Monday 25 November 2013

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus


Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus

Berdasarkan pengalaman peribadi saya burung Khukhu Ungu -Chrysococcyx xanthorbynchus ini adalah burung yang sangat sukar kita temui. Kerana ia  mendiami dan mencari makanan didalam hutan belantara yang jarang manusia memasukinya . Burung ini mencari makanannya dengan menyertai gerombolan ombak burung. Ia tidak terbang tinggi tetapi sering dilihat berada dicelah-celah dedaun dan ranting-ranting.

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Jantan
Kelakuan dan tabiat burung ini menyerupai tabiat burung Khukhu Gangsa Kecil~Chrysococcyx minutillus dan Khukhu Gangsa Horsfield's~Chrysococcyx basalis. Malah saiz nya hampir menyerupainya. Pergerakan burung ini agak perlahan dan akan bertenggek agak lama pada ranting pokok sambil memerhatikan ulat-ulat atau serangga untuk dimakannya.

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Jantan

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Jantan
Buluhias burung jantan dan burung betina adalah berlainan sekali. Kita boleh terkeliru dan mendakwa burung betina itu adalah dari spesis yang lain, dimana penampilan buluhiasnya adalah berwarna coklat berangan yang berkilat. Sangat mudah untuk membuat pengecaman  burung jantan kerana warna pada buluhiasnya yang berwarna ungu gelap dan mempunyai paruh yang berwarna oren kemerahan.

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Jantan

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Betina

Khukhu Ungu~Chrysococcyx xanthorbynchus
Betina

No comments:

Post a Comment