Wednesday 5 August 2015

Kesumba Diard~Harpectes diardii



Kesumba Diard~Harpectes diardii

Kesumba Diard~Harpectes diardii  Jantan

Kesumba Diard~Harpectes diardii betina

Burung Kesumba Diard~Harpectes diardii adalah burung rimba yang sangat menarik dan berwarna warni. Merupakan burung terbesar diantara spesis-spesis Kesumba yang lain, saiznya lebih kurang seperti saiz seekor burung Merpati Batu~Columbia livia .

Burung Kesumba Diard~Harpectes diardii Jantan

Mempunyai sepasang sayap yang agak pendek tidak sebanding dengan saiz tubuh badannya yang berat dan besar. Disebabkan sayapnya yang tidak lebar dan pendek maka pergerakanya agak perlahan dan tidak pantas, sepertimana  burung burung lain.


Kesumba Diard~Harpectes diardii  Jantan

Paruhnya tebal pendek serta bercangkuk  dan mempunyai pelbagai warna mengikut spesis. Kebiasaannya akan hinggap pada ranting dan akar yang tergantung didalam hutan untuk jangka masa yang agak lama. Menoleh dengan mengerakkan lehernya secara perlahan-lahan untuk  memerhatikan sekelilingnya untuk melihat serangga yang menjadi makanan utamanya.

Burung Kesumba Diard~Harpectes diardii    Jantan

Ditemui bersendirian pada satu-satu masa dan merupakan burung yang menjaga kawasan persempadannya. Mudah teruja jikalau ada siulan panggilan menyerupai suara panggilannya memasuki persempadannya. Sering kali tertipu terpedaya oleh panggilan siulan palsu yang dimainkan oleh Jurugambar-jurugambar burung. Burung ini kebiasaannya boleh  ditemuinya didalam rimba dibawah knopi pokok yang bercahaya malap dan suram. Membuat sarang didalam lobang pokok mati seperti keluarga burung Belatuk dan Takur.

Burung Kesumba Diard~Harpectes diardii    Jantan

Kesumba Diard~Harpectes diardii betina

Pengalaman Mengintip Kelakuan Burung Betina.

Kesumba Diard~Harpectes diardii betina

Baru-baru ini saya telah diberi peluang melihat perilaku burung betina yang saya sendiri tidak pernah mendengar daripada Guru saya apatah lagi mendengarnya daripada pemburung-pemburung lain. Pada mulanya burung betina dilihat sedang hinggap pada ranting buloh yang rendah separas dengan mata.

Kesumba Diard~Harpectes diardii betina

Dalam jarak lebih kurang 30 meter daripada tempat saya berada. Ketika itu burung betina sedang dalam keadaan termenung, tetapi setelah saya rapat menuju kearahnya, burung terbang masuk kedalam hutan yang lebih dalam.

Kesumba Diard~Harpectes diardii betina

Lebih kurang 5 minit kemudian terdengar bunyi siulan yang pendek secara berulang-ulang. Teruja lalu masuk kedalam knopi hutan yang tebal sambil mencari   punca  datangnya suara tersebut. Setelah berjalan beberapa tapak , kelihatan dicelah-celah daun dan ranting pokok  burung betina yang dicari itu. Pada jarak 10 tapak dari tempat saya berdiri, Burung Kesumba Diard~Harpectes diardii betina itu sedang melakukan upacara yang tidak pernah saya lihat. Mengintip dengan tekun dicelah-celah ranting daun pokok renek hal perbuatan dan perilaku burung itu.

Kesumba Diard~Harpectes diardii betina

Pada mulanya burung itu membelakangkan saya, ketika itu ia sedang mengembang-gembangkan pelepah ekornya seperi kipas sambil menjongkit-jongkitnya pelepah ekornya. Sambil ia mengembangkan pelepah ekor, ia mengeluarkan siulan pendek secara bertalu-talu. Kemudian melompat keatas ranting yang lebih tinggi dan melakuan pekara yang sama  secara berulang-ulang kali untuk satu jangka masa agak lama.

Kesumba Diard~Harpectes diardii betina

Sejurus kemudian burung melompat pula keranting aras bawah yang menghadap  berhadapan dengan tempat saya mengintipnya. Perilaku yang serupa dilakukanya berhadapan dengan saya, maka kali ini kelihatan dengan jelas pelepah ekornya yang panjang mengembang seperti kipas dan terjongkit-jongkit kemas keatas hinggakan boleh dikira akan batang pelepah ekor burung itu.

Kesumba Diard~Harpectes diardii betina

Peristiwa melihat dengan mata kepala sendiri perilaku burung Burung Kesumba Diard~Harpectes diardii , didalam hutan rimba seorang diri merupakan pengalaman yang menyeronokan sehingga membuatkan hati cukup senang dan teruja. Lebih-lebih lagi perilaku burung yang tidak pernah saya lihat sepanjang pengalaman memburung.


Menjadi tanda tanya kepada saya  , atas alasan apa burung betina ini melakukan upacara seperti spesis burung Cencala~Fantail. Yang pastinya dihadapannya itu tidak pula saya nampak kelibat burung Jantan mahu pun haiwan-haiwan pemangsa yang mungkin menarik perhatian atau mengganggu ketenteramannya. Menjadi tandatanya kepada saya ! Wasalam.



No comments:

Post a Comment