Tuesday 3 May 2016

Buku Burung-Burung Di Semenanjung Malaysia. Jilid 1, Jilid 2 & Jilid 3


Hakmilik Kita Yang Terlepas Pandang.....


Mukadimah

Saya telah mengambil masa selama 8 tahun untuk menyiapkan Buku-buku ini, dengan sesempurna mungkin. Buku berjudul Burung-Burung Di Semenanjung Malaysia, Hakmilik Kita Yang Terlepas Pandang disusun secara berjilid, Jilid 1, Jilid 2 dan Jilid 3 . Usaha ini bermula sejak tahun 2007 dan ianya telah berjaya dicetak pada tahun 2014. Sehingga ke tarikh maklumat ini ditulis,  buku ini merupakan buku mengenai burung dalam bahasa Malaysia yang pertama pernah diterbitkan di Malaysia. Kerana untuk menghasilkan buku berkenaan burung, Penerbit perlu mengeluarkan modal yang terlalu besar, masa yang terlalu panjang dan haruslah mempunyai pengalaman dalam bidang ini.


Penulis         :Rosla Mustakim    
Jurugambar  :Rosla Mustakim
Editor           :Nor Hibbah Hassan & Rosla Mustakim
Penerbit        :Red Door To Hunt
Halaman       : Perlim 49 + 367 = 416
Tahun           :2014
ISBN            :978-967-11563-0-8 ( Jil.1 )

Maklumat Buku.

Jenis Kulit Buku:                               Kulit Keras
Saiz Kulit Buku:                                18.5 cm x 25.5 cm
Saiz Halaman Buku:                          18 cm x 25 cm
Jenis Kertas Pada Kulit Buku:           Glossy Art Card
Jenis Kertas Pada Halaman Buku :    80 gsm matt art paper
Jenis Bacaan:                                      Ilmiah bacaan awam.
Jenis Font:                                          Times Romans

Buku ini mengandungi Mukasurat dan bab seperti berikut:-

1.   Halaman : Kandungan Bab dan 38 keluarga spesies burung. 2 halaman
2.   Bab Topografi Burung. 1 halaman
3.   Bab Kualiti Gambar 1 halaman
4.   Bab Penjenamaan Semula nama-nama burung. 2  halaman
5.   Bab Adab memburung cara semulajadi. 2 halaman
6.   Bab Sejarah awal aktiviti memburung di Malaysia. 1 halaman
7.   Rekod Utama Senarai Nama Burung Di Semenanjung Malaysia mengikut Texonomi burung.
      32 halaman.
8.   Bab kesedaran melindungi Khazanah Negara. 1 halaman
9.   Bab Penghargaan dan tanda terima kasih. 1 halaman
10. Bab  maklumat 38 keluarga dari 128 spesies burung.
11. Indek buku. 12 halaman
12. Perihal Penulis. 1 halaman


  
Konsep Buku

Ia berkonsepkan  Buku  ilmiah untuk bahan bacaan awam yang disusun tulis dalam bahasa Melayu dengan disertakan  gambar-gambar burung. Ia bertujuan untuk  menarik perhatian masyarakat Malaysia yang beraliran bahasa Melayu untuk  mengenal menghargai dan menyayangi spesies burung-burung yang boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.



Harga Buku 1 Set RM 509.70 ~ Jilid 1, Jilid 2 & Jilid 3

Hasrat saya untuk menarik perhatian khalayak berminat kepada khazanah burung tidak tercapai, dan keadaan ini sedikit  menghampakan . Pancaindera mata mereka telah  tidak  dapat menikmati kecantikan dan keunikan banyak khazanah burung-burung di Semenanjung Malaysia. 




Setelah hampir 2 tahun ianya dicetak, tidak ramai masyarakat  beraliran bahasa Melayu yang berkesanggupan berkorban wang ringgit untuk memiliki buku ini. Mungkin kerana halangan dan kekangan harga buku yang terlalu mahal ( RM 509.70. ) menyebabkan orang ramai tidak teruja untuk membelinya.




Atau mungkin saya tidak bekerjasama dengan syarikat pengedar buku dengan melantik mereka sebagai  agen pemasaran. Mereka mempunyai kakitangan yang  pengalaman dan mahir dalam selok belok untuk menguasai pasaran pembaca buku tempatan.




Mungkin juga pendekatan teknik pemasaran saya tidak tepat pada sasarannya maka orang ramai tidak mengetahui kewujudan buku ini. Atau buku ini langsung tidak diketahui kewujudan oleh khalayak kerana tidak cukup promosi yang menyeluruh. Tidak mengapalah, ini semua adalah cabaran yang harus saya lalui dengan tenang dan gembira.




Khalayak Perlu Tahu

Tidak ramai yang mengetahui harga yang ditawarkan  adalah  terlalu murah jika dibuat pertimbangkan bagaimana gerak usaha yang dilakukan ketika mencari bahan-bahan  untuk dimuatkan dialam buku.  Menulis bahan bacaan ilmiah tidak sama sepertimana menulis cerpen dan novel.




Untuk mendapatkan bahan , Saya perlu  keluar kelapangan secara berulang-ulang kali ke lokasi yang sama lagi jauh, hanya kerana untuk mendapatkan satu-satu spesies . Burung pula bukan seperti seekor Kura-kura yang bergerak perlahan-lahan, tetapi  akan terbang hilang dalam sekelip mata dari permandangan.




Sepanjang tempoh tersebut,  saya telah merayau dan meredah  disemerata tempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.  Pengembaraan  mencari burung diseluruh pelusok ceruk negeri-negeri di Semenanjung . Hutan Tanah Pamah, Hutan Tanah Tinggi, Hutan Tanah Gambut, Hutan Paya Bakau, Gunung-ganang, Jurang gaung, Lombong , Tasik , Sungai , Gua , Tempat Pembuangan Sampah , Selat , Pesisiran Pantai berselut, Tengah laut dan Kepulauan. Bergelumanglah dengan basah kuyup, melekit berselut, panas rentong garing, sejuk pucat lesi dan cemas sesat adalah lumrah.







Burung-burung Di Semenanjung Malaysia~ Hak Milik Kita Yang Terlepas Pandang....... Jilid 2


Penulis                :Rosla Mustakim    
Jurugambar         : Rosla Mustakim
Editor                  : Nor Hibbah Hassan & Rosla Mustakim
Penerbit               : Red Door To Hunt
Halaman             : Perlim 7 + 359 muka surat
Tahun                  : 2014
ISBN                   : 978-967-11563-1-5 ( Jil.2 )

Jenis Kulit Buku:                                Kulit Keras
Saiz Kulit Buku:                                 18.5 cm x 25.5 cm
Saiz Halaman Buku:                           18 cm x 25 cm
Jenis Kertas Pada Kulit Buku:            Glossy Art Card
Jenis Kertas Pada Halaman Buku :     80 gsm matt art paper
Jenis Bacaan:                                       Ilmiah bacaan awam.
Jenis Font:                                           Times Romans


Buku ini mengandungi Mukasurat dan bab seperti berikut:-

1. Halaman : Kandungan Bab dan 42 keluarga dari 137 spesies burung.
2. Indek buku.3. Perihal Penulis.









Burung-burung Di Semenanjung Malaysia~ Hak Milik Kita Yang Terlepas Pandang....... Jilid 3


Penulis                : Rosla Mustakim    
Jurugambar         :Rosla Mustakim
Editor                  :Nor Hibbah Hassan & Rosla Mustakim
Penerbit               :Red Door To Hunt
Halaman              : Perlim 7 + 365 Muka surat
Tahun                  :2014
ISBN                   : 978-967-11563-2-2 ( Jil.3 )

Jenis Kulit Buku:                               Kulit Keras
Saiz Kulit Buku:                                18.5 cm x 25.5 cm
Saiz Halaman Buku:                         18 cm x 25 cm
Jenis Kertas Pada Kulit Buku:          Glossy Art Card
Jenis Kertas Pada Halaman Buku     80 gsm matt art paper
Jenis Bacaan:                                     Ilmiah bacaan awam.
Jenis Font:                                         Times Romans


Buku ini mengandungi Mukasurat dan bab seperti berikut:-

1. Halaman : Kandungan Bab dan 35 keluarga dari 144 spesies burung.
2. Bab Penemuan Spesies Burung Baharu
3. Bab Kepentingan Bertimbang Rasa Terhadap Keluarga Burung
4. Bab Cadangan Burung Kebangsaan Malaysia
5. Bab Isu-isu Pemburungan Semasa
6. Bab Lokasi Kajian Dan Pemerhatian Burung
7. Bab Bahan Rujukan.
8. Indek buku.9. Perihal Penulis.











Terima Kasih Kepada Pembeli-pembeli Buku Ini

Ucapan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak dan individu yang telah pun memiliki buku ini. Sokongan anda semua sentiasa saya hargai dan jikalau terdapat sebarang cabaran balas ilmiah , cadangan , pertanyaan, kemusykilan pihak saya sangat mengalu-alukan. Supaya nanti dikeluaran masa akan datang boleh diperbaiki.



Proses Mengumpul Bahan Untuk Jilid 4 dan Jilid 5.

Cita-cita untuk melengkapkan semua spesies burung yang berjumlah 672 untuk Semenanjung Malaysia sedang diteruskan. Bahan-bahan cadangan untuk dimasukkan dalam Jilid 4 telah hampir siap. Dianggarkan masih kekurangan 200 spesies burung yang masih belum diperolehi. Usaha mencari bahan ini masih diteruskan sehingga sekarang. Hendaknya dengan hasil jualan buku yang telah diterbitkan itu nanti, dapat saya jadikan modal untuk menerbitkan Jilid 4 dan Jilid 5 pula. Dengan izin Allah.Wasalam


No comments:

Post a Comment