Friday 3 January 2014

DAIRI PEMERHATIAN BURUNG HIJRAH


Sambar Dagu merah~Fecidula purva

Baru-baru ini seperti biasa ketika saya meneruskan Temasyar Memburung 2013 untuk bulan Disember, saya telah diketumukan spesis burung Sambar yang tidak pernah saya lihat. Setelah puas membelek dan mencari maklumat masih juga tidak dapat jawapannya. 

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Seperti biasa saya mendapatkan nasihat daripada pakar burung tempatan Saudara Mike Chong, beliau telah memberi cadangan bahawa burung ini hampir menyamai burung Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Sambar Dagu merah~Fecidula purva adalah burung hijrah yang sangat jarang ditemui di Semenanjung Malaysia. Saya tidak pasti samada sebelum ini burung dari spesis ini pernah ditemui oleh pemburung tanahair.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Berdasarkan ciri-ciri unik burung ini, iaitu pada bahagian paruh burung tumbuh buluhias pada bahagian pangkal atas dan bawah paruhnya, seperti paruh burung jantan Takau Hijau~ Calyptomena viridis. Dari apa yang saya ketahui tiada spesis Burung Sambar yang mempunyai ciri-ciri paruh seperti ini selain burung Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Sepanjang membuat pemerhatian perihal kelakuan dan sifat burung ini saya dapati burung ini sangat pemalu@ penakut akan kehadiran manusia. Setiap hari saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk merakam dan memerhati burung  Sambar Dagu merah~Fecidula purva datang kelokasi ia mencari makanan.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Ia datang secara senyap dan menyorok dicelah-celah daun bertenggek pada dahan sambil memerhatikan buah-buah yang masak sebelum mengumpil buah. Sejurus itu ia terus terbang kelokasi persembunyian.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Dari catitan yang dibuat burung akan datang kelokasi mencari makan sebanyak 3 ke 4 kali dalam tempoh 5 jam membuat pemerhatian. Walaupun beberapa kali ia datang, tetapi cuma dalam jangkamasa yang sangat singkat sahaja.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Memang sifat semulajadi spesis burung Sambar , kebiasaannya ia mengulangi-ulangi lokasi mencari makananya pada setiap hari sepanjang persinggahannya ketika musim penghijrahan. Peluang ini hanya sekali seumur hidup berpeluang melihat burung ini.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Maka setiap harilah saya mengulangi ketempat ini untuk memerhati dan merakam sebanyak mungkin imejnya. Walaupun terpaksa letih menunggu sangat lama sambil membuat penyamaran. Pada saya belum tentu dimusim penghijrahan masa depan saya boleh ketemuinya lagi.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Bentuk bahagian kepala burung jika dilihat sekali imbas menyerupai spesis burung Cekup ~Warbler, mempunyai sepasang sayap primer yang agak panjang sehingga hampir mencecah hujung buluhias cunut burung.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Sepanjang membuat pemerhatian, tidak pernah melihat burung ini memakan serangga atau pun ulat-ulat. Burung dilihat kerap menyambar buah-buah pokok hutan yang telah masak. Perangai  yang sama dengan Burung Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia, Sambar Ekor putih~Cyornis concretus dan Sambar Verditer~Eumyias thalassina.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Tidak di ketahui pula jantina burung ini kerana sepanjang membuat pemerhatian ia dilihat bersendirian tanpa pasangannya. Saya membuat pertimbangan dari penglihatan  bahawa saiznya hampir sama dengan saiz Burung Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Burung ini tidak menjongkit-jongkitkan pelepah ekornya sepertimana burung Sambar Verditer~~Eumyias thalassina dan  Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia dan keluarga Ficedula yang lain.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Disebabkan ia hanya berada dilokasi dalam tempoh yang singkat, saya tidak berpeluang mendengar ia membuat panggilan suaranya.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.


Burung sedang mengeluarkan biji buah yang keras setelah menjilat selaput dan cecair dalam buah masak.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.


No comments:

Post a Comment