Monday 18 March 2013

MENGUJI KECEKAPAN DAN KEPANTASAN MERAKAM ALBATROSS

unOFFICIAL BREITLING JET TEAM Photographer.

Saya bukan En.Katsu Tokunaga, tetapi hanya Jurugambar Burung dan Alam Sekitar kecil-kecilan sahaja. Minat terhadap merakam objek yang sukar dalam cebisan waktu yang ada,  serta terhad memang menjadi keterujaan saya sejak dahulu lagi.
En.Katsu Tokunaga Official Breitling Jet Team Photographer

Apabila mendapat berita bahawa Breitling Jet Team akan membuat pertunjukkan udara di Skypark, Subang pada 16 Mac 2013 jam 11:00 pagi, maka peluang saya menguji kecekapan dan kepantasan merakam objek melebihi kelajuan bunyi tidak boleh saya lepaskan. Peluang sebegini hanya akan ada ketika 31hb Ogos sahaja pada setiap tahun. Hendak ke pertunjukkan LIMA tidak pula saya mampu.

Yuran masuk pertunjukkan cuma RM 10.00 untuk dewasa dan percuma kepada kanak-kanak. Seperti biasa akan membawa anak saya, untuk beliau menimba pengalaman baru dalam hidupnya untuk melihat pertunjukkan udara. Keadaan di Skypark sesak dan ruang pakir kenderaan penuh. Saya tidak timbul sebarang masalah  untuk pakir motosikal. Cuma terpaksa beratur untuk membeli tiket masuk.

Keadaan cuaca cerah terang , langit biru dan sangat panas, ini sangat baik untuk mendapat kepantasan kacipan kamera, kehalusan lobang F dan kekurangan jumlah ISO. ( Hantam sajalah bahasa teknikal kamera ni )  Kini hanya mencari lokasi yang sesuai bagi mendapatkan rakaman objek pantas ini, harus  menggunakan sedikit pengalaman serta sifat " AAaarh " pada pengawal selia.

Girang orang yang hebat dan istimewa.


Pertunjukkan udara dijalankan selama 25 minit oleh 7 pesawat jenis L 39C albatross yang dipandu oleh bekas pemandu jet pejuang tentera Perancis yang sangat berpengalaman dan mahir. Saya terlihat 3 wajah orang kita bersama-sama pasukan Breitling Jet Team, menimbulkan persoalan. Bukan semua orang boleh berada didalam jet pejuang sekiranya tiada sebarang latihan dan persediaan. Tentu wajah orang kita ini  orang yang hebat dan  istimewa. 

Untuk tempoh 25 minit masa pertunjukkan saya dengan lahapnya menghabiskan kedua-dua CF card saiz 16 GB. Memuaskan hawa nafsu secara total tanpa mempedulikan sesiapa. Segala pengalaman digunakan berdasarkan alat dan ruang lokasi yang saya ada ketika itu. Hampir 98% rakaman imej jelas dan mengembirakan diri sendiri. Segala puja dan pujian kepada Allah kerana membantu saya memperolehi apa yang saya mahukan. Terima kasih Allah.






Nasib ada tapi rezki tiada





No comments:

Post a Comment