Burung Khukhu India~Cuculus micropterus ~Jantan.
Dalam buku The Field Guide to The Birds of South East Asia tulisan Craig Robson, menyatakan Burung Khukhu India~Cuculus micropterus merupakan Burung Hijrah yang hanya menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai laluan penghijrahannya. Di negara seperti Thailand, Myanmar, dan Laos spesies ini boleh dijumpai pada tahap ketinggian sehingga 1,830 meter. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, maklumat yang dinyatakan spesies ini boleh dijumpai dikawasan tidak melebihi 780 meter sahaja.
Pada 4 April 2016, sahabat saya Pak Long telah terjumpa bangkai seekor burung Burung Khukhu India~Cuculus micropteru dan seekor burung Berlau Sayap -biru~Pitta moluccensis yang terjatuh dilantai kerana terlanggar dinging bangunan di Ulu Kali. Burung Berlau Sayap -biru~Pitta moluccensis telah dapat diselamatkan dan meneruskan penghijrahanya. Manakala burung Khukhu India~Cuculus micropterus mati ditempat kejadian kesan pelanggaran hentakkan dikepala yang kuat pada dinding.
Bukti penemuan ini telah menunjukkan burung Khukhu India~Cuculus micropteru juga boleh dijumpai dikawasan tanah tinggi seperti di Ulu Kali, Selangor/Pahang. Yang sebelum ini tidak pernah dicatitkan akan penemuan burung ini dikawasan pergunungan tanah tinggi .Berdasarkan maklumat penghijrahan yang terdahulu, burung-burung melakukan penghijrahan pada waktu malam dalam satu gerombolan dari pelbagai spesies dalam satu-satu masa.
Khukhu India~Cuculus micropteru |

Nasib tidak menyebelahi burung Khukhu India~Cuculus micropteru pada musim 2016. |
Bukti penemuan ini telah menunjukkan burung Khukhu India~Cuculus micropteru juga boleh dijumpai dikawasan tanah tinggi seperti di Ulu Kali, Selangor/Pahang. Yang sebelum ini tidak pernah dicatitkan akan penemuan burung ini dikawasan pergunungan tanah tinggi .Berdasarkan maklumat penghijrahan yang terdahulu, burung-burung melakukan penghijrahan pada waktu malam dalam satu gerombolan dari pelbagai spesies dalam satu-satu masa.
Adakah mereka beterbangan secara menderu seperti sekumpulan burung Perling Tengkuk-ungu~Sturnus sturninus dengan jumlah yang besar diruang angkasa atau mereka hanya terbang dibawah knopi hutan. Burung dari spesies apakah yang begitu pandai menjadi penunjuk arah kepada burung-burung lain dalam memilih dan menentukan laluan penghijrahan mereka. Adakah ada satu jalinan kerjasama permaufakatan antara mereka. Apakah ada satu bahasa yang boleh difahami antara berlainan keluarga dan spesies burung ? Atau hanya berpandukan bahasa naluri yang tidak mempunyai bahasa suara dan bunyi.
Buluhias bahagian peha burung berwarna kelabu, sama warnanya dengan warna buluhias bahagian badan. Mempunyai sepasang pelepah sayap yang pada setiap bahagian sayap mempunyai 18 batang pelepah. |
Bagaimana cara penerbangan hijrah burung-burung spesies bersaiz sederhana dan kecil ketika mereka melakukan penerbangan hijrah. Adakah sama sepertimana gerombolan ombak burung yang sedang mencari makanan yang didalam hutan.? Mengapa mereka membuat keputusan melaku penerbangan hijrah pada waktu malam gelap gelita dengan keadaan yang sejuk.
Terdapat 10 batang pelepah ekor burung tersisip rapi. |
Mengapa tidak seperti kebanyakan spesis burung-burung pemangsa melakukan penerbangan hijrah diwaktu siang. Seperti burung Bazad
Madu-Timur~Pernis ptilorhyncus, Bazad Muka-Kelabu~Butastur indicus dan
Baza Hitam~Avecida leuphotes. Dalam Bab Penghijrahan Burung ini banyak perkara yang masih lagi
berstatuskan misteri, sehingga sekarang misteri itu, masih belum
terjawab.
Bagaimana mereka berupaya terbang pada jarak yang sangat jauh melintasi lautan luas dan selat. Meredah hutan, menongkah udara menaiki ruang angkasa dibanjaran serta gunung dalam suasana gelap gelita dan berkabus. Berupaya memilih laluan yang sama dan tempat berehat yang sama pada tiap-tiap musim hijrah. Pedoman dan pancaindera apakah yang telah disediakan oleh penciptanya itu, sehingga berupaya melakukan penghijrahan hebat ini. Namun begitu sifir Hidup Rezeki dan Ajal Maut itu adalah milik penciptanya jua. Hebat sungguh pencipta makhluk ini. Wasalam.
No comments:
Post a Comment