Cabaran Merakam Burung Tukang Ekor-besar~Caprimulgus macrurus Pada Waktu Malam.
Dalam perjalanan menaiki kereta ketika pergi makan malam secara tidak semena-mena seekor burung yang berada diatas jalanraya terperanjat lalu terbang hinggap diatas ranting ditepi jalan. Pada ketika itu saya tidak membawa kamera, tanpa berlengah-lengah terus berpatah balik ke bilik untuk mengambil peralatan rakaman saya. Dalam hati, dengan penuh yakin burung tukang itu pasti akan berada diatas ranting ditepi jalan. Pengalaman yang lepas burung ini tidak akan kemana-mana apabila kita terjumpa pada waktu malam. Sesampai dilokasi ia dijumpai, kelihatan burung tukang masih lagi bertenggek diam diatas ranting kering.
Maka bermulalah upacara sukar, bagaimana untuk merakam burung dalam keadaan gelap gelita tanpa menggunakan flash serta tripod. Seperti biasa saya halakan cahaya lampu tinggi kenderaan menghadap kearah burung dengan harapan ia tidak terbang. Dengan keadaan cahaya yang suram, saya mengenakan formula f yang paling besar dan shutterspeed ( 1/40 ) yang paling rendah sambil mendapat bantuan ISO berjumlah 400 untuk mendapatkan rakaman keselamatan. Setelah membuat beberapa rakaman serta yakin burung merasakan kehadiran saya tidak memdatangkan ancaman, selangkah demi selangkah saya menghampirinya.
Saya berjaya menghampirinya pada jarak rakaman imej memotong sebahagian ekor burung, hinggakan saya berundur semula kebelakang untuk mendapatkan sudut yang saya fikirkan menarik. Setelah mendapatkan banyak imej yang difikirkan elok, saya mengecilkan pembukaan F kepada 6.3 dan shutterspeed kepada 1/20. Pada ketika ini saya terpaksa menggunakan lutut sebagai bantuan kepada alat rakaman supaya tidak mendatangkan gegar.
Sebanyak 168 rakaman berjaya dilakukan, namun begitu cuma 58 rakaman sahaja yang menepati kualiti yang dikehendak. Iaitu jelas berkaca dan tajam walaupun saya akui warna buluhias burung tidak menepati warna sebenarnya sepertimana membuat rakaman pada waktu siang hari. Walaubagaimana pun saya berpuas hati dengan hasil rakaman yang telah dilakukan dengan keadaan yang mencabar tanpa alat bantuan. Wasalam.
Wow!tanpa tripod! wow!
ReplyDelete