Friday 20 September 2013

GEMBIRA SEORANG PEMBURUNG

KASUMBA TENGKUK-MERAH~HARPECTES KASUMBA

Keluarga Burung Kasumba adalah spesis burung yang kita tidak akan merasa jemu memerhatikannya.  Seperti ada satu kuasa tarikan yang ada pada burung ini. Ia tidak perlu diumpan atau dipanggil, dan apa yang penting kita mestilah tahu akan habitat persekitaran kehidupananya serta panggilan suaranya. Sekiranya burung tidak merasa diancam, ia akan duduk diam bertenggek pada ranting pokok pada satu jangka masa yang lama. Malah boleh juga dihampiri pada jarak yang dekat. Hal keadaan yang dinyatakan itu adalah saat burung sedang qushu' memerhatikan makanannya.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Saiz burung Kasumba Tengkuk merah~Harpectes kasumba hampir sama saiznya dengan burung Terkukur, tetapi lebih gempal. Hampir semua keluarga spesis Kasumba mempunyai corak dan susunan buluhias yang berwarna terang dan menarik. Burung jantan dan burung betina mempunyai warna yang berbeza. Sekiranya kita tidak mengetahui akan perihal burung, kita akan menyangka burung jantan dan betina adalah dari spesis keluarga yang berbeza.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Pergerakkannya perlahan dan lemah lembut. Ketika bertenggek burung ini kebiasaannya akan memerhatikan disekeliling tempat ia berada dengan  lehernya digerakkan perlahan-lahan  untuk menoleh kesemua sudut tempat ia berada. Sambil menyahut-yahutkan suaranya yang mendayu-dayu dalam tempoh yang agak lama. Burung ini bersifat menjaga kawasan persempadanan tempat ia bersarang, mencari makan dan berehat.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Burung Kasumba bukanlah sejenis burung yang mahir dan pantas terbang. Ia lebih melakukan lompat terbangan sambil menguakkan sayapnya dari satu dahan ke satu dahan. Hanya akan melakukan penerbangan terus sekiranya dirinya menghadapi ancaman.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Serangga bersayap yang banyak terdapat didalam hutan adalah merupakan diet makanan rujinya.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba


Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba

Berjumpa lagi dilain masa dalam suasana yang lebih cerah untuk memperolehi imej rakaman yang lebik baik.

Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba



No comments:

Post a Comment