Tuesday 11 February 2014

Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps



Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps

Burung ini sangat istimewa pada saya kerana pada pengalaman peribadi, untuk mendapatkan rakaman burung ini sangat susah. Setiap kali bersua biasanya kerap kali saya merasa ada sahaja yang kurang dan banyak cacatnya terhadap rakaman imej burung Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps. Burung ini sangat penakut@pemalu, dan akan terus terbang meninggalkan lokasi, apabila ia ternampak orang.


Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps


Tetapi pada kali ini memang telah menjadi rezeki saya untuk berhadapan dengannya pada jarak yang terlalu hampir tanpa menyorok didalam rimbunan hutan. Saya hanya sekadar duduk diam dibawah pokok sambil membuat pemerhatian rakaman.

Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps


Daripada pembacaan saya, dari buku bertajuk Dove of South East Asia karangan Salim Ali berkenaan burung ini, sub-spesis yang berada di Semenanjung Malaysia mempunyai saiz sayap yang lebih pendek jika dibandingkan dengan burung yang terdapat dikebanyakan di negara lain. Atas alasan tersebut pengkaji sekitar 1920an menamakan ia Little Malayan Cuckoo Dove.

Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps


Kebiasaan burung ini boleh dijumpai adalah dikawasan hutan tanah tinggi dan pertengahan tanah tinggi. Tetapi tidak mustahil ia boleh ditemui dikawasan hutan tanah pamah andaikata terdapat pokok yang sedang berbuah dikawasan tanah rendah. 

Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps


Sepanjang melibatkan dalam bidang pemburungan saya pernah berjumpa ia di Frazer Hill, Cameron Highland, Ulu Kali, Hutan Simpan Hulu Gombak, Genting Highland dan Hutan Simpan Krau, di Bukit Rengit. Penemuan di Hutan Simpan Krau, Bukit Rengit Lancang sedikit mengejutkan saya, tetapi Guru saya Saudara Mike Chong menjelaskan burung ini akan terbang kekawasan rendah hanya untuk mencari makanan bukannya terus tinggal dikawasan tersebut atau membuat sarang disitu.

Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps


Tekukur Khukhu Melayu Kecil~Macropygia ruficeps




No comments:

Post a Comment