Sunday 3 July 2016

Pemburung Bersepakat Merancang Untuk Menjemput Musuh Burung Tanpa Niat


Pemburung Bersepakat Merancang Untuk Menjemput Musuh Burung Tanpa Niat.
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake

Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake

Taman Negeri Selangor Sungai Congkak, Ulu Langat menjadi tumpuan pemburung tempatan dan luar negara kerana mempunyai simpanan khazanah spesies burung yang pelbagai. Tempat memburung ini juga menjadi Fixed Deposit kepada Jurupandu Burung Professional (Bird Guide) tempatan  yang pasti akan menggembirakan  pelanggan luar negara  yang dibawanya untuk merakam imej spesies burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa.


Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake

Kepada pemburung tempatan yang berada di luar Lembah Klang pula, ia merupakan lokasi yang pasti bagi mendapatkan spesies burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa. Di sini juga sering dikunjungi oleh pelbagai burung-burung hijrah dan burung-burung tempatan yang menjadikan lokasi ini untuk membuat sarang mereka. Kebarangkalian pemburung yang berkunjung untuk pulang hampa dengan tangan kosong adalah sangat tipis.





Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake

Rahsia mengapa burung rimba Pekaka Api~Ceyx rufidorsa yang pada suatu ketika dulunya terlalu susah untuk melihatnya tetapi kini telah menjadi terlalu mudah memperolehi imejnya. Ini terjadi disebabkan oleh tabiat pemburung-pemburung tempatan dan Jurupandu Burung Professional (Birds Guide) yang telah merasuah burung dengan membawa makanan anak ikan kepadanya.



Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake


Mereka membawa anak-anak ikan yang dibeli di kedai, kemudian meletakkannya ke dalam kolam lopak yang telah dikorek. Maka burung ini tidak perlu lagi bersusah-payah berkeliaran di dalam hutan untuk mencari makanannya. Burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa hanya perlu pergi ke lokasi ini dan boleh terus mendapatkan makanan yang telah tersedia didalam lopak itu.
  


Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake

Lama-kelamaan kaedah ini dirasakan agak merugikan kerana ikan akan berenang terlepas keluar daripada lopak, sementara  burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa tiba. Apa yang dilakukannya ialah dengan membuat mini kolam yang diperbuat daripada logam kemudian ditanam ke dalam anak sungai. Kaedah ini tidak merugikan umpan kerana anak-anak ikan tidak boleh terlepas daripada kolam mini tersebut. Lebih banyak anak ikan dimasukkan ke dalam logam maka bertambah lamalah Jurufoto berpeluang merakam burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa.


Apa yang penting, Jurufoto haruslah membuat persediaan memastikan kuasa bateri kamera dan kad CF yang mencukupi.  Jurufoto burung tidak perlu duduk menyorok di dalam  Hide dan tidak pula perlu duduk jauh dari lokasi burung bertenggek. Burung membenarkan Jurufoto berada hanya semeter daripada tempat dia bertenggek. Sehingga telah hilang perasaan nikmat berdebar dan keterujaan mendapat berjumpa dengan burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa.
 

Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake

Disini, statuskan burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa  dikatogarikan  sebagai burung liar yang dipelihara di dalam rimba. Pada bila-bila masa ia boleh dipanggil dan ia akan datang  bertenggek diam untuk jangka waktu yang sangat lama. Manakala ditempat lain burung ini sangat pemalu dan amat takut akan kehadiran manusia.




Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake

Yang pastinya umpan anak-anak ikan dibawa oleh Jurufoto Burung yang diletakkan di-dalam kolam mini mereka itu juga akan menarik perhatian haiwan rimba yang lain. Perkara ini sejak dahulu lagi telah dijangkakan tetapi saya tidak berpeluang mendapat bukti nyata. Saya cuma menganai-andaikan sahaja dan andai-andaian itu pula diperlekehkan dan diajuk-ajukkan sahaja kerana tiada bukti nyata.



Baru-baru ini saya berpeluang  melihat kejadian  Ular Tikus Biasa~Ptyas korros Schlegal~Indo-Chinese Rat Snake itu kehulu-hilir menghendap dan mengejar pasangan burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa di-dalam air tanpa burung itu perasan. Tetapi oleh kerana burung Murai Kampong~Copsychus saularis cekap menghidu bahaya . 

Murai Kampong~Copsychus saularis
Ia telah membuat riuh dan bising berkicau-kicau seperti untuk mengawaskan burung-burung yang lain tentang bahaya Ular Tikus Biasa~Ptyas korros Schlegal~Indo-Chinese Rat Snake di dalam air.  Maka burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa memilih untuk hinggap pada ranting bahagian atas setelah  menyedari akan pemangsa  sedang berusaha menangkapnya.

Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake
Manakala Ular Tikus Biasa~Ptyas korros Schlegal~Indo-Chinese Rat Snake mencari tempat yang sesuai  menyorok sambil menunggu serangan hendap boleh dilakukan pada masa yang sesuai, berhampiran dengan kolam mini yang masih mempunyai saki baki anak ikan itu.

Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake

Ada kemungkinan pada suatu hari seperti perpatah kata-kata orang tua;  Kancil kadang-kadang terlupa akan jerat tetapi jerat tidak pernah lupa akan Kancil. Pemangsa tidak semestinya Ular , mungkin Kucing Batu, mungkin Biawak  atau pun manusia yang datang untuk menangkapnya.

Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake
Katakan tabiat merasuah burung sebegini ditiru di kawasan Hutan-hutan rimba yang lain dari masa kesemasa tanpa ada perasaan apa-apa. Sehinggakan perbuatan ini menjadi kebudayaan yang mulia dalam  merakam imej burung, maka lakukanlah dan teruskanlah.


Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake


Yang pastinya tiada siapa yang berhak boleh melarang kebudayaan ini dihentikan dan tiada siapa pun boleh menentukan tabiat ini adalah tidak betul. Atau menyatakan itu dan ini adalah tidak kena , kerana semua modal membeli peralatan rakaman berharga pulohan ribu ringgit itu adalah dari wang mereka sendiri bukan milik saya. Wasalam.

No comments:

Post a Comment