Wednesday 31 December 2014

KEMBARA SILATURRAHIM BERBASIKAL KE PUSAT SEMENANJUNG MALAYSIA

DIARI INI DITULIS OLEH NOR HIBBAH HASSAN (AKU)

Bagaimana minat bermula??

Rosla selalu menyatakan hasrat untuk Kembara Berbasikal namun aku tidak pernah berminat. Hinggalah pada Nov 2014 yang lalu, out-of-blue aku berhasrat memiliki basikal dan mula sibuk membuat carian tentang jenis basikal yang sesuai, cara memilih saiz basikal, penggunaan gear hinggalah perkara asas iaitu bahagian basikal. Dipendekkan cerita, Rosla telah membeli dua 'racing bike' secondhand jenama Bridgestone. Aku setuju walau tidak membelek basikal secara fizikal. Apa yang dia pilih baiklah untuk aku. Cewahhh :)

Jika ada kelapangan, kami akan berkayuh sekitar Taman Melawati. Setelah berpuluh tahun tidak mengayuh, aku rasa 'kecut dan gayat' dengan kelajuan basikal ketika menuruni bukit dan 'agak pancit' ketika mendaki. Maklumlah, tiada pengetahuan secara praktikal menggunakan gear. Daripada latihan tersebut, datang sedikit demi sedikit perasaan minat mengayuh.
 
Gedebak-gedebuk, tanpa dijangka aku telah mencadangkan kepada Rosla untuk mengembara pada minggu sempena hari lahir kami pada 17 Dis. Daripada angan-angan dan perbualan kosong, kami mula membeli keperluan berkembara dan 'racing bike' bertukar rupa. Kami tidak tahu tahap kemampuan basikal bundle keluaran tahun 1980an ini untuk perjalanan jauh.

Aku juga banyak membaca blog para pengembara berbasikal untuk ambil mood. Persiapan dibuat dengan membawa keperluan yang paling asas kerana tidak pasti kemampuan kudrat jika beban terlalu berat. Wah, semangat semakin berkobar-kobar bila lihat basikal aku siap dengan frame bag dan pannier. Terfikir balik bersediakah aku untuk memerah tenaga dan mengharungi cabaran sepanjang pengembaraan? Orang tiada pengalaman, banyak berfikir dan risaukan perkara yang 'Kalau....'

Bridgestone model T 700 (7 Gear) buatan tahun 1987

Bridgestone Model Radac (6 gear) buatan tahun 90an
Kenapa kami memilih Kuala Lipis??

Menurut Rosla dan carian di internet, telah ramai yang berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia namun belum pernah ada pengayuh basikal yang sampai ke Pusat Semenanjung Malaysia. Menurut Abang Muhir dan En. Google, ia terletak di antara Kampung Belimbing dan Kampung Jeransang di Daerah Lipis, Pahang.

Keputusan memilih daerah pedalaman adalah untuk mengalih tumpuan peminat dan penggiat Kembara Berbasikal supaya mencuba laluan baru ini. Secara tidak langsung limpahan ekonomi dan laba dapat disalurkan kepada penduduk kampung di sepanjang laluan tersebut.
 
Sehari sebelum memulakan kembara berbasikal, Abang Muhir dengan inisiatifnya sendiri telah melakar peta cadangan perjalanan laluan kampung. Dengan ini, Rosla telah menamakan laluan tersebut "Laluan  Tok Muhir Haji Daud Jeransang". Jarak perbatuan perjalanan dianggarkan sejauh 300 kilometer pergi balik iaitu dari Taman Melawati ke Kampung Jeransang. 60 peratus laluan adalah berbukit-bukit dan dianggarkan mengambil masa 6 hari.


Coretan Peta Laluan Tok Muhir Haji Daud Jeransang
Hari Pertama (14 Dis, Ahad)
Taman Melawati ke Kampung Lebu, Bentong 

Matahari bersinar seawal pagi membuatkan aku tidak sabar untuk memulakan kayuhan. Setelah memastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan selamat dan dengan lafaz Bismillah, jam 8:45 pagi kami memulakan kayuhan. Laluan yang dipilih adalah menghala Taman Melati, tembus ke Kampung Pusu, Gombak. Sempat lagi bersarapan pagi di Jalan Gombak Lama. Juadah nasi lemak berlauk yang panas berasap sangat membuka selera sambil memerhati pesikal yang baru turun berkayuh dari Genting Sempah. Seronok melihat mereka kerana mengisi masa dengan aktiviti sihat. 
Sambung berkayuh melalui jalan lama yang berbukit menuju ke Genting Sempah. Sepanjang perjalanan, kami berselisih dengan pengayuh basikal yang sudah memulakan perjalanan turun. Kebanyakan mereka secara spontan senyum dan mengangkat tangan. Pada mulanya aku akan membalas mengangkat tangan tapi dek kerana penat melayan bukit, aku hanya senyum dan angguk kepala saja :P

Rosla mengayuh laju di hadapan dan kelibatnya sekejap nampak sekejap hilang. Walaupun penat, aku tidak akan mengalah dan rela merasa 'peritnya' kaki mengayuh selekoh demi selekoh. Memang daripada awal, Rosla sudah berpesan supaya jangan banyak keluh-kesah dan menjaga mood supaya tidak rosakkan mood rakan pengayuh. Bila penat aku berhenti, minum dan menguyah mentos. Aku rasa segar untuk menghabiskan 'sengsara' melayan laluan Genting Sempah. Masa ni, aku tak tahu sebenarnya banyak lagi bukit yang harus aku 'layan' :P
Think nothing just enjoy cycling
Bergambar sambil catch my breath
Segelas milo ais cukup menyegarkan
Akhirnya jam 12:30 terpacak, kami sampai di Genting Sempah. Rasa lega dapat melepasi laluan berbukit dengan satu 'bukit kejam'. Kira khatamlah laluan GS. Tak kisahlah masa yang diambil berjam-jam kerana kami bukannya nak kejar masa. Berehat sambil menghirup segelas milo ais dan berbual dengan Rosla. Teringat kata-kata 'Bike touring is not about the speed but the endurance; and definately not about the destination but the journey along the way'.  :)

Sambung kayuhan dan kali ini aku tersenyum girang kerana laluan ke Janda Baik dan Bukit Tinggi menuruni bukit sepanjang 15 km. Angin sejuk mula menerpa muka. Wah, segarnya. Yipppiieeeee... Aku rasa inilah senyuman aku yang paling menawan. Cewah.. tergelak sendiri. Rakan kayuhan sudah berdesup dan tidak kelihatan. Ammbooii... 

Layan downhill. Aku hanya perlu kawal handle dan tangan bersedia di brake sambil mengelak jika laluan agak kasar dan berlubang. Beberapa kali aku ingatkan diri sendiri supaya tak over excited dan jaga keseimbangan basikal jika berselisih dengan kenderaan lain lebih-lebih lagi di selekoh. Hati terdetik mungkin inilah yang seronoknya tentang kembara berbasikal. Setelah berhempas-pulas memerah tenaga, kayuhan menuruni bukit adalah 'real reward'. I like :P 

p/s : Aku baru tahu cara menggunakan gear tinggi dan rendah melalui praktikal.

Kami melajukan kayuhan kerana jalan agak mendatar sambil melihat pemandangan sekitar. Ada sungai, ada kolam air panas. Kadang-kadang kami mengayuh di bawah kanopi hutan dan kadang-kadang laluan terbuka yang panas berdenting. Banyak juga berhenti bukan kerana penat tapi Rosla tidak akan membazirkan peluang untuk mengambil gambar subjek menarik. Dalam kes ini, spesies ular yang mati dilenyek kenderaan. 

 

 

Leka mengayuh hingga tidak sedar perut belum berisi. Aku juga tak terasa lapar kerana memang aku banyak minum untuk pastikan badan cukup cecair. Ini pesan Wak Jan (teman FB yang aktif kembara berbasikal) untuk elakkan terkena heat stroke. Cumanya badan sudah mula penat kerana tidak biasa berkayuh dan tak senang duduk kerana punggung sudah lenguh. Terasa ralat kerana tidak memakai 'cyclist pant with padding'. Bukan tidak mahu membeli tapi aku tak pasti tahap keseriusan aku dalam berbasikal.

Kami mengayuh masuk ke bandar Bentong yang agak sibuk. Aku agak terkejut dengan perubahan suasana kayuhan dan mula hilang imbangan jika ada kenderaan memotong laju lebih-lebih lagi ketika mendaki bukit. Belum ditambah dengan asap daripada lori dan bas. Tahan sajalah..

Kami berhenti menunaikan Solat Jama' Zuhur dan Asar di Surau Kampung Gemeti, Bentong. Sementara Rosla solat, aku melihat basikal sambil menumpang rehat di atas bangku sebuah rumah di hadapan masjid. Leganya dapat bersandar dan meluruskan kaki yang lenguh. Aku asyik menguap dan hampir-hampir terlelap. 

Setelah aku solat, kami mencari tempat makan di sekitar Stadium Bentong. Wah, meriah sungguh petang di Bentong kerana ada acara sukan. Daripada kejauhan dapat aku lihat perlawanan bola sepak dan bola jaring sedang dijalankan. Niat di hati ingin meminta Rosla mengambil gambar namun mengenangkan perjalanan masih jauh, kami terus berkayuh. Singgah di Kedai Basikal kerana Rosla ingin mendapatkan perkhidmatan membaiki sistem gear basikalnya yang tidak berfungsi dengan baik.

Tikus Ambang Bulan - Echinnosorex gymnurus

Upah membetulkan (Adjust) sistem gear ialah RM30.00

Kayuhan dalam keadaan panas terik diteruskan dengan pendakian jalan berbukit yang panjang. Mengayuh di laluan yang sibuk sangat memerlukan fokus jika kenderaan memotong kerana laluan aku hanya bergantung pada garisan putih sepanjang bahu jalan. Kalau hilang fokus, basikal hilang imbangan dan mencetus cemas. Nampak gerai menjual nangka madu tapi malas berhenti sebab dah syok berkayuh.

Aku tak pasti jam berapa tapi 'penggera kecemasan' aku telah berbunyi. Terasa tenaga aku hampir 'habis bateri' cuma semangat aku yang kuat untuk meneruskan kayuhan. Tak pasti berapa kali berhenti dan minum sepanjang laluan berbukit. Muka merah padam dan nafas sudah tidak teratur tapi aku sempat lagi terperasan yang kebanyakan kenderaan yang memotong, mereka akan lihat cermin pandang belakang. Mesti diorang pelik. Ada juga yang membunyikan hon dan angkat tangan :P

Rosla mengayuh tidak jauh di hadapan aku dan sabar menunggu sambil mengambil gambar pemandangan, mangsa kemalangan dan gambar aku 'semput'. He he

Akhirnya jam 6:50 petang kami sampai di Kampung Lebu dan bercadang bermalam di sini. Suasana petang sungguh indah dengan awan cumulonimbus berkepul. Penduduk kampung ada yang sudah mula ke masjid. Aku dan Rosla perlahan-lahan mengayuh mencari masjid dan kami berhenti rehat di sebuah restoran tak jauh dari masjid berkenaan. Rupanya kedatangan kami langkah kanan kerana mereka baru selesai mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin. Mereka dengan ramah dan bersungguh mempelawa kami singgah makan dengan juadah apa yang tinggal.

Setelah bersalaman, kami mula menjamu selera dengan semangkuk mee tomyam panas dan air teh o ais limau. Ramai yang berkumpul di meja kami termasuk tuan kedai. Bertalu-talu soalan yang mereka kemukakan kerana ingin tahu melihat kami datang dengan basikal. Rosla menerangkan tujuan kayuhan kami dan laluan yang dipilih. Jadi riuh rendah senja di Lebu. I feel comfortable and welcome :P



Dengan ramah tuan kedai mempelawa kami membersihkan badan di restorannya tapi kami menolak dengan baik. Hari semakin gelap dan kami meminta diri. Tolak basikal ke arah Masjid Al-Falah kerana jalannya berkerikil. Dalam hati aku sangat bersyukur kerana kayuhan hari ini lancar. 

Rosla solat sementara aku melihat basikal dan duduk di sebuah bangku batu. Ada seorang pakcik duduk di bangku hadapan aku sambil berkata 'Haiii, dah tahu awak tu semput masih nak merokok lagi'. Dia memaksudkan dirinya sendiri yang telah menjadi perokok tegar walaupun berpenyakit. Tak lama kemudian Rosla datang dan rancak berbual dengan Pakcik Rahman. Banyak yang dikisahkannya. Sempat lagi meminta izin bermalam di masjid.

Hujan turun agak lebat. Teringat perbualan di restoran yang menyatakan telah dua minggu cuaca terik. Alhamdulillah, sejuk sedikit alam di Lebu. Azan Isya' berkumandang dan jemaah semakin ramai. Sempat lagi mereka menegur Rosla dan bertanyakan tujuan. Aku terasa gelihati kerana Rosla menjawab soalan sama berulang kali. He he. 

Selesai Isya' jemaah mula beransur dan Pakcik Rahman mempelawa masuk ke masjid. Tak lama kemudian tinggal kami berdua sahaja. Hubungi anak-anak dan berbasa-basi. Mereka seronok dapat jumpa sepupu dan leka bermain. Belum rasa rindu lagi, kata Sieyr. 

Kami sepakat untuk tidur di beranda masjid dan berdekatan dengan basikal yang dikunci. Kami tak naklah bersangka buruk namun harus berwaspada. Setelah aku membersihkan diri dan bersolat, mula baring dan selesakan badan. Tiba-tiba berlaku litar pintas. Setelah beberapa kali Rosla on the switch tapi litar pintas masih berlaku, akhirnya kami tidur bergelap. Rosla sempat berpesan 'Jangan tidur lena sangat' tapi aku lihat bukan main nyenyak dia tidur. Sambil berbaring aku terasa terkena 'mabuk kayuh'. Masih terbayang-bayang 'uphill dan downhill'. Sudah! Baca doa, hati bersalawat dan kosongkan fikiran.













Hai sayang, rindu mak tak??
Hari Kedua (15 Dis, Isnin)
Kampung Lebu ke Hulu Dong

Bangun seawal 4:45 pagi dan berkemas dalam gelap. Badan mula terasa sengal dan lenguh. Aku masuk ke ruangan solat wanita dan segera melakukan regangan selama 20 minit yang sudah menjadi rutin pagiku. Badan mula terasa agak segar. Siak dan beberapa jemaah telah datang dan terdengar Rosla berbual dengan mereka tentang litar pintas. Entah suiz mana yang jadi punca, akhirnya bekalan elektrik dapat dipasang. Setelah azan, kedengaran bacaan suci Al-Quran berkumandang.


Selesai Subuh, hujan turun agak kasar. Aku dan Rosla mula menyusun barang keperluan dan menyarung raincoat. Rosla sempat lagi berbual dan bertegur-sapa. Kebanyakan jemaah telah beransur cuma beberapa orang yang masih mengaji. Kami singgah bersarapan sambil berbual-bual dengan penduduk setempat menanyakan tunjuk arah. Kakak bertudung merah melatah 'minta ampun' bila dengar kami mengayuh basikal dari Kuala Lumpur. Lucu betul reaksinya. Setelah hujan agak reda kami mulakan kayuhan dengan ucapan selamat daripada penduduk yang mesra. Jumpa lagi, balasku sambil tersenyum.



Kayuhan selepas hujan sangat mendamaikan. Walaupun masih renyai-renyai, mata aku segar melihat alam hijau seluas mata memandang hinggakan sakit dan sengal badan automatik hilang. Nafas terasa lapang ditambah lagi dengan deretan gunung-gunung berbalam yang berkabus. Memang awesome!

Hari ini, kami akan berkayuh melalui Lembah Klau, Kampung Ulu Gali dan Pekan Sungai Ruan mengikut peta yang dilakar oleh Abang Muhir. Kayuhan dilajukan jika laluan mendatar. Sekali-sekala berhenti dan bertanya penduduk setempat untuk memastikan arah. Malu bertanya sesat jalan. Ada masanya, aku dan Rosla akan 'melakonkan semula' aksi kayuhan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja bergambar di setiap papan tanda penunjuk arah. Rosla pula lebih teruja mengambil gambar haiwan/ reptilia yang mati dilanggar kenderaan.



Musang Pulut - Paradoxurus hermaphroditus




Sebaik memasuki jalan di Lembah Klau, aku mula terasa penat kerana jalan agak berbukit. Kaki sudah senang-lenang mengayuh santai akhirnya kena bekerja keras. Dalam hati terdetik pelik kerana lutut tidak meragam. Kalau ikutkan semasa mendaki Kinabalu Sept 2013 yang lalu, hari kedua lutut sudah mula bisa-bisa sepanjang pendakian turun. Alhamdulillah.

Rosla sudah jauh di hadapan. Aku lihat dia suka melayan bukit dengan 'satu nafas'. Slow and steady. Kadang-kadang dengan kamera di tangan kirinya. Aku pula terkial-kial sambil bercakap dengan diri-sendiri. 'You can do it Ebba. Don't give-up. Kau yang pilih. Sekarang kau tanggunglah penat'. :P
Yang paling syoknya bila downhill. Tak tahu nak gambarkan perasaan seronok tu. Senyum je bila angin segar menerpa ditambah pemandangan yang memang marvelous.





Laluan agak landai di Pekan Sungai Ruan yang majoriti penduduknya berbangsa Cina. Di sepanjang jalan dapat dilihat pondok-pondok pengumpulan durian. Tidak hairanlah tempat ini menjadi di antara Pusat Pengumpulan Durian utama di Semenanjung Malaysia. Riuh-rendah pemborong memunggah durian dan berurusniaga. Diperhatikan juga kebanyakan rumah penduduk terdapat anjing yang bukan main garangnya. Pantang kami melintas anjing-anjing kampung segera mengejar dan menggonggong.

Ada satu kejadian, aku mengayuh di hadapan. Di dalam pagar dawai rumah penduduk ada dua ekor anjing hitam yang mengejar sambil menggonggong. Tiba-tiba entah macam-mana anjing tersebut berjaya keluar dari bawah pagar yang tidak rapat dan mula mengejar aku tapi reaksi aku agak tenang dan tidak panik. Aku hanya melajukan kayuhan.

Tak lama kemudian Rosla mengayuh di hadapan dan dikejar oleh tiga ekor anjing coklat. Kelakar juga bila Rosla cuba menendang sambil mengayuh. Teruskan perjalanan yang macam tak sampai-sampai.



Melayan laluan berbukit

Berhenti rehat di Hulu Dong sambil minum cendol dan makan nasi lemak
Menyelesaikan tanggungjawab
Setelah kami selesai solat, hujan mula turun. Alang-alang kami dah berhasrat menyambung kayuhan, perjalanan diteruskan selepas membungkus barang keperluan dan menyarung baju hujan. Mengayuhlah kami berdua di dalam hujan. Penduduk yang melihat kami berkayuh memandang pelik. Entah apalah yang mereka fikirkan :P

Hari sudah petang dan Rosla bertanyakan tempat rehat pada penduduk yang ditemui berteduh di bawah pondok. Katanya, dalam setengah jam terdapat tempat rehat tapi tempat tersebut terkeluar dari laluan yang dirancang. Aku dan Rosla bercanggah pendapat dan habiskan masa sepuluh minit berbincang di dalam hujan. Pada aku biarlah kita ikut laluan asal tapi pada Rosla pula, kita tak tahu bentuk laluan di hadapan. Tak tahu pula jika ada tempat berehat. Kalau nak terus kayuh ke Lipis pun memang tak sempat dan kita (aku) dah kehabisan tenaga. Aku mengalah dan kami menukar laluan ke Kampung Chekas, Hulu Dong. 

Aku sangka dah habislah 'sengsara' melayan bukit tapi ada juga. Bertabahlah wahai hati. Kayuh bukan dengan tenaga fizikal tapi lebih kepada 'tenaga mental'. Akhirnya setelah satu jam, kami sampai di Kampung Ulu Chekas. Rosla ingin meneruskan kayuhan ke Lata Jarum tapi bila dapat maklumat yang jaraknya 3km lagi, kami buat keputusan untuk berehat di Chalet Tok Dusun.

Abang Raja dan isterinya Kak Yah yang tinggal berdekatan adalah penjaga kepada chalet tersebut. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami. Sempat lagi bergurau 'Ingatkan Mat Salleh mana yang berkayuh tadi'.'Mat Salleh celup' jawabku disambut gelak-ketawa. Selesaikan urusan mendaftar masuk dan pembayaran. Rosla menghubungi Abang Muhir dan memaklumkan status kami. Tanpa disangka Abang Muhir yang berada di Jeransang ingin singgah menjenguk kami. Alang-alang nak datang, aku pesan tolong belikan nasi dan tomyam :P

Wah, leganya dapat duduk berehat. Bayangkanlah berapa jam aku duduk di atas saddle yang keras tu. Dah sakit tulang tongkeng aku. Hasratnya ingin mengemas barang sambil merehatkan diri tapi tak sampai hati pula bila Kak Yah ramah dan rancak berbual. Macam-macam yang diceritanya. Kisahnya betul-betul menyentuh hati aku dan kami sama-sama sebak. Sambil meminta diri, beliau berpesan telefonlah dia kalau perlukan apa-apa. Ini pun dah cukup selesa Kak Yah. Kami bersalam sambil berpelukan. Entah bila lagi dapat berjumpa.

Datang dari Jeransang
Abang Muhir mencuba basikal aku
Menenangkan hati di tepi sungai
Sempat lagi bergurau walau badan dah cukup letih

Tak sanggup nak mandi sungai sebab terlalu sejuk
RM50.00 semalam. Standard Chalet untuk 2 orang
Keadaan telah hening dan sunyi pada jam 8:45 malam

Hari Ketiga (16 Dis, Selasa)
Chalet Tok Dusun, Hulu Dong ke Pusat Semenanjung Malaysia, Kg. Belimbing, Mukim Tanjung Besar dan Kampung Jeransang

Rasa sangat lega bila dapat tidur yang lena. Selepas merenggangkan badan dan selesaikan Subuh, kami mula berkemas. Rasa tenang dengan suasana pagi yang nyaman. Kabus di sebalik bukit dengan burung berkicaunya. Damai sungguh. Rasa ingin berlama-lama tapi kami ada misi untuk dilaksanakan. Misilah sangat :P

Selepas berselfie, kami bersedia memulakan kayuhan dan kebetulan Abang Raja datang menjenguk. Berbual dan berbasa-basi. Sempat lagi menjemputnya bersarapan bersama. Kami singgah di sebuah gerai. Penduduk yang sedang bersarapan ramah bertanya tujuan kami. Adat orang mengembara dan datang ke tempat orang, kami menjawab pertanyaan mereka dengan baik. Mereka mula mesra dan rancak berbual kisah-kisah lama hinggalah kisah Mona Fandey. Oh, di sini rupanya kejadian gempar tu berlaku.
Kawasan sekitar chalet yang hijau

rancak berbual























Kami memulakan kayuhan dan Rosla sempat merakam video suasana pagi di sini. Kami mengayuh santai bagai tiada apa yang nak dikejarkan. Menurut perbualan dengan Abang Muhir semalam, terdapat laluan bukit yang agak mencabar dan tinggi iaitu sebaik saja melepasi Hulu Dong dan sebelum sampai ke Kampung Tualang Padang. Memang kali ni aku 'terkena'. Mental nyaris 'tercalar' kerana laluan ini memang berbukit tinggi.

Rosla mengayuh di hadapan dan hilang di sebalik selekoh. Mesti dia sengaja melayan penat mengayuh 'satu nafas'. Aku cuba mengayuh ikut tenaga dan kemampuan sendiri yang tak seberapa. Terasa lutut dah panas dan sangat lenguh. Nafas pun dah bunyi macam 'nafas gorila'. Bila penat aku berhenti minum dan tanamkan semangat yang aku mesti melepasi bukit ini. Bertenang dan mengayuh ikut kiraan 20 kayuhan dan 10 saat rehat. Sedikit demi sedikit aku berjaya melepasi laluan tersebut. Waktu ini gerimis telah turun namun aku bersyukur. Mujurlah gerimis kalau terik mesti aku 'rentung'. Sekarang masa untuk downhill.. sengih :P

Kami berhenti rehat kerana Rosla ingin membungkus peralatannya. Sempat lagi bergambar selfie dan aksi 'jump'. Selagi tak dapat gambar yang cun, cuba lagi sampai puas hati. Tergelak-gelak dua ketul ni dalam kampung orang. Suasana di Kampung Tualang Padang memang epik dengan hijau dan berkabus. Rosla sungguh teruja kerana bunyi kicauan burung kedengaran di merata arah. Aku pula rasa gembira kerana telah melepasi laluan kritikal. Meneruskan kayuhan santai dalam gerimis yang mungkin disebabkan hujan atau kabus tebal.

'rang tua yang liar dan nakal

selfie berlakon 'muka sombong tapi dalam hati ada taman'

gaya mengayuh selepas hujan


kasutmu oren, kasutku oren jua

Berdua lebih baik

i wanna breath deeper


Rosla berangan kalaulah ini rumah singgahnya..

Sudah siang jendela masih rapat

indah sungguh ciptaanMu

Tiba-tiba sedang seronok berkayuh, Rosla mendapat panggilan daripada Abang Muhir yang risaukan kami. Katanya, Abang Muhir ingin datang menurut. Alahai, terasa malu pulak menyusahkan dia. Meneruskan kayuhan agak laju kerana laluan mendatar sepanjang jalan menghala ke Kampung Budu. Berselisih dengan Abang Muhir yang memandu kereta. Katanya, anak-anak buahnya dah menunggu kami di Pusat Semenanjung Malaysia. Aku dan Rosla tidak selesa kerana tak mahu menyusahkan sesiapa.

Kami berkayuh melepasi Kampung Budu menghala Kampung Belimbing. Rasanya dalam satu jam jugalah. Tetiba aku terpandang seorang lelaki di hadapan pagar masjid bersiap sedia mengambil gambar aku. Senyum kerana aku terus mengecam beliau adalah Cikgu Azman, adik ipar Abang Muhir. Kami pernah bertemu pada tahun 2011. Dia menyorak sambil memberi kata semangat. Wah, terasa berdebar pulak kerana hampir sampai.


Dari kejauhan aku lihat ramai yang menunggu di pondok bas. Ramai yang aku tak kenal tetapi aku terus mengecam wajah Kak Sanisah, isteri kepada Cikgu Azman. Senyum sambil melambai. Alhamdulillah, akhirnya jam 12:00 tengah hari, kami sampai dengan selamat ke tempat bersejarah yang tak didendangkan ini. Suasana riuh-rendah kerana masing-masing teruja bertanya kisah kami. Bersalaman dan bertanya khabar. Mesra sungguh orang Pahang ni. Aku dan Rosla bertukar pandang sesama sendiri kerana rasa malu dan terharu dengan sambutan yang di luar dugaan ini.

Bergambar kenangan. maaf menunggu lama

Kalau tak lompat tak sah

Inilah rupanya batu tanda Pusat Semenanjung Malaysia



Penyerahan bendera Pahang dan bendera Malaysia oleh Ketua Kampong Tanjung Besar Saudara Halimi Bin Zainudin yang disampaikan oleh wakilnya Saudara Zainal Abidin Bin Yaacob



Bersama Tok Muhir Haji Daud Jeransang


'rang tua yang suka melompat

you jump, i jump
kami berdua

uji keseimbangan




bentaraguru bertapa :P

saya sampai lagi

Abang Muhir sedang menunggu kami

jemput makan. jangan malu-malu

lauk-pauk yang humble tapi super yummy
Makan tengah hari yang menyelerakan. terima kasih susah-payah masak

kalau berjumpa pasti banyak kisahnya. cerita tak jemu-jemu

kak sanisah yang ceria


Melawat saudara-mara Kak Sanisah. Ramah semuanya

Bergambar kenangan. Terima kasih atas layanan baik. Dah rindu 'buah melaka tualang'
Tempoyak dan sambal ikan bilis tumbuk
Terung dan ikan masak lemak cili api
Rebung dan belulang masa tempoyak
Ikut pusingan jam : Daun cemperai dan keledek masak air, petai, peria tumis dan ikan pekasam
Sambal hitam belimbing buluh istimewa
Perut dan kenyang. Masa untuk berbual

Hari Keempat (17 Dis, Rabu)
Kampung Jeransang ke Kampung Lebu

Bangun pagi sambil bertukar ucapan ‘Selamat Hari Jadi’. Sejuk sungguh suasana di Jeransang ditambah lagi hujan yang turun seawal pagi membuatkan hati liat nak bergerak tapi kewajipan harus dilaksanakan. Selesaikan Subuh dan Rosla mengisi masa mengaji Al-Quran. Sejuk hati isteri, cewahh. Aku ingin menyusun barang keperluan tapi pakaian masih lembap dan bergayutan. Bermalas-malasan.

Tetiba Abang Muhir memberi salam. Dia mengajak kami melihat-lihat suasana pagi di Jeransang. Juga ingin menunjukan tempat sumber ‘batu asah’ dihasilkan. Sempat lagi kami bersarapan nasi lemak dan air milo panas berasap. Rosla dan Abang Muhir rancak berbual dengan penduduk setempat yang bersarapan sebelum pergi menoreh getah. Ada juga yang bekerja sebagai pemotong balak. Banyaklah isu yang dipersoal dan diperdebatkan.

Kemudian, Abang Muhir membawa kami melawat beberapa rumah tradisional yang telah usang dan reput. Bagi aku usang tapi bagi peminat antik seperti Rosla, matanya tajam mencari subjek menarik untuk difotografikan. Masa untuk pulang kerana Abang Muhir pun terpaksa bertolak ke Felda Tersang kerana ada urusan lain.

Dalam jam 12:00 tengah hari, aku dan Rosla meminta diri. Jauh lagi perjalanan pulang kami kerana harus sampai di Kuala Lumpur sebelum pagi Jumaat. Ada urusan ‘anak-anak’ yang harus dilakukan. Selepas bersalam dan berpelukan, kami memulakan kayuhan diiringi lambaian selamat tinggal daripada Kak Sanisah sekeluarga. Terima kasih atas layanan mesra dan baik budi orang Pahang. Kak Sanisah sempat lagi membungkuskan makanan buat bekal dalam perjalanan  :P



gosip pagi :P



Kami menempuh jalan yang sama untuk pulang. Rosla kerap berhenti jika ternampak subjek menarik, papan tanda unik, haiwan mati, rumah antik, masjid lama dan sebagainya. Dapat mesej FB daripada adik ipar @ Norela Mustakim 'apa perkembangan hari ini? dah sampai mana?'. Balasku 'tak berkembang pun. rosla sibuk ambil gambar rumah lama sekitar jeransang :P'.




 

 

 

 

 

masih terpelihara

 


 

Apabila terasa agak lama menunggu Rosla yang leka membuat fotografi, aku segera membunyikan loceng basikal. Sambung kayuhan. Sebaik sampai di persimpangan Kampung Budu, aku memberhentikan basikal kerana terdapat papan tanda menarik yang bertulisan Jawi. Tetiba ada seorang pakcik yang berjubah dan berjambang berlari-lari anak ke arah aku. ‘Hello, hello. Are you Singaporean?’ Tegurnya ramah dengan slang orang putih. Aku tergelak dan menjawab ‘Taklah. Saya dari Kuala Lumpur’ balasku mengajuk slang yang sama. ‘Awesome’ katanya berulang-kali. Rupanya dia tertarik kerana melihat aku berkayuh seorang. Aku pun mengenalkan diri dan rancak berbual. Tak lama kemudian Rosla sampai dan kami melepak duduk di restoran tepi jalan.

Nama saudara tersebut Abang Bowey. Orang Panglima Garang yang bekerja sebagai ‘Pemandu Pelancong Bebas’. Oooo… patutlah gaya perbualannya ‘open-minded’. Orang biasa melancong dan melihat dunia. Seronok berbual dan beliau sangat berminat mengambil tahu ekspedisi kami. Entah berapa kali perkataan ‘awesome’ keluar daripada mulutnya. Beliau juga rancak bercerita tentang pengalamannya sendiri. Bayangkan gayanya macam 'chef wan' kalau berceloteh. Tak cukup mulut nak ketawa.

Pakcik Osman pemilik kedai juga turut serta dalam perbualan. Apabila mereka mengetahui yang hari ini adalah hari jadi kami, Abang Bowey sempat lagi memberi ucapan ‘Happy birthday to both of you. God bless you two’. Abang Osman membelanja kami minum dan makan kuih tradisional. Selepas bertukar nombor talian genggam dan bergambar kenangan, kami minta diri. Aku lihat Rosla terkejut dipeluk oleh Abang Bowey.  ‘Goodbye Rosla, goodbye Ebba’ lambai mereka. 'Terima kasih. Jumpa lagi' sahutku sambil melayan gear.

Bangunan Lembaga Khairat Kematian dan Kebajikan Kariah Masjid Kampung Budu









Mental sudah bersedia dan maklum cabaran yang bakal dihadapi. 'This is not race against the time but against my very own spirit'. Rasa penat dan lenguh betul-betul menguji kesabaran aku. Aku sengaja mengusik diriku sendiri 'Mari tolak basikal (MTB). Ermm.. malulah' walhal tiada sesiapa yang nampak. Kekononnya jika MTB, jatuhlah air muka :P Makanya, aku tabahkan hati melayan selekoh yang tak habis-habis. 'Hai, tinggi betul bukit ni. Masa downhill hari tu tak perasan pulak'.

Sedang 'seronok' berkayuh, ada dua orang lelaki yang menunggang motorsikal menegur 'tinggi bukit kat depan tu'. Aku senyum je. Tak pasti berapa kali berhenti berehat, minum dan makan kismis. Rasa nak 'terkeluar lidah' layan bukit. Peluh pun dah penuh sebaldi, umpamanya. Aku dah tak kisah Rosla yang jauh di hadapan. Pandai-pandailah tunggu. Setelah susah-payah dan bermacam gaya mengayuh, Alhamdulillah.. sampai juga aku di jalan datar sempadan Raub dan Lipis. Seronoknya tak usah nak cerita. Hidung kembang dan nafas macam gorila pun lantaklah situ.







Hai, takkan tolak bang??  punyalah penangan bukit mendongak. amikau
Muka over exicted dah lepas 'sengsara' layan bukit(s)
Bertegur sapa. Ambil daun untuk makanan kambing belaan


Mula layan downhill. Seperti jalan ini aku yang punya :P



Eh, jam berapa ye masa ni? Tak pasti sebab tak buat log. Hanya blog mengikut apa yang diingat. Sepatutnya kami ada dua hari lagi tapi oleh kerana harus pulang sebelum Jumaat, maka hari ini terpaksa mengayuh sehingga Kampong Lebu. Berhenti rehat di Kampung Ulu Gali menyelesaikan urusan makan dan solat. Rosla mendapatkan maklumat daripada seorang penduduk yang kebetulan marshal Le Tour De Langkawi. Beliau menunjuk laluan potong untuk tembus ke Sungai Ruan. Sempat lagi memberi nombor telefonnya jika kita mengalami kecemasan dan perlu bantuan. Baiknya hati.

Rasanya hampir senja kita baru melepasi Sungai Ruan. Mak datuk, aku 'ngeri' membayangkan berapa jauh lagi kayuhan dengan sisa kudrat yang tinggal. 'Nak kayuh malam?? Overtimelah nie??' soalku pada rakan kayuhan. 'Perlahan-lahanlah' jawabnya. Setelah memasang lampu depan dan alert lamp di belakang, aku hanya kayuh diam-diam dan mengikut rapat rakan kayuhan merentasi kampung-kampung, kawasan kuari, kawasan kanopi kebun getah dan sedar tak sedar hari sudah gelap.

Masa ni memang dah takde hati nak mengayuh cuma nak sampai ke Kampong Lebu secepat mungkin dan tidur. Hati dah mula sebal tapi tahan saja. Lebih-lebih lagi semasa di kawasan Lembah Klau. Minta ampun aku tak nampak jalan dan laluan berbukit. Jadi terkial-kial tukar gear bila laluan berubah-ubah. Cobaan.... 'Dah tak indah dah pemandangan. Dah menyampah dah Lembah Klau ni' marahku dalam hati. Rasanya kalau dipotretkan muka aku masa ni, mesti menang 'the best tired and poyo face for the year'. ha ha

Akhirnya, mula memasuki laluan landai di Lembah Klau. Dalam gelap-gelita, Rosla sempat lagi merakam video sambil menyanyikan lagu 'Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Ebba and meeeeee, Happy birthday to youuuuuu'.... Dalam hati aku sebenarnya suka tapi yang keluar daripada mulutku 'Kayuh overtime ni. Patut dah berehat'. :P

Hati aku mula lega sebaik memasuki kawasan Kampong Lebu. Penduduk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Thailand daripada skrin besar sebuah restoran. Wah, meriahnya. Sebaik 'memarking' basikal, ada beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain snooker di bawah lampu jalan menegur kami. Innocent je muka bebudak ni. Sempat lagi menjawab 'saja acik mengayuh cari penat'.

Gedebak-gedebuk, akhirnya kami menginap di sebuah rumah rehat di belakang Masjid Al-Falah. Kosnya semalam RM50/- dengan dua katil bertingkat dan bilik air. Tuan punya rumah rehat tersebut ingin memberi kami sebuah lagi bilik tanpa bayaran untuk menyimpan basikal. Baik sungguh hati tapi kami menolak. Kami kunci basikal di depan bilik kami saja.

Yang aku tak faham ialah bila dah masuk ke bilik, tak pulak rasa mengantuk. Sibuk lagi berborak dengan Rosla dan melihat gambar-gambar yang diambil. Rasa lucu pulak bila kenangkan kena mengayuh malam. Mentang-mentang dah lepas. Kalau tak muka masam mencuka. Rosla sempat mengusik 'Suka tak video kayuh malam tu'. Eh, tidur dululah. Esok nak mengayuh lagi.

Bekal makanan yang disediakan oleh Kak Sanisah.Makan tak toleh kiri kanan

Marshal Le Tour De Langkawi

Dah senja. Lepas ni mengayuh dalam gelap

Jam 9:00 malam baru sampai Lebu

Hari kelima (18 Dis, Khamis)
Lebu ke Taman Melawati

Alhamdulillah, cuaca cukup tenang hari ini. Mendung dan matahari bersinar malu-malu di sebalik awan. Sakit dan sengal badan tak hilang lagi walaupun setelah bersenam. Inilah penangan melayan bukit sepanjang kayuhan namun aku dengan bersemangat terus mengemas peralatan. Maklumlah, sudah 5 hari anak-anak ditinggalkan. Dalam hati sudah ada rindu. Rosla mengemas keperluannya sendiri kerana itu persetujuan sejak awal. Kemas, jaga dan bertanggungjawab atas barang sendiri. Sementara dia ‘terhegeh-hegeh’ mengemas, aku sempat lagi ambil angin segar sekitar rumah rehat dan berselfie :P




Kami singgah bersarapan di restoran. Ingat tak Kakak yang melatah ‘minta ampun’ tempoh hari?? Senyum dia bila melihat kami. Makan sambil berbual dengan rakan pengayuh. Rosla ingin mencari teman untuk ‘memperasapkan’ diri lalu dengan ramah dia menegur pakcik-pakcik yang rancak berborak. Tahu-tahu je terdengar ketawa berderai berdekah-dekah. Orang keliling asyik memandang ke meja mereka. Lawak ‘orang lelakilah’ tu. Kami minta diri. Ada seorang abang bertanya 'Agak-agak jam berapa sampai KL ni?'. Aku jawab 'sebelum senja'. Ketawa lagi :P







minta diri

nak balik pun ketawa lagi. apalah yang lawak sangat ni

Kami berkayuh santai sambil berbual. Kadang-kadang aku mengikut rapat di belakang basikal Rosla. Kadang-kadang kayuh beriringan. Namun apabila melayan bukit, aku memang akan ketinggalan. Kenderaan agak banyak hari ini jadi aku cuba mengayuh ‘sekekiri’ yang mungkin. Maklumlah, bukan semua pengguna jalan raya tahu menghormati pengayuh basikal yang ‘fragile’ seperti kami.

Laluan kami adalah Bentong, Bukit Tinggi, Janda Baik dan seterusnya Genting Sempah. Dah terbayang-bayang seronoknya downhill di Genting Sempah ke Gombak nanti. Kami disambut dengan suasana panas terik di Bentong. Singgah makan ikan patin masak tempoyak sambil menghubungi anak-anak. Sempat juga singgah di sebuah Tokong Cina yang letaknya di Jalan Loke Yew. Penjaganya memberi kebenaran kami bergambar.








Meneruskan kayuhan. Aku rasa seronok melihat awan berkepul kerana sejak dua tiga hari yang lalu cuaca agak 'syahdu'. Sebaik melepasi Bentong, Rosla tiba-tiba memberhentikan basikalnya kerana ternampak ular di atas jalan raya. Dia mencuit supaya ular tersebut beralih ke kawasan yang lebih selamat. Maka, terbongkok-bongkoklah dia cuba mencari angle terbaik membuat fotografi. Aku juga menyibuk mencangkung kerana ingin melihat sendiri corak di badan ular tersebut. Comel mukanya dengan lidah bercabang warna merah.

Sambung berkayuh. Bila nak sampai kalau asyik bergambar saja? Laluan ke Janda Baik agak beralun dan berlubang-lubang. Rasa dah 'cemuih' aku melayan bukit. Tidak lama kemudian, rakan kayuhan telah lesap daripada pandangan. 'Hai, takkan dia sanggup meninggalkan isteri kesayangannya mengayuh keseorangan?? Seriuosly?? getusku. Aku cuba melajukan kayuhan selekoh demi selekoh dan memang sungguh Rosla tidak kelihatan. Sigh. Hubungi dia dan katanya sudah sampai di Genting Sempah. Layan kayuh sendiri sambil mengunyah kismis.

Sebaik memasuki satu selekoh yang agak mendaki, aku lihat ada sekumpulan anjing coklat. Teringat aku kisah dikejar anjing di Sg. Ruan. Cuak juga nak melintasi kumpulan tersebut. Aku berhenti dan cuba mengumpul tenaga kemudian dengan bersungguh-sungguh aku mengayuh melepasi kumpulan tersebut. Yang lucunya tidak seekor anjing pun menggonggong apatah lagi mengejar sebaliknya mereka bergurau sesama-sendiri. Eh, pelik jugak ni. Tak lama kemudian, aku melintasi beberapa ekor anjing dan mereka hanya memandang. Hai, baik sungguh anjing di Janda Baik ni..









'monster' vs pesikal

Kayuh punya kayuh akhirnya aku sampai di Genting Sempah. Rosla sedang menunggu dengan kameranya namun aku tak dapat nak senyum sebab gerremmmm.. Badan dah terlalu penat. mood pun dah terganggu. Dia memujuk sambil menepuk-nepuk bahuku. 'I tahu jalan tu selamat. Itu sebab i tinggalkan you'. Selepas melepasi satu bukit 'kejam', kami berhenti melihat suasana petang yang indah. Nun jauh lebuhraya yang bersimpang-siur. Kenderaan nampak kecil.

Sedang leka menikmati angin petang, aku terdengar derap kaki. Rupanya ada anggota polis yang membuat rondaan. Mereka bertanya dengan nada serius 'Buat apa ni. Minta IC' tapi sebaik mereka nampak basikal kami, mereka mula ramah dan bertanya tujuan. Menurut mereka, terdapat segelintir manusia tidak bertanggung-jawab yang membuang barang pembinaan di situ.

Hari sudah semakin lewat dan kami mula meluncur turun. Cewah, syok giler. Rasa hilang semua penat dan sakit badan. Singgah di masjid untuk selesaikan Jama'. Kami meneruskan kayuhan dan mula memasuki jalan raya yang sibuk. Rosla menasihatkan supaya lebih berhati-hati dan fokus. Ikut rapat dan ambil laluan kiri. Beri isyarat secukupnya jika hendak melintas atau ambil laluan ke kanan. Ada segelintir pemandu yang tidak bertimbang-rasa lebih-lebih lagi di persimpangan empat. Apalah salahnya beri laluan kepada pesikal. Sudahlah jalannya agak mendaki. Tak sensitif langsung!

Rasa lega bila memasuki kawasan Taman Melawati. Sempat lagi singgah makan malam sambil berborak. Hari semakin gelap dan mula memasang lampu basikal dan lampu alert. Akhirnya, jam 8:00 malam, kami selamat sampai di rumah. Tadah tangan dan sujud syukur. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan kami, menjaga keselamatan kami dan memurahkan rezeki kami. Terima kasih rakan kayuhan kerana bersabar dengan isteri kesayanganmu ini, Wak Jan yang bagai 'bike touring encyclopedia', kenalan di Jeransang yang baik budi dan kawan-kawan yang mendoakan dalam diam.

Secara peribadi, aku dapat simpulkan yang 'bike touring' berganda lebih penat daripada pengalaman aku mendaki Kinabalu dulu. Namun aku berbangga kerana berani mencuba 'another level of adventure in my life'. One blogger once said 'Bike touring is 20% physical strength and the rest is mental strength'. So true :)
 
merajuk minta dipujuk

kerahan tenaga terakhir
gayat tapi nak hulur kaki juga :P


berehat goyangkan kaki. syoknya angin petang

aduhai, indahnya alam

di atas tanah di bawah langit




jangan tiru aksi 'memperasapkan diri' not recommended

Terserempak dengan abang sado yang membuat rondaan. kami tak buat salah. kami tumpang bergambar encik
layan downhill
yay, dah sampai taman melawati

1 comment: