Thursday 21 March 2013

Siri 1: Aktivis Menyelamat Burung-burung Liar ( Hijrah & Tempatan ) Malaysia.


Aktivis Penyelamat Burung-burung Liar Hijrah & Tempatan.
Saudara Mohammad Muhir Haji Daud.

Siri 1 :Laporan Menyelamat Dan Memberi Bantuan Kepada Burung-Burung Liar (Tempatan dan Burung Hijrah) 

Saudara Muhammad Muhir Hj.Daud

Bukit Cincin merupakan tumpuan burung-burung tempatan serta menjadi laluan  persinggahan wajib bagi kebanyakan spesies burung-burung hijrah semasa musim penghijrahan. Mengapa mereka memilih lokasi ini tidak pula dapat saya memberi jawapan tepat dari sudut kajian ilmu pemburungan, ilmu geografi dan ilmu tiupan angin. Tetapi hasil daripada sudut logik kajian peribadi, saya rumuskan bahawa ia menjadi tumpuan dan laluan wajib pada setiap tahun kerana:- 

1. Kawasan ini sangat kurang orang mendiaminya.
2. Mempunyai sumber makanan burung yang sangat banyak dan sedap.
3. Dikelilingi oleh kawasan hutan-hutan yang sesuai untuk tempat burung berlindung.
4. Kawasan ini mempunyai Lampu Lempah yang menjadi pedoman burung ketika terbang waktu malam  dari kekaburan kabus tebal.
 
5. Burung-burung mempunyai naluri bahawa mereka akan diselamatkan oleh orang-orang mulia seperti Saudara Muhammad Muhir Hj.Daud dan Saudara Long , sekiranya ia menghadapi kesukaran.

Sepanjang saya membuat penyelidikan berkenaan burung dikawasan ini sejak 2009, saya telah merekodkan burung-burung hijrah dan tempatan yang telah dapat selamatkan oleh beliau. Dibawah ini saya senaraikan burung-burung yang telah diselamatkan sejak 2009:-

Berlau Sayap-biru~Pitta moluccensis sedang diberi rehat dan makan secukupnya sebelum boleh dilepas bebaskan.
Saudara Long dalam proses melepas bebaskan burung Berlau sayap-biru~Pitta moluccensis
Saudara Long dalam proses melepaskan burung Murai Biru Siberia~Luscinia cyane jantan.

1.  Merbuk Zamrud ~ Chalcophaps indica
2.  Sambar Niltava Besar~ Niltava grandis
3.  Fulveta Sayap-perang ~ Alcippe castaneceps
4.  Minla Ekor-badam~ Minla strigula
5.  Sibia Ekor-panjang ~ Heterophasia picaoides
6.  Cincilai Riang Kopiah-badam ~Garrulax mitratus
7.  Cincilai Riang Melayu ~ Trochalopteron peninsulae
8.  Cekup Daun gunung ~ Phylloscopus trivirgatus
9.   Merbah Gunung ~ Hypsipetes mcclellandii
10. Mesia Telinga-perak ~ Leiothrix argentauris
11. Pra-Tinkol Timur ~ Glareola maldivarum
12. Murai Biru Siberia ~ Luscinia cyane
13. Khukhu Ungu ~ Chryscococcyx xanthorhynchus
14. Berlau Sayap Biru ~ Pitta moluccensis
15. Berlau bertudung ~ Pitta sordid
16. Sualo Jelapang ~ Hirundo rustica
17. Walit perut -bersisik ~ Apus pacificus

Saudara Muhammad Muhir dalam proses melepas bebaskan burung Walit perut bersisik~Apus pacificus
Lepas terbang bebas.

Orang-orang yang banyak berjasa pada burung tempatan dan burung-burung hijrah ialah Saudara  Muhammad Muhir  Haji Daud dan Saudara  Long. 

Tidak bermaya tersangkut dan tergantung dijaring pagar.
Nasib tidak menyebelahi burung Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica
Setiap hari di awal pagi mereka akan membuat rondaan mengelilingi kawasan tersebut. Burung kerap dijumpai kerana terlanggar dinding cermin dan dinding batu yang menyamai dengan warna kabus. Saudara Muhammad Muhir Hj Daud  dan Saudara Long akan mengutip dan memberi  tempat perlindungan sementara. Disitu burung akan diberi makan serta minum juga mendapat rehat yang cukup.  Apabila dirasakan burung itu sudah cergas mereka akan melepaskannya kembali pada habitatnya. Sebelum dapat dilepaskan, pihak kita akan memastikan keadaan burung itu cergas terlebih dahulu.  Menentukkan kesesuaian cuaca sebelum melaksanakan  proses melepaskan burung. Andaikata burung belum betul-betul kuat ia bakal mendatangkan bahaya kepada burung yang dilepas bebaskan. Sekiranya melepaskan burung ketika ia belum benar-benar kuat , burung akan berupaya terbang pada jarak yang dekat sahaja. Kemudian ia akan jatuh kembali didalam hutan seterusnya tidak lagi mampu terbang. Keadaan ini terdedah kepada bahaya ancaman haiwan pemangsa. Amatlah susah untuk pihak kita mencari kembali burung yang lemah di dalam hutan sekitar ini. Andaikata mereka berdua ini tidak ada sudah tentu burung-burung yang keletihan dan cedera bakal menjadi mangsa cuaca dan haiwan pemangsa yang banyak disekitar kawasan ini.

Nasib kurang baik dialami oleh burung Murai Biru Siberia ~Luscinia cyane betina kerana terlanggar dinding batu.
Proses melepas bebas burung yang ke 9

Tidak semua burung jatuh ke tanah disebabkan perlanggaran, ada juga burung-burung yang keletihan kerana menongkah tiupan arus angin yang sangat kencang. Akibatnya burung akan jatuh atau tersangkut pada jaring-jaring pagar. Perkara ini berlaku keatas spesies burung Walit perut-bersisik~Apus pacificus dan Sualo Jelapang~ Hirundo rustica. Rekod kejadian untuk tahun 2011, 2012  dan  2013 yang menjadi simpanan saya adalah seperti berikut.

Proses melepas bebas tetapi burung belum bersedia lagi.

Tarikh 27hb Dis 2011.

1.   1 ekor Walit perut-bersisik~Apus pacificus jatuh dan tidak mampu terbang semula. Jam 8:26 p.m
2.   5 ekor Walit perut bersisik~Apus pacificus jatuh dan tidak mampu terbang semula. Jam 10.19p.m
3.   8 ekor Walit perut bersisik~Apus pacificus jatuh dan tidak boleh terbang semula. Jam 10: 47 p.m
4.   2 ekor Walit perut-bersisik~Apus pacificus mendarat dengan sendiri pada jam 11:00p.m

Tarikh 18 April 2012

6.  2 ekor Berlau bertudung~Pitta sordid  dijumpai berhampiran dengan dinding pada jarak yang tidak jauh antara satu sama lain. Jam 7:30 pagi.

Tarikh 20 Sept 2012

7.   1 ekor Murai Biru Siberia~Luscinia cyane betina dijumpai longlai lemah kemudian mati.

Tarikh 23 Sept 2013

8.   1 ekor Murai Biru Siberia~Luscinia cyane jantan dijumpai longlai lemah.

Tarikh 23 Dis 2012

7.   2 ekor Suolo Jelapang ~Hirundo rustica dijumpai tersangkut pada jaring pagar pada ketinggian yang sangat rendah. Jam 8:50 malam.

Tarikh 3 Feb 2013

8.    3 ekor Walit perut-bersisk~Apus pacificus jatuh dan tidak mampu terbang semula. 9:15 malam.

Apa akan terjadi seandainya dijumpai oleh haiwan pemangsa ketika burung ini sedang letih dan berehat, tanpa pengawasan.
Masih belum bersedia meneruskan perjalanan jauh.

Mereka akan segera memberi pertolongan kepada burung yang jatuh akibat keletihan atau terlanggar dinding. Kebiasaan kejadian perlanggaran berlaku pada waktu penghujung malam dan awal subuh, dimana ketika itu keadaan kabus tebal dan angin kencang.  Akibat dari perlanggaran tersebut, burung akan jatuh pitam buat seketika, sebelum ia sedarkan diri. Kecederaan yang biasa dialami oleh burung-burung ialah keretakan pada paruh dan kecederaan lengan pelepah sayap.

Menginsut-insut dan tidak mampu terbang sendiri.
Jatuh kepenatan kerana tiupan angin kencang yang sejuk dan berkabus.

Kemungkinan itu ada sekiranya terlalu lapar
Tupai gunung
Mengkera leher kuning





Perkara Yang Baru Diketahui Tentang Burung Walit perut Bersisik.

Cuaca hujan renyai-renyai dan tiada tiupan angin. Keadaan belum sesuai untuk terbang walaupun telah dijuak keudara.
Burung masih belum cergas dan kuat .
Tidak banyak maklumat tentang burung Walit perut-berisik ini yang kita ketahui, kerana ia jarang sekali dapat dikaji kerana ia berada jauh dari pandangan  manusia. Hampir keseluruhan kehidupannya dihabiskan diudara  pada paras ketinggian yang sangat tinggi. Malah  mempunyai cara penerbangan sangat pantas dan berpusing-pusing. Keadaan ini membuatkan pengkaji burung tidak dapat banyak maklumat tentang burung spesies ini.

Semasa proses melepaskan burung, kita tidak boleh meletakkan burung diatas tanah dan mengharapkan ia akan terbang dengan sendirinya. Perbuatan ini akan mengundang bahaya kepada burung kerana dikhuatiri ia akan dijadikan mangsa oleh haiwan pemangsa. Perlu diketahui burung ini tidak seperti burung-burung lain yang boleh terbang dengan sendiri. Burung Walit perut bersisik, harus mendapat bantuan juakkan atau lambungan ke udara untuk membolehkan ia mendapatkan bantuan tiupan angin  untuk burung mengepak, meluncur, menggibaskan sayapnya untuk terbang pada tahap ketinggian yang mempunyai tiupan angin kencang.  Andaikata burung masih belum cukup kuat maka ia akan jatuh kembali ketanah. Oleh yang demikian proses memastikan burung cukup cergas dan aktif merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam proses melepaskan burung.

Segala puji-pujian kepada Allah.


Masalah Yang Dihadapi.

Kita menghadapi masalah untuk menyediakan makanan spesies burung ini, kerana tidak tahu apakah diet makanannya. Tidak mungkin burung ini memakan buah dari tumbuhan atau ulat-ulat daun. Berdasarkan bentuk paruh dan habitat kehidupan burung  ini, saya mengandaikan spesies ini menjadikan serangga bersaiz nyamuk dan agas yang disambar sebagai diet mereka. Disamping air wap dan embun yang berada diudara sebagai tambahan dietnya. Andai-andaian ini disokong ketika proses  memberi perlindungan untuk tempoh 3 ke 4 hari burung berada didalam sangkar. Pihak kita hanya membekalkan sedikit takungan air dan membiarkan ia berada dikawasan kabus dan  berangin.

Menjuak burung ke udara.


Burung akan kembali aktif dan cergas setelah mendapat rehat dalam jangka tempoh tersebut. Perkara dan keadaan  ini cukup menakjupkan pihak saya dan menimbulkan persoalan dari mana spesis burung ini mendapat tenaga.

Shukur Alhamdulliah, dengan ilmu yang kurang pihak kita berjaya melepaskan kesemua burung-burung dengan selamat tanpa sebarang kematian. Saat melihat burung dapat terbang kembali pada habitatnya merupakan saat yang mengembirakan. Kita tidak perlu mendengar ucapan TERIMA KASIH daripada burung, kerana yang wajibnya, setiap yang hidup dan bernyawa mempunyai naluri rasa. Tidak kira apa jenis makhluk ciptaan Allah pasti ia gembira untuk meneruskan kehidupan dengan aman dan bebas. Setelah nyaris maut akibat kemalangan semasa proses berhijrah. Ada umur panjang dan jodoh kita berjumpa lagi dilain musim. Wasalam.



No comments:

Post a Comment