Friday 30 May 2014

Burung Hijrah Yang Masih Tidak Pulang Ke Negara Asalnya.



Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina


Tarum Kening-putih~Turdus obscurus~Eyebrowed Thrush

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan penemuan burung spesis Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina yang belum pernah saya jumpai sepanjang memburung. Penemuan ini mengembirakan hati saya kerana menambah lagi jumlah senarai penemuan burung-burung di Malaysia.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina


Penemuan burung Tarum Kening-putih~Turdus obscurus pada penghujung bulan May adalah suatu pekara yang jarang berlaku, kerana pada kebiasaannya ketika ini semua spesis burung-burung hijrah telah pun pulang ke negara asalnya. Adakah burung ini telah boleh menyesuaikan dirinya dengan kehidupan pada habitat di negara kita sepanjang tahun? Penyesuaian permakanan, iklim cuaca dan membuat sarang. 

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Ketika ditemui burung sedang leka berjalan dilantai tanah sambil mematuk-matuk makanan.Daripada pemerhatian saya burung mencari bahan-bahan untuk dimakan pada bunga-bunga pokok hutan yang berguguran dilantai tanah. Samada burung mencari ulat-ulat yang terlekat pada bunga-bunga atau pun burung memakan bahan-bahan yang terdapat pada bunga, tidak pula diketahui.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Setelah lama membuat pemerhatian, baru saya perasaan bahawa burung Tarum Kening-putih~Turdus obscurus kelihatan kaki kanannya telah tercedera. Dimana kedudukan antara pergelangan tulang betis kaki dan pergelangan  jari kaki kanan burung dalam kedudukan yang membengkuk. Pergerakkan burung adakalanya terlompat-lompat dan adakalanya berjalan dengan menggunakan  bahagian anggota yang tidak sepatutnya.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Mungkin perkara ini boleh dijadikan contoh yang sesuai, bahawa burung-burung hijrah yang berkunjung ke negara kita mempunyai kebolehan menyesuaikan dirinya dengan keadaan persekitaran yang baharu untuk satu tempoh yang lama dan terus menetap disini.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina


Pada pandangan peribadi sebagai manusia pula, tertanya-tanya jikalaulah kita dalam keadaan bersendirian tercedera dinegara orang. Sunyi tanpa keluarga dan kenalan tempat untuk mengadu nasib, yang pastinya keadaan ini sangat sukar dan mencabar. Ini benar-benar "Survival"yang nyata.

Tarum Kening-putih~Turdus obscurus betina

Diharap burung ini akan pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa, bebas dan aman, sementara menanti kunjungan spesisnya pada musim hijrah musim depan. Wasalam.



No comments:

Post a Comment