Monday 2 March 2020

Maklumat Burung Baharu Di Malaysia. Burung Tarum Sisi-kelabu-Turdus feae


Maklumat Burung Baharu Di Malaysia. 
Spesis:  Burung Tarum Sisi-kelabu-Turdus feae   ( Grey Sided Thrush )


Dipertengahan bulan Disember 2019, komuniti pengemar memerhati burung dan merakam gambar burung dikejutkan dengan penemuan  burung hijrah yang belum pernah ditemui di Malaysia. Penemuan spesis baharu itu telah dijumpai dikawasan laluan burung-burung berhijrah di hutan pergunungan di Ulu Kali, Selangor. Spesis burung itu ialah Tarum Sisi Kelabu-Turdus feae - Grey sided Thrush. 






Yang mana sebelum ini spesis burung itu tidak pernah dijumpai di  Malaysia. Bentuk dan saiz, serta penampilan buluhiasnya hampir menyamai spesis Tarum Sisi Kelabu-Turdus feae - Grey sided Thrush.  Mengikut penampilan buluhias burung yang dijumpai itu, dipercayai adalah burung jantan.




Laporan secara rasmi penemuan baharu spesis burung di Malaysia itu adalah sangat penting untuk kita lapor dan ishtiharkan. Lebih molek jika ia diistiharkan dengan segera oleh badan berwajib. Sepertimana yang kita maklumi, nama-nama rasmi burung sebelum ia dijumpai, masih menggunakan nama Bahasa Inggeris. Nama burung yang dijumpai itu masih belum diwujudkan dalam bahasa kebangsaan. 




Namanya seharusnya dicipta untuk kegunaan oleh peminat-peminat burung dan pengkaji burung tempatan. Samada digunakan secara lisan mahupun secara penulisan laporan ilmiah. Maka disini dengan rendah hati saya mencadangkan nama burung itu dalam bahasa kebangsaan ialah  Tarum Sisi Kelabu-Turdus feae - Grey sided Thrush. Nama cadangan itu saya fikir adalah bersesuaian dengan nama bahasa Inggeris yang memberi maksud yang serupa kepada ciri-ciri yang terdapat pada burung tersebut. 




Mengapa ia sangat penting dalam bidang avifauna tempatan? Kepentingannya ialah untuk mengwujudkan nama-nama baharu Burung Rasmi dalam bahasa kebangsaan. Nama burung dalam bahasa kebangsaan yang mengikut susunan texonomi itu akan digunakan dalam jadual warta akta perlindungan burung dan hidupan liar. Setelah diistiharkan  nama rasmi itu, maka mudahlah pihak jabatan, pengkaji dan peminat pemerhatian burung menggunakannya. Menggunakan secara sepakat tanpa rasa keliru atau berbeza-beza antara satu sama lain.  Maka Nama burung bahasa kebangsaan itu  boleh berdiri sendiri dengan megah tanpa bantuan bahasa Inggeris.



Dengan penemuan spesis baharu ini, keluarga Tarum yang boleh ditemui di Malaysia telah bertambah menjadi 6 spesis dari 5 spesis sebelum ini. Senarai terkini adalah seperti berikut:-

1.Tarum Kening Putih-Turdus obscurus  (Eye-browed Thrush)
2.Tarum Sisi Kelabu-Turdus feae   (Dark Sided Thrush)
3.Tarum Kepala Oren- Zoothera citrine  (Orange-headed Thrush)
4.Tarum Siberia-Zoothera sibirica  (Siberian Thrush)
5.Tarum bersisik- Zoothera dauma    (Scaly Thrush )
6.Tarum Kopiah badam- Zoothera interpres  ( Chestnut-capped Thrush )



Harapnya usaha ini dapat membangkitkan perasaan megah menggunakan nama-nama burung dalam bahasa kebangsaan tanpa ada rasa janggal dan selesa. Lantaran acap kali penggunaan nama-nama burung itu, maka akan membangkitkan budaya ilmu. Tahun demi tahun jikalau ramai yang menggunakan sudah pasti peminat dan pengkaji burung akan terbiasa . Wasalam.

1 comment:

  1. nak tanya...

    burung rasmi negeri selangor burung apa?

    ReplyDelete