Thursday 10 October 2013

Siri 2 : Aktivis Menyelamat Burung-Burung Hijrah/Tempatan


Aktivis Menyelamat Burung-Burung Hijrah & Tempatan
Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud.


Siri 2 :Menyelamatkan Burung-Burung Hijrah Tahun 2013

Seperti musim-musim lepas, burung -burung hijrah telah mula melintasi dan membuat kunjungan di Semenanjung Malaysia. Memang pada setiap musim Bukit Cincin adalah laluan burung-burung hijrah. Maklumat yang diterima daripada Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud, ketika musim tersebut iaitu bulan Oktober, memang banyak dari pelbagai jenis serangga dan rama-rama mengerumi tempat itu. Tidak dapat dipastikan mengapa fenomena seperti itu  berlaku. Ia seolah-olah menjadi bekalan makanan kepada sekelian burung-burung tempatan dan burung hijrah yang melewati kawasan ini. Dalam pada itu ,kekerapan  kemalangan yang tidak terduga berlaku juga kepada burung-burung yang terbang berhijrah. Kejadian kemalangan itu seringkali berlaku pada waktu malam. 

Serangga bersayap menyerupai kelkatu yang banyak menghurungi lampu lempah yang menjadi tarikan burung-burung untuk memakannya.

Serangga ini datang kekawasan ini seiring dengan kehadiran burung-burung hijrah pada setiap musim.

Saya telah dimaklumkan oleh Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud, bahawa beliau telah terjumpa 4 ekor burung pada 9 Okt 2013. Sejurus mendapat maklumat tentang kejadian itu saya telah datang ke lokasi untuk membuat pengecaman burung-burung yang malang itu.

Burung yang sudah mendapatkan rehat dan makanan yang cukup menunggu untuk dilepaskan.

Murai Biru Siberia ~Luscinia cyane





Kali ini nasibnya kurang baik


1. 1 ekor Berlau Sayap-biru~Tidak sedarkan diri ketika dijumpai.
2. 1 ekor Murai Biru Siberia~Luscinia cyane ( Jantan). dalam keadaan tidak bermaya ketika dijumpai.
3. 1 ekor Murai Biru Siberia ~Luscinia cyane ( Jantan ). Telah mati ketika dijumpai.
4. 1 ekor Sambar Tongkeng -kuning~Ficedula zanthopygia ~ ( Betina ) Telah mati ketika dijumpai.

Saudara Muhir sedang memeriksa buluhias burung dan kecergasan burung sebelum ia dilepaskan.
  
Pengalaman tahun-tahun lepas membuatkan Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud lebih berpengalaman menangani perkara-perkara seperti ini.

Gembira dan puas seorang insan mulia yang berjaya menyelamatkan burung.

1.Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis




Selamat jalan dan teruskan penerbangan yang jauh.

Bebas sediakala....
Ia dijumpai berhampiran dinding batu ditepi pagar dalam keadaan tidak sedarkan diri, setelah Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud mendengar satu dentuman pelanggaran yang agak kuat pada jam 2.30 pagi 9 Okt 2013. Pengalaman lampau telah mengajar Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud bagaimana untuk menyelamatkan burung-burung yang terlanggar dinding. Beliau akan memberi bantuan kecemasan CPR kepada burung tersebut.  Bantuan dengan segera mengipas-gipas dengan surat khabar bertujuan mendatangkan udara  kearah rongga udara paruh burung. Tatacara itu dilakukan lebih kurang selama lebih kurang 5 minit. Kebiasaan dengan cara ini   burung Berlau itu sedarkan . Shukur Alhamdulillah dengan cara itu telah berjaya menyelamatkan burung tersebut walaupun buat sekerika ia  tidak bermaya. Menyimpannya didalam akuarium dan memberi burung itu memakan rama-rama serta serangga yang banyak ada disitu. Setelah burung itu mendapat rehat yang cukup dan merasakan ia telah benar-benar cergas baru lah lepaskan. Pada jam 11:30 keadaan burung itu telah cergas seperti sedia kala dan ia pun telah dilepaskan disekitar hutan berdekatan.


2.Murai Biru Siberia ~Luscinia cyane




Saudara Muhir gembira dan puas dapat membebaskan burung Murai Siberia Biru~Luscinia cyane.

Ia dijumpai pada jam 6:30 pagi dalam keadaan keletihan dan tidak bermaya. Sebelum burung ini menjadi mangsa haiwan yang banyak berkeliaran disekitar,  Saudara Muhir telah mengambil dan menyimpan burung tersebut ditempat yang selamat dan memberi makan. Setelah burung itu mendapat rehat yang cukup dan perutnya  kenyang serta cergas  ia dilepaskan pada pukul 11:00 pagi.

Saat burung dibebaskan untuk meneruskan perjalanan yang jauh.

3.Seekor lagi burung spesis Murai Biru Siberia ~Luscinia cyane telah mati ketika dijumpai pada lokasi yang berhampiran.


Nasib burung yang malang tidak dapat meneruskan perjalanan yang jauh.

4.Burung Sambar Tongkeng-kuning~Ficedula zanthopygia ~     ( Betina )

Burung ini juga dijumpai telah mati dilokasi yang sama berhampiran dengan spesis burung Murai Biru Siberia ~Luscinia cyane ( Jantan).

Kesan ribut yang berlaku pada malam kejadian burung berlanggar dinding.



Kesan batang kayu dipulas sehingga patah oleh kekuatan angin ribut


Burung-burung hijrah ini terbang secara berkumpulan dalam jumlah yang besar dari pelbagi jenis spesis pada satu-satu masa. Saya beranggapan burung-burung hijrah yang tidak bernasib baik telah terlanggar dinding yang berwarna putih ditambah faktor angin ribut dan kabus tebal pada malam kejadian. Apa yang pasti spesis burung yang dinyatakan dibawah ini, menyertai proses penghijrahan bersama-sama satu kumpulan.

1. Sambar Tongkeng-kuning~Ficedula zanthopygia
2. Murai Biru Siberia ~Luscinia cyane
3. Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis
4. Perit Kelabu~Motacilla cinerea
5. Sambar Coklat Asia~Muscicapa dauurica

Sambar Coklat Asia~Muscicapa dauurica







Serangga yang menjadi tumpuan burung-burung disekitar Bukit Cincin.

Setelah hampir setiap musim sejak 2009 saya telah berkunjung ke tempat ini. Saya dan Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud mendapat satu perasaan kegembiraan kerana telah dapat menyelamatkan makhluk Tuhan yang bernyawa ketika mereka didalam keadaan kesusahan. Sekalong tahniah dan syabas kepada Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud yang bertungkus lumus mengorbankan waktu tidurnya semata-mata ingin menyelamatkan makhluk Tuhan itu. Pada musim-musim yang lepas inilah kerja-kerja amal yang besar, dilakukan oleh Saudara Mohammad Muhir Bin Haji DAud kepada makhluk Allah yang bersayap itu. Pastinya janji Allah akan berlaku kepada sesiapa memberi bantuan kepada sesama makhluk walaupun sebesar zarah sekali pun. Pada saya, jadilah hanya dapat melihat dan merasa nikmat, melihat burung kembali terbang  bebas merdeka setelah menghadapi  ancaman maut. Wasalam.


No comments:

Post a Comment