Sunday 14 May 2017

Cadangan Pengenalan Jantina Jantan & Betina Burung Belekok Balau~Bulbulcus ibis ~Cattle Egret



Pengenalan Jantina Jantan & Betina Burung Belekok Balau~Bulbulcus ibis (Cattle Egret )


Belekok Balau~Bulbulcus ibis-  ( Betina Bukan Musim Mengawan )

Ciri Burung Jantan Diluar Musim Mengawan.

Buluhias pada bahagian kepala, leher dan belakang badan berwarna perang cair, dan bahagian lain berwarna putih melepak. Keseluruhan warna paruhnya berwarna kuning oren , kulit disekitar mata berwarna keputihan.Iris mata berwarna jernih keputihan  mengelilingi mata hitam. Keting kaki dan jari kakinya  berwarna hitam.

Belekok Balau~Bulbulcus ibis-  ( Betina Bukan Musim Mengawan )


Ciri Burung Betina Diluar Musim Mengawan.

Hampir keseluruhan bulu hiasnya berwarna putih melepak. Cuma ada secalit dua sahaja warna kekuningan cair dibahagian muka burung.   Keseluruhan warna paruhnya berwarna kuning oren , kulit disekitar mata berwarna keputihan. Iris mata berwarna jernih keputihan mengelilingi mata hitam. Keting kaki dan jari kakinya  berwarna hitam. 


Belekok Balau~Bulbulcus ibis  ( Jantan Bukan Musim Mengawan )


Burung Ketika Dalam Mood Musim Mengawan.


Burung Jantan disebelah kiri dan Burung Betina disebalah kanan.


Burung Jantan bertenggek dibahagian atas dan betina dibahagian bawah. Pasangan ini sedang melakukan upacara tarian buluhias untuk menarik perhatian calon pasangannya.


Ciri Perihal Burung Jantan Ketika Bersedia Untuk Mengawan

Setelah usia burung meningkat matang dan bersedia pula untuk menjalani proses mengawan maka secara semulajadi akan berlaku perubahan pada sebahagian anggota tubuh burung dan warna buluhiasnya. Warna buluhias bahagian muka, kepala sehingga ke pangkal leher berwarna perang pekat. Buluhias di belakang badan  juga akan berwarna perang pekat. Iris mata Burung Jantan akan menjadi warna  oren dan anak mata berwarna hitam. Bahagian  paruh  bertukar  menjadi 2 warna. Dibahagian hadapan muncung paruh berwarna oren, manakala pada  bahagian pangkal paruh menjadi warna  merah . Kulit berhampiran bahagian mata dan pangkal paruh menjadi warna biji kundang cair. Pada keting peha dan  keting kaki berwarna kemerah-merahan, manakala jari kaki kekal berwarna hitam.


Burung Betina

Siri Burung Sedang Mengawan





Ciri Perihal Burung Betina Ketika Bersedia Untuk Mengawan

Setelah usia burung meningkat matang dan bersedia pula untuk menjalani proses mengawan maka secara semulajadi akan berlaku perubahan pada sebahagian anggota tubuh burung dan warna buluhiasnya. Warna buluhias bahagian muka, kepala sehingga ke pangkal leher berwarna perang cair. Buluhias dibahagian dagu bawah paruh berwarna putih.Buluhias di belakang badan  juga akan berwarna perang cair. Iris mata Burung Betina akan menjadi warna  merah dan anak mata berwarna hitam. Bahagian  paruh  bertukar  menjadi 2 warna sama seperti bentuk dan wara burung jantan. Kulit berhampiran bahagian mata dan pangkal paruh menjadi warna biji kundang cair. Pada keting peha dan  keting kaki berwarna kemerah-merahan, manakala jari kaki kekal berwarna hitam.













Musim Membuat Sarang

Komuniti burung ini mengawan dan bertelur sepanjang tahun, dan bukan secara bermusim sepertimana spesies burung Pemangsa, Merbah dan beberapa spesies lain. Apabila individu burung itu telah mencapai usia untuk ia mengawan dan bertelur ia akan mencari kawasan yang bersesuaian untuk mencari pasangannya. Individu burung akan berada dikawasan tempat banyak burung-burung berkumpul dan bersarang. Dengan keadaan muka berwarna-warna, dan berlainan jantina , burung-burung akan melakukan upacara tarian bulu hias. Upacara tarian bulu hias dilakukan secara kerap  berulang-ulang kali dihadapan calon pasangan masing-masing. Keadaan perubahan ini bertujuan menarik perhatian calon pasangannya untuk tertarik antara satu sama lain .








Setelah mempunyai pasangan, masing-masing akan mencari tapak yang sesuai untuk mengawan seterusnya membina sarang. Bahan-bahan pembinaan sarang adalah dari jenis ranting-ranting kayu dan tumbuhan menjalar. Burung Jantan akan datang ke lokasi pembinaan sarang dengan membawa ranting-ranting dan diserahkan   kepada Burung Betina. Maka Burung Jantan akan berulang-alik kelokasi dengan membawa ranting sehingga sarang mereka disiapkan oleh Burung Betina. Bentuk sarang yang dibina oleh Burung Betina adalah seperti mangkuk.




Burung betina sedang mengikat, menyimpul dan mengait tumbuhan menjalar pada  ranting-ranting kayu untuk membentuk sarang.

Setelah siap pembinaan sarang , Burung Betina mula duduk didalam sarang untuk proses bertelur dan mengeram. Burung betina akan bertelur antara 2 biji ke 3 biji telur. Dalam tempoh ia mengeram  jarang sekali burung betina dilihat meninggalkan telur yang dieramkannya itu. Adapun tidak burung betina akan bangun dan berjalan-jalan disekitar sarangnya itu buat sementara.  Jikalau ditinggalkan atau berjauhan dengan telurnya, kemungkinan besar burung gagak atau Biawak akan datang mencuri  telur-telurnya.


Burung Betina sedang mengeramkan telurnya. Pada ketika itu perubahan warna pada paruh, mata,  warna kulit bahagian mata telah bertukar ke warna asalnya kembali.


Anak-anak Burung Belekok Balau-Bulbulcus ibis






Wasalam.

No comments:

Post a Comment