Adab-Adab Memburung Dan Mempotret Imej Burung
Sebagai Jurufoto Burung mereka harus sentiasa menghadapi setiap cabaran kesukaran dan kepayahan seperti ini. |
Bidang Jurufoto Burung merupakan satu bidang seni rakaman yang sangat mencabar, yang berkehendakkan seseorang itu bersedia menyahut segala bentuk cabaran kesukaran dan kepayahan yang terhidang ketika berada dilapangan. Sambil mematuhi dan mengikuti adab-adab disiplin yang telah ditetapkan. Semua cabaran itu diatasi oleh Jurufoto Burung dengan menzahirkan rakaman kualiti imej burung yang sangat baik . Inilah prinsip utama yang wajib ada pada seseorang individu dan sesebuah kumpulan itu.
Bukannya memiliki set kelengkapan merakam imej burung dan telah merakam seberapa banyak imej spesis burung tanpa mengamalkan adab-adab Memburung. Jika mereka tidak mengamalkan adab-adab tersebut maka mereka dengan sengaja atau tidak sedar telah meletakkan bidang yang diceburinya setaraf dengan merakam imej burung di dalam Zoo dan Taman Burung, yang tidak berkehendakkan sebarang cabaran.
Prinsip menjaga kebajikan dan memberi keutamaan kepada Burung wajib didahulukan, daripada
mengutamakan kehendak diri dan kepuasan hawa nafsu.
Mengorek laluan anak sungai dan kemudiannya mengepung air untuk diletakkan anak-anak Ikan Carp Jepun untuk dijadikan umpan untuk menarik perhatian Burung Pekaka. |
Anak-anak ikan Talapia juga dijadikan umpan burung Pekaka. |
Teknik terkini yang lebih berkesan telah digunakan baru-baru ini pada awal tahun 2016. |
Salah satu contoh suasana di lokasi memburung yang telah tersedia set lengkap. |
Adab Dan Etika Ketika Memburung Dan Mempotret Imej Burung.
Harus
sentiasa mengutamakan kebajikan burung dan kepentingannya terlebih
dahulu daripada mengikut kehendak kualiti rakaman peribadi.
1.Sentiasa memohon kebenaran kepada Pemilik Tanah Persendirian terlebih dahulu sebelum masuk untuk memerhati dan mempotret imej burung.
2. Tidak menghalakan muka Lensa Kamera kearah seseorang individu atau orang ramai kerana perbuatan ini melanggar sempadan hak peribadi individu.
3.Tidak menunjukkan wajah tidak puas hati, menegur dan menghalang laluan orang ramai yang melintas dikawasan burung berada.
4.Tidak sesekali menggunakan alat pembesar suara atau pita rakaman yang mengeluarkan bunyi suara menyerupai mirip panggilan sesuatu spesies burung. Bertujuan menarik perhatian dan mencabar burung untuk ia datang hampir kepada Jurufoto Burung dan Pemerhati burung. Keadaan sebegini mendatangkan tekanan & stress kepada burung.
Cacing juga pernah digunakan untuk menarik perhatian burung. |
Bekas plastik untuk membawa umpan ikan dibuang merata tempat didalam hutan. |
5.Tidak merasuah burung dengan memberi makanan kepadanya dengan harapan untuk menjinaknya. Dengan keadaan burung jinak maka ini memudahkan Jurufoto Burung merakam imej burung idaman mereka. Pada waktu yang sama keadaan burung yang jinak itu akan mendatangkan bahaya burung tertangkap oleh kumpulan Pemikat , Penangkap Burung Liar dan Haiwan Pemangsa.
6.Tidak sesekali mengumpan makanan burung dengan pelbagai tipu helah untuk tujuan mendapatkan rakaman imej yang dikehendaki.
7.Tidak sesekali menebang serta mencantas ranting ditempat burung berlindung dan disekitar tempat Burung membuat sarang. Perbuatan ini akan mendedah dan menjemput bahaya kepada burung daripada serangan haiwan pemangsa dan kumpulan Penangkap Burung Liar.
8.Tidak sesekali berada terlalu hampir dilokasi sarang burung kerana burung akan meninggalkan telor dan anaknya didalam sarang kerana ketakutan.
9.Tidak sesekali menutup lubang sarang burung walaupun hanya buat sementara waktu. Penutupan ini bertujuan menghalang Burung dewasa yang datang membawa makanan untuk anak atau Burung yang sedang mengeram, akan hinggap lebih lama daripada biasa dihadapan lubang sarangnya. Perbuatan ini akan menyebabkan diet dan kesihatan anak burung terjejas.
Melekatkan ranting bebas daun-daun dikawasan yang mempunyai pencahayaan yang mencukupi untuk kemudahan rakaman. |
Tapak untuk diletakkan ulat-ulat sebagai santapan burung. |
10.Membuat catitan pemerhatian dan perihal kelakuan burung dihabitat semulajadinya dalam bentuk nota peribadi, selain membuat rakaman imej burung.
11.Tidak sesekali menggunakan tembakan flash kamera untuk merakam imej burung samada pada waktu siang mahu pun waktu malam.
12.Tidak memancing pujian dengan menyiarkan rakaman didalam halaman sosial internet, imej burung sedang mengeram , anak burung yang tidak berkebolehan terbang, dan Burung dewasa sedang menjaga anak-anak burung. Dikhuatiri bertambah ramai jurufoto akan berada dilokasi sarang, keadaan ini mengakibatkan burung takut dan terbang meninggalkan telor dan anak burung. Rakaman hanya sesuai disiarkan apabila anak burung telah terbang meninggalkan sarang.
Umpan Dedak juga dipakai untuk menarik perhatian burung-burung jenis Kuang dan Puyuh. |
Jagung kering untuk menarik perhatian burung |
Bersabar Dengan Kata-Kata Mereka.
Sudah pasti akan ada kata-kata seperti ini yang akan kita dengar apabila kita berkempen untuk melaksanakan adab Memburung :-
1. Burung itu bukan kamu yang punya, mengapa kamu merasa susah hati dan sibuk-sibuk mengganggu kami. Kamu hendak beradab bersendirian dipersilakan, dan kami tidak pernah akan marah.
2. Kamera dan Lens aku beli mahal-mahal, mengapa pulak engkau yang menentukan apa yang aku boleh rakam atau tidak. Siapakah kamu.?
3.Dengan melakukan adab sebegini, kamu beranggapan kamu sahaja yang hebat,
manakala jurugambar yang tidak melakukan adab ciptaan kamu , kamu menganggapkan mereka adalah tidak
hebat.!
4. Tidak masuk akal, pergi memburung dengan tidak membawa umpan sebagaimana pemancing ikan tidak membawa umpan untuk memancing ikan.
Menutup lubang sarang burung spesis Pekaka |
5. Kamulah orang tidak cerdik kerana tidak mahu menggunakan bantuan teknologi untuk kemudahan kamu sendiri.
6. Mulai sekarang janganlah lagi memberi burung-burung merpati makan kerana ia akan menimbulkan pelbagai penyakit burung.
Buah pisang dicuba untuk menarik perhatian burung |
Prop dan studio semula jadi yang boleh dipasang siap dengan segera. |
7. Kita juga menyumbang kepada kesejahteraan burung dan kepentingannya dengan menunjukkan imej -imej rakaman burung yang cantik kepada khalayak ramai tentang betapa cantiknya makhluk ciptaan Tuhan.
Kelakuan dan perbuatan yang sama untuk menarik perhatian burung yang digunakan oleh Jurufoto Burung telah ditiru dan diamalkan pula untuk menangkap burung-burung. |
Untuk mendapatkan rakaman imej burung separas mata . |
Kesan burung yang telah berjaya ditangkap oleh kumpulan penangkap burung. |
Usaha kumpulan penangkap burung untuk memerangkap burung dengan meletakkan jaring dikeliling anak sungai. |
Sarang burung yang telah rosak binasa akibat serang haiwan pemangsa |
Usaha mendirikan sarang menjadi sia-sia apabila burung sedang dalam proses mengeramkan telornya. |
Bersabarlah dengan gelagat dan kata-kata balas mereka itu nanti, kerana sifat mereka itu adalah dikalangan dari orang yang bersifat orang besar-besar yang tidak suka ditegur . Wasalam.
RED DOOR TO HUNT.
terima kasih atas perkongsian ini tuan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete