Friday 29 May 2015

Cadangan Menentukan Burung Jantan- Betina Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus

Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus ( Penampilan Buluhias  Putih )

Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus( Penampilan Buluhias Gelap )
Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus ( Penampilan Buluhias  Putih )
 Burung Muda

Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus~Changeable Hawk Eagle

Kepada Pemburung Hybrid seperti saya sering menjadi tanda tanya dan tercari-cari akan jantina burung Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus ini. Didalam buku Field Guide To The Birds Of South-East Asia~Craig Robson tidak dimaklumkan yang mana satu jantan dan yang mana satu betina.


Buku tersebut hanya  memberi penerangan tentang ciri-ciri burung dewasa  dan burung juvana sahaja. Spesis Helang ini mempunyai penampilan yang berbeza iaitu Gelap dan Putih walaupun ia adalah dari spesis yang sama. Ia seperti Harimau Bintang atau Harimau Akar~ Panthera pardus spesis yang sama tetapi berlainan penampilan bulunya iaitu warna Oren dan warna hitam.



Peristiwa pemerhatian ini dirakam di Pulau Carey pada 14 Jun 2009 jam 7:13 p.m.

Hati kecil saya telah lama  beranggap bahawa Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus ( Penampilan Buluhias   Putih ) adalah burung Jantan. Namun begitu oleh kerana saya tidak mempunyai bukti saintifik atau bukti sahih yang dapat menyokong anggapan saya, maka dipendamkan sahaja.

Kebiasaan membuat pemerhatian bahawa kelakuan burung penampilan warna putih akan hinggap bertenggek pada dahan yang lebih atas daripada burung penampilan warna gelap.
Peristiwa ini dirakam pada 28 Jan 2013 jam 5:14 p.m di lokasi Pulau Burung , Butterworth Pulau Pinang.
Kelakuan Burung penampilan putih sentiasa berada dibahagian atas daripada burung penampilan gelap sekiranya ia tidak berada didalam sarang nya.
Peristiwa ini dirakam pada 26 Okt 2014 jam 2:25 petang lokasi di Felda Tersang Raub Pahang.
Sepanjang memburung saya hanya berpeluang membuat pemerhatian ketika burung sedang bersarang sahaja yang mana kedua-dua jenis penampilan berada diatas lokasi pokok yang sama. Alasan sebegitu tidaklah begitu kukuh sepertimana kita dapat  melihat ketika burung ini melakukan persenyawaan.





Memang sebelum ini pemburung ada beranggapan bahawa  saiz burung betina adalah lebih besar daripada saiz burung Jantan. Berdasarkan imej yang dapat dirakam di Pulau Carey pada 14 Jun 2009 dulu ia jelas kelihatan akan perbezaan bentuk tubuh badannya. Untuk mendapatkan bukti seperti imej yang disiarkan amatlah susah inikan, pula untuk mendapatkan pemerhatian burung  sedang dalam proses mengadakan persenyawaan.




Kelihatan dengan jelas perbezaan saiz tubuh badan burung penampilan gelap dengan burung penampilan putih.

Baru-baru ini secara tidak sengaja ketika membuat kajian lanjut tentang sejarah pemburungan di Semenanjung Tanah Melayu, saya telah terjumpa laporan tentang pemerhatian burung spesis ini sedang melakukan persenyawaan. Menurut laporan tersebut. peristiwa itu berlaku pada 21 Disember 1947 bertempat di Ayer Tawar ,Setiawan Perak. Peristiwa itu dilihat oleh En.A.T Edger dan F.G.H Allen dan melaporkan peristiwa tersebut didalam The Malayan Nature Jurnal keluaran Mac 1949.  

Pemerhatian dilakukan di Sungai Kandis, Klang Selangor pada 2 Mac 2015 jam 1:45 tengahari. Ia  sedang menghendap mangsanya dikalangan kumpulan  burung Tiong Jawa~Acridotheres javanicus untuk dijadikan habuan anaknya yang masih didalam sarang.

Malangnya laporan ini menimbulkan pertanyaan lanjut, dimana laporan ini tidak menyatakan secara jelas dan terperinci . Ia sekadar memaklumkan bahawa  burung yang penampilan putih terbang menuju hinggap dekat dengan burung penampilan gelap, dan persenyawaan berlaku. Laporan ini tidak menyatakan kedudukkan ketika persenyawaan sedang berlaku. Jikalau laporan ini menjelaskan bahawa burung penampilan putih berada diatas burung penampilan gelap, maka semua pihak tidak lagi ragu-ragu.


Memang ramai pemburung tidak berpeluang melihat kejadian  ini , tetapi dengan terjumpanya laporan penting yang telah terlepas pandang oleh Pemburung terdahulu, sedikit sebanyak dapat membantu pemburung terkemudian membuat sedikit andaian yang besar kemungkinan akan tepat dan jurang kesalahan sangat tipis dan sedikit.


Namun begitu, sebagai hukum lumrah alam sejagat saya berpendapat ; yang Jantan datang mencari dan yang Betina menunggu. Agak janggal sekiranya yang Betina datang mencari dan yang Jantan menunggu. Ia seperti berlawanan hukum lumrah alam sejagat. Berdasarkan semua maklumat dan pengalaman yang saya perolehi selama tempoh memburung saya mencadangkan bahawa Burung Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus~Changeable Hawk Eagle ( penampilan putih ) adalah burung Jantan dan Penampilan Gelap adalah burung Betina.




Sememang akan ada cabaran ilmiah yang akan mempersoalkan pendapat dan hujah didalam laporan peribadi  ini,  namun begitu pihak saya sangat mengalu-alukan hujah balas saintifik berserta bukti yang menunjukkan pendapat saya ini tidak tepat. Pekara ini sangat positif dan baik demi ilmu pengetahuan bidang pemburungan tanahair. Wasalam. 













No comments:

Post a Comment