Friday 23 May 2014

CABARAN PEMBURUNG HYBRID~Palintoma Sayap Perang~Philentoma pyrhopterum


Memburung Spesis Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan

PEMBURUNG HYBRID

Makna dan falsafah PEMBURUNG HYBRID ialah Memburung untuk mendapatkan seberapa banyak spesis burung  untuk tujuan pembelajaran habitat/tabi'at spesis burung. Kemudian mendokumenkan hasil pembelajaran itu. Dalam waktu yang sama mendapatkan imej rakaman burung dengan kualiti rakaman seberapa baik mungkin. Tanpa bantuan ALAT PANGGILAN PALSU dan TIDAK MENGUMPAN burung, dengan apa jua jenis umpan, samada ulat ternak, ikan atau katak.  Hakikatnya PEMBURUNG HYBRID mementingkan dan mengutamakan kedua-dua bidang itu. Dalam waktu yang sama tidak mengamalkan larangan-larangan yang disarankan oleh Kumpulan Pemerhati Burung.

Kerana dengan menggunakan bantuan yang dinyatakan diatas , maka pemburung telah mendapatkan handicap. Bantuan seperti itu memungkinkan seseorang  tidak dapat mempelajari hal ehwal burung di dalam habitatnya.  Panggilan Palsu bertujuan menjemput burung datang ke hadapan pemburung untuk dirakam imejnya. Manakala umpan pula bertujuan untuk burung berada dikawasan umpan lebih lama daripada kebiasaan dan berulang-ulang.

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan
Dengan mendapat handicap ini, pemburung tidak perlu bersusah payah lagi untuk  memburu burung dari satu lokasi ke lokasi lain, yang mana mempunyai cahaya yang berbeza-beza. Apa yang perlu hanyalah duduk sambil berbual-bual atau duduk diam didalam kemah persembunyian.

Dengan menyediakan umpan pula pemburung akan mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan formula rakaman imej yang terbaik. Malah umpan boleh diletakan dikawasan yang mempunyai cahaya yang mencukupi untuk mendapatkan kelajuan cerapan Kamera . Ia tidak ubah seperti merakam burung didalam Taman Burung. Rakaman mudah cara ini sudah tentu akan mendapat imej burung yang sungguh kualiti.

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Betina
Memburung Spesis Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum

Saya ingin berkongsi pengalaman memburung Burung Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum. Untuk makluman Burung ini mendiami kawasan yang gelap dan gemar hinggap dikawasan cahaya yang gelap dan pada ranting paras rendah. Suasana begini cukup mencabar   kerana keadaan sebegini menghadkan keupayaan peralatan rakaman kita. Saya hanya dibenarkan mengguna formula F4.5 dan 1/30 hingga 1/60  ISO 250 dalam keadaan burung  terbang dan hinggap dari satu ranting ke ranting yang lain dalam keadaan bentuk mukabumi yang tidak rata.

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan
 Setiap kali untuk menghampirinya burung akan terbang pula keranting yang lain. Masa untuk memfokus imej burung didalam keadaan suram dengan tidak menggunakan tripod dilihat seperti melakukan kerja yang tidak berfaedah yang hanya akan mengundang kekecewaan sahaja. Proses memburu burung ini memerlukan stamina yang kuat dan alah kepada gangguan gigitan nyamuk, semut dan pacat yang banyak terdapat disitu. Proses memburu mengambil masa hampir 3 jam.

Dalam tempoh tersebut saya membuat hampir 168 rakaman, tetapi hanya cuma 10 rakaman sahaja yang dapat memujuk hati saya daripada kekecewaan. Walau pun begitu saya tetap gembira kerana selama 3 jam memburu, saya dapat membuat pemerhatian tingkah laku burung dan mempelajari panggilan bunyi dalam berbagai-bagi not not yang berbeza didalam habitat asalnya.  Status kualiti tidak boleh dibandingkan dengan rakaman jurugambar-jurugambar lain yang lebih jelas dan cantik.

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan
 Kali ini saya merasa puas hati dengan usaha ini, jika dibandingkan dengan hasil rakaman-rakaman  sebelumnya. Proses ini akan diteruskan sehinggalah mendapat imej yang saya memutuskan  telah berjaya mendapatkan imej yang baik dan berkualiti pada sudut mata saya. Wasalam.   

Palintoma Sayap perang~Philentoma  pyrhopterum~Jantan










No comments:

Post a Comment