Monday 17 August 2015

Fatwa Cadangan Kepada Mufti-Mufti Dan Majlis Fatwa.

 Perbuatan Memandu Sambil BerFacebook dan Bertwitter Adalah Berdosa Dan Haram.



Orang Islam Harus meniru dengan seberapa segera undang-undang di Negara-negara Barat  iaitu supaya menfatwakan Pengharaman Memandu  dan Menunggang Kenderaan sambil berFacebook, berWhatsapp , berTwitter dan berWechat . Perbuatan dosa ini adalah sungguh Zalim kerana sipelaku mengundang bahaya dan secara sengaja  memberi perasaan cemas , merbahayakan nyawa pengguna jalanraya dan nyawa diri sendiri. Perbuatan terkutuk ini adalah lebih keji dan hina daripada memandu dalam pengaruh Dadah dan Alkohol.


Kenyataan cadangan ini dilihat seperti keterlaluan, kerana dosa yang kejam ini tidak dilihat sepertimana sipelaku membawa senjata menyerang  mencedera atau membunuh mangsa. Tetapi perbuatan sipelaku hanya duduk bersendirian didalam kenderaan memandu sambil berleka dengan Gadjet Talipon pintar masing-masing. Mereka tidak menumpukan mata kepada jalanraya dan kenderaan di jalanraya . Tetapi kesannya adalah sama  iaitu melibatkan nyawa dan kecederaan pada manusia yang tidak berdosa. Adalah tidak tepat dan adil jikalau pekara sebegitu dikatogarikan sebagai kemalangan, tetapi ia lebih sesuai kepada perbuatan untuk membunuh orang lain dan diri sendiri.


Contoh-contoh.

1.Seorang Pemandu Teksi atau Bas Ekspres , gelora leka ingin mengemas kini status dalam Facebook, ketika sedang membawa penumpang. Tentunya keadaan sebegini akan membuatkan penumpang-penumpang akan merasa cemas kerana sipemandu secara sengaja hilang tumpuan kepada pemanduannya.  Walaupun perjalanan tersebut selamat sampai kedistinasi tetapi selama tempoh perjalanan banyak nyawa merasa cemas.

2.Seorang Imam  berkenderaan ingin mengimamkan solat waktu di Masjid, tetapi dalam perjalanan beliau leka berfacebook  lalu , telah melanggar penunggang motosikal hingga mengakibatkan kecederaan kekal sepanjang hayat.

3.Seorang  Guru wanita muda berpurdah, cantik, beriman, bersopan santun, hartawan dan baik budi bahasa memandu ke Sekolah, tetapi dalam perjalanan leka berfacebook  hilang tumpuan lalu melanggar  rumah kediaman, rumah kedai dan rumah ibadat  sehingga kemusnahan teruk.

4.Pemandu Bas Sekolah, leka berfacebook sehingga kenderaan yang dipandu berserta pelajar-pelajar terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kanak-kanak sekolah tercedera dan mati.

Andai kata mangsa itu adalah dari kalangan ahli keluarga dan orang yang tersayang menerima kesan akibat daripada perbuatan yang dinyatakan diatas, adakah kita bersedia untuk memaafkan sipelaku atas nama kemalangan atau ketentuan nasib dan takdir ?


Kita sedia maklum dewasa ini di Tanahair kita terdapat  berjuta pengguna kenderaan, yang semuanya memiliki telepon mudah alih.  Katakan daripada berjuta , hanya 1 peratus daripadanya adalah pemandu berfacebook dan berWhatapp, maka kita boleh bayangkan berapa banyak nyawa terancam setiap masa. Ditambah pula dengan cara pemandu yang kurang beradap dijalan raya, yang tidak tahu rasa Aib dan Malu ketika menggunakan jalan raya. 


Maka tidak hairanlah kadar kemalangan dinegara kita meningkat secara mendadak dari tahun ketahun. Punca utama atas kemalangan adalah disebabkan faktor kemanusiaan itu sendiri, iaitu memandu dalam keadaan letih mengantuk, pengaruh Alkohol  dan memandu sambil berFacebook, BerWhatapp, BerTwitter.

Malangnya satistik perbuatan ini tidak dapat diketahui oleh umum kerana sangat jarang sipelaku bersedia untuk berterus terang  atas sebab musabab  kemalangan terjadi.  Sedikit contoh yang dinyatakan diatas adalah pekara yang telah berlaku tetapi malangnya tiada siapa yang sanggup mendedahkannya kerana mereka sendiri tahu akan perbuatan dosanya itu. Maka tanpa disedari ia meneruskan kehidupan dengan aib dan berdosa kerana tidak  memohon kemaafan kepada mangsa dan waris mangsa.

Sepertimana yang diketahui  Sukan Exteme Bungee Jumping dan sukan Extreme yang lain tidak dilindungi oleh mana-mana syarikat insuran kerana bersifat mencari bahaya kepada diri sendiri. Jikalau ada pun yurannya sangat mahal. Maka layakkah Manusia Kejam dan Berdosa ini diberi perlindungan oleh Syarikat Insuran kerana mengundang bahaya kepada orang awam dan diri sendiri ?


Berdasarkan huraian diatas maka saya mencadangkan supaya perbuatan berfacebook, berwhatsapp, berWechat dan berTwitter sambil memandu itu adalah haram dan berdosa besar disisi Islam dan Undang-undang Negara.

Sebelum perbuatan ini diputuskan KEHARAMANnya oleh Majlis Fatwa, eloklah kita sebulat hati beramai-ramai berkempen memandang perilaku perbuatan yang tersebut itu adalah perbuatan DOSA BESAR yang mengaibkan lagi hina .

Syarikat Insuran pula haruslah mengkaji semula tentang skim perlindungan insuran mereka. Sipelaku  tidak layak menuntut gantirugi atau dilindungi dari pihak Syarikat Insuran Kemalangan. Wasalam.


No comments:

Post a Comment