Friday 3 January 2014

Khukhu Sayu~Cacomantis merullinus


Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus

Burung ini mempunyai bunyi sahutan yang kuat , lantang tetapi dalam nada yang sayu. Ramai dikalangan kita biasa mendengarnya tetapi tidak mengetahui bahawa bunyi sahutan itu datangnya dari burung Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan
Burung ini menyahut tidak  kira waktu, samada waktu dini hari subuh, pagi, petang , senja. Boleh dikatakan ia sentiasa membuat sahutan. Apa yang menjadi kemushkilan ialah peti suara burung yang kecil tetapi boleh melaungkan nada bunyi yang tinggi dan dapat didengari dari jauh.

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan
Pada mata orang yang tidak biasa pastinya tidak perasan akan kehadiran burung ini kerana ia pandai memilih lokasi persembunyinya berdasarkan kawasan sekelilingnya dengan cara samaran. Sesekali pernah terlihat burung ini bertenggek dikawasan lapang ketika burung sedang bermandikan cahaya matahari.

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Betina
Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Betina


Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Remaja Jantan.

No comments:

Post a Comment