Tuesday 11 February 2014

GAGAK PARUH LENGKUNG~Corvus enca

Gagak Paruh lengkung~Corvus enca

Gagak paruh lengkung~Corvus enca adalah spesis gagak tempatan yang tinggal dikawasan rimba di kawasan hutan tanah pamah dan kawasan hutan paya di Semenjung Malaysia. Ia bukan spesis Gagak Rumah~Corvus splendens yang dipekenalkan oleh pentadbir British untuk mengawal tanaman semasa dahulu.  


Saiz tubuh badan burung adalah lebih besar daripada yang biasa kita lihat dikawasan bandar, malah mempunyai teriakan suara yang lebih garau dan kuat. Pada saya burung ini lebih sensitif dan takut akan kehadiran manusia untuk berada hampir dengannya. Hinggap pada pokok yang tinggi berpasangan dan berkumpulan pada kebiasaannya. 


Perbezaan yang ketara yang boleh dibuat perbandingan dengan lagi satu spesis Gagak tempatan  Gagak paruh besar~Corvus macrorhynchos adalah pada paruhnya yang melengkung seperti sabit jika dibandingkan dengan Gagak paruh besar~Corvus macrorhynchos, yang  paruhnya lebih tebal dan besar. Paruh bahagian atas lebih panjang dalam bentuk melengkung daripada paruh bahagian bawah.


Walaupun penampilan buluhiasnya dilihat kurang menarik dan ramai orang tidak berminat melihatnya, tetapi kepada pemburung tegar spesis burung Gagak ini bukanlah mudah untuk ditemui lagi.  Tambahan pula habitat tempat dia berlindung telah mula terhapus sedikti demi sedikit. Tidak mustahil pada suatu hari nanti burung Gagak ini akan hanya menjadi kenangan sahaja sepertimana apa yang telah terjadi kepada burung Merak Hijau~Pavo muticus yang telah pupus tanpa kita sedari. Wasalam.


No comments:

Post a Comment