Tuesday 9 July 2013

SIRI BURUNG-BURUNG LIAR MENCARI MAKANAN


BURUNG MINIVET MENYALA~Pericrocotus igneus

Anak burung Minivet-menyala~Pericrocotus igneus sedang leka mencari makanannya, ditemani oleh ibunya ketika mengetuai gerombolan ombak burung. Bulan Jun dan Julai dilihat adalah waktu kebanyakkan spesis anak burung keluar daripada sarangnya. Anak burung Minivet-menyala~Pericrocotus igneus juga tidak terkecuali, sudah pandai memburu makanannya sendiri, tetapi masih ditemani oleh ibunya. Anak burung berjaya menangkap serangga bersayap dari jenis belalang yang bersaiz agak besar. Sejurus berjaya menangkap belalang tersebut, ia terus terbang kesatu lokasi berhampiran yang sesuai untuk ia melakukan proses pemakanan.

Anak burung menjenguk dan memerhatikan ulat atau serangga untuk dikongsi bersama.

Saiz belalang yang ditangkap oleh anak burung itu besar jika dibandingkan dengan rongga mulut dan kerongkongnya. Apa yang diperhatikan anak burung tidak mencarik-carikkan anggota badan belalang kepada saiz yang lebih kecil bagi memudahkan penghadamannya, sebaliknya ia terus menelan seluruh anggota belalang sekali gus.

Anak burung berjaya menangkap seekor belalang dan membawa ke tempat ini untuk keselesaan penghadaman. 

Anak burung sudah mahir akan cara memasukkan makanan besar kedalam rongga mulutnya. Dilambung belalang itu supaya  kepala belalang dapat dimasukkan terlebih dulu ke dalam mulut  kemudian diradakkannya kedalam rongga kerongkong. Berdasarkan saiz belalang dan saiz perut anak burung pastinya ia akan merasa kenyang untuk satu tempoh yang agak lama.

Anak burung tidak menghempas-hempaskan belalang pada batang pokok tetapi ia menimbang-nimbang belalang sehingga bahagian kepala dapat dimasukkanterlebih dahulu kedalam mulut.

Siri imej anak burung sedang memasukan belalang kedalam rongga mulutnya sambil diperhatikan sahaja oleh ibunya. Sang Ibu mendahulukan kebajikan anaknya, supaya tidak kelaparan. Setelah memastikan anaknya telah kenyang, barulah Sang Ibu pergi mencari makananya. Naluri burung mengetahui sahaja akan mendapatkan sumber rezekinya pada tiap-tiap hari dan pada bila-bila masa. Hanya dengan berbekalkan tenaga dan usaha .


Memasukkan bahagian kepala terlebih dulu.








Giliran Sang Ibu pula mendapatkan sumber dietnya ditempat yang berdekatan dengan anaknya mendapatkan belalang. Sejurus menyambar belalang tersebut , Sang Ibu terbang hinggap pada ranting yang dianggap selesa untuk proses menelan makanan. Memang begitulah kaedah pemakanan burung ini, adalah dengan cara menelan semua anggota badan mangsanya, seperti ular sawa memakan mangsanya. Sang ibu dilihat lebih cekap menelan mangsanya hanya mengambil beberapa saat untuk menelan belalang tersebut.


Siri burung betina sedang menghadam belalang.

Hanya yang tinggal ialah sesunggut belalang.

Setelah menelan belalang, burung diam dalam seberapa ketika.


Memastikan makanan yang ditelan berkedudukan yang sepatutnya didalam tembolok.


Imej burung sebelum ia hilang terbang tinggi masuk kedalam hutan.
Wasalam.

No comments:

Post a Comment