Album Gambar ~ Destruction Live In Kuala Lumpur
Friday, 9 March 2018
Wednesday, 7 March 2018
Melepaskan Rindu Dendam Dan Menjenguk Sahabat-sahabat Alam Semulajadi...
Melepaskan Rindu Dendam Dan Menjenguk Sahabat-sahabat Alam...
Setelah hampir 4 tahun tidak mengunjungi Syurga Mini , tiba-tiba seperti disapa dari jauh oleh sahabat-sahabat yang menghuni didalam syurga itu. Seolah-olah mereka melambai-lambai menjemput kedatangan saya untuk kesana. Maka secara tidak berlengah-lengah lagi, terus memenuhi jemputannya itu. Ketika sampai menjejakkan kaki dimuka pintu masuk, semua sahabat-sahabat saya bersorak mengalu-alukan kedatangan saya dengan ceria dan meriah. Didendangkannya irama kebebasan alam yang menyentuh meresap dalam jiwa, yang membawa kepada ketenangan. Diselang selikan dengan alunan senyap sepi dan hening. Mereka seperti tahu menghiburkan sahabatnya. Kawasan kediaman sahabat saya itu masih seperti dulu, kelihatan tersergam indah dengan kesuburan tumbuhan-tumbuhan.
Doa dan harapan dahulu telah dimakbulkan oleh penciptanya. Sejak kali terakhir saya meninggalkan kawasan disini, tidak ada tanda-tanda seorang pun manusia yang telah datang berkunjung kesini. Keadaannya masih kekal sama seperti dahulu sahaja, malah tumbuhan berbagai jenis lumut hidup bertambah subur. Lumut hijau yang lembab basah merebak-rebak menghampar pada permukaan lantai tanah meneroka ke kawasan yang lebih luas lagi. Kabus sejuk yang tebal itu berpuput lembut, berarak meliputi keseluruhan kawasan hutan sekitar. Terkadang-kadang menghalang permandangan. Wajah menjadi lembab dan alis mata pula sibuk menjaring kabus sehingga terlekat embun.
Selepas hilang kabus , kelihatan warna kehijauan dari pelbagi bentuk dan jenis tumbuhan lumut yang ada disitu. Udara disini segar, sekali sekala terhidu bau-bauan dari tumbuhan lumut yang dibawa oleh bayu. Entah apa baunya tidak dapat saya zahirkan dengan ucapan bahasa. Embun yang bertitih-titih melekat pada lumut diatas pokok menitik-nitik jatuh di kepala. Lembab dan membasahkan baju, hasil tiupan angin berserta kabus. Manakala embun yang sentiasa melekat pada tumbuhan memlembabkan kasut dan seluar . Tuju hala perjalanan hanya mengikut sahaja bekas laluan haiwan-haiwan yang berselirat dan berpusing-pusing. Terasa tidak sampai hati kaki-kaki untuk memijak-mijak lumut seperti permaidani disini.
Bunyi riang suara serangga dan burung berkicau-kicau datang dari pelbagai sudut didalam rimbunan tumbuhan. Kelihatan tupai berlari-lari seperti mengejar sesuatu diatas dahan pokok berlumut dan melompat-lompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Tumbuhan orkid dan periuk kera terlekat bersama-sama lumut diatas dahan. Ada juga orkid sedang mekar bunganya secara bertitih-titih. Yang pastinya tidak ada sesiapa yang memberi ancaman kepada segala penghuni disini. Hidup mereka aman bebas sihat dan merdeka pada setiap masa.
Bersyukurlah disini kawasan hutannya masih terselamat dari bencana kemusnahan oleh pengkhianat-pengkhianat alam semulajadi negara. Sepertimana yang semua warganegara tahu, beribu-ribu hektar hutan tanah tinggi di Cameron Highland dan Gua Musang telah hancur musnah bagi tujuan pembalakan dan pertanian. Kemusnahan dan kehancuran hutan disitu membuatkan terlalu banyak hati tercedera parah sehingga tidak dapat diubati. Ralat bercampur bingung, bagaimana boleh wujud satu kelompok masyarakat yang gamak hati dengan perbuatannya untuk memusnahkan hutan semulajadi yang cantik seperti ini. Keputusan dan perbuatan mereka memang tidak masuk dek akal. Tidak dapat dibangsakan mereka ini dari kalangan jenis apa?
Kali ini , biarlah baki Syurga Mini yang masih kekal suci , jangan ada seorang pun boleh merosakkannya. Pengalaman pahit kemusnahan yang lepas jadikan pelajaran berguna kepada semua manusia. Biarlah semua orang tidak tahu dimana tersembunyinya tempat letaknya. Rahsia ini merupakan perjanjian dan amanah saya kepada sahabat-sahabat saya yang menghuni disini. Pastinya saya akan sentiasa akan datang menyantuni sahabat-sahabat alam dari masa ke masa.Wasalam.
Tuesday, 13 February 2018
Tiga Budak Atas Batu...
Tiga Budak Atas Batu...
Saya tertarik melihat 3 kanak-kanak kaum pribumi asli Semelai yang sedang leka bermain diatas batu ditepi sungai. Mereka bermandi-manda , berguling atas pasir , melompat dalam sungai , menyelam berenang, menangkap ikan, mencari siput. Kejar mengejar didalam arus deras sambil teriak berteriak kegembiraan. Tentu sekali perhubungan mereka akrab dan semangat setia kawan diantara mereka sangat baik. Kegiatan seperti itu sudah jarang saya lihat samada di kampong-kampong , penempatan Felda apatah lagi dikawasan bandar. Mereka semua telah dipasong lehernya untuk tunduk merenung handphone. Minda mereka telah terpenjara. Pada setiap hari, mereka sendiri yang mewajibkan dirinya khusuk menghabiskan zaman pembesaran mereka dengan merenung handphone. Dengan cara begitu mereka merasa seronok dan leka membiarkan dirinya dipenjarakan. Dari melakukan lain-lain aktiviti selain merenung skrin handphone untuk satu jangkamasa yang sangat lama.
![]() |
| Setelah berguling diatas pasir kanak-kanak lelaki ingin membersihkan badannya. |
![]() |
| Sebelum budak lelaki itu terjun kedalam sungai untuk membersihkan badannya entah apa yang dibualkan sambil tergelak-gelak. |
![]() |
| 2 kanak-kanak perempuan itu beriya-ia menolong budak lelaki untuk naik keatas. |
![]() |
| Sedangkan pada ketika itu budak lelaki itu sedang merancang sesuatu... |
![]() |
| Setelah kedudukan badan dan kekudanya kakinya telah kukuh. |
![]() |
| Budak lelaki itu menarik pula tangan budak perempuan dengan niat budak perempuan itu jatuh masuk kedalam sungai. |
![]() |
| Seorang jatuh masuk kedalam sungai dan seorang lagi melepaskan tangannya supaya dirinya tidak terjatuh bersama-sama. |
![]() |
| Terdengar gelak hilai mereka bertiga atas senda gurau itu. |
![]() |
| Dalam usia sebegini kecil, mereka sudah cukup berdikari dan mampu mengesan bahaya. |
Oleh kerana hal keadaan ini masih baru lagi , sehingga ke hari ini kita masih tidak dapat mengetahui akan kesan baik dan buruknya yang akan terjadi kepada kanak-kanak seperti ini. Tunggu dan lihat sahaja lah. Kepada genarasi seperti saya yang pernah melalui zaman seperti ini, berpendapat amatlah rugi sekali jika tidak dapat menikmati kegembiraan seperti 3 kanak-kanak asli Semelai itu.Wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































































































