Sunday 27 August 2017

Semangat Yang Harus Di Contohi..~ Rayzam Shah Wan Sofian



Juara Acara Lari Berpagar 110 meter Di Sukan Sea Ke 29, Kuala Lumpur.

Rayzam Shah Wan Sofian




Beliau pernah menjadi juara acara ini pada Sukan Sea yang ke 24 di Korat Thailand pada tahun 2007. Pada ketika itu Negara Thailand belum melahirkan jaguh acara lumba lari 110 berpagar. Tetapi selepas itu beliau hanya berjaya memenangi pingat perak sahaja setelah kemunculan jaguh Thailand Jamras Rittidet pada Sukan Sea tahun 2009, 2011, 2013 dan 2015. Sepanjang tempoh itu jaguh Thailand Jamras Rittidet mengungguli acara tersebut . Sungguh pun berusaha dengan latihan keras namun masih lagi tidak dapat mengatasi jaguh Thailand itu. Tempoh kekecewaan itu sangat lama bagi seseorang ahli sukan untuk ditanggung.  



Jaguh Thailand Jamras Rittidet nombor 238 berbaju hitam dalam usaha beliau mempertahankan kejuaraan yang diperolehinya sejak Sukan Sea 2009, 2011, 2013 dan 2015.

Pada 26 hb Ogos 2017 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam Sukan Sea yang ke 29  di Kuala Lumpur beliau telah mencipta sejarah manis buat dirinya dan Negaranya Malaysia. Hasil serta berkat kesungguhan , tidak putus semangat,  menjalani latihan keras dan sokongan padu dari penyokong tempatan akhirnya usahannya membuahkan hasil dengan merangkul pingat emas dan berjaya menewaskan Jamras Rittidet jaguh Thailand itu.



Jamras Rittidet dapat mengekalkan kepantasan dan kehebatannya sejak 2009 sehingga tahun 2017. Ketewasannya itu akan membakar semangatnya untuk kembali mengungguli acara ini dimasa akan datang.



Altet  kelahiran Sabah, Rayzam Shah Wan Sofian ini akhirnya telah berjaya membebaskan dirinya daripada belenggu pemenang pingat perak dengan catatan masa 13:83 saat, lambat sedikit daripada catitan terbaik peribadinya 13:67 saat yang dibuatnya di German pada bulan Mei yang lalu. Sekalung ucapan Syabas dan Tahniah kepada beliau kerana menghadiahkan pingat Emas kepada negara nya Malaysia. 
 









Terima kasih kepada beliau kerana memberikan satu perasaan gembira serta senang hati kepada peminat sukan khasnya dan amnya rakyat Malaysia dengan kejayaan ini. Gandakanlah   usaha dengan disiplin serta latihan keras demi mengekalkan tahap kepantasan demi menuai lagi pingat emas sukan masa akan datang. Sekali lagi Syabas dan Tahniah. Wasalam.





















No comments:

Post a Comment