Friday 1 August 2014

MEMOHON SURAT SOKONGAN DARIPADA KEMENTERIAN PENERANGAN ,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA


Dairi Proses Mendapatkan Surat Sokongan Daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia.




Permohonan telah dibuat melalui surat bertarikh 7hb Mac 2013 yang ditujukan kepada Ketua Urusetia Bahagian iaitu Puan Fauzia Sabiri. Surat permohonan telah dihantar dengan tangan dan telah diterima oleh Cik Lydia; Pegawai di bahagian Geran Industri Kratif.

Setelah berbincang dengan Puan Fauziah Sabiri didalam biliknya Cik Lydia secara lisan memaklumkan kepada saya pihak Kementerian Penerangan tiada halangan dan bersetuju memberikan surat Sokongan tersebut kepada Syarikat Red Door To Hunt. Tetapi Cik Lydia memaklumkan harus bersabar menunggu kerana ketika itu terdapat bebanan kerja yang penting harus diselesaikan.

Pada 26 Mac 2013

Saya membuat pertanyaan kepada Cik Lydia samada surat sokongan tersebut telah siap atau pun belum. Cik Lydia memaklumkan kepada saya Puan Fauziah Sabiri mencadangkan supaya Surat Sokongan tersebut lebih bernilai jikalau ditandatangan oleh Timbalan Ketua Setiausaha ( Kebudayaan )  Kementerian Penerangan Dato' Haji Abdul Ghaffar A. Tambi. Atas dasar tersebut surat itu tidak dapat disiapkan sepertimana cadangan asal iaitu ditandatangani oleh Puan Fauziah Sabiri Ketua Urusetia Bahagian. Cik Lydia memaklumkan bahawa draf surat telah siap dan surat juga telah siap , malah telah dihantar kepada Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha ( Kebudayaan ) Kementerian Penerangan, di Bangunan Sultan Abdul Samad. Menasihati saya untuk membuat pertanyaan pada 29 Mac 2013 sebelum hari jumaat.

Pada 29 Mac 2013 

Membuat pertanyaan sepertimana yang dinasihatkan pada 26 Mac 2013 oleh Cik Lydia. Cik Lydia memaklumkan bahawa surat itu masih lagi belum keluar daripada pejabat TKSU. Cik Lydia memaklumkan kepada saya , beliau tiada dipejabat sepanjang minggu hadapan. Tetapi beliau telah memaklumkan permohonan saya itu diambil alih oleh Cik Shanta, segala urusan bertanyakan kepadanya. Nama dan nombor talipon saya telah diberikan  kepadanya , sekiranya surat itu telah ditandatangani Cik Shanta akan menghubungi saya, dengan segera.

Pada 2 April 2013
 
Membuat pertanyaan melalui talipon Cik Lydia, orang yang menyambut talipon itu memaklumkan Cik Lydia bercuti sehingga 19 April 2013. Meminta disambungkan kepada Cik Shanta. Bertanya kepada Cik Shanta tentang surat sokongan tersebut, tetapi beliau menyatakan surat masih belum pulang ke pejabatnya. Memohon jasabaiknya siapa yang mengetahui urusan surat tersebut. Cik Shanta mencadangkan supaya saya menghubungi Puan Noraini No Tel: 03-89115414.
Menghubungi talian tersebut dan disambut oleh Puan Hasnor, dan beliau memaklumkan Puan Noraini cuti kecemasan. Puan Hasnor tidak tahu menahu akan urusan surat sokongan, tetapi menyatakan diatas meja Puan Noraini terdapat No talipon 017-8888600 dan deraf surat sokongan.
Menasihati saya menghubungi Puan Noraini untuk mengetahui  status surat sokongan itu.

Pada 8 April 2013
 
Menghubungi Puan Noraini untuk mengetahui status surat saya. Puan Noraini menyatakan surat sokongan tersebut masih lagi belum kembali kepada bahagiannya. Memohon jasa baik Puan Noraini supaya membacakan no Rujukan surat sokongan untuk saya membuat pertanyaan lanjut dimasa akan datang. No Ruj: KPKK/DPSK/600-14/2/3-108 ( 5 ). Saya membuat pertanyaan siapa setiausaha kepada TKSU untuk saya buat pertanyaan terhadap surat saya itu. Puan Hajar boleh dihubungi di talian 03-26127653.

Pada 9 April 2013
 
Jam 9 pagi saya menghubungi Puan Hajar bertanyakan status surat sokongan tersebut, beliau memberitahu surat itu masih lagi didalam pejabat TKSU, dipercayai masih belum ditandatangani. Bertanyakan bila kebiasaan surat itu boleh di tandatangani. Puan Hajar memaklumkan mungkin petang. Dan menasihati saya membuat pertanyaan lanjut diwaktu petang nanti. Jam 3.30 petang dan 3 kali telah menghubungi talian Puan Hajar, tetapi tiada siapa yang menyambutnya.

Pada 10 April 2013

Jam 9:30 pagi mencuba menghubungi Puan Hajar untuk bertanyakan status surat sokongan. Beliau memaklumkan surat sudah ditandatangani tetapi telah pun diserahkan kepada Puan Fauzia Sabiri kerana beliau ada mesyuarat di Pejabat Datuk Hj.Gaffar. Ketika perbualan Puan Hajar memaklumkan Puan Fauzia telah mengambil surat tersebut dan mengarahkan Pembantu Pejabat membawa pulang ke Putra Jaya. Harapan saya untuk menggambilnya hari ini di Kuala Lumpur tipis, terpaksa pulak datang ke Putrajaya. Saya membuat pertanyaan pula Kepada Puan Noraini samada surat itu telah sampai ke tangannya, jawapan yang diterima ialah: kebiasaannya surat akan diterima esok hari kerana Pembantu Pejabat banyak surat hendak dihantar. Nampak gayanya terpaksa juga tunggu sehingga esok hari.
Saya membuat panggilan kepejabat Puan Hajar, untuk mendapatkan salinan fotocopy surat itu, tetapi Puan Hajar tiada dimejanya kerana sedang rehat makan tengahari. Tetapi pegawai yang menyambut talian itu memperkenalkan diri sebagai Puan Fauzia dan menyatakan surat itu ada pada tangannya. Alhamdullah, maka temujanji diatur pada jam 2:00 petang untuk mengambil surat tersebut.










































Jam: 2:00 petang datang ke Pejabat Datuk Hj.Gaffar A.Tambi. Memperkenalkan diri dan disambut oleh Puan Siti Hajar. Surat yang ditunggu sejak bulan 7 Mac 2013 sudah ada ditangan saya untuk menjalankan proses seterusnya. Untuk mendapatkan surat ini saya terpaksa menunggu selama 33 hari. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Lydia yang berusaha bersungguh bagi mendapatkan surat sokongan ini.Wassalam.Alhamdullah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan Rosla.

    Saya bekerja di syarikat pembekalan buku.

    Saya ingin bertanyakan bagaimana untuk kami mendapatkan dan mengedarkan buku ini memandangkan ramai client kami ingin mendapatkan buku ini.

    Mohon Tuan membalas ke e-mel saya faizal@jendela.com.my

    Saya sentiasa menanti maklumbalas Tuan.

    Terima kasih. Assalamualaikum.

    ReplyDelete