Monday 30 July 2018

Selamatkan Kelicap Madu-kecil~Arachnothera longirostra ( Little Spiderhunter ) Dari Dimakan Kucing


Selamatkan Kelicap Madu-kecil~Arachnothera longirostra ( Little Spiderhunter ) Dari Dimakan Kucing.



Pada Julai 2018 anak saya telah terjumpa sekor burung Kelicap Madu-kecil~Arachnothera longirostra ( Little Spiderhunter ) yang tidak berupaya terbang dengan sempurna. Burung itu melompat meronta-ronta dan terbang kemudian jatuh ketanah. Berhampiran dengan burung itu ada 2 ekor kucing domistik yang sedang memerhatikan burung tersebut. Tidak dapat dipastikan sebab apa burung  tersebut terbang-terbang kemudian jatuh ke tanah.








Memandangkan keadaan tersebut bakal mengundang bahaya kepada burung, kebarangkalian   akan dimakan oleh kucing-kucing tersebut adalah tinggi. Maka anak saya pun pergi menangkap. Dengan mudah sahaja burung itu ditangkap dan dibawanya kepada saya. Saya membuat pemeriksaan luaran sepertimana Prof Dr.Jalilah Universiti Pertanian Malaysia lakukan dahulu. Saya mendapati tidak terdapat sebarang kecederaan berlaku kepada kedua belah sayapnya. 




Cuma terdapat sedikit luka kecil dibawah mata sebelah kanan burung tersebut. Selaput alis mata burung disebelah kanan kerap tertutup berbanding mata sebelah kiri. Ada kemungkinan burung ini mengalami kecederaan pada kita. Mungkin yang menyebabkan dia tidak berupaya terbang dengan sempurna adalah kerana ia kurang imbangan pemandangan. Memandangkan pada ketika itu kami sekeluarga bercadang menghantar anak saya pulang ke Universiti di Bistari Jaya. 




Maka saya membuat keputusan membawa burung untuk memberi ia rehat serta perlindungan sementara daripada ancaman bahaya dari dimakan oleh kucing. Dalam perjalanan saya membeli sebatang madu lebah untuk diberikan kepadanya sebagai penambah tenaga. Konon-kononnya berharap dapat memulihkan tenaga kekuatan atau pulih sedikit demi sedikit sebelum boleh terbang dengan sempurna. 



Ketika berada didalam kereta, pada awalnya burung itu merasa tertekan dimana ia cuba terbang didalam kereta. Lama kelamaan ia mulai tenang bertenggek pada jari anak saya. Sepanjang perjalanan ke Bistari Jaya ia hanya bertenggek diam sahaja. Saya membawa kesuatu tempat yang menyamai dengan habitat kebiasaan spesies ini dijumpai dan melepaskannya disitu. 



Sejurus dilepaskan ia terus terbang dengan sempurna dan hilang dari pemandangan. Pada mulanya berniat untuk melepaskan ditempat saya menyelamatkannya. Khuatir juga berkemungkinan burung itu ada mempunyai anak didalam sarang yang hendak dijagainya. Tetapi memandangkan pada saat itu saya telah bersiap untuk ke Bistari Jaya. 




Berharap burung Kelicap Madu-kecil~Arachnothera longirostra ( Little Spiderhunter ) tidak mempunyai tanggung jawab sepertimana yang saya bayangkan. Keutamaan pada ketika itu hanyalah untuk menyelamatkan nyawa  burung itu daripada ancaman kucing. Wasalam.

1 comment: