Sunday 14 May 2017

Cadangan Pengenalan Jantina Burung Belekuk Kecil~Egretta garzetta ( Little Egret )



Cadangan Pengenalan Jantina Jantan & Betina Burung Belekuk Kecil~Egretta garzetta 



Rosla Bin Mustakim
Alamat:  Red Door To Hunt
Email: rosla.m3@gmail.com


ABSTRAKBurung Belekuk Kecil~Egretta garzetta adalah  salah satu dari jenis burung meredah air yang terdapat di Malaysia. Ia dihimpun bersama keluarga Ardeidae yang lain seperti burung Belekuk Cina~Egretta eulophotes, Belekuk Karang Pacifik~Egretta sacra, Bangau Tengah~Mesophoyx intermedia, Bangau Besar~Casmerodius albus, Bangau Balau~Bubulcus ibis dan banyak lagi. Ciri utama keluarga jenis burung  meredah ialah ia mempunyai bentuk paruh yang runcing seperti mata lembing,  leher yang panjang dan keting kaki yang panjang. Kebiasaan ditemui secara berkumpulan bersama-sama kumpulan burung yang lain dikawasan berhampiran dengan kawasan air seperti  bendang , paya, tasik dan sepanjang sungai. Kebanyakan warna bulu hias mereka adalah berwarna putih. Sumber makanan mereka adalah dari  pelbagai jenis. Cacing, siput , ikan, udang.



Siri Upacara Tarian Buluhias


Burung Betina semasa musim mengawan
Kawasan Pemerhatian 

1.Kawasan kolam Tebatan Banjir, Takungan Air Batu, Jalan Ipoh. Kuala Lumpur.
2.Kawasan Sawah Padi, Sawah Sempadan,Tanjung Karang Selangor.
3.Kawasan Paya Tasik Permaisuri Rawang.
5. Kawasan Kolam Pembentungan Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.


Burung Betina semasa musim mengawan

Burung jantan bertenggek disebelah kiri dan burung betina di sebelah kanan.

Burung betina ini memperagakan buluhias ketika mereka melakukan "Tarian Buluhias" sebagai memikat calun pasangan.

Ciri Pengenalan Burung Jantan Ketika Luar Musim Mengawan

Bulu tocang dibelakang kepala berjurai panjang. Mempunyai Iris Mata Kuning yang mengelilingi mata hitam. Keting kaki berwarna Hitam, dan mempunyai Jari kaki berwarna Kuning.

Luar Musim Mengawam ~ Betina

Bulu tocang dibelakang kepala kelihatan pendek dan tergantung. Iris Mata Kuning mengelilingi mata hitam, Keting kaki Hitam, Jari kaki Kuning






Ciri Pengenalan Burung Jantan Semasa Musim Mengawan.
 
Burung jantan mempunyai bulu tocang berjurai lebih panjang dari burung betina. Iris mata menjadi gelap tidak kelihatan mata hitam, kulit di bahagian pangkal paruh dan mata berwarna kundang cair. Keting kaki berwarna Hitam manakala Jari kaki berwarna Oren pekat.







Ketika musim mengawan individu burung secara semulajadi akan mencari calun pasangannya. Perubahan pada warna sebahagian tempat pada anggota tubuh burung membantu mereka mencari pasangannya. Pada kebiasaanya mereka akan mengadakan   Tarian Bulu Hias untuk mendapat perhatian dikalangan mereka. Pada ketika itu berlaku beberapa perubahan pada anggota bahagian tubuh burung.



Mendapat Pasangan, Mengawan dan Membuat Sarang

Burung jantan akan sentiasa datang kepada burung betina dengan membawa ranting-ranting kayu kering. Setiap kali tiba pasti akan disambutnya ranting kayu tersebut. Kemudian akan disusun-susun membentuk menjadi sarang dalam bentuk bulatan yang mempunyai bentuk kawah. Burung jantan dan betina masih melakukan tarian bulu hias pada waktu mereka dalam proses membuat sarang.



Siri Burung Sedang Mengawan









Siri Burung Membuat Sarang.








 Bertelur Dan Mengeram

Dikala burung betina bertelur dan mengeramkan telur, perubahan warna semasa mengawan telah kembali kepada warna asal.












Musuh-musuh Burung

Gagak sentiasa sahaja berkeliaran , dan akan menyerang dan merampas membawa lari telur apabila ibu burung leka dan hilang tumpuan.

Kulit Telur yang telah dirampas oleh spesies Gagak.



Biawak


Telur Menetas







Anak Keluar Sarang



Anak burung baru berani-berani keluar dari sarang.




Memasuki Alam Remaja



Burung juvana remaja ini sedang belajar mendepangkan kedua belah kepaknya. Kelihatan jari kaki burung masih bewarna hijau cair.

No comments:

Post a Comment