk Pantai~Phodilus badius Oriental bay owl
     Lokasi: Semerah
     Tarikh: 3 Dis 2017

12.Teteguk Pantai~Phodilus badius Oriental bay owl
     Lokasi: Semerah
     Tarikh: 3 Dis 2017

Famili :Saturidae
13.Tiong Jawa~Acridotheres javanicus Javan Myna
     Lokasi: Kukup, Johor
     Tarikh: 4 Dis 2017



Teteguk Pantai~Phodilus badius Oriental bay Owl Lokasi: Semerah Tarikh: 3 Dis 2017

Reptile

Famili  :Boidae
14.Ular sawa batik`~Malayo python reticulatus Reticulated Pyton
     Lokasi: Umbai, Melaka.
     Tarikh: 7 Dis 2017

Famili  :Colubridae
15.Ular Pokok Emas~Chrysopelea ornata Golden Tree Snake
     Lokasi: Parit Jawa
     Tarikh: 3 Dis 2017

16.Ular Laju Ekor Merah~Gonyosoma oxycephalum Red tailed Racer
     Lokasi: Rembau
     Tarikh: 8 Dis 2017

Sub-Famili:Homalopsidae
17.Ular Air Tembam~Puff face Water Snake~Homalopsis buccata
     Lokasi: Tanjung Piai
     Tarikh: 4 Dis 2017

Famili: Elapidae
18. Ular Tedung Selar~Ophiophagus hannah King Cobra
      Lokasi: Senawang Negeri Sembilan
      Tarikh: 1 Dis 2017

Teteguk Pantai~Phodilus badius Oriental bay Owl Lokasi: Semerah Tarikh: 3 Dis 2017


Famili  :Tytonidae Jampuk Jelapang ~Tyto alba Barn owl, Lokasi: Tampok, Pontian Tarikh: 3 Dis 2017


Famili : Bataguridae
19.Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle
     Lokasi: Kampong Simpang 3 Bagan, Batu Pahat Johor
     Tarikh: 6 Dis 2017

Hidupan Yang Sempat Diselamatkan

1.Kura-kura katup~Cuora ambionensis Asian Box Turtle
   Lokasi: Muar
   Tarikh: 3 Dis 2017

2.Belut Muara ~ Macrotema caligans
   Lokasi:Jetti Tanjung Piai, Johor
   Tarikh: 4 Dis 2017


Famili :Saturidae Tiong Jawa~Acridotheres javanicus Javan Myna Lokasi: Kukup, Johor Tarikh: 4 Dis 2017

Belut Muara ~ Macrotema caligans Lokasi:Jetti Tanjung Piai, Johor  Tarikh: 4 Dis 2017


Belut Muara ~ Macrotema caligans Lokasi:Jetti Tanjung Piai, Johor  Tarikh: 4 Dis 2017


Oleh kerana nasi telah menjadi bubur dan tidak ada jalan penyelesaian maka mahu atau tidak kita kena lakukan sesuatu untuk mengurangkan kadar kemalangan hidupan liar. Kepada semua pengguna jalanraya  sentiasalah mempunyai sikap permanduan yang lebih peka, waspada dan beringat ketika menggunakan jalanraya. Bila-bila masa hidupan liar boleh melintas dihadapan kita secara mengejut dengan tiba-tiba. Wasalam.


Wednesday 10 January 2018

Pertarungan Ikan Tembakul/ Ikan Belacak~Periophthalmus gracilis~Mudskipper



Pertarungan Ikan Tembakul/ Ikan Belacak~Periophthalmus gracilis~Mudskipper
Lokasi: Pantai Bagan Pasir, Tanjung Karang Selangor.



Walaupun dia dikenali sebagai Ikan tetapi ia mempunyai kelebihan yang tidak ada pada sifat ikan yang lain.  Ikan Tembakul / Ikan Belacak~Periophthalmus gracilis  berupaya hidup diluar sempadan air iaitu dikawasan selut dan pasir pantai. Selain ia boleh berenang seperti ikan ia juga berkebolehan melompat-lompat, dan memanjat akar kayu bakau. Bentuk tubuh dan sifatnya, seolah-olah gabungan dari spesies katak dan spesies ikan.





Permerhatian saya mendapati, Ikan Tembakul~Periophthalmus gracilis ini bertarung disebabkan lopak kesan tapak kaki orang mencari mentarang.  Lopak kecil bersaiz tapak kaki manusia dewasa itu dijadikan sebab kedua-dua ekor ini berkelahi dengan sengit. Masing-masing berdegil untuk tidak berundur dan beredar dari kawasan lopak tersebut. 



Adegan serang menyerang antara kedua-dua haiwan ini dilakukan dengan niat memberi cedera, supaya kesakitan yang dialami oleh pihak lawan akan menyebabkan salah satunya beredar. Namun begitu kedua-duanya berdegil dan tidak mahu mengalah, walaupun pertarungan telah berlangsung hampir 3 minit.




Jikalau kambing, lembu atau rusa bertarung menggunakan kekuatan  hantukan tanduk tengkorak kepala, tetapi Ikan Tembakul bertarung dengan menghantukkan rahang bibir mulut antara satu dengan yang lain. Dirahang mulut Ikan Tembakul mempunyai 2 taring yang tersusun bersama-sama dengan gigi halus yang bakal memberi kecederaan dan kesakitan. 



Kekuatan tenaga lentikkan pada bahagian badan sambil dibantuan dengan 2 sirip dihadapan membolehkan mereka melonjak menerpa untuk bertembung mengenai pada rahang mulut masing-masing. Andaikata rahang bahagian atas bertaring itu tepat kena pada bibir bahagian sebelah atas pihak lawan, maka ketajaman taring akan mencucuk bibir pihak lawannya itu. 




Silih bergantilah kedua mereka itu untuk sakit menyakiti antara mereka sehingga salah satunya merasa penat. Berehat mendapat nafas sambil mulut ternganga luas sampai terlihat ingsang dan anak tekak. Mata seperti mata katak buntang terbeliak merenung lawannya. Kedua bahagian Sirip dorsalnya mengembang dan menegak menanti serangan dan bersedia untuk menyerang. 




Kadang-kadang bergumpal ketika mulut mereka terlekat antara satu sama lain. Perkelahian itu diperhatikan sahaja oleh anak-anak mereka yang berada hampir dengan mereka. Kelihatan sesekali anak-anaknya melompat naik diatas belakang badan seolah-olah memberi sokongan dan semangat untuk mencapai kemenangan.




Hikmah pada bukti pemerhatian ini telah memberi saya satu pendapat yang menyatakan Allah juga menyediakan haiwan dengan naluri & perasaan sama seperti manusia. Ikan Tembakul/ Ikan Belacak~Periophthalmus gracilis telah diberi  naluri merasa marah  dan berani sehingga mereka tidak puas hati lalu bergaduh. 



Tentu ada sebab yang membuatkan haiwan ini merasa marah sehingga membawa kepada adegan serang menyerang antara mereka. Pergaduhan tidak akan berlaku jika tidak ada naluri berani dan marah. Mungkin beza antara perasaan manusia dan haiwan adalah dari sudut kadar kehalusan merasainya dan daya mengingat kembali apa yang dirasai.



Tidak pula kedengaran suara amaran kemarahan Ikan Tembakul  sebelum perkelahian itu berlaku, sepertimana kucing bergaduh. Mungkin antara mereka telah memberi isyarat sebelum perkelahian itu berlaku. Naluri marah tidak boleh wujud secara tunggal sahaja. Sudah tentunya ada pasangan kepada naluri marah iaitu naluri kasih sayang. Sepertimana ditunjukkan ketika bersama anak-anaknya didalam suasana yang lain. Perasaan berani, takut, sedih, sakit, gembira, berkehendak kepada sesuatu, aman dan sebagainya sememangnya wujud dalam diri haiwan juga.




Melalui bukti dan pendapat saya ini, maka terpulanglah kepada manusia itu untuk berfikir sendiri dan berniat dalam melaksanakan segala macam tindak tanduk baik dan buruk dalam hal ehwal duniawi bersabitan dengan sekelian haiwan dihabitatnya. Allah telah menganugerahkan hati dan akal yang menjadi tempat segala macam perasaan  dapat dirasai,  janganlah  disia-siakan atau disalah gunakan berbanding haiwan. 



Tadbir uruslah perasaan itu  mengikut piagam sifir keutamaan dan kepentingan . Atau tidak payah langsung seperti haiwan pun, tidak mengapa. Kerana itu adalah hak kebebasan setiap makhluk  bernyawa yang diberi peluang  hidup didunia, cuma sekali sahaja. Wasalam. 

Friday 5 January 2018

Tawarikh & Kenangan Susur Galur Keturunan Sebelah Ibu ~ Keluarga Imam Jaafar Bin Safak


Tawarikh &  Kenangan Susur Galur Keturunan Sebelah Ibu ~ Keluarga Imam Jaafar Bin Safak

Semua maklumat didalam tulisan ini hanyalah berlandaskan andaian peribadi semata-mata sahaja. Setelah merujuk kepada bukti daripada gambar-gambar lama, barangan peninggalan keluarga atau mendengar kenyataan lisan daripada sanak saudara, serta membaca jurnal-jurnal lama. Memang semua maklumat dan tarikh yang ditulis juga adalah tidak tepat. Namun begitu walaupun ia tidak tepat, tetapi kisahnya tidak tersasar jauh daripada kejadian sebenar yang pernah berlaku pada ketika itu. Catitan peribadi ini hanyalah sekadar untuk mengimbau kembali kenangan silam yang telah mulai terhakis secara perlahan-lahan diminda.


Berdasarkan imej rakaman daripada foto , usia Imam Jaafar di anggarkan dalam lingkungan 70 tahun. Cadangan imej ini dirakam  adalah diantara tahun 1910 ~ 1915.

Duduk Diatas Kerusi Kiri ke Kanan :-

1. Nasron Bin Imam Jaafar~Pak Anjang  2. Imam Jaafar Bin Mat Saman 3.Isteri Nama  (Tidak Diketahui ) 4. Rasimah Binti Imam Jaafar~Mak Ulong 5. Salbiah Binti Imam Jaafar~Mak Ngah

Berdiri  Dari Kiri ke Kanan :-

1. Osman Bin Imam Jaafar~Pak Usu  5 tahun 2. Mahiyah Binti Imam Jaafar,3.Tidak Tahu  Binti Imam Jaafar~Perempuan 14 tahun  4.Nuriah Binti Imam Jaafar~Makcik 5. Nubiah Binti Imam Jaafar.~Mak Uteh 6 . Anak Perempuan 13 tahun (Nama Tidak Diketahui ) 7. (Nama tidak diketahui)Anak Perempuan 9 tahun 8. Anak Lelaki 7 tahun ( Nama Tidak  Diketahui )

Atas Balkoni Rumah.

8 Kanak-kanak 7 perempuan dan 1 kanak-kanak lelaki cucu kepada Imam Jaafar.


Mukadimah.

Suasana yang hampir serupa yang dialami oleh Imam Jaafar ketika hayatnya pada sekitar tahun 1860 hingga 1928.

Beliau datang dari Gugusan Kepulauan Melayu di Kepulauan Borneo, disebuah daerah Banjarmasin Kalimantan. Tidak diketahui asal datangnya dari daerah mana, samada  dari Amuntai, Barabai, Kalua, Alai, Negara atau pun Kandingan. Menurut kajian, Orang Banjar yang telah bermastautin di daerah Kuala Langat Selangor kebanyakan berasal dari Kalua, Tabalung Kalimantan Selatan. Jaraknya 212 kilometer disebelah utara dari Banjarmasin. Keluarga Imam Jaafar Bin Mat Saman datang berhijah ke Semenanjung Tanah Melayu disekitar tahun 1868. Ketika sama-sama menyertai  gelombang penghijrahan beramai-ramai masyarakat Banjar kerana desakan dan tekanan politik dari pemerintahan Belanda di Kalimantan.

Duit Siling Queen Victoria 1862 yang dijadikan loket rantai adalah pinggalan keluarga Imam Jaafar yang telah warisi oleh anak perempuannya Mahyah Binti Imam Jaafar. kemudian dipeturunkan Rohayah Binti Omar dan Rosla Bin Mustakim

Dipercayai Duit siling One Rupee India 1862  keluaran Kerajaan British tahun 1862 ini adalah milik Imam Jaafar yang tidak sah dan tidak dapat digunakan  dalam urusan jual beli di Selangor. Mungkin beliau menerima duit tersebut kerana terkeliru dengan duit Siling One Cent India Straits 1862 yang sah digunakan di Selangor. Memandangkan tidak dapat digunakan maka dijadikan loket rantai untuk digunakan oleh anak perempuannya Mahyah Binti Imam Jaafar.

Ada besar kemungkinan sebelum keluarga Imam Jaafar berhijrah beliau juga pernah menggunakan watawang Stuiver @ duit siling tahun 1826 yang dikeluarkan oleh Syarikat Belanda Hindia Timur ( VOC ) . 











Samada Imam Jaafar masih bujang ketika menyertai bapanya Mat Saman atau beliau telah pun berumahtangga tidak dapat dipastikan, kerana langsung tidak ada maklumat tentang kisah itu. Namun begitu berdasarkan peninggalan pinggan mangkuk serta piring buatan Belanda, ( yang pada kebiasaan dimiliki oleh orang perempuan ) isteri Imam Jaafar  , memberi petunjuk beliau sudah berumah tangga.



Pinggan Petrus Regout & Co. Maastright. The Sphinx / Acra dipercayai milik Imam Jaafar menjadi bukti menyokong andaian beliau telah membuat penghijrahan dari Banjarmasin, Kalimanatan pada sekitar 1860.

Petrus Regout & Co. Maastright. The Sphinx pottery ACRA Made In Holland adalah sebuah Syarikat mahsyur pembuat pinggan mangkuk dari Belanda sejak 1839 sehingga 1899.

Ada besar kemungkinan mereka menumpang Kapal Wap Dagang yang pergi berdagang menuju ke destinasi perdagangan seperti  Pulau Singapura, Pulau Pinang atau pun ke pulau sebelah  Sumatera. Membayangkan mungkin perjalanan beliau berhadapan dengan berbagai cabaran , antaranya serangan lanun dan gelora ombak angin taufan di tengah lautan. Tidak juga diketahui adakah beliau terus datang ke Semenanjung Tanah Melayu atau pergi ke Pulau Sumatera terlebih dahulu. Sebelum menyambung pelayaran menyeberangi Selat Melaka dan  berlabuh di jeti Kampong Kelanang, Kuala Langat.


Pinggan Societe Ceramique Maestricht Made In Holland yang pernah digunakan oleh Imam Jaafar

Societe Ceramique Maestricht Made In Holland

Dinegeri Selangor pada ketika itu diperintah oleh Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah. Pusat pemerintahannya terletak di Jugra yang tidak begitu jauh dengan Kampong Kelanang. Dianggarkan 30 minit berbasikal mengikut jalan darat dan 15 minit berkolek dengan sampan atau perahu.


Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah

Pada ketika itu juga dinegeri Selangor sedang bergolak dengan peperangan saudara di Klang antara menantu Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah iaitu Tengku Kudin dengan anak-anak Raja Selangor/ Pembesar, yang diketuai oleh Raja Mahadi. Apakah wabak peperangan Saudara di Klang itu memberi tempiasnya kepada suasana kehidupan sehari-harian di kawasan Kampong Kelanang, tidak dapat hendak dihuraikan.

Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa

Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
Setem wajah Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah





Setem Negeri Selangor ketika zaman pemerintahan Jepun. Walaupun Jepun menaklum Tanah Melayu, namun begitu mereka masih mengiktiraf Raja-raja Melayu.

Sultan Selangor ketika Pemerintahan Jepun ; Tengku Musauddin bergelar Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Syah
Sultan Selangor ketika pihak Jepun tewas 1945. Sultan Hisamuddin Alam Shah


Dipercayai mula bermastautin di Kampong Kelanang pada sekitar tahun 1870. Pada suatu ketika dahulu, adat orang  merantau ke tempat orang lain, biasanya telah terbekal ilmu agama dan ilmu seni bela-diri didada masing-masing. Keadaan ini tidak terkecuali kepada Imam Jaafar juga, dimana dipinggangnya terselit Keris Banjar atau Keris Bujang Beliung. Zaman itu orang-orang Melayu dari gugusan Tanah Melayu merantau tanpa memerlukan pasport atau pengenalan diri.



Siri koleksi pinggan & piring Petrus Regout & Co. Maastright. The Sphinx pottery ACRA Made In Holland milik Imam keluarga Jaafar .

Piring Vintage Petrus Regout & Co. Maastright. The Sphinx pottery  Made In Holland lukisan tangan kurun ke 18.

Kerana belum ada lagi persempadanan politik secara muktamat dikalangan masyarakat Melayu pada masa itu. Jikalau ada pun tidak lah begitu ketat. Tiada istilah kenegaraan Indonesia, Malaysia, Brunei,  atau pun Singapura. Malah undang-undang sivil masih belum diberatkan lagi, kerana tidak cukup kakitangan yang boleh mendaulatkan undang-undang tersebut.


Piring Vintage Petrus Regout & Co. Maastright. The Sphinx pottery  Made In Holland lukisan tangan kurun ke 18

Siri koleksi pinggan & piring Petrus Regout & Co. Maastright. The Sphinx pottery  Made In Holland milik Imam keluarga Jaafar. Oleh sebab terlalu lama permukaan piring ini telah menunjukkan tanda retak seribu.


Mereka bebas pergi ke merata tempat, asalkan mempunyai kenalan dan sanak saudara yang telah lama bermastautin disesuatu tempat itu. Tidak hairan di Selangor ada banyak berbilang keturunan antaranya Bugis, Banjar, Cina, India, Mendiling, Minang, Rawa, Jawa, Batu Bara dan Orang Asli. Jikalau tidak mempunyai kenalan, mereka haruslah pandai membawa diri , semasa berada ditempat yang begitu asing kepada mereka. Sebab itu ada Perpatah Melayu menyatakan; dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Atau Masuk kandang kambing , mengembek masuk kandang harimau kita mengaum. Ada besar kemungkinan  beliau telah ada  ramai sanak saudara dan kenalan di Kampong Kelanang Selangor.



Societe Ceramique Maestricht Made In Holland
Berdasarkan pengetahuan agama yang dimiliki oleh  beliau,  masyarakat di situ telah memberi penghormatan kepadanya sebagai tempat mereka merujuk. Tidak dapat dipastikan apakah beliau menerima watikah lantikan  secara rasmi  sebagai Imam oleh Hal Ehwal Agama dari Istana. Atau sekadar mendapat kepercayaan khalayak  yang bersepakat melantik Imam Jaafar  menjadi Imam kepada mereka di Masjid Lama Kampong Kelanang . (Masjid baru yang sediada sekarang hanya dibina pada tahun 1960 yang dirasmikan pada 2 -4-1965 )


Piring Societe Ceramique Maestricht Made In Holland


Beliau mengetuai dan menjadi rujukan dalam segala macam bidang hal ehwal keagamaan dan pendidikan ugama islam di sekolah-sekolah pondok dan madrasah. Aktiviti keagamaan seperti mengimamkan segala jenis sembahyang, mengajar bacaan Al Quran, memberi kuliah ugama, bertahlil, bertalkin, berkhatan, berzakat, berzanji dan berselawat Marhaban. Dan ada besar kemungkinan  hal ehwal nikah dan kahwin dikendalikannya juga oleh Imam Jaafar . Tidak pulak diketahui adakah Imam Jaafar  pernah mengerjakan ibadat Haji ke Mekah, perkara ini tidak ada seberang maklumat mengenai hal peristiwa itu.



Ini adalah bidai pemidang katil yang masih dapat dikekalkan milik keluarga Imam Jaafar yang dipercayai dibuat sendiri oleh ahli keluarga Imam Jaafar.


Sumber Mata Pencarian.

Selain menjalankan aktiviti ibadat dan keagamaan Imam Jaafar Bin Safak mempunyai tanah-tanah yang luas untuk perusahaan pertanian. Mengikut bukti peninggalan tanah-tanah milik Imam Jaafar di Kampong Kelanang yang diwarisi oleh anak-anaknya. Ada besar kemungkinan salah satu punca pendapatannya adalah daripada perdagangan menjual Kelapa Kering , Minyak Kelapa , Membuat Penyapu Lidi dan penjualan Atap Nipah. Cadangan serta andaian ini adalah berdasarkan tanah-tanah miliknya dipenuhi dengan tanaman pokok kelapa secara tersusun seperti ladang.


Keluarga Imam Jaafar mempunyai kemahiran tinggi dalam Seni Tekat. Tidak dapat dipastikan dikalangan 10 orang anak Imam Jaafar itu siapa yang memiliki kepakaran menghasilkan warisan seni Tekat ini. Peninggalan hasil Seni Tekat untuk dijadikan kepala bantal ini sebagai bukti. Mencadangkan Seni Tekat ini dimiliki oleh Isteri Imam Jaafar, kerana anaknya Mahyah Binti Imam Jaafar telah menghasilkan banyak peninggalan Seni Tekad yang masih elok tersimpan.

Salah satu kehalusan dan cermatnya pembuatan hasil kerja tangan ahli keluarga Imam Jaafar. 

Sekitar antara tahun 1860 hingga 1900 di Kelanang Selangor , tidak diketahui jenis mata wang apakah yang beliau gunakan semasa melakukan segala urusan jual beli. Matawang seharian untuk membeli beras, pakaian, bayaran cukai atau sebagainya. Adakah matawang yang dikeluarkan oleh Matawang Negeri-negeri Selat, Syarikat British  Hindia Timur atau mata wang yang dikeluarkan oleh Kesultanan Abdul Samad, atau hanya menggunakan sistem " Bata ".



Kain penutup Tepak Sireh

Bagaimana beliau menabung menyimpan harta dan wang ringgit, hinggakan beliau berjaya memiliki sejumlah tanah yang luas. Maklumat sejarah yang dilalui oleh Imam Jaafar pada ketika itu langsung tidak dapat diketahui oleh waris yang tinggal.


Dipercayai karya seni ini adalah milik Mahyah Binti Imam Jaafar . Seni membuat Penutup Cawan ini telah pupus sama sekali, kerana dizaman sekarang sudah tidak  ada keperluannya lagi.  Jahitan dan susunan Labuci disamping sambungan tersusun biji-biji manik-manik halus dari berbagai jenis warna, berkehendakkan seseorang itu mempunyai kesenian  krativiti tersendiri , fokus dan ketekunan yang tinggi dalam melaksanakannya.

Dipercayai kesenian ini adalah sebagai perhiasan dikawasan katil.


Timbang tara kedudukan seseorang pada zaman itu adalah dilihat dari sudut kesempurnaan sesebuah keluarga itu  mengenakan pakaian mereka. Melihatkan kepada sumber bukti daripada gambar-gambar yang ada, beliau berkemampuan menyediakan pakaian yang elok kepada kesemua anak-anak lelaki , perempuannya termasuk cucu-cucunya sekali.



Kotak peninggalan Mahyah Binti Lebai Jaafar ini telah diwarisi oleh anak perempuannya Rohayah Binti Omar yang juga berbolehan melakukan seni karya Tekat. Manik dan labuci yang belum sempat digunakan menjadi bukti kukuh bahawa Mahyah dan anaknya Rohayah Binti Omar merupakan karyawan Seni Tekat. Malangnya tiada seorang pun waris yang berminat untuk meneruskan warisan Seni Tekat  ini selepas Rohayah Binti Omar meninggal dunia.



Pakaian

Jenis Fabrik yang bermutu untuk dibuat pakaian Kebaya Labuh berpesak, berkainkan Batik Jawa Lepas. Selendang berlabuci tersangkut ditengkuk. Sepatu Kulit bertumit buatan Eropah, bergelang kaki, berkerongsang emas tersangkut pada setiap baju Kebaya Labuh. Anak anak Lelakinya pula lengkap berbaju Melayu Telok Belangga, lengkap bersongkok dan berkasut kulit. Manakala cucu-cucunya yang jelas dilihat berdiri diatas balkoni , tidak seorang pun dilihat berlenggeng tidak berpakaian. Pada ketika itu bukan semua masyarakat Melayu  berkemampuan untuk memakai kasut kulit buatan Eropah. Bergaya dengan berpakaian  sepertimana yang disediakan oleh Imam Jaafar kepada semua anaknya.

Kipas baldu yang dihias indah

Kenderaan
 
Dalam gambar lama yang diteliti mendapati Imam Jaafar juga mempunyai basikal iaitu  jenis kenderaan utama pada ketika itu. Kenderaan ini penting untuk beliau memudahkan kerja-kerja dakwah, ulang-alik ke Masjid atau pun menghadiri jemput-jemputan kenduri kendara.


Pinggan vintage unik berkonsepkan Burung Hummmingbird.


Perabut Rumah Dan Kelengkapan Rumah.

Pada zaman itu kelengkapan rumah masyarakat orang Melayu tidak sama dengan rumah warga Eropah. Namun begitu berlaku juga sedikit pengaruh barat dalam menghias rumah. Rumah yang didiami oleh Keluarga Imam Jaafar dilengkapi dengan perabut , bukti yang dapat dilihat adalah set kerusi rotan. Katil Besi berpalang, Peti menyimpan pakaian, Barangan Tembaga, Tikar mengkuang. Dizaman itu , masih belum ada bekalan elektrik yang disediakan, maka pada waktu malam mereka hanya menggunakan Pelita Minyak , Lampu Kabait dan Lampu Pam untuk menerangkan ruang di dalam rumah.



Periuk Tembaga Hikmat ini membuktikan ahli keluarganya memiliki seni kepandaian memasak dari pelbagai jenis juadah makanan yang ada dinegeri Selangor. Mengimbau kembali kenangan silam , ketika mengacau Lempuk, Labu Berkacau , membuat Kaya, Serunding Ikan, Serunding Udang , Sagun Kelapa , Coklat Thambi Lay lay dan berbagai rendang daging. Kesedapan makanan yang dibuat dengan penuh kasih sayang menimbulkan sejarah " Rasa Sedap " yang sukar dilupakan.
Pemilikan Tanah

Hasil perkahwinan Imam Jaafar Bin Safak dengan Isterinya ( tiada maklumat ) , mereka telah dikurniakan dengan 10 orang cahayamata. 3 anak lelaki dan 7 orang anak perempuan. Kesemua anak-anaknya telah mewarisi sebidang tanah daripada bapanya Imam Jaafar. Jikalau dihitung secara minima, setiap anak Imam Jaaafar telah mewarisi keluasan 1 ekar , maka harta keseluruhan yang pernah dimilik oleh Imam Jaafar melayakkan beliau sebagai Hartawan. Dalam ertikata lain beliau telah melunaskan tanggung jawabnya sebagai Mukmin yang memperoleh kekayaan didunia dan kekayaan di akhirat.

1.Rasimah Binti Imam Jaafar ~ Mak Ulong
2.Salbiah Binti Imam Jaafar ~ Mak Ngah
3.Nasron Bin Imam Jaafar ~ Pak Anjang
4.Mahyah Binti Imam Jaafar
5.Nubiyah Binti Imam Jaafar ~ Mak Utih
6.Nuriah Binti Imam Jaafar ~ Makcik
7.Norashikin Binti Imam Jaafar~ Mak Usu
8.Osman Bin Imam Jaafar
9.Tidak diketahui Binti Imam Jaafar
10.Tidak diketahui Bin Imam Jaafar.


Dulang Bertudung Saji Tembaga

Suasana Dan Keadaan Membesarkan Anak-anak Di Kelanang

Tanggungjawab berat sebagai ketua keluarga demi memastikan anak-anak tidak berlapar pada setiap hari. Tentunya boleh dibayangkan pada setiap hari berapa tempurong beras yang harus ditanak untuk dimakan sekeluarga. Berapa gelen air setiap hari harus dijerang untuk kegunaan sekeluarga. Berbagai jenis Lauk pauk dan sayur ulam yang harus disediakan dengan jumlah  mencukupi. Paling-paling tidak, sayur dan pucuk-pucuk untuk dimasak tumis air, Tempoyak, Sambal tumbuk Cili Api,  Sambal Belacan, Ikan Masin atau Goreng-goreng. Mungkin sesekali mengulai ayam atau merendang daging.

Sebelum boleh memasak, Kayu api harus dicari terlebih dahulu. Beban memikul dan mengapak kayu siapa yang lakukan. Kemudian dikumpul dan simpan suatu tempat bagi melindungi kayu daripada basah dari embun atau hujan. Atau,  Imam Jaafar mengupah orang untuk menyediakan itu semua.

Kemudahan asas seperti kerja-kerja mengisi air perigi untuk disimpan ke dalam tempayan. Samada tujuan minuman , mencuci periuk belanga, pinggan mangkuk dan cawan  setelah ia digunakan. Pakaian yang dipakai harus  di basuh, di bilas disidai dan dilipat.  Simpanan air yang mencukupi untuk kemudahan untuk berwuduk dan berhadas.

Bagaimana agaknya bentuk bilik air dan tandas pada ketika itu. Apakah tandas dindingnya sekadar ditutup dengan daun atap nipah yang tidak berbumbung. Mungkin perigi dan tempayan hanya dikepong dengan atap nipah untuk dijadikan  tandas. Atau hanya mereka menggunakan " tandas terbang " kerana pada ketika itu sudah menjadi kebiasaan masyarakat kampong pada ketika itu. Semua maklumat sejarah yang dilalui oleh keluarga Imam Jaafar pada ketika itu tidak siapa yang mengetahui. Semua kenyataan yang  dicadangankan sepertimana yang ditulis ini adalah sebagai agakan dan andaian sahaja, cuma mereka yang pernah hidup dizaman itu sahaja mengetahuinya secara tepat.



Salah satu peralatan rumah milik keluarga Imam Jaafar
Pendidikan





Pendidikan pada ketika itu lebih menitik berat kepada pembelajaran membaca Al Quran , pendidikan kerohanian islam, adab kesopanan & tingkah laku, akhlak yang baik, dan seni mempertahankan diri. Ilmu itu diajar samada dipondok-pondok , madrasah atau mempelajarinya dirumah daripada ketua keluarga atau abang dan kakak yang lebih tua. Semua anak-anak Imam Jaafar dibekalkan dengan ilmu pelajaran ugama dan akhlak. Membaca dan menulis hanya menggunakan tulisan jawi. Maka semua anak-anaknya tidak buta huruf.




Sekolah Melayu Kelanang


Kewafatan Imam Jaafar Bin Safak

Tidak ada maklumat berkenaan kewafatan  Imam Jaafar yang dapat diketahui. Pada usia berapa, apakah sakitnya, siapa yang pulang kerahmatulalah terlebih dahulu. Samada isterinya atau beliau sendiri. Semua sejarah itu hilang lenyap begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang tanda dan maklumat. Jasadnya telah disemadikan dikawasan tanah perkuburan Kampong Kelanang tetapi dimana letaknya? Dimana batu nisannya, samada telah tertanam dalam tanah atau hilang entah kemana. Apakah ada seorang warisnya  yang berusaha   ingin mencari. Atau ada yang telah berusaha tetapi gagal kerana nisan zaman dahulu tidak dipahat namanya sehingga waris yang terkemudian tidak berupaya mengesannya lagi.


Kekesalan

Adalah menjadi kekesalan kepada diri sendiri kerana tidak mengetahui akan serba sedikit maklumat ringkas isteri kepada Imam Jaafar. Apatah lagi mengetahui  akan siapa namanya, meninggalnya dimana, apa sakitnya , pada usia berapa dan dimana makamnya. Lenyaplah dia di tanahairnya sepertimana beliau tidak pernah hidup dialam ini, kerana tiada seorang pun warisnya yang mengetahui akan maklumat itu.


Kekesalan itu bertambah apabila  tidak mengenali  7 ahli keluarga sepertimana yang tercatit dibawah. Mungkin pada ketika itu terlalu mentah untuk menghargai nilai tali kekeluargaan keturunan Imam Jaafar. Tambahan pula, ada dikalangan mereka telah berpindah randah maka secara tidak sedar telah terputus hubungan antara satu dengan  lain. Mungkin disebabkan jarak yang jauh atau sibuk berjuang menguruskan kehidupan keluarga masing-masing . Waris kepada ahli keluarga dari Peringkat Nenek dan Datuk Saudara juga tidak melihat pekara itu secara bersungguh-sungguh.

1.Rasimah Binti Imam Jaafar ~ Mak Ulong
2.Salbiah Binti Imam Jaafar ~ Mak Ngah
3.Nasron Bin Imam Jaafar ~ Pak Anjang
4.Nubiyah Binti Imam Jaafar ~ Mak Utih
5.Osman Bin Imam Jaafar
6.Tidak diketahui Binti Imam Jaafar
7.Tidak diketahui Bin Imam Jaafar.



Serba Sedikit Maklumat Ringkas Yang Diketahui Berkenaan 3 Anak Imam Jaafar Bin Safak.

1. Norashikin Binti Imam Jaafar ~ Pangkat Mak Usu

Norashikin Binti Imam Jaafar telah berumah tangga dengan Ismail & Nordin, mempunyai 4 orang cahayamata:-

1.Rashid Bin Ismail
2.Rohani Binti Ismail
3.Fairoos Bin Ismail
4.Shahbana Bin Nordin

Dikalangan adik-beradik dalam keluarga Imam Jaafar Bin Safak, Norashikin Binti Imam Jaafar adalah anak yang ke 7 dan dalam carta tradisi masyarakat Melayu, beliau adalah pangkat Mak Usu.


Dipercayaai 3 orang wanita yang duduk ini adalah adik beradik kepada Mahyah Binti Imam Jaafar yang duduk disebelah kanan sekali.


Norashikin Binti Imam Jaafar tinggal bersama anaknya Rashid Bin Ismail ( Pak Ulong ) di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Demi menjaga hubungan silaturahim , dimasa hayatnya ada, beliau kerap datang menziarah  anak saudaranya Rohayah Binti Omar di Kampong Pasir Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur. Hubungan silaturahim menziarah tersebut diteruskan pula oleh anaknya antara Rashid Bin Ismail dan Rohayah Binti Omar. Samada  ketika silaturahim urusan kerja nikah kahwin, kematian, berutus surat dan ziarah Hari Raya. Hubungan tersebut kekal sehingga akhir hayat masing-masing. 

Norashikin Binti Imam Jaafar


Norashikin Binti Imam Jaafar berdiri dibahagian tengah.

Khalid Bin Omar, Jalal Bin Johari, Rashid Bin Ismail & Tidak Dikenali . Mereka ini semua bersahabat baik  merangkap sebagai sepupu.


Anak Sulong Norashikin Binti Imam Jaafar, Rashid Bin Ismail bersama isterinya Salwa.

Anak perempuan Norashikin Binti Imam Jaafar, Rohani Binti Ismail.

Malangnya setelah ketiadaan mereka, hubungan kekeluargaan itu telah mulai renggang sedikit demi sedikit kerana jarang berhubung. Ziarah menziarah antara satu sama lain sudah tidak diteruskan oleh waris yang masih hidup. Mungkin masing-masing tiada masa dan tidak berkesempatan mengeratkan silaturahim persaudaraan kerana terdesak  berjuang membebaskan diri dari himpitan kehidupan.

Sepupu ~Berdiri dari kiri Rohaya Binti Omar, Rohani Binti Ismail ,Shahbana Bin Nordin dan Jamaliah Binti Omar

Atau hubungan tersebut tidak  akan hidup jikalau hanya sebelah pihak sahaja yang datang menziarah. Sementara sebelah pihak lagi, hanya menunggu ia diziarah.  Kadang-kadang yang datang menziarah merasa terpinggir ketika kunjungan ziarah dilakukan. Semua itu boleh dilihat dan dinilai dengan melihat bahasa badan masing-masing. Atau mengharapkan yang lebih muda datang terlebih dahulu untuk menziarah mereka . Atau waris yang lebih muda telah terhakis adabnya atau waris yang lebih muda malu atas kekurangan kedudukkannya, seolah-olah nanti dilihat datang menziarah bertujuan untuk meminta pertolongan. Atau masing-masing menganggap memang sudah tidak ada kepentingan yang boleh diperolehi atas pertalian persaudaraan.



2. Nuriah Binti Imam Jaafar ~ Pangkat Mak Cik


Nuriah Binti Imam Jaafar berumahtangga dengan Johari Bin Osman

1.Jalal Bin Johari
2.Rosli Bin Johari
3.Embon Binti Johari
4.Zainon Binti Johari

Gambar lama yang membuktikan pertalian persaudaraan rapat.


Dipercayai didalam gambar ini adalah keluarga Nasrun Bin Imam Jaafar.



3.Mahyah Binti Imam Jaafar

Nota: Pada ketika itu tiada sijil kelahiran bagi menentukan usia dan tahun, maka ketentuan usia dalam kenyataan ini berdasarkan kepada pengalaman melihat pada gambar lama dan kebiasaan masyarakat melayu pada zaman itu. 

Mahyah lahir pada tahun 1910. Usia beliau dalam lingkungan 16~17 tahun.


Mahyah Binti Imam Jaafar

Contoh Gelang kaki yang terlihat didalam gambar lama yang dipakai oleh salah seorang ahli keluarga Imam Jaafar.

Jenis alat Penapis  santan kelapa dan makanan dari tembaga yang pernah digunakan pada zaman dahulu.


Tidak dapat dipastikan Mahyah Binti Imam Jaafar merupakan anak ke berapa dalam keluarga Imam Jaafar. Ketika Mahyah berusia 17 tahun beliau telah berumahtangga dengan Omar Bin Abu Bakar pada sekitar tahun 1928. Menurut maklumat lisan Omar Bin Abu Bakar adalah seorang pemuda yang berasal dari negeri sebelah Utara Semenanjung Tanah Melayu.


Kepala Bantal yang pernah digunakan oleh keluarga Mahyah Binti Imam Jaafar.

Ini bermakna bapa atau datuknya adalah dari kumpulan 500 Panglima yang setia berkhidmat kepada Tengku Dhiauddin Ibni Al Marhum Sultan Zainal @ Tengku Kudin. Menantu kepada  Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah. Kumpulan 500 orang pahlawan Kedah yang datang bersama Tengku Dhiauddin Ibni Al Marhum Sultan Zainal @ Tengku Kudin ketika  berjuang untuk menyingkir pengikut dan Hulu Balang anak-anak raja Selangor yang diketuai oleh Raja Mahadi dalam Perang Saudara Klang.


 Omar Bin Abu Bakar meriba Siti Raha Binti Omar,  Mahyah Binti Imam Jaafar dan anak  perempuannya Paspa Binti Omar pada sekitar tahun 1935

Mungkin saki baki panglima Tengku Kudin yang masih hidup dan tidak mahu pulang ke Kedah memilih untuk menentap sahaja di Negeri Selangor. Ahli keluarga dan sanak saudara mereka telah menetap lama di Kampong Kelanang dan disekitar daerah Kuala Langat. Merupakan Abang sulong daripada 4 orang adik beradik. Adiknya iaitu Haji Busu Bin Abu Bakar, Sana'ah Binti Abu Bakar dan Sariah Binti Abu Bakar.





Bagaimana Mahyah Binti Imam Jaafar dan Omar Bin Abu Bakar mula mengenali antara sama lain sehingga membawa kepada alam perkahwinan, tidak pernah diceritakan. Perkara itu terus menjadi rahsia mereka berdua sahaja. Atau perkahwinan mereka telah diatur oleh kedua ibubapa mereka sepertimana adat kebiasaan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.


Kehidupan membesarkan anak-anak ketika dibawah pemerintahan Jepun selama 3 tahun 6 bulan dari tahun 1942 hingga 1946 suatu pengalaman yang memeritkan.




Sumber pendapatan Omar Bin Abu Bakar ketika diawal perkahwinan dengan Mahyah Binti Imam Jaafar adalah dengan menjalankan kerja-kerja kampong. Mereka suami isteri berganding bahu mencari rezeki untuk menampung hidup. Bermakna Mahyah Binti Imam Jaafar telah dikahwinkan dari kalangan orang yang  kurang berharta. Menjalani kehidupan perit   dan susah sepanjang hayat bersama suaminya.

Matawang yang digunakan semasa zaman pemerintahan Kerajaan British di Semenanjung Tanah Melayu.

Semua kerja-kerja kampong mereka lakukan asalkan beroleh pendapatan . Antara kerja-kerjanya itu yang lakukan ialah mengambil upah mencucuk atap nipah untuk  dibuat atap, mencari dan menjual bemban, menjual buah pinang, menjual buah kelapa, menjual buah durian dan buah-buahan lain. Ada ketikanya jikalau ternakan ayam terlalu banyak maka mereka akan menjual ayam dan telor ayam kepada peraih. 


Matawang keluaran Kerajaan Jepun yang digunakan lebih kurang 3 tahun setengah semasa penanklukan Jepun keatas  Semenanjung Tanah Melayu. 1941 ~ 1945
Mahyah Bint Imam Jaafar pada ketika ini sedang menghidapi penyakit kanser pangkal rahim, namun begitu pada ketika itu ramai masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu tidak ada pengetahuan dalam kesihatan dan kaedah rawatan di hospital juga sangat kurang.




Lauk pauk pula mereka akan pergi ke laut untuk mencari hasil laut seperti menjala ikan serta udang, mencari Siput sedut, Pepahat, Ketam, Lokan dan Kepah. Selain dari kerja-kerja yang dinyatakan, Omar Bin Abu Bakar juga mengambil upah menebas rumput dan lalang di kebun-kebun orang. Kehidupan yang dilalui oleh keluarga Omar Bin Abu Bakar jika dibuat perbandingan dengan waktu sekarang memang tergolong dari kalangan orang miskin dan susah. Namun begitu itulah pekara biasa yang dilalui oleh kebanyakan masyarakat Melayu di Kampong Kelanang pada masa itu.



Mereka mempunyai pengalaman merasai kehidupan dari berbagai-bagai zaman. Dari pemerintahan British, penaklukan Jepun, pemerintahan Kominis , dan dalam suasana berjuangan untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari pemerintahan British. Hidup dengan keadaan serba kekurangan dan tekanan kemiskinan  jika dibandingkan dengan keadaan yang ada sekarang.



Ketika usia Omar Bin Abu Bakar  dalam lingkungan 50an , dirasakan tenaganya telah berkurangan, beliau telah menceburi bidang perniagaan dengan membuka kedai Kopi di Pekan Kelanang. Beliau menyewa rumah kedai daripada kawannya seorang peraih Ikan " Si Choo " untuk menjalankan perniagaan Kedai Kopi. Kedai Kopi rumah 2 tingkat   dari binaan papan yang tidak bernama itu letaknya paling hadapan sekali, disebelah kanan jika menghala ke Pekan Banting.


Melihatkan imej 3 orang lelaki Melayu yang berpakaian Kot, bertie, berkasut kulit memberi tafsiran bahawa 3 orang lelaki Melayu ini seperti Kakitangan Kerajaan British berpangkat Pegawai atau  berjawatan Guru Besar.

Kedai Kopinya menjadi tumpuan orang Kampong Kelanang duduk berehat menghilangkan dahaga , makan minum setelah pulang ke laut, menebas  dan bercucuk tanam.  Setelah Omar Bin Abu Bakar tidak berdaya menguruskan perniagaannya , Kedai Kopi itu diambil alih pula oleh menantunya Yaakob Bin Manap suami kepada anak perempuannya Siti Raha Binti Omar.



Hasil perkahwinan dengan Omar Bin Abu Bakar telah dikurniakan dengan 7 orang anak. 6 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

1.Norliam Binti Omar
2.Paspa Binti Omar 1930
3.Siti Raha Binti Omar 1934
4.Khalid Bin Omar 1936
5.Rohayah Binti Omar 1938
6.Jamaliah Binti Omar 1940
7.Fatimah Binti Omar



Matawang yang pernah digunakan oleh keluarga Omar Bin Abu Bakar


 
Peristiwa Kenangan Peribadi Dengan Omar Bin Abu Bakar Dan Mahyah Binti Imam Jaafar.


Tidak banyak kenangan yang dapat dicatitkan kerana saya masih kecil lagi, namun begitu masih ingat lagi peristiwa pada satu ketika semasa pulang ke rumah Kampong Kelanang, saya pergi mendapatkan  Omar Bin Abu Bakar ( Tok Aki ) yang duduk ditepi pintu sebelah tangga dapur. Beliau bersinglet bersandar pada tiang dinding sambil menghisap rokok daun. Keadaan dan suasana diruang itu panas , muram dan suram sahaja. Dipangku dan saya duduk diam diatas ribanya sambil dia bercerita dengan anaknya Rohayah Binti Omar yang pulang menjengok. Pada ketika itu beliau tinggal bersendirian setelah kematian isterinya  Mahyah Binti Imam Jaafar.



Peristiwa Kewafatan Mahyah Binti Imam Jaafar

Masih ingat lagi melihat  Mahyah Binti Imam Jaafar ( Wan ) terlantar terbaring tilam diatas lantai papan dekat ruang atas bersebelahan dengan dapur. Keadaan  Mahyah Binti Imam Jaafar ( Wan ) cengkung dan kurus kering tidak berkata apa-apa kerana menghidap penyakit kanser pangkal rahim. Itu sahaja kenangan yang masih menjadi ingatan. Mahyah telah kembali kerahmatullah pada 7 Ogos 1968 antara jam 11:00 malam setelah bertahun-tahun menderita penyakit tersebut. Ketika saat nyawa  Mahyah Binti Imam Jaafar djemput, sanak saudara sudah mengelilingi beliau yang tidak bermaya terbaring diruang dapur. Dalam suasana malap cahaya pelita dan lampu minyak diiringi pula oleh perasaan hiba dan hening ahli keluarga.


 


Acuan Tembaga Kuih Bahulu bentuk Burung.
Beliau kerap ke Hospital Banting, Kelang dan Kuala Lumpur untuk berusaha menyembuhkan penyakit itu. Malangnya pada masa itu Doktor tempatan tidak mempunyai kepakaran mengenal pasti akan penyakit tersebut. Malah  tidak mempunyai peralatan untuk mengesan virus kanser apatah lagi mempunyai serum penyembuh. Pada hari-hari kemangkatan Mahyah , beliau hanya terlantar diatas lantai menanggung derita diruang dapur rumah. Sudah hilang daya upaya pihak ahli keluarga untuk berusaha menyembuhkan penyakit itu. Hanya menanti masa dan ketikanya malaikat datang menjemput nyawa Mahyah Binti Imam Jaafar.

Acuan Tembaga Kuih Bahulu bentuk Ikan Emas

Acuan Tembaga Kuih Bahulu bentuk Ikan Emas

 Acuan Tembaga ini masih boleh digunakan lagi, tetapi tiada siapa yang ingin membuang masa untuk membuat bahulu











Tidak dapat dipastikan apa isi kandungan surat berdaftar ini yang dikirim oleh adik ( Norashikin Binti Imam Jaafar )  kepada kakaknya Mahyah Binti Imam Jaafar. Kebiasaan surat berdaftar yang dikirim itu menandakan ada berita penting dan mustahak yang hendak disampaikan. Pada tahun 1960 Yuran Setem  untuk surat berdaftar cuma 20.cent dan mengambil masa 24 jam untuk sampai dari Kuala Lumpur Ke Kampong Kelanang. Tarikh penghantaran 13 Jan 1960 dan sampai kepada alamat pada 14 Jan 1960 10: 30 pagi. Posmen yang bertugas menghantar surat ini  berupaya mencari penama walaupun surat itu alamatnya tidak lengkap. Ini membuktikan Posmen ini sangat mengenali penduduk kampong Kelanang



Peristiwa Kematian Omar Bin Abu Bakar ( Tok Aki )

Pada ketika itu semua anak-anaknya sudah tidak lagi tinggal bersama beliau,  kerana ada yang bertugas ke Kuala Lumpur. Dan ada yang telah mendirikan rumah tangga mengikut suami masing-masing. Cucu-cucunya pula ada yang melanjutkan pelajaran ke bandar, cuma cucunya Fatimah Binti Yaakob sahaja yang masih tinggal bersamanya. Fatimah Binti Yaakob sedang bercuti menunggu keputusan peperiksaan L.C.E pada tahun 1971.



Diceritakan oleh Fatimah Binti Yaakob

Semasa tahun-tahun akhir sebelum menghembus nafas yang terakhir, Omar Bin Abu Bakar selalu tersesat kerana tidak dapat mengingati laluan jalan pulang ke rumah. Selalu juga Omar Bin Abu Bakar dihantar pulang oleh kenalan rapat, sehingga sampai kerumah kerana beliau dilihat berkeliaran setelah tercari-cari jalan pulang dan tersesat.




Selain  daya ingatnya mudah lupa, Omar Bin Abu Bakar juga menghidap penyakit Darah Tinggi. Kadang-kadang beliau tidak berupaya  untuk berpantang atas desakan serta himpitan hidup. Apa saja sumber makanan yang boleh dimakan terpaksa beliau makan ketika perut sedang lapar.


Omar Bin Abu Bakar

Seperti hari-hari biasa, beliau akan pulang dari Sembahyang Asar dan Kedai Kopi dengan berjalan kaki.  Kebiasaannya  akan berhenti singgah di rumah adiknya Sana'ah Binti Abu Bakar untuk berbual-bual, sebelum  balik kerumah secara perlahan-lahan. Tetapi pada kali ini Omar Bin Abu Bakar dilihat berjalan tergesa-gesa menuju kerumah. Ketika  terserempak dengan cucunya Fatimah Binti Yakoob yang sedang menajak rumput dihalaman rumah. Beliau hanya merenung dan diam tidak mengeluarkan sepatah kata pun.


Haji Busu Bin Abu Bakar

Sana'ah Bin Abu Bakar adik kepada Omar Bin Abu Bakar.


Secara bergegas lekas beliau memanjat naik anak tangga dan terus masuk ke dalam bilik dan membaringkan diri secara terlentang. Melihatkan keadaan itu Fatimah Binti Yaakob mengekori datuknya dari belakang sehingga dihadapan pintu bilik. Diselaknya langsir pintu dan mendapati Datuknya Omar Bin Abu Bakar sedang terbaring terlentang sambil mata merenung tepat pada lelangit rumah. Kedua tangannya berada diatas perut dan nafasnya juga agak kencang.





Dengan rasa cemas dan tidak tahu apa yang harus dilakukan, Fatimah Binti Yaakob berlari keluar menuju kerumah Ibu Saudaranya Sana'ah Binti Abu Bakar adik kepada Datuknya untuk mendapatkan pertolongan. Setelah kembali semula ditempat pembaringan Omar Bin Abu Bakar, adiknya Sana'ah mendapati beliau baru sahaja  menghembus nafas yang terakhir secara bersendirian dengan aman tenteram. 

Rehal kayu ini adalah hasil kerja tangan Omar Bin Abu Bakar untuk cucunya membaca Al Quran

Sehingga kini rehal Al Quran ini masih digunakan dan berkeadaan baik.


Sekolah Melayu Kelanang telah banyak membebaskan penduduk kampong daripada penyakit Buta Huruf.

Kejadian itu berlaku pada 15 hb Julai 1971 antara jam 5:45 petang hingga 6:00 petang. Omar Bin Abu Bakar menjalani urusan menghadap Tuhan yang Esa secara mudah dan tidak dibebankan dengan sakit yang lama. Beliau disemadikan bersebelahan isteri pertamanya Mahyah Binti Imam Jaafar yang pulang kerahmatullah 3 tahun  lebih awal daripadanya. Jasadnya dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kampong Kelanang berdekatan dengan Masjid pada usia dianggarkan 72 tahun.


Omar Bin Abau Bakar berusia 70 tahun

Peristiwa Menyayat Hati Mahyah Binti Imam Jaafar

1.Norliam Binti Omar.

Norliam Binti Omar adalah anak sulung pertama untuk pasangan Mahyah Binti Imam Jaafar dan Omar Bin Abu Bakar. Pada usia yang muda pasangan ini telah diuji oleh Allah dengan ujian hebat yang menyayatkan hati seorang ibu. Anak sulung kesayangan itu telah meninggal dunia ketika beliau masih kanak-kanak lagi iaitu pada usia 4 tahun. Seperti kebiasaan setiap hari Mahyah Binti Imam Jaafar bersama-sama adik-adik serta rakan beramai-ramai akan ke laut untuk mencari hasil laut untuk dijadikan lauk pauk. Setiap orang akan membawa bekalan makanan masing-masing sebagai mengalas perut apabila kelaparan setelah kepenatan bergelumang dalam selut.


Mahyah Binti Imam Jaafar

Untuk menjadikan sebab, pada hari itu Mahyah Binti Imam Jaafar tidak menghabiskan bekalan makanannya yang dibawa, mungkin disebabkan nasi dan lauk telah basi dan tidak boleh dimakan. Dengan niat dihatinya, daripada membazir dibuang kelaut adalah lebih baik diberikan kepada ayam dan itik dirumah, maka Mahyah membawa pulang bekalannya itu. Ketika sampai dirumah beliau pergi ke perigi untuk membersihkan dirinya dan meninggalkan bekas bekalan makanan dirumah. Tanpa disedari oleh sesiapa, anak sulongnya Norliam telah memakan bekalan makanan tersebut.




Pinggan Mangkuk peninggalan Mahyah Binti Imam Jaafar yang disimpan dan dijagai dengan sebaik mungkin.Pinggan Makan ~ Normandy ~ Blue Flow~ Bunga/Daun/ Berkerinting/Garisan Emas Buatan Johnson Brothers England

Normandy ~ Blue Flow Johnson Bros England

Khyber ~ Johson Bros England

Khyber ~ Johson Bros England

Asiatic Pheasants ~ Adams & Sons   Tunstall

Asiatic Pheasants ~ Adams & Sons   Tunstall

Bristol Pountney  & Co Ltd England Establish 1683

Bristol Pountney  & Co Ltd England Establish 1683


Kain Tenun milik Mahyah Binti Imam Jaafar



Setelah pulang daripada membersihkan diri, Mahyah mendapati anaknya itu telah berkeadaan mabuk pitam dan muntah-muntah. Kejadian itu berlaku pada waktu lewat petang dan hari mulai senja. Jarak anatara rumah dengan  Kelinik dan Hospital adalah jauh dan tiada pula pengangkutank. Keadaan panik  cemas dan tidak tahu bagaimana mencari penawar mujarab untuk anaknya itu pada saat genting itu.

Mahyah Binti Imam Jaafar bersama anak perempuannya Rohayah Binti Omar



Penutup Cawan

Seni tekat halus Alas penutup kotak Sirih Pinang.


Kejadian yang paling ditakuti oleh semua ibu-ibu akhirnya berlaku juga kepada Mahyah Binti Imam Jaafar. Anak  sulong kesayangannya itu menghembuskan nafas dalam dakapan ibunya yang telah hilang daya upaya bagaimana untuk memulihkan anaknya itu . Peristiwa pahit yang menyayat hati itu meninggalkan kesan teramat mendalam kepada kehidupan Mahyah Binti Imam Jaafar. Hinggakan hilang semangatnya untuk terus hidup seperti manusia biasa. Berbulan Mahyah hidup dalam keadaan murung dan sesal yang tidak bersempadan. Sehinggakan suaminya Omar Bin Abu Bakar terpaksa bersusah payah mencari orang yang memulihkan kembali semangat isterinya yang kehilangan semangat. 




Mahyah sedang menunggu bas  untuk membuat pemeriksaan dan rawatan di Hospital Klang.



Disemadikan sebelah menyebelah

Batu Nisan diatas pusara Omar Bin Abu Bakar. 17hb Julai 1971



Batu Nisan diatas pusara Mahyah Binti Imam Jaafar. 7 hb Ogos 1968.



2.Paspa Binti Omar & Abdul Rahman Bin Muji


Duduk disebelah kanan itu ialah Paspa Binti Omar, manakala berdiri disebelah kiri dipercayai Siti Raha Binti Omar. Imej ini adalah satu-satunya imej Siti Raha Binti Omar yang ada.



Abdul Rahman Bin Muji



Paspa Binti Omar bersama adiknya Jamaliah Binti Omar



Paspa Binti Omar mengelek anak bungsunya Hasni Bin Abdul Rahman

Selepas berumah tangga anak sulong pasangan Mahyah dan Omar Abu Bakar, Paspa Binti Omar mengikut Suaminya Abdul Rahman Bin Muji berpindah di  Telok Panglima Garang. Disana mereka mendirikan rumah diatas tanah milik Abdul Rahman Bin Muji di Batu 8 Sijangkang. Dalam keluarga Omar Bin Abu Bakar , Paspa Binti Omar mempunyai keistimewaan tersendiri dalam bidang  masak memasak dan kepakaran membuat berbagai jenis kuih-muih Melayu Tradisional Selangor. Keistimewaan itu digunakannya  untuk menyara kehidupan dengan berniaga menjual kuih-muih yang dipasarkan di Pekan Telok. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan 5 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

1.Abdul Walid Bin Abdul Rahman
2.Abdul Rahim Bin Abdul Rahman
3.Abdul Aziz Bin Abdul Rahman
4.Itsnin Bin Abdul Rahman
5.Rosita Binti Abdul Rahman
6.Hasni Bin Abdul Rahman

Abdul Walid Bin Abdul Rahman

Abdul Aziz Bin Abdul Rahman bersama adiknya Abdul Rahim Bin Abdul Rahman

Abdul Aziz Bin Abdul Rahman & Abdul Walid Bin Abdul Rahman

Rosita Binti Abdul Rahman bersama abangnya Itsnin Bin Abdul Rahman


Rosita Binti Abdul Rahman
Hasni Bin Abdul Rahman


Hasni Bin Abdul Rahman


Duduk Abdul Rahim Bin Abdul Rahman bersama rakan sekolahnya.

Abdul Aziz Bin Abdul Rahman



Abdul Walid Bin Abdul Rahman mempunyai bakat melukis.

Ithnin Bin Abdul Rahman adalah seorang Atlit Pelari Pecut untuk negeri Selangor pada tahun 70an.

Abdul Rahim Bin Abdul Rahman adalah orang pertama dari kalangan keluarga Omar Bin Abu Bakar yang telah berjaya menjejak kaki ke menara gading  pada awal tahun 70an. Kejayaan beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara telah menjadi contoh kepada sanak saudaranya yang lain untuk mengikuti jejak langkah untuk berjaya dalam bidang pelajaran.


Abdul Aziz Bin Abdul Rahman bersama abangnya Abdul Walid Bin Abdul Rahman

Hasil karya lukisan Abdul Walid Bin Abdul Rahman

Ithnin Bin Abdul Rahman bersama abangnya Abdul Rahim Bin Abdul Rahman


Hasil karya lukisan Abdul Walid Bin Abdul Rahman


Mahyah Binti Imam Jaafar bersama cucunya Abdul Walid Bin Abdul Rahman ketika musim durian di Kampong Kelanang


Abdul Rahman Bin Muji



2.Siti Raha Binti Omar & Yaakob


Anak ke tiga daripada pasangan Mahyah Binti Imam Jaafar dan Omar Bin Abu Bakar ialah Siti Raha
Binti Omar. Siti Raha Binti Omar telah berumah tangga dengan  Yaakob Bin Manaf orang Kampong Kelanang yang juga bertugas sebagai seorang anggota tentera  . Perkahwinan itu telah dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Tempoh perkahwinan mereka tidak panjang kerana  takdir telah menentukan Siti Raha Binti Omar telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1954. Siti Raha Binti Omar telah syahid dalam usia yang begitu muda ketika beliau melahir anak perempuan bongsunya Fatimah Binti Yaakob.

1.Abdul Malik Bin Yaakob
2.Abdul Ghani Bin Yaakob
3.Maswa Binti Yaakob
4.Fatimah Binti Yaakob



Nisan pada Pusara Siti Raha Binti Imam Jaafar

Yaakob Bin Manaf



Yaakob Bin Manaf, ketika mengambil alih perniagaan Kedai Kopi daripada Bapa Mentua Omar Bin Abu Bakar.







Setelah kewafatan Siti Raha Binti Omar, maka  tanggungjawab membesarkan ke empat orang anak yatim itu adalah dibawah tanggungjawab dan jagaan oleh Datuk , Nenek , Ibu Saudaranya Rohayah Binti Omar dan Jamaliah Binti Omar. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka  bersama-sama berganding bahu membesarkan dan memberikan pendidikan dengan penuh kasih dan sayang.



Pada usia remaja lagi Rohayah Bin Omar telah bertanggung jawab menjaga ke empat orang anak saudaranya yang masih kanak-kanak dan bayi.

Abdul Ghani Bin Yaakob ( kiri ) dan Abdul Malik Bin Yaakob ( Kanan)



Abdul Ghani Bin Yaakob ( kiri ) dan Abdul Malik Bin Yaakob ( Kanan)

Adik beradik

Maswa Binti Yaakob & Fatimah Binti Yaakob

Abdul Ghani Bin Yaakob semasa bersekolah di Kampong Kelanang


Abdul Malik Bin Yaakob


Abdul Malik Bin Yaakob


Abdul Malik Bin Yaakob bersama puteri-puterinya.





Abdul Ghani Bin Yaakob



Abdul Ghani Bin Yaakob semasa musim durian di Kampong Kelanang

Abdul Malik Bin Yaakob ( Kiri ) bersama sepupunya Abdul Aziz Bin Abdul Rahman  ( Kanan )

Abdul Ghani Bin Yaakob ketika zaman remajanya


Abdul Ghani Bin Yaakob bersama sepupunya Ithnin Bin Abdul Rahman

Itsnin Bin Abdul Rahman dan Abdul Ghani Bin Yaakob

Abdul Ghani Bin Yaakob bersama Allahyarhamah isterinya Roslin 










Maswa Binti Yaakob
Fatimah Binti Yaakob


Maswa Binti Yaakob ( Kiri ) dan Fatimah Binti Yaakob ( Kanan)




3.Khalid Bin Omar & Marliana Binti Abdullah.

Merupakan satu-satunya anak tunggal lelaki dalam keluarga Omar Bin Abu Bakar dan Mahyah Bin Imam Jaafar. Selepas berumah tangga dengan Marliana Binti Abdullah , beliau telah berpindah ke Kuala Lumpur dan bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu. Sepanjang bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu beliau telah dipindahkan merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Lokasi akhir sebelum beliau bersara  adalah di Bukit Mertajam , Pulau Pinang.  Beliau telah pulang kerahmatullah pada tahun 2014 dan di kebumikan di Kulim , Kedah. Meninggalkan balunya  dan 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Kini  ahli keluarganya  menetap di Kulim, Kedah. 



Anak-anak Khalid Bin Omar Dan Mariana Lim Binti Abdullah

1.Rosmeili Binti Khalid
2.Rosninawati Binti Khalid
3.Khairul Huari Bin Khalid























Pedang milik Khalid Bin Omar 













Mariana Binti Abdullah balu kepada Khalid Bin Omar


4.Rohayah Binti Omar & Mustakim Bin Mat.Zin


Rohayah Binti Omar dilahirkan pada tahun 1938 di Kampong Kelanang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelanang sehingga menamatkan pelajaran sehingga darjah 6. Memandangkan kedudukan kewangan keluarga Omar Bin Abu Bakar yang tidak menentu,  telah membantutkan Rohayah Binti Omar melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Keadaan itu membuatkan beliau berhenti dan mencari pekerjaan.

Beliau telah ditawarkan pekerjaan sebagai Jururawat di Hospital Banting, namun begitu tawaran itu terpaksa ditolak dengan dengan berat hati dan kecewa. Bapanya Omar Bin Abu Bakar melarang dan dengan tegas tidak mengizinkan anak perempuan bekerja. Kerana berpendapat wanita harus duduk dirumah menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Terpaksa akur akan keputusan itu dengan kekecewaan yang amat.  Dipendamkan sahaja, sehingga lama kelamaan menjadi lupa . Andaikata diwaktu itu beliau diberi dorongan dan mendapat sokongan tentu perubahan itu akan berlaku kepada diri dan ahli keluarganya. Namun begitu pada masa itu suasana sangat berbeza dimana pemikiran maasyarakat Melayu jauh ketinggalan dari sudut keterbukaan pemikiran.




Semasa kakaknya jihad meninggal dunia ketika melahirkan Fatimah Bin Yaakob, Rohayah Binti Omar telah mengambil alih tanggungjawab kakaknya yang meninggal dunia itu. Dialah yang membesar , mengasuh dan menjagai ke 4 orang anak buahnya sehingga dewasa. Semasa hayat Rohayah Binti Omar ada,  mereka semua menganggap dan menghormati Rohayah Bin Omar itu sebagai ibu mereka.



Mustakim Bin Mat.Zin ( berdiri ditengah-tengah )

Mungkin mengurangkan beban saraan hidup, pada kebiasaan budaya masyarakat pada ketika itu anak-anak dara akan dikahwinkan pada usia yang agak muda . Pekara ini berlaku kepada Rohayah Binti Omar, dimana beliau telah ditunangkan dengan seorang lelaki yang berkali-kali ganda usia dengannya. Tentunya ibubapa sudah menilai dan menyelidik bakal menantunya kerana inginkan anaknya itu dapat hidup dengan sempurna . Walaupun Lelaki yang telah berusia tetapi mempunyai fikiran matang malah mempunyai pekerjaan tetap dengan Jabatan kerajaan. Namun begitu, kehendak pemikiran orang tua adalah berlainan dengan orang muda.  Individu yang telah mempunyai pendidikan dan percampuran luas tentunya merasa kurang selesa dengan keadaan yang dilaluinya dengan hatinya yang tidak rela.

Dalam senyap seorang pemuda bernama Mustakim Bin Mohd Zin yang berasal dari Kampong Sijangkang Telok Panglima Garang telah menunjukkan minat mendalam dan kesungguhan terhadap Rohayah Binti Omar. Mereka menjalin hubungan silaturahim   dengan berpucuk-pucuk surat diutuskan antara mereka. Demi memastikan balasan surat tidak tertangguh , Mustakim Bin Mat.Zin menyediakan setem-setem supaya balasan surat dari Rohayah Binti Omar cepat mendapat balasan segera.

Setelah bulat hati dan nekad Mustakim Bin Mat.Zin dengan berani telah mencadangkan supaya pihak keluarga Rohayah Binti Omar memutuskan tali pertunangan supaya pihaknya boleh datang bersama rombongan untuk masuk meminang . Cadangan itu telah disambut baik oleh pihak keluarga Rohayah Binti Omar. Maka urusan memutuskan tali pertunangan dan menggandakan cincin pertunangan telah  dilakukan  secara baik maufakat. Seperti bidalan orang Melayu " Memukul ular, ular tidak mati, kayu tidak patah, tanah tidak lekuk. "


















Kamera Kodak milik Mustakim Bin Mat Zin ini telah banyak berjasa dalam merakam detik-detik sejarah kehidupan keluarga untuk dijadikan bahan bukti kehidupan silam. 







Keluarga besar Mustakim Bin Mat.Zin 










Mustakim Bin Mat.Zin ketika bekerja sebagai " Gate-Keeper" di Cycle & Carriage ( Malaya ) pada tahun 1966 dengan gaji $ 90.00 sebulan.









Menunaikan Ibadah Haji







Rosla Bin Mustakim

Rosla Bin Mustakim

Rosla Bin Mustakim

Norela Binti Mustakim


Rosla Bin Mustakim
Rosla Bin Mustakim bersama Norela Binti Mustakim ketika tinggal di Kampong Pasir Wardieburn Setapak Kuala Lumpur


Siti Surida Binti Mustakim

Siti Surida Binti Mustakim


Siti Suridah Binti Mustakim

Rosla Bin Mustakim & bersama sepupu Hasni Bin Abdul Rahman


Siti Adura Binti Mustakim

Siti Adura Binti Mustakim meninggal dunia disebabkan sakit demam panas yang melampau.





Siri Gambar kenangan 4 beradik di Kampong Pasir Wardieburn Setapak Kuala Lumpur.
Norela Binti Mustakim & Siti Surida Binti Mustakim



















Rosla Bin Mustakim




1.Rosla Bin Mustakim
2,Norela Binti Mustakim
3.Siti Surida Binti Mustakim
4.Siti Adura Binti Mustakim


5.Jamaliah Binti Omar & Fatimah Binti Omar

Waris tunggal Omar Bin Abu Bakar dan Mahyah Binti Imam Jaafar yang masih hidup ialah Jamaliah Binti Omar. Usia Jamaliah Binti Abu Bakar pada waktu sekarang ialah 77 tahun, kesihatannya sudah mula tidak berapa baik jika dibandingkan  2 atau 3 tahun lepas. Pada ketika ini beliau bersendirian tinggal di Kampong Medan Sijangkang bersebelahan dengan rumah anak buahnya Siti Suridah Binti Mustakim, anak perempuan kepada kakaknya Rohayah Binti Omar. Menurut maklumat sehingga tahun 2017 sejak 1870 hanya terdapat 3 orang cucu kepada waris Imam Jaafar Bin Safak yang masih hidup.

Tidak dapat dipastikan, apakah pernah Jamaliah Bin Omar sempat melihat dan bertemu Imam Jaafar  pada masa dahulu.Kini beliau tinggal berjiran dengan anak buahnya Siti Surida Bin Mustakim  di Sijangkang Telok Panglima Garang Selangor. 


Rohayah Binti Omar dan Jamaliah Binti Omar

Jamaliah Binti Omar












Kisah ini adalah sebagai langkah permulaan dalam melaksanakan usaha mendokumantasikan perihal sejarah  kehidupan Keluarga Imam Jaafar Bin Safak. Diharap dimasa hadapan ada waris-waris yang ingin menyumbang maklumat sejarah yang telah mereka dengari dari orang tua mereka atau mengalaminya sendiri untuk dikongsi. Wasalam.


Rujukan:

Berkenaan Matawang Lama ~ King Miharbi @ Raja Ibrahim
Asiatic Socitey Society ~ Jurnal
Sejarah Selangor~ Haji Buyong Adil ~ Dewan Bahasa & Pustaka