Kurungan Didalam Kandang Adalah Keputusan Bijaksana Dan Patut Dilaksanakan Segera.
Akhir-akhir ini bermula sejak Januari hingga Febuari pencinta hidupan
liar telah digemparkan dengan berita-berita kejayaan pihak
Perhilitan memberkas Pemburu Haram haiwan Harimau Belang di negeri Terengganu.
Walaupun Pemburu Haram itu telah berjaya tertangkap namun begitu nasib Harimau Belang itu tetap malang kerana nyawanya telah melayang secara percuma. Kalau Harimau Belang Betina, tentu anaknya mati kelaparan jikalau Harimau Belang Jantan hilanglah induk dan baka Harimau Belang disesuatu kawasan itu.
Syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai yang bertungkus lumus berusaha
menjerat dan memberkas penjenayah-penjenayah hidupan liar ini. Tanggung jawab dan usaha baik
ini sentiasa hendaknya digiatkan secara kerap demi melindungi khazanah Alam
semulajadi Negara kita.
Tentunya pihak jabatan lebih maklumi akan betapa sangat sukar untuk
dihapuskan gejala Pemburuan Harimau Belang dan hidupan liar dalam waktu yang terdekat. Namun begitu kegiatan ini masih boleh
disekat sedikit demi sedikit. Dengan syarat semua pihak memainkan peranan
secara serius untuk membasmi gejala ini, demi melambatkan proses pengurangan jumlah Harimau Belang.
Kemudian tidak sampai beberapa minggu, seorang pengguna lebuh raya di
Terengganu secara " Tidak Sengaja " telah melanggar mati seekor Harimau Belang
betina yang bunting bersama 2 ekor anak didalam kandungannya. Kejadian
ini dilihat sebagai satu kerugian yang amat besar kepada khazanah alam
dan pencinta hidupan liar.
Berita tentang Harimau Belang timbul lagi didada Akhbar , apabila seekor
Harimau Belang Jantan telah "Tidak Sengaja" terkena jerat Babi Hutan yang
dipasang oleh orang asli . Mujur Orang Asli itu mempunyai kesedaran
kepentingan Harimau Belang, beliau terus membuat laporan kepada Jabatan
berkaitan untuk menyelamatkan Haiwan malang itu.
Andaikata terlambat, besar kemungkinan kaki Harimau Belang yang terjerat itu
akan mengalami kecederaan teruk sehingga boleh dijangkiti kuman, dan
akhirnya kakinya akan dipotong. Mujur tindakan pantas dari pakar
Vetarina telah menyembuhkan luka terkena jerat itu.
Keputusan Pegawai atasan untuk mengurung terus Harimau Belang tersebut didalam
kandang adalah langkah yang tersangat bijak. Demi menjamin keselamatan
nyawa Harimau Belang, daripada dibunuh oleh Pemburu-pemburu Hidupan Liar yang
sedang menunggu sahaja Harimau Belang itu akan dilepaskan didalam
habitatnya.
Dengan mengurung Harimau Belang ini , maka banyak kajian terperinci boleh
dijalankan oleh pelajar universiti dan pihak NGO. Disamping rancangan program
pembiakkan baka-baka Harimau Belang dapat diusahakan didalam kandang demi menambah
jumlah Harimau Belang yang semakin berkurangan pada ketika ini.
Persiapan dan program yang sedang berjalankan ini, adalah persediaan
yang kemas dan rapi. Supaya matlamat yang dirancang dapat dizahirkan
dengan kejayaan. Keutamaan pada masa kini ialah, perkara yang telah
berlaku kepada negara Cambodia, tidak akan terjadi kepada negara kita .
Dimana negara Cambodia telah pun secara rasmi
mengisytiharkan bahawa Harimau Belang telah pupus didalam hutan dinegara mereka. Jadikan
kekecewaan negara Cambodia itu sebagai iktibar , supaya kepupusan
Harimau Belang tidak akan terjadi kepada negara kita.
Jumlah hidupan liar, diet kepada makanan Harimau Belang didalam hutan semakin
berkurangan kesan daripada Pemburuan Hidupan Liar secara diam. Bukti
beberapa kes tangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Perhilitan boleh kita
buat satu petunjuk jelas, bahawa hidupan liar ini telah diburu
sepanjang masa. Tidak keterlaluan jika dikatakan pada masa ini, memburu
hidupan liar adalah satu kerjaya bukan lagi sebagai hobi masa lapang.
Dengan bermacam-macam gejala ancaman yang tidak sudah-sudah , maka pihak Jabatan-Jabatan yang bertanggung jawab telah mencadangkan satu rancangan untuk mengandang dengan pagar keselamatan di seluruh kawasan Hutan Tanah Persekutuan diatas tapak Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang. Pandangan jauh oleh pegawai-pegawai Jabatan dengan cadangan ini haruslah dipuji.
Kerja-kerja Pembinaan Pagar Keselamatan Bermula Sejak Tahun 2013
Kontraktor Bahtera Nirwana Sdn.Bhd~ 1 Okt 2013 ~ 6 Jan 2014 |
Projek telah pun bermula sejak tahun 2013 dan masih dalam proses pembinaan lagi. Apabila siap pembinaannya itu nanti, maka keselamatan Harimau Belang yang berada disitu dijangka akan terjamin serta bebas daripada ancaman pemburu-pemburu.
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013 |
Dalam waktu yang sama mana-mana baka harimau yang telah berjaya dibiakkan
dalam program pembiakan Harimau Belang dalam kurungan di Sungkai Perak itu nanti, bolehlah dilepaskan dikawasan ini . Pihak Jabatan dan pelajar-pelajar universiti bolehlah juga mengambil peluang untuk menyelidik dan membuat kajian lanjut terhadap Harimau-harimau tersebut .
Kontraktor ZR Construction 27 Ogos 2015 ~ 26 Feb 2016. |
Projek yang menelan belanja ratusan ribu ringgit ini telah pun memakan korbannya kepada perubahan bentuk mukabumi dan alam sekitar. Banyak pokok-pokok dikawasan R.O.W telah terpaksa ditebang dan tanah-tanah juga terpaksa dikorek dan diratakan demi kesempurnaan serta kejayaan projek ini.
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2016 |
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013 |
Apa yang dikhuatirkan ialah, sejak projek dimulakan pada tahun 2013 dahulu , ada kemungkinan pekerja-pekerja binaan yang ramai boleh mengambil peluang untuk menjerat berbagai hidupan liar untuk sumber makanan mereka. Kalau dahulunya kawasan hutan ini hanya boleh dimasuki dengan berjalan kaki dan ia mengambil masa yang panjang untuk keluar dan masuk .
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013 |
Tetapi dengan pembukaan jalan semasa tempoh pembinaan dijalankan, ada kemungkinan besar pekerja-pekerja binaan , penduduk sekitar , pencuri kayu Gaharu dan Sarang Kelulut menyorok-nyorok menceroboh jauh masuk kedalam hutan untuk mengambil hasil semulajadi yang ada disitu.
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013 |
Boleh jadi juga pekerja-pekerja binaan dijadikan proxy oleh penceroboh dan
mereka bekerjasama untuk memasuki hutan dengan berkenderaan. Pekerjaan permaufakatan secara terlarang seperti
ini amatlah sukar untuk dibongkarkan oleh pihak Jabatan.
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013 |
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2013 |
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2014 |
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2014 |
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2014 |
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2015 |
Imej keadaan tapak pembinaan pada tahun 2015 |
Kerja-kerja Menyiapkan Baki Pembinaan Sedang Giat Di Jalankan Sehingga 29 Feb 2016
Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016 |

Aktiviti untuk mengambil Kayu Gaharu , Mengambil Sarang Kelulut,
Menjerat dan Memburu Hidupan liar akan menjadi lebih mudah selagi
kerja-kerja ini tidak disiapkan. Setelah projek ini berjaya disiapkan nanti,
pada ketika pula tanpa disedari kekayaan hasil hutan telah pun
berkurangan.
Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016 |
Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016 |
Dan jumlah hidupan liar yang berada didalam kawasan itu juga telah menjadi
sedikit jumlahnya. Seolah-olah memagar kawasan hutan yang sudah rendah nilai
mutunya jika dibandingkan dengan sebelum ia dikandang.
Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016 |
Atau setelah semua kawasan yang telah siap sepenuhnya hanya dengan
berpagarkan tiang-tiang pagar besi yang telah mulai berkarat kesan
daripada keadaan cuaca. Maka tempoh jangka hayat kekuatan tiang-tiang besi dan
jeriji pagar akan turut berkurangan.
Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016 |
Andaikata sekumpulan Gajah mengamuk menerpa melanggar kearah pagar, maka
dengan mudah ia akan tumbang. Jikalau pokok-pokok tinggi yang berada
berhampiran dengan pagar tumbang menghimpap pagar akibat ribut taufan,
bagaimana agaknya kekuatan pagar-pagar itu.
Imej keadaan tapak pembinaan pada 29 Februari 2016 |
Apapun jua sudah tentu pihak yang dipertanggungjawabkan sudah pun memikirkan semua perkara seperti ini secara sehalus-halusnya dan mempunyai kaedah serta cara yang bijaksana untuk menanganinya.
Kerja-kerja Menyiapkan Baki Pembinaan Sedang Giat Di Jalankan Sehingga 4 May 2016
Kerja-kerja pembinaan kandang bahagian luar sudah hampir siap dipasang sepenuhnya, namun begitu kandang bahagian dalam belum lagi dimulakan. Mungkin pihak Jabatan sedang dalam proses memilih kontraktor yang berkebolehan melaksanakannya dengan mengikut jadual sepertimana yang dirancangkan nanti.
Ada besar kemungkinan proses pembinaan ini akan mengambil masa yang lebih panjang lagi untuk disiapkan sepenuhnya. Apatah lagi prasarana didalam Pusat Konservarsi Harimau Kebangsaan itu belum dimulakan lagi kerana mungkin ia adalah projek yang berperingkat-peringkat.
Tempat tinggal pekerja-pekerja mahir terlatih serta pakar Veterinar , tentu sekali akan dibina. Bangunan-bangunan Kuaters pekerja, Bangunan Pejabat dan Makmal Pakar Veterinar Harimau mungkin turut dibina juga ,sepertimana di Pusat Konservarsi Gajah di Kuala Gandah.

Salam tuan,
ReplyDeleteTerima kasih atas pelbagai info menarik di blog ini. Memang agak menyedihkan melihat banyak haiwan liar yg mati di jalan raya kita. Selain menyediakan lintasan alternatif dan pagar penghalang, adakah cara lain utk menghalang lintasan haiwan2 ini? Kerana saya pernah terbaca mengenai peladang di India menggunakan rakaman bunyi harimau utk menghalang haiwan memasuki kawasan mereka. Tidak pasti jika ini berkesan utk binatang lain.