Thursday 7 May 2015

Senarai Burung-burung Yang Di Jumpai Di Pulau Tuba



Pada 22 Aug 2014 dan 14 Mac 2015 saya berkesempatan memburung di Pulau Tuba sambil berehat membawa keluarga bercuti. Sepanjang sesi memburung ketika berada di Pulau Tuba, saya berjaya menjumpai sebanyak 64 spesis burung. Mungkin jumlah ini akan bertambah sekiranya membuat pemerhatian lebih lama lagi.

Kebanyakan penduduk disini mempunyai hobi memelihara burung bagi tujuan pertanding disamping mendengar nyanyian burung secara harian. Burung-burung yang pandai menyanyi mempunyai nilai Ringgit Malaysia yang tinggi.

Pemandangan biasa ketika musim penghijrahan burung. Dapat dilihat dikawasan bekas bendang sawah padi penduduk bermaufakat memasang jaring, dan mereka saling menghormati persempadanan jaring milik masing-masing.

Pada hemat saya, bentuk muka bumi Pulau Tuba mempunyai keadaan pelbagai habitat, dan  sesuai menjadi tempat persinggahan kepada burung-burung dimusim penghijrahan. Disitu terdapat masih luas kawasan Hutan Paya Bakau, Hutan Tanah Pamah , Hutan Berbukit, Kawasan Padang Tanah Lapang, Paya yang ditumbuhi dengan tumbuhan air , Pantai Berselut dan Pantai Berpasir.
Dikawasan paya, terdapat banyak spesis burung air dan burung meredah
Keadaan yang dinyatakan itu berupaya menarik perhatian burung untuk datang singgah mencari tempat perlindungan oleh pelbagai jenis burung, yang akan memilih kesesuaian dengan habitat kehidupan spesis masing-masing untuk mencari makanannya.

Habitat berpaya seperti ini menjadi tarikan kepada burung tempatan dan burung hijrah untuk mencari sumber makanan dan tempat perlindungan.
Kesantunan, peramah dan adab baik budi perkerti masyarakat di Pulau Tuba cukup baik dan membanggakan. Layanan yang diberi kepada tetamu yang datang bercuti membuatkan kita berniat untuk datang lagi dimasa yang lain dengan membawa rakan dan taulan.
Pemilik jaring hanya mengambil burung-burung yang boleh dimakan sahaja, tetapi langsung tidak mementingkan nyawa hidupan lain, maka kematian haiwan lain adalah sia-sia.
Tambahan lagi sumber makanan laut yang segar dan murah membuatkan pengunjung akan merasa teruja untuk tinggal lebih lama di Pulau Tuba yang aman damai, tenteram serta cantik pemandangannya.

Bahaya jaring kabus bermatakan 1 inci x 1 inci ini sungguh ifaktif dan ia tidak memilih mangsanya. Segala yang terlanggar pasti akan berakhir dengan kematian dalam jumlah yang banyak. Oleh kerana haiwan ini dianggap tidak mendatangkan sebarang laba maka dibiarkan mati kering seperti didalam imej diatas.

Malangnya pada sudut pandangan pencinta Burung dikawasan Pulau Tuba adalah neraka kepada burung-burung hijrah yang datang untuk berhenti berehat sementara meneruskan proses penghijrahannya. Sudah menjadi tradisi sejak lama dulu, penduduk-penduduk kampong akan berpesta meraikan kedatangan burung hijrah dengan Tiang Gol Lebar berjaring halus.



Walaubagaimana pun, mereka lebih tertarik kepada 2 spesis burung iaitu Burung Ayamair~Gallicrex cinerea dan Ruak-ruak Dada Putih~Amaurornis pheonicurus bagi tujuan makanan harian dan sumber pendapatan. Manakala burung-burung daripada spesis lain, tidak pula diketahui nasibnya, kerana saya tidak pandai membuat andaian.


Ada yang lebih mendukacitakan iaitu haiwan-haiwan  dan burung-burung yang tidak berkenaan akan dibiarkan mati terbelit dan tersangkut pada jaring sehingga kering. Hal perbuatan seperti ini pada hemat saya tidak langsung melambangkan perilaku masyarakatnya yang terkenal dengan ramah tamah. Pendidikan agama tidak menyeluruh diamalkan dalam kehidupan, ada kemungkinan mereka mempunyai tafsiran yang berbeza.




Hampir di setiap rumah mempunyai burung belaan yang disimpan didalam sangkar. Samada spesis burung Shama Tongkeng-putih~Copsychus malabaricus, Merbah Leher Lorek~Pyconotus finlaysoni, Merbuk aman~Geopelia striata, Tekukur Tengkok Bintik~Streptopelia chinensis dan
Tiong Emas~Gracula religios.


Saya boleh bayangkan sekiranya semua penduduk disini satu hati untuk membuang terus tabiat menjerat burung secara besar-besaran , Pulau Tuba boleh dijadikan syurga pemerhatian burung-burung hijrah kepada peminat memerhati burung Tanahair dan Luar Negara. Kerana burung-burung hijrah akan melalui kawasan perairan ini dan  akan datang singgah dipelbagai sudut dan arah Pulau Tuba untuk mencari perlindungan dan makanan pada tiap-tiap tahun.

Burung yang tidak mendatangkan laba , akan hanya dibiarkan mati secara sia-sia.
Tentunya keadaan akan berubah jikalau tiada jaring pembunuh, maka lebih banyak spesis burung-burung dapat dilihat datang bertandang di Pulau Tuba ini. Pelancong dan pengkaji hidupan burung liar akan menjadikan tempat ini sebagai pusat kajian mereka. Secara langsung limpahan laba akan dinikmati oleh penduduk tempatan.


Tiada seorang manusia pun boleh berfikir bahawa perbuatan membunuh makluk bernyawa seperti burung ini adalah perbuatan yang salah dan memalukan. Apatah lagi untuk menyelamat haiwan dan burung yang akan mati terbiar.



Menderita dan terseksa sebelum menemui ajal

Undang-undang Perlindungan Hidupan Liar tidak terpakai disini.




Senarai Burung Yang Ditemui:-

1.Ayamair~Gallicrex cinerea

2.Bangau balau~Bubulcus ibis

3.Bayan ekor panjang~Psittaculla longicauda
 
4.Beberek Mahkota berangan~Merops leschenaultia 
5.Belatuk Dada Coret~Picus viridanus

6.Berkik biasa~Gallinago gallinago

7.Belekok Karang Pasifik~Egretta sacra 
8.Belekok Cina~Egretta eulophotes
9.Belekok Kecil~Egretta garzetta

10.But-but Besar ( Terakup )~Centropus sinensis

11.Cecawi Besar Ekor bercabang~Dicrurus paradiseus 

12.Cencala hitam putih~Rhipidura javanicus

13.Ciak Dahan~Passer Montanus

14.Enggang Badak~Buceros rhinoceros
15.Enggang Papan~Beceros bicornis
16.Enggang Hitam putih-timur~Anthracoceros albirostris 

17.Itik Belibis Siul Kecil~Dendrocygna javanica

18.Iora Biasa ~Aegithina tiphia

19.Jerijit Suria Belakang Hijau zaitun~Nectarinia jugularis 

20.Jampuk Jelapang~Tyto alba 

21.Kedidi Biasa~Actitis hypoleucos 
 
22.Khukhu Sayu~Cocomantis merulinus

23.Lelayang Sarang Hitam~Collocalia maxima 
24.Lelayang Sarang Edible ~Collocalia fuciphaga 

25.Mandang kuning~Ixobrychus sinensis 

26.Malkoha Dada-berangan~Phaenicophaeus curvirostris
 
27.Merbah punggung kuning~Pyconotus goiavier
28.Merbah Leher Lorek~Pyconotus finlaysoni 

29.Merbuk aman~Geopelia striata

30.Murai Kampong~Copsychus malabaricus

31.Pekaka Leher-putih~Halcyon smyrnensis
32.Pekaka Cekak-putih~Todirhamphus chloris
 
33.Perapat perut kuning~Gerygone sulphurea

34.Perit Kuning~Motacilla flava.
35.Perit Rimba ~Dendronanthus indicus.

36.Perling berkilat Asia~Aplonis panayensis

37.Perincit Abu~Ortholomus ruficeps
38.Perincit  Leher gelap~Ortholomus atrogularis

39.Pipit Richard~Anthus richardi

40.Punai Leher-Merah jambu~Treron vernans

41.Pucong kecil~Butorides striatus

42.Rapang celak merah~Vanellus indicus
43.Rapang Kepala -kelabu~Vanellus cinereus

44.Rolla Paruh merah~Eurystomus orientalis

45.Ruak-ruak Dada putih~Amaurornis pheonicurus 

46.Sambar Coklat Asia~Muscicapa daurica 
47.Sambar Coret coklat~Muscicapa williamsoni 

48.Shama Tongkeng-putih~Copsychus malabaricus

49.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica
50.Sualo Selat~Hirundo striolata 

51.Sepah Bunga Mahkota Merah~Dicaeum cruentatum 

52. Tampung Cina~Ardeola bacchus

53.Tempua~Ploceus philippinus

54.Tekukur Tengkok Bintik~Streptopelia chinensis
 
55.Terik Tengkuk~hitam~Oriolus chinensis
56.Terik paruh lengkung~Oriolus tenuirostris

57.Tengkek Biru Asia~Irina puella

58.Tiong Emas~Gracula religiosa
59.Tiong Coklat~Acridotheres tristis

60.Tirjup Coklat~Lanius cristatus 

Burung Pemangsa  

61.Helang Sewah Gunung~ Spizaetus nipalensis
62.Helang Laut -Perut putih~Haliaeetus leuthyaetus
63.Lang Kawi~Haliastur indus
64.Ciaksewah China~Accipitier soloensis

3 comments:

  1. Tahniah, saya rasa saudara patut hantar rare bird record untuk MNS-BCC kerana dari senarai nama saudara, nampaknya saudara dah menjumpai spesies baru yang tidak pernah direkodkan di negara kita

    56.Terik paruh lengkung~Oriolus tenuirostris (Slender-billed Oriole)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Saudara Tou kerana ada sedikit minat membaca laporan peribadi saya.:-). Pada hemat saya, spesis Terik paruh lengkung~Oriolus tenuirostris memang sudah lama berada di Pulau Tuba ( Malaysia ) dan ia adalah burung tempatan. Cumanya tidak ada pemburung seperti kita yang datang memburung di Pulau tersebut. Saya yakin ketika kemuncak musim hijrah mungkin banyak spesis burung yang kita boleh ketemui. Terima kasih diatas kepekaan Saudara Tou itu.

    ReplyDelete