Tuesday 8 August 2017

Kekicau Dada-Kuning langsat~Pellorneum tickelli


Kekicau Dada-Kuning langsat~Pellorneum tickelli


Kali terakhir berjumpa burung ini adalah pada tahun 2009 Bulatan Telekom  , Frazer Hill. Selepas itu tidak lagi berpeluang membuat pemerhatian burung Kekicau Dada-Kuning langsat~Pellorneum tickelli. Baru-baru ini pada bulan Julai lalu, jodoh untuk bertemu datang lagi setelah lebih kurang 9 tahun tidak berjumpa. Jodoh pertemuan itu berlaku di sekitar Bishop Trail Frazer Hill.










Secara tidak semena-mena burung Kekicau Dada-Kuning langsat~Pellorneum tickelli  ini terbang hinggap pada akar kayu seperti sedang memerhatikan serangga dikawasan ranting tumbuhan. Terbang dan melompat-lompat dengan pantas disekitar kawasan rimbunan tumbuhan disitu. Walaupun pemerhatian itu tidak lama namun begitu sempat juga merakam imej burung ini dari jarak yang hampir. Tidak lama kemudian, setelah memperolehi makanan yang dicarinya itu, ia pun beredar terbang menghilangkan diri masuk kedalam rimbunan tumbuhan hutan. Wasalam...

No comments:

Post a Comment