Friday 15 September 2017

Siri Burung Liar Mencari Makan ~Khukhu Berbelang~Cocomantis sonneratii


Khukhu Berbelang~Cocomantis sonneratii .



Spesies Khukhu ini boleh dijumpai  di kawasan kebun buah-buahan, belukar dan rimba. Walaubagaimanapun ia sering dijumpai dikawasan hutan rimba berbanding dikawasan berbelukar dan kebun buah-buahan. Diet makanannya terdiri daripada pelbagai jenis ulat dan pelbagai jenis serangga. 







Ia mencari makanannya secara bersendirian dengan bertenggek ditempat yang tinggi sambil mendiamkan diri dengan memerhatikan mana-mana pergerakan dari berbagai spesies serangga atau ulat..


Mempunyai sepasang mata yang tajam ala lensa kanta micro berupaya  melihat daripada kedudukan yang jauh dengan jelas walaupun dalam suasana keadaan yang kurang cahaya. Bila mana ia mengesan  pergerakan mangsanya ia akan terbang secara menyewah ke lokasi  berhampiran dimana mangsanya berada.


Setelah pasti dan berada dikedudukan yang sesuai, ia akan meluru kepada mangsanya itu. Dengan mengetip hujung badan mangsa menggunakan paruhnya sebelum ia terbang di kawasan sesesuai untuk proses menghadam mangsa. Kebiasaan mangsa yang menjadi makanannya adalah dari jenis ulat



Ketika proses menghadam makanannya seperti ulat. kebiasaannya ia akan  melibas-libas tubuh badan ulat pada ranting kayu untuk tujuan mematikan ulat tersebut. 



Proses itu juga adalah untuk membuang duri dan debu-debu yang ada pada badan ulat tersebut. Kaedah melibas ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan oleh spesies burung lain yang hendak menghadam ulat.



Setelah dirasakan mangsanya itu telah mati, barulah dimasukannya kedalam tekak untuk dihadam. Setelah proses penghadaman selesai ia akan terbang kembali dikawasan tempat persembunyian untuk merehatkan diri. 

No comments:

Post a Comment