Saturday, 29 December 2018

Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque


Pemerhatian & Kajian Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian




Penghargaan;

Dengan rendah hati saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Saudara Syamil Abdul Rahman, Saudara Amsah  Mohd Arif dan Saudara Khairul Anuar dari Persatuan Perlis Nature & Wildlife kerana telah memberi kepercayaan penuh kepada saya dan rakan saya Saudara Mohammad Aj. Walaupun Projek ini masih dalam proses kajian dan penyelidikan, namun begitu mereka  bekerjasama berusaha untuk membantu saya sehingga berjaya membuat pemerhatian Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque yang unik dan istimewa.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Saudara Pak Kim yang sudi menaja tempat penginapan secara percuma kepada kami dengan layanan yang mesra sepanjang tempoh saya berada di sana. Semoga usaha ini beroleh kejayaan sepertimana yang diimpikan oleh pengasas Projek Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque iaitu Allayarham Ayub Mohd Ariff adik kepada Saudara Amsah Mohd Arif.





Bergu Projek Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque

Akhirnya setelah sekian lama menjejak  Beruk Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di dalam habitat semulajadinya telah pun tercapai di Wang Kelian, Perlis. Dengan ini lengkaplah semua keluarga Primat di Semenanjung Malaysia yang telah berjaya saya lakukan pemerhatiannya berserta dengan bukti rakaman. Manakala untuk Primat Sabah dan Sarawak saya masih kekurangan 4 spesies iaitu Ungka Borneo ~ Hylobates muelleri, Lotong Hose ~ Presbytis hosei ~ Hose Langur, Lotong Dahi-putih ~ Presbytis frontata ~ White fronted Langur dan Kera Hantu ~ Tarsius bancanus ~ Western Tarsier.



Perbincangan antara pengkaji & penyelidik Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque 

Menyorot kembali kisah bagaimana susahnya berusaha sebelum menjumpai Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque. Usaha menjejaknya telah bermula sejak 2014 setelah mendapat maklumat bahawa Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque boleh dijumpai di Taman Negeri Perlis di Wang Kelian Perlis. Pada tahun 2014, dalam percubaan pertama berbekalkan nasib dan kuasa kesungguhan mencari sendiri , telah menemui kegagalan .



Saudara Amsah Mohd Arif @ The Firasat Man


Kemudian pada percubaan kali kedua ditahun 2016, saya telah mencuba nasib bekerjasama dengan pihak Perlis Nature & Wildlife. Saya telah mendapatkan bantuan daripada Saudara Syamil Abdul Rahman, yang pada ketika itu beliau baharu sahaja mula membuat kajian dan penyelidkan terhadap Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque. Pada ketika itu Saudara Syamil Abdul Rahman memberi peluang 50 % untuk berjumpa dengan beruk tersebut.






Berdasarkan peluang 50% yang diberikan itu , maka saya mencuba lagi dalam percubaan kali kedua. Percubaan kali kedua itu pun juga telah menemui kegagalan, dan saya hanya dapat penat hasil pemanduan ribuan kilometer dari Kuala Lumpur ke Wang Kelian Perlis. Namun begitu disebalik kegagalan itu rupa-rupanya telah terjalin silaturahim.


President Persatuan Perlis Nature & Wildlife Saudara Syamil Abdul Rahman berupaya membaca acuan fikiran hala tuju Induk  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque memulih laluan di kawasan Hutan di Wang Kelian. Kemahirannya itu memudahkan saya membuat pemerhatian.

Melalui jalinan silaturahim itu secara tiba-tiba pada bulan Disember 2018  saya telah dimaklumkan oleh Saudara Syamil Abdul Rahman bahawa peluang saya bertemu dengan  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque adalah cerah. Saudara Amsah Mohd Arif pula dengan yakin telah memberi jaminan sebanyak 80% peluang untuk bertemu dengan primat ini adalah besar. Apabila mendengarkan jaminan 80% itu, maka dalam keadaan ketiadaan modal yang mencukupi terpaksa kena pergi juga ke Wang Kelian. Memandangkan kekurang kewangan maka  saya bersama rakan sepejuangan Saudara Mohammad AJ telah berkongsi yuran Konservasi untuk tujuan itu.





Cara Mendengar bunyi dan suara Beruk Kentoi  




Sejurus sampai di Wang Kelian, saya secara bersendirian terus ke tempat yang pernah dibawa oleh Saudara Syamil Abdul Rahman pada percubaan kali kedua dahulu. Sedang leka merayau mencuba nasib dan tercari-cari primat tersebut tiba-tiba saya telah ditegur oleh Saudara Amsah Mohd Arif. Yang secara kebetulan  pada ketika itu sedang melakukan pemantauan hala tuju laluan primat itu. Katanya untuk memastikan saya akan bertemu dengan primat tersebut pada keesokkan harinya. Kesungguhan usaha dan komited yang ditunjukkan oleh pihak Perlis Nature & Wildlife membuatkan saya secara peribadi merasa terharu dan dihargai. Saya rasakan tentu untuk kali ini  pihak Perlis Nature & Wildlife sudah tidak sanggup mengecewakan lagi tetamu jauhnya secara bersiri.


Melalui pengalaman menjejak bersama Saudara Amsah Mohd Arif, beliau mempunyai firasat tentang lokasi kedudukan tepat kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque  

Selang tidak sampai 15 minit kemudian Saudara Amsah Mohd Arif bergegas datang memanggil saya, bahawa beliau telah nampak satu kumpulan  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque sedang melintas jalan. Terus bergegas mengekori beliau menuju ketempat yang dikatakan itu. Nah! Sekarang benda yang dicari selama ini sudah berada didepan mata. Percubaan kali ketiga telah membuahkan hasil. Dengan mata kepala buat pertama kalinya saya saksikan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque betina.



Ia sedang berjalan deras sambil anaknya yang masih berwarna putih  menunggang diatas belakang ibunya. Kemudian sekor lagi mengekori dari belakang dengan susuk tubuhnya yang tegap dipercayai induk jantan. Ia berjalan perlahan-lahan melintas jalan lalu hilang dari pandangan masuk kedalam hutan.



Maka tertunailah sudah hasrat saya itu, yang telah tertangguh sejak 2014. Dengan itu  pihak Perlis Nature & Wildlife ( Saudara Syamil Abdul Rahman & Saudara Amsah Mohd Arif ) telah tidak dapat menunaikan janjinya kepada saya pada 23 Dis 2018, sebaliknya sehari menunaikan lebih awal daripada hari yang dijanjikan iaitu pada 22 Dis 2018.



Keluarga Orang Utan

Orang Utan~Pongo pygmamaeus~Orang Utan


Keluarga Monyet

Monyet Bangkatan~Nasalis larvatus~Proboscis Monkey
Keluarga Beruk


Beruk~Macaca nemestrina~Pig Tailed Macaque

Beruk~Macaca nemestrina~Pig Tailed Macaque


Beruk Kentoi~Macaca arctoides ~Stump Tailed Macaque

Kera

Kera~Macaca fascicularis~Long Tailed Macaque


Keluarga Siamang~Siamang

Siamang~Sympalangus syndactylus~ Siamang

Keluarga Ungka~Gibbon

Wak-wak~Hylobates agilis~Agile Gibbon

Wak-wak Tangan-putih~Hylobates Lar~White handed Gibbon


Ungka/Wak-wak Tangan-putih~Hylobates lar~White handed Gibbon

Ungka/Wak-wak Tangan-putih~Hylobates lar~White handed Gibbon


Keluarga Lotong~Leaf Monkey

Lotong Perang Borneo~Presbytis rubicunda~Maroon Langur

Lotong Chengkong~Presbytis obscura~Dusky Leaf Monkey

Lotong Chengkong~Presbytis obscura~Dusky Leaf Monkey

Juvana Lotong Chengkong~Presbytis obscura~Dusky Leaf Monkey

Anak Lotong Chengkong~Presbytis obscura~Dusky Leaf Monkey


Lotong Chenekah~Presbytis melalophos~Banded Leaf Monkey

Lotong Chenekah~Presbytis melalophos~Banded Leaf Monkey


Lotong Kelabu~Presbytis cristata~Silvered Leaf Monkey


Keluarga Kongkang/Lorisidae

Kongkang~Nycticebus caucang( Boddaert) Slow Loris

Kongkang~Nycticebus caucang( Boddaert) Slow Loris


Mitred Leaf Monkey~Presbytis melalophus Endemic Sumatera

Pada 23 Dis 2018 awal pagi lagi dalam keadaan kabus tebal, Saudara Amsah Mohd Arif telah mula keluar pergi menjejak kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque. Sepertimana yang dijanjikan, Saudara Amsah Mohd Arif tiba tepat jam 8:00 pagi dengan tergesa-gesa menyuruh saya mengekorinya. Sambil berkata," cepat kita tidak boleh lambat kerana kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque  tidak akan menunggu kita. Terus membonceng motosikal Saudara Amsah mengikut kemana sahaja arah yang dijangka akan bertemu.







Bila tiba pada selekoh yang pertama sahaja Saudara Amsah Mohd Arif mempersembahkan saya satu kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque, secara berselerak sedang leka mencari makanannya. Pada ketika itu saya tidak berminat  untuk ingin tahu berapa jumlahnya. Sibuk melaksanakan tugasan yang sangat mengembirakan hati. Dalam saat mabuk keterujaan saya tidak menghiraukan keselamatan diri. Berdiri mundar mandir ke depan dan berundur kebelakang ditengah jalanraya. Mujurlah Saudara Syamil Abdul Rahman dan Saudara Amsah Mohd Arif yang berada dibelakang saya menjaga dan mengawal kenderaan lalu lintas.







Cahaya terang matahari pagi itu membantu kamera saya beroperasi dengan lancar dan pantas. Kamera lensa 300mm saya berupaya bermain-main diantara F 4 hingga F 7 dangan shutter speed antara 80 ~ 125 dan ISO 250 ~ 400 . Seperti kebiasaan apabila gabungan kemaruk dan gelora naik kedalam otak, saya akan mara  maju kehadapan  untuk memilih individu yang berada berhampiran dengan saya. Sehingga Saudara Amsah Mohd Arif terpaksa mengingatkan saya dari belakang, jangan terlalu dekat....jangan terlalu dekat.., " Induk telah memberi suara amaran.







Dalam hati saya AMARAN ? pedulikan dengan AMARAN itu. Sekarang subjek sudah berada dihadapan mata...masa untuk melunaskan segala dendam tanpa ada rasa belas kasihan dan tanpa ada sebarang sekatan. Pada jumlah yang banyak ketika itu, kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ada yang berada diatas pokok, berdiri diatas jalan raya, duduk diatas penghalang jalanraya dan ada yang terlindung didalam rimbunan tumbuhan.





Disebabkan saya degil kepada kata nasihat Saudara Amsah Mohd Arif, supaya jangan mara terlalu rapat. Atas tindakan tidak mendengar nasihat itu, membuatkan induk mengeluarkan suara isyarat beramaran. Sejurus itu satu persatu  setiap individu beredar masuk kedalam hutan. Akibatnya saya sendiri tidak dapat melakukan pemerhatian yang lebih lama lagi. Sebagai ubat penghilangkan rasa dosa degil,  pada sesi itu sahaja rakaman saya menjangkau sehingga 300 imej yang memuaskan hati.




Dipendekkan cerita pada hari itu sahaja, gandingan Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman telah berjaya mempersembahkan 3 sesi  pemerhatian kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ditempat yang berlainan. Malah pada keesokkan harinya juga mereka berdua berjaya menjejak kumpulan itu juga. Maka , benarlah sepertimana yang dinyatakan oleh bergu  Perlis Nature & Wildlife ini sepertimana bukti yang saya lihat. Mereka berdua mempunyai keyakinan sehingga 80% berkebolehan menjejak kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian.





Tetapi pada pandangan peribadi saya, setelah melihat sendiri kaedah dan formula ciptaan mereka berdua ini, angka 80% itu sebenarnya hanyalah sebagai angka menghelah sahaja. Angka yang sengaja diberi itu adalah sebagai untuk merendah diri. Bergu ini khuatir  mereka tidak tenggelam lemas dengan perasaan bongkak dan takbur diri sendiri sahaja. 





Pada hakikatnya ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan bersusah payah sepanjang 2 tahun itu, sebenarnya telah mengepung kumpulan primat itu dengan kepongan pagar ilmu pengetahuan. Kemana sahaja mereka pergi didalam kawasan Wang Kelian kumpulan primat itu akan tetap akan dapat dijejaki oleh bergu Perlis Nature & Wildlife ini.



Warga Perlis seharusnya merasa bangga kerana negeri Perlis telah melahirkan pakar penyelidik dan pengkaji Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque seperti Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman. Bergu dari Perlis Nature & Wildlife telah membuktikan kepada negaranya bahawa mereka boleh diberi tanggung jawab menzahirkan ilmu pengetahuan atas tajuk Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian.





Dalam tempoh 2 tahun membuat kajian dan penyelidikan keatas spesis Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian ini mereka telah mencipta satu modual atau kaedah yang berkesan dalam membuat kajian. Tidak perlu lagi menangkap dan mengurung mereka didalam kandang kurungan semata-mata untuk membuat pemerhatian atau kajian. Atau tidak perlu lagi menembak dengan bius pelali kemudian memakaikan gelang atau memasukkan cip kedalam badan untuk memantau kedudukan.





Pihak Universiti Tempatan atau mana-mana agensi harus akur dengan kaedah dan tatacara ciptaan mereka itu dalam melakukan kajian terhadap spesies ini. Atau pihak Universiti boleh mencabar kaedah ciptaan mereka berdua itu tidak berkesan dan memberi hujah ilmiah positif. 

Data dan Maklumat Kajian & Penyelidikan Yang Di miliki

1.Jumlah individu  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque di Wang Kelian.

2.Mengetahui jumlah kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque


3.Membezakan dan mengenal pasti  perbezaan kumpulan diantara beruk tempatan dan beruk hijrah.

4.Mengenal  perangai setiap Induk-induk dan individu utama.

5.Mengetahui akan makna setiap bunyi-bunyi bahasa isyarat panggilan beruk dan bahasa riak wajah.

6.Mempunyai peta hala tuju laluan perjalanan setiap hari yang akan dilakukan oleh setiap kumpulan beruk.

7.Mengetahui dengan mahir acuan gerak fikir induk dalam menentukan arah tuju hala perjalanan.

8.Mengetahui akan lokasi tempat berehat dan tidur.

9.Pengalaman pemerhatian  ratusan jam dalam  jenis perhubungan sosial dan kelakuan, diet permakaan ,lokasi setiap kawasan mencari makanan, jangkaan usia, musim pembiakan.

10.Telah mengenal pasti setiap ancaman yang diterima oleh Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque dan cadangan konservasi.





Berilah sokongan dan julanglah usaha bergu ini, kerana Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman melakukan kajian dan penyelidikan ini semua atas dasar kecintaan. Mereka mabuk kecintaan kepada khazahan alam istimewa yang cuma terdapat dibumi Perlis sahaja. Khazanah yang tidak terdapat dinegeri-negeri lain di Malaysia. Mereka lakukan bukan kerana ingin mendapatkan persijilan Master dan P.h.d dari mana-mana Universiti yang memungkinkan mereka menjawat jawatan bergaji tinggi.




Mereka sendiri juga tidak tahu apakah penghujung kepada usaha kajian penyelidikan yang dilakukan ini. Hampir setiap hari bersusah payah bersendirian menunggu dan menjejak masuk jauh kedalam hutan. Tidak kira malam siang, cuaca sejuk, panas terik, memberanikan diri menuruni jurang gaung yang dalam. Meniti ditebing-tebing  batu kapur dan mengengsut didalam gua-gua. Setiap masa berawas berhadapan dengan bermacam jenis bahaya haiwan buas dan haiwan berbisa. 



Apa yang membanggakan sehingga timbul perasaan haru-hiba, mereka berdua ini adalah dari latarbelakang kerjaya yang cukup-cukup makan. Menjalani kehidupan dalam serba serbi kekurangan tetapi  mencuri dan membahagi masa untuk membuat penyelidikan.Mereka melakukan penyelidikan dengan menggunakan modal sendiri tanpa ada bantuan geran atau pun tajaan kewangan dari mana-mana pihak.




Katakan nanti jikalau dimasa hadapan bergu ini layak dan berhak menerima geran kewangan untuk menjalankan penyelidikan lanjut. Janganlah sampai mengenakan syarat yang ketat sehingga tercabut hasil segala usaha kajian dan ciptaan mereka. Sehingga tertanam keharuman namanya ,  langsung malap cahaya bergu ini. Diganti pula dengan nama si pemberi tajaan dan geran. Dalam kontek ilmu ini ia adalah satu perbuatan salah laku yang biadab dan keji.




Diharap semua warga Perlis bergegas mendesak kepada agensi berkaitan supaya khazanah istimewa ini diwartakan kepentingannya sehingga ia menjadi Haiwan Rasmi Negeri Perlis. Biar negeri Perlis mendahului negeri-negeri lain mewartakan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque sebagai Haiwan Rasmi Negeri Perlis. 





Dari situ setiap warga Perlis khasnya bertanggung jawab menjaga kesinambungan biodiversiti khazanah istimewa itu. Jagalah sepertimana adat Kongsi Gelap bersumpah sedarah Abang~Adik dalam menjaga Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque. 




Tirulah kejayaan negeri Sarawak dan negeri Sabah yang telah lama memperuntukan dana kewangan dalam menjaga khazanah haiwan mereka seperti Orang Utan, Beruk Belanda,  dan Gajah Kerdil. Tirulah juga kejayaan Negeri Selangor menjaga Lotong Endemik Lotong Kelabu~Presbytis cristata~Silvered Leaf Monkey di Kuala Selangor. Di pihak Universiti Awam tempatan yang memang mempunyai geran penyelidikan berilah peluang  kepada Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman untuk memperkemaskan penyelidikan mereka. Yang mana hasil penyelidikan mereka itu nanti dapat dibuat rujukan kepada pelajar-pelajar mereka dimasa akan datang.




Nota Pemerhatian Peribadi Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque

Semua kelakuan pemerhatian saya terhadap Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ini hanyalah sebagai menyokong kepada semua kebenaran yang pernah diperhatikan oleh Saudara Amsah Mohd Arif dan Saudara Syamil Abdul Rahman. Pemerhatian saya hanya sekejap sahaja cuma tidak sampai lebih kurang 4 atau 5 jam. Ini tidak boleh buat banding dengan jumlah masa yang telah dilakukan oleh bergu Perlis Nature & Wildlife. Saya cuma ingin menikmati keseronokan melihat  sepertimana bergu ini melihat. Seterusnya  menyokong apa-apa maklumat lisan yang pernah disampaikan kepada saya sebelum ini.





Untuk makluman pada 22 Dis 2018 saya telah berjaya membuat pemerhatian spesies ini. Setelah menunggu lama dan akhirnya berjumpa, maka pada kebiasaannya akan menimbulkan perasaan gembira.  Tetapi sangkaan saya itu meleset kerana Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque sama sekali berbeza dengan kumpulan keluarga Primat yang lain.





Jikalau kita melihat seekor Orang Utan atau seekor Beruk Belanda maka kita akan mengetahui keadaan bentuk dan warna spesiesnya yang lain. Kerana seekor Beruk Belanda akan mewakili bentuk dan warna spesisnya yang lain. Sepertimana yang diketahui, kesemua bilangan ahli keluarga primat yang terdapat di Malaysia itu adalah sama sahaja bentuk dan warna penampilan mereka, kecuali spesies Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque.




Seekor penampilan  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque tidak boleh mewakili individu berok yang lain kerana warna diantara mereka adalah berlainan warna. Warna bulu dan warna kulit antara satu individu dengan individu yang lain juga adalah tidak sama. Walaupun mereka itu adalah dari kalangan spesis yang sama. Dalam ertikata lain mereka mempunyai penampilan warna yang berlainan antara satu sama lain. Dari pemerhatian itu, saya telah berjaya mendapatkan bukti rakaman individu - individu beruk yang berlainan penampilan.




Setakat ini terdapat 7 Verasi warna yang berjaya dirakam, verasi itu adalah seperti berikut:-

1.Jenis bulu panjang berwarna  hitam dan permukaan kulit tubuh badan warna merah.
2.Jenis bulu lebat dan panjang berwarna  kelabu.
3.Jenis bulu panjang halus mengerekut berwarna perang terang.
4.Jenis bulu panjang yang mempunyai 2 warna iaitu warna putih dan warna kelabu.
5. Jenis bulu panjang berwarna coklat gelap.
6.Jenis bulu panjang berwarna coklat terang.
7.Jenis bulu berwarna keemasan.




Dengan penampilan berbagai jenis warna maka spesies primat ini kadang-kadang  kelihatan seakan-akan seperti seekor  Beruang, Singa, Orang Utan, Gorilla, Champenzi. Anjing Jenis Tibetian Mastiff dan Mandrill. Penampilan yang menarik dan berbeza-beza ini menyebabkan saya tidak berpuas hati dengan hanya satu rakaman penampilan sahaja. Kalau boleh saya ingin mendapatkan jumlah penuh verasi penampilan Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ini. Diharap Saudara Syamil Abdul Rahman dan Saudara Amsah mendapatkan jumlah penuh varasi penampilan.




Pada hemat saya itulah keunikan  Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque ini. Apakah spesies ini secara semulajadinya memang telah mengalami kecelaruan sel pigmen yang menghasilkan warna-warna bulu yang berbeza-beza antara satu sama lain. Atau ada perkara lain menyebabkan semua pekara ini berlaku. Apakah disebabkan diet pemakanan individu akan mempengaruhi warna  bulunya. Dimasa hadapan mungkin subjek ini boleh dilakukan kajian lanjut untuk mencari kebenaran jawapan mengapa hal keadaan seperti itu terjadi.




Ancaman

1. Rakaman yang diperolehi mendapati terdapat beberapa ekor Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque kudung kakinya. Apakah punca kaki beberapa ekor itu tidak cukup sifat dan terkudung. Apakah mungkin kaki Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque terkudung akibat terkena  jerat haiwan lain. Kemungkinan ini adalah besar, kerana primat ini bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain sepenuhnya menggunakan keempat kaki tangannya. Pemburu asing yang ramai menyelinap masuk kedalam hutan dan kadang-kadang berpura-pura bekerja mencari hasil hutan.





2.  Memandangkan keunikan yang dimiliki oleh primat ini saya tidak menolak akan ada dikalangan masyarakat kita yang bercita-cita menjadikan ia sebagai haiwan peliharaan. Nanti akan ada yang ingin membela untuk dijadi haiwan tarikan untuk memberi keuntungan kepada perniagaan mereka. Atau ada yang berpura-pura ingin menjadikan haiwan ini sebagai haiwan kajian untuk konservasi . Atau bermacam-macam hal yang pelik-pelik. Lagikan Siamang , Ungka dan Beruk ramai diantara masyarakat kita sanggup berhabiskan wang ringgit untuk membelanya. Inikan pula Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque yang istimewa. 





Sehingga tidak nampak keutamaan hidup dalam tata-cara menghabiskan limpahan rezeki wang ringgit sendiri. Mereka lebih sanggup mendahulu haiwan daripada membelanjakannya kepada manusia yang dikenalinya sedang sakit, anak-anak yatim dan kurang keupayaan. Ada diantaranya mereka itu sanggup dengan rasa gembira membelai haiwan , memandikan haiwan , membasuh najis, hidup dalam bau najis haiwan. Pada waktu yang sama ibubapa dan abang adiknya di kampong tidak dilayan sepertimana ia memanjakan haiwan belaannya. Kecelaruan yang tidak disedari dan ini adalah kebenaran kehidupan sekarang.




Ancaman ini saya fikir tersangat-sangat merbahaya kepada spesies ini. Kerana kaedah yang bakal digunakan adalah sama sepertimana yang dilakukan kepada primat yang lain. Iaitu dengan membunuh ibu dan membawa lari anaknya. Pekara ini sangat membimbangkan saya, lebih-lebih lagi jikalau perbuatan sebegini berlaku di Wang Kelian. Orang yang melakukan itu adalah dari kalangan yang kita kenali, selagi bernama manusia semua kemungkinan itu ada. Maka sentiasa berwaspada , supaya maklumat dan data kajian itu tidak sewenang-wenangnya untuk dikongsikan, kerana dikhuatiri jatuh ke tangan tali barut atau dalang perosak.









Sebab itu saya ulangi sekali lagi jagalah dan sayangilah Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque, sepertimana ahli-ahli Kongsi Gelap dengan taat setianya menzahirkan sumpah Kongsi Gelap  Sedarah Abang~Adik. Bilamana mengetahui Berok Kentoi~Macaca arctoides~Stump tailed Macaque sedang diancam bantulah secepat mungkin, jangan merosakkan tempat tinggalnya dan janganlah mengganggu diet permakanan. Wasalam.



















Sunday, 2 December 2018

Kali Pertama Ku Lihat Kamu~Sambar Rimba Dada-coklat~Rhinomyias brunneata


Kali Pertama Ku Lihat Kamu..
Sambar Rimba Dada-coklat~Rhinomyias brunneata (Brown Chested Jungle Flycatcher )




Menurut Senarai Merah IUCN status Burung Sambar Rimba Dada-coklat~Rhinomyias brunneata (Brown Chested Jungle Flycatcher )yang berasal dikawasan pergunungan di Negera China ini adalah Terdedah Kepada Ancaman ( Vulnerable ). Rujukan buku Criag Robson The Field Guide of The Birds of South East Asia, pula menyatakan sebagai Passage Migrant. Bermakna spesies ini menjadikan Semenanjung Malaysia hanya sebagai laluan sementara  perjalanan hijrah mereka. Jikalau cuaca mengizinkan mereka akan meneruskan perjalanan hijrahnya. Ia tidak akan menetap disesuatu kawasan itu pada jangkamasa yang lama. Berdasarkan maklumat itu, maka  sangat jaranglah peminat pemerhatian burung di Semenanjung Malaysia  dapat menjumpainya.




Menurut sumber daripada Singapore Bird Group  burung ini dikenali oleh peminat pemerhatian burung pada tahun 2006. Sebelum itu mereka beranggapan ia hanya seperti spesies Sambar~Muscicapa yang biasa sahaja. Memandangkan bentuk batang tubuh serta warna hampir menyamai dengan burung Sambar Coklat Asia~Muscicapa dauurica dan Sambar Sisi-gelap~Muscicapa sibirica. Maka tidak begitu mengambil berat tentang spesies ini. Selepas itu sejak 2006 pada setiap tahun dibulan Oktober pemburung teruja menanti dan tercari-cari spesies ini di Pulau Singapura. Mengikut rekod rasmi Oriental Bird Club menunjukkan walaupun, spesies  susah dijumpai namun ia kerap dijumpai di Pulau Singapura. Berikut tarikh penemuan spesies Sambar Rimba Dada-coklat~Rhinomyias brunneata (Brown Chested Jungle Flycatcher ); 11 Nov 2006, 29 Okt 2011, 5 Nov 2011 dan yang terbaharu ialah pada 13 Okt 2018.




Sebelum saya menjumpai spesies Sambar Rimba Dada-coklat~Rhinomyias brunneata (Brown Chested Jungle Flycatcher ) ini, cuma 2 orang pemburung tempatan sahaja yang telah bernasib baik menjumpainya di Semenanjung Malaysia. Menurut rekod rasmi didalam Oriental Bird Club pada 10 Oct 2007 Saudara Lim Kim Chye seorang pemburung berpengalaman telah menjumpai spesies burung ini di kawasan Ladang Kelapa sawit di Nilai Negeri Sembilan. Kemudian pada 11 Okt 2013 Puan Yen Loong Lean secara tidak sengaja juga telah menjumpai 2 ekor spesies ini terdampar kepenatan , di Chin Swee Temple di Genting Highland. Selepas itu dari sejak 11 Okt 2013, 5 tahun kemudian itu tidak ada rekod menunjukkan spesies ini telah dijumpai di Semenanjung Malaysia.



Saya bernasib baik menjadi salah seorang pemburung tempatan yang telah menjumpainya sebanyak 2 kali. Iaitu pada tahun ini 2018 di bulan Oktober dan satu lagi di bulan November ditempat yang berlainan. Tempoh 5 tahun itu dikira lama dalam bidang pemerhatian burung ini. Ini memberi bayangan kepada kita ia seolah-olah  burung halimunan. Melintas di tanah besar semenanjung Malaysia tanpa dapat dikesan oleh semua peminat pemerhatian burung di Malaysia. Salah satu ciri-ciri  sebagai Pemburung Tulen adalah untuk melihat setiap spesies yang sangat susah untuk dijumpai. Ia tidak mengira akan status kecantikan sesuatu spesies burung tersebut. Ada pemburung tulen yang sudah berpuloh tahun memburung tetapi sehingga sekarang masih belum bernasib baik  melihat batang tubuh spesies ini dengan mata kepalanya.



Berikut adalah penceritaan pengalaman dari sudut kaca mata seorang Pemburung Hybrid. Tentang ciri bentuk tubuh, warna  dan sedikit kelakuannya. Dalam tempoh satu bulan telah 2 kali menjumpainya burung ini. Kedua-duanya dijumpai dikawasan rimba yang berhampiran dengan gigi air. Dikawasan gigi air itu pula dilindungi oleh knopi tumbuhan-tumbuhan hutan yang padat, diselang selikan dengan tumbuhan Palma Bertam. Suasana cahaya  adalah gelap suram dan cahaya matahari sangat kurang dapat menembusi kawasan sekitar. Cuma yang ada saki baki cahaya matahari sahaja yang kelihatan seperti berlobang-lobang cahaya. 

Dia memilih untuk bertenggek diatas  ranting-ranting pada kedudukan tahap yang rendah. Kedudukan ia beertenggek antara sejengkal hingga ke 2 kaki dari aras tanah. Ia bertenggek keras membatu untuk satu jangka waktu yang agak lama, sekiranya tidak ada gangguan. Sesekali membuat penerbangan jarak pendek ke ranting berhampiran, pada paras ketinggian yang hampir sama juga. 



Ketika proses perakaman imej, telah berlaku sedikit adegan kejar mengejar. Ia masih membuat penerbangan-penerbangan jarak pendek dan hinggap pada ranting-ranting yang rendah. Dengan cahaya yang suram ditambah pula  warna buluhias berwarna coklat memberi kesulitan kepada mata untuk melihat batang tubuhnya. Hanya sedar kehadirannya itu bila mana ia menukar tempat terbang ke ranting lain. Ciri-ciri sifatnya itu hampir menyerupai dengan ciri sifat spesies-spesies burung tempatan iaitu Sambar Rimba Dada-kelabu~Rhinomyias umbratilis, Sambar Ekor-putih~Cyornis concretus, Sambar Dada-perang~Ficedula dumetoria dan Palintoma Sayap-perang~Philentoma pyrhopterum.

Ciri-ciri bentuk dan warna bulu hiasnya berwarna coklat hampir sama seperti burung Sambar Coklat Asia ~ Muscicapa dauurica. Dibahagian dada burung terdapat warna coklat yang tidak begitu tebal warnanya.Perbezaan ketara dapat dilihat pada bentuk paruh yang sedikit tegap serta panjang. Pada hujung paruh atas bentuk bercangkuk menutup sebahagian hujung paruh bawah. Perbezaan pada bahagian paruh jelas  membezakan antara spesies terdekat yang menyerupainya.

Timbul pulak persoalan dalam fikiran, jikalau sifatnya itu dibawa pekiraan yang suka bertenggek pada kedudukan yang rendah, bagaimana agaknya bila dia membuat penerbangan hijrahnya yang jauh beribu-ribu batu, bila pulak ia akan sampai. Wasalam. 

Tuesday, 27 November 2018

Ilmu Dari Satu Kematian


Ilmu Dari Satu Kematian

Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis (Raffles) ~ Large Bamboo Rat 

Semasa berkayuh basikal di kawasan cerun bukit di Taman Melawati, saya terjumpa seekor bangkai Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis (Raffles) ~ Large Bamboo Rat betina  yang baharu sahaja mati beberapa jam yang lalu, dipercayai akibat kemalangan Langgar Lari. Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis (Raffles) ~ Large Bamboo Rat malang ini dipercayai datang dari kawasan cerun bukit, yang  subur rimbun dengan tumbuhan  rumpun buluh. Sebelum ini sudah beberapa kali menjumpai bangkai spesies ini akibat musibah yang sama. Saya banyak mengenali hidupan liar bukan dari pemerhatian didalam hutan, tetapi daripada pemerhatian bangkai hidupan liar  malang yang terlibat dengan kemalangan Langgar Lari.




Memandangkan hal kejadian kemalangan Langgar Lari Hidupan Liar boleh dikatakan berlaku setiap hari, maka jangan di sia-siakan korban itu. Walaupun sedih dengan apa yang terjadi tetapi setiap pekara yang berlaku itu suka atau tidak suka pasti akan ada hikmahnya kalau kita cari. Pendidikan seperti ini tidak sama dengan apa yang kita dapat daripada hasil mentelaah buku. Pemerhatian seperti ini adalah tingkatan yang kedua tingginya  selepas pemerhatian hidupan liar didalam habitatnya.




Selama ini saya merujuk kepada 2 buah buku lama iaitu Mamalia Semenanjung Malaysia ~ Mohammad Momin Khan dan A Field Guide Of The Mamals Of Borneo~ Junaidi Payne, Charles M.Francis & Karen Philips. Berdasarkan adat ilmu pengetahuan yang sentiasa ada maklumat baharu dari masa kesemasa maka saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat tentang Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis (Raffles) ~ Large Bamboo Rat ini yang tidak tertulis didalam buku tersebut.



Pengenalan

Ciri-ciri khas pengenalan haiwan ini adalah ia mempunyai sepasang gigi kacip yang panjang terletak dihadapan mulutnya.  Panjang 2 batang gigi kacip itu lebih kurang 2 inci panjang pada bahagian atas dan 2 batang gigi kacip bawah yang hampir sama panjangnya dengan yang diatas. Kedudukan gigi kacip bahagian atas menutup gigi kacip bawah. Set Gigi kacip itu berwarna karat besi. Hidupan Liar ini adalah  satu-satunya haiwan yang ada di Malaysia yang mempunyai bentuk Gigi Kacip yang panjang terkeluar dari bahagian mulutnya. Penampilan wajah bahagian mukanya menyerupai American Beaver~Castor canadensis. 




Maka ia sangat mudah untuk dikenali dan  membuat perbezaan antara haiwan-haiwan yang lain. Gigi Kacip yang pipih keras serta tajam itu membantu haiwan ini memakan diet utamanya iaitu batang buluh dan umbut-umbut buloh. Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis (Raffles) ~ Large Bamboo Rat hidupnya banyak masa dihabiskan didalam lubang tanah dan akan keluar apabila untuk mencari makan. Pada satu-satu masa ia berupaya melahirkan 2 atau 3 ekor anak.






Dibahagian hidungnya tumbuh bulu-bulu misai hitam yang panjang pada kedudukan yang jarang-jarang. Mempunyai sepasang cuping telinga yang kecil bentuk separuh bulat. Lehernya hampir tidak kelihatan kerana terlalu pendek. Kaki bahagian hadapannya hanya mempunyai 4 batang anak jari pendek yang sama saiz  berserta kuku bentuk runcing. Bentuk bahagian tapak kakinya  adalah seperti tangan manusia dari jenis berkulit lembut yang berwarna putih. 





Manakala kaki bahagian belakang pula mempunyai 5 batang anak jari dengan kuku yang berbentuk runcing juga. Mempunyai bentuk 3 batang anak jari yang sama panjang dan saiz dibahagian tengah dan 2 batang anak jari pendek pada bahagian kiri kanan disisi 3 jari tengah. Bentuk kaki bahagian belakang lebih memanjang daripada bentuk kaki hadapan.



Dibahagian bawah badan berhampiran dengan kaki hadapan terdapat 2  tetek puting susu manakala dibahagian bawah badan berhampiran kaki belakang berhampiran dengan organ jantina pula terdapat 4 tetek puting susu. Mempunyai ekor berkulit tanpa berbulu yang panjangnya dianggarkan 4 ke 5 inci berwarna kehitaman.  Berat anggota badan haiwan dewasa ini dianggarkan 1 kilogram. Ia dipercayai Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis (Raffles) ~ Large Bamboo Rat betina.




Agak ralat kerana tidak dapat memaksimakan bangkai Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis (Raffles) ~ Large Bamboo Rat betina dari sudut ilmu. Saya cuma dapat hanya sedikit pengetahuan luaran haiwan ini sahaja. Andaikata saya mempunyai kuasa seperti Profesor di Universiti-universiti tempatan, akan saya nasihatkan semua pengkaji dan pelajar tempatan menjadikan setiap bangkai haiwan hasil dari Langgar Lari dijadikan bahan kajian mereka. 



Contohnya berapa ramai anak tempatan yang mahir dalam bidang kemahiran Awetan Texidermy.? Saya rasa tidak ramai, jikalau ada pun hanya kepada haiwan yang biasa-biasa sahaja. Maka bagaimanakah  mereka boleh jadi mahir sekiranya tidak ada banyak masa latihan. Apakah pelajar di universiti tempatan mendapat latihan dengan mencari hidupan liar yang hidup. Kemudian dibunuh untuk berlatih,  bidang Awetan Texidermy untuk mereka menjadi mahir. Sudah tentu tidak. Sebab itu Muzium-muzium dinegara kita telah terlalu jauh ketinggalan  dengan British Natural History Museum dan muzium antarabangsa yang lain. 



Dalam bidang pelajaran Veteriana Hidupan Liar di negara kita juga sangat berkurangan. Kita harus mempunyai ramai tenaga pakar sebagai pelapis kepada Associate Professor Dr.Jalila Abu dalam  bidang ini. Sudah tentu beliau tidak dapat menangani setiap kes kemalangan hidupan liar di negara kita seorang diri. Jikalau berlaku  kemalangan  langgar lari  melibatkan hidupan liar yang tercedera  ringan seperti patah tulang kaki , maka jalan penyelesaiannya  mangsa terpaksa ditidurkan. Ini adalah kerana kita tidak ada keupayaan yang ramai dalam ilmu kepakaran dalam bidang veteriana membaik pulih kecederaan hidupan liar.




Tentu sekali bangkai Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis (Raffles) ~ Large Bamboo Rat ini berguna dalam bidang Sains Zoology. Jikalau pekara ini penting maka pihak yang melihat pekara ini penting, mereka harus mengatasi semua  masalah  logistik. Orang yang berkepentingan itu tidak bolehlah bersenang-senang dengan mengharapkan bangkai itu dihantar sampai kedepan pintu makmal mereka. Mereka wajiblah datang mengambilnya sendiri atau mengarahkan kakitangan mereka melakukan usaha itu. Cari jalan bagaimana tata cara untuk menuntut bangkai pada jarak lokasi yang jauh. Sediakan juga tata cara menyimpan bangkai hidupan liar, termasuk memberi imbuhan saguhati atau sijil penghargaan kepada yang telah mengusahakan tanpa memilih spesis hidupan liar. Apa yang penting, berapa kesungguhan pekara ini dapat dizahirkan dengan tata cara yang betul dan sempurna.



Jikalau keadaan ini berterusan sepertimana sekarang, maka pada  fikirkan saya sangatlah rugi kerana bangkai hidupan liar yang jarang ditemui itu menjadi sia-sia kematiannya. Hilang lenyap dalam keadaan busuk berhari-hari ditepi jalan. Dihurung oleh langau dan lalat begitu sahaja. Kemudian dimakan oleh ulat-ulat atau di makan oleh anjing liar dan biawak. Eeerrm. Wasalam la.

Sunday, 25 November 2018

Saki Baki Yang Tinggal Itu Pun Hendak Di Musnahkan....





Katakan ada anak watan tanahair kita mengepalai sebuah kumpulan, kemudian mereka  telah berpakat dengan seberapa ramai kuncu-kuncunya untuk memusnahkan sehabis-habisnya Lapangan Terbang KLIA atau Bangunan Parlimen atau Tugu Peringatan Negara. Hendak dijadikan cerita semua yang dirancangkannya itu berjaya dimusnahkan. Hasil kemusnahan itu pulak, mereka semua telah  mendapat laba keuntungan daripada kemusnahan. 







Wang keuntungan itu pula disalurkan  daripada orang luar. Maka mereka semua bersenang hatilah ahli-ahli kumpulan itu. Mereka berjoli bermewah-mewah menghabiskan rezeki dari keuntungan kemusnahan itu. Setelah habis puas berjoli, maka keuntungan yang mereka perolehi itu telah mulai surut. Maka gusar sungguh hati mereka lalu berpakat lagi. Kali ini mereka berpakat untuk memusnahkan Bangunan KLCC pula. Dan keadaan yang sama itu berulang-ulang dilakukannya sehingga habis rata tanahairnya itu.




Apakah bahasa dan perkataan yang paling layak patut diberikan kepada anak-anak watan dan kuncu-kuncunya itu ?  Apakah ada perkataan yang molek lain, selain daripada perkataan Pengkhianat Negara. Atau ada perkataan lain yang sama ertinya dengan Pengkhianat Negara yang lebih cocok dapat digelarkan kepada mereka ini semua. Saya fikir itu sajalah perkataan yang layak diberikan kepada mereka itu, iaitu Pengkhianat Negara dan Tanahair. Orang seperti ini adalah penjenayah dan  Pengkhianat Negara. Mereka tidak ada langsung perasaan patiotik yang cintakan tumpah darah tanahairnya sendiri.




Bangunan serta monument yang dimusnahkan itu semuanya adalah milik negara ini. Ia telah dibina diatas tanah didalam negara kita dengan cara bersusuh payah. Demi untuk memajukan negara supaya negara Malaysia dapat menjadi maju dan makmur.




Apakah pula perkataan yang layak diberikan kepada anak watan yang mengepalai kumpulannya untuk memusnahkan saki baki Hutan Belentara Semulajadi pula. Tumbuhan Hutan Belentara  yang tumbuh secara semulajadi diatas tanah didalam negera kita. Bukankah saki baki Hutan Belentara yang masih ada itu adalah sebuah aset Ilmu Pengetahuan yang sangat luas dan besar. Aset Ilmu yang tidak ada galang gantinya dengan segala wang ringgit. Pengkhianat Negara atau Tokoh Kemajuan Negara.?





Disebabkan kumpulan Pengkhianat Negara ini buta hati dan buta hati perut,  yang matanya hanya tersasar kepada melihat  wang ringgit dan keuntungan sahaja. Maka saya terpaksa senaraikan satu persatu apa itu Aset Ilmu Pengetahuan bagi Negara. Diatas tanah bumi Malaysia yang bertuah ini  telah tersedia bermacam jenis batu-batuan, galian  yang membentuk keadaan mukabumi. Lembah, tanah pamah, paya, bukit bukau, gunung ganang, batu kapur dan gua-gua.




Diatasnya pula tumbuh bermacam dan berjenis-jenis spesis tumbuhan. Disitu ada pelbagai jenis serta bentuk tumbuhan liar samada dari jenis tumbuhan Lumut, Cendawan, Tumbuhan Orkid, Palma dan lain-lain.  Sekiranya tidak percaya silalah semak dengan pihak FRIM ,  atau Jabatan Perhutanan. Setiap jenis tumbuhan itu masih banyak ilmu yang belum lagi dipelajari oleh warga tempatan.





Didalam Hutan belentara itu telah tersedia juga berselirat lengkang lengkok saliran sungai yang panjang dan mengalirkan air deras yang jernih. Didalam sungai itu ada kehidupan dari berbagai-bagai jenis kehidupan di dalam air dan gigi air. Kehidupan dari jenis spesies Ikan , Udang, Ketam, Kerang, Labi-labi, Kura-kura, Ular, Biawak , Buaya , Memerang dan hidupan-hidupan kecil yang tidak dapat dinamakan satu persatu.




Didalam Hutan belentara itu ada juga Gua-gua batu kapur  yang lubang guanya jauh ke dalam perut bumi. Dengan keadaan gelap gelita, entah apa yang ada didalamnya. Berpuluh spesis Kelawar, burung lelayang dan  Katak .Sehingga sekarang masih belum sepenuhnya dapat diterokai oleh pakar ilmuan. Didalam Gua itu terkandung bermacam-macam khazanah dan tamadun purba. Tidak menolak pada dinding gua terlekat bermacam jenis fossil haiwan purba. Itu semua sehingga sekarang masih belum sempat  dikaji dan direkodkan.





Didalam Hutan belentara itu tempat tinggal berbagai jenis hidupan daripada sekecil-kecil spesies hinggalah sebesar-besar spesis haiwan.  Hidupan Serangga ada beribu jenisnya banyaknya dan berbagai-bagai jenis bentuknya yang tidak pernah kita lihat. Ia terdiri daripada jenis Rama-rama, Kupu-kupu, Kumbang-kumbang dan berjenis-jenis Serangga merayap, bersayap yang ada lagi masih belum diketahui akan namanya. Di situ ada beratus spesis burung,  jenis Cicak Mengkarung, Ular, Katak, berbagai jenis Kelawar, Tupai, Primat, dan pelbagai keluarga Mamalia. Terlalu banyak hidupan liar yang bergantung hidup pada Hutan Belentara.




Apakah itu semua bukan Aset  Negara  dalam bentuk Ilmu pengetahuan ? Katakan di Malaysia ada 100 Universiti yang memiliki beribu pendidik dan profesor. Belum tentu mereka dapat memahirkan pengetahuan terhadap segala macam setiap kehidupan di dalam Hutan Belentara negara kita itu. Aset-aset ilmu negara  ini membuatkan penagih ilmu daripada seluruh dunia menjadi lapar kepada Aset Ilmu yang ada di dalam negara Malaysia. 



Bayangkan ramai pelajar & pengkaji dari seluruh dunia menjadikan negara Malaysia sebagai gedung mencari ilmu mereka. Silih berganti dari masa kesemasa mereka datang menetap belajar disini. Pelajar-pelajar dari semerata tempat didunia silih berganti datang menuntut ilmu dan mengkaji.. Selagi Aset itu dijaga dengan baik, selagi itu lah ia dapat dimanafaatkan oleh warga tempatan dan warga dunia.




Keuntungan menyediakan ilmu pendidikan adalah lebih banyak berlipat-lipat kali ganda daripada mana-mana ekonomi pertanian & pembalakan. Keuntungan itu tidak memusnahkan apa-apa cuma menjaga dan menyelia sahaja. Itu lah bezanya kumpulan orang yang mempunyai tahap pemikiran maju dengan kumpulan orang pemikiran yang mundur. 




Mari kita tinjau kembali pekara yang telah lepas. Sejak dari mula Tanahair kita merdeka dulu  berapa luas hutan telah dikorban-musnahkan untuk memberi laluan kepada ekonomi negara. Samada untuk aktiviti pertanian, perlombongan dan aktiviti ekonomi yang ada hubung kaitnya dengan rakyat tempatan. Ya, memang benar sebagai negara muda yang sedang bertatih, itu semua harus dikorbankan demi memajukan negara untuk sekelian penduduknya. 



Namun cukup cukuplah dengan pengorbanan hutan yang telah dikorbankan dahulu. Ini tidak !,  Tinggalan saki baki Hutan Belentara yang masih ada jugak, hendak dimusnahkan. Dimana letaknya penanda aras akal fikiran mereka ini.? Jika tetap mereka meneruskan untuk memusnahkan saki baki  yang masih ada, memang sah lah, acuan fikiran dan  gerak fikir dari kalangan pengkhianat tanahairnya sendiri. 




Saya ulangi mereka ini sampah masyarakat dan penjenayah Alam sekitar. Mereka tidak ada langsung perasaan patriotik  kasih sayangnya terhadap tanahairnya sendiri. Mereka ini adalah penghancurkan tamadun ilmu. Tamadun ilmu negara yang tidak dapat ditinggalkan kepada anak cucu cicit bangsa Malaysia. Mereka berpura-pura untuk memajukan negara walhal mereka mengkayakan diri sendiri. Sibangsat yang bertopengkan dengan wajah bercahaya orang alim, konon .  Wasalam.