Mencuri Masa Untuk Memburung Di Negara Pakistan
Mengapa saya menyatakan MENCURI MASA UNTUK MEMBURUNG ? Sebab, saya sebenarnya telah dilantik menjadi jurugambar peribadi kepada isteri, ketika beliau melancong ke Negara Pakistan. Dari itu, saya cuma dapat memburung pada waktu yang tertentu sahaja di satu-satu lokasi dalam jangkamasa yang sangat terhad. Jadual melancong yang cukup ketat dicatur oleh Syarikat Perlancongan hinggakan percutian peserta dirasakan secara tergesa-gesa dan tidak aman. Tentulah melakukan aktiviti memburung akan menjadi tergesa-gesa, masa pun singkat dan banyak peluang terlepas. Peluang yang ada cuma pada waktu sebelum peserta bersarapan pagi sahaja. Selebihnya masa banyak dihabiskan dengan aktiviti duduk keras di dalam Van Pelancong, sehingga kaki menjadi sengal dan kebas.
Itu semua pelajaran dan pengalaman bagaimana mencuri masa sehingga tidak mengganggu jadual orang lain dan tugasan hakiki. Memburung di tempat yang asing dengan tidak tahu hal keadaan bentuk mukabumi serta habitat sekeliling memang sukar. Apatah lagi bercita-cita untuk melihat jumlah spesis burung yang banyak sangat tipis. Memburung tanpa buku rujukan negara tertentu berlainan dengan memburung berbekalkan ilmu pengetahuan dengan buku rujukan. Dengan hal itu saya serahkan sahaja kepada untung nasib dan rezeki asalkan melihat burung.
Pengecaman spesis burung Negara Pakistan.
Pada hari terakhir sebelum berlepas pulang, saya memohon isteri saya membuat urusan pembelian buku Rujukan Burung Negara Pakistan dengan seorang pekedai tempat saya membeli belah di kedainya. Urusan rundingan harga pembelian dan pesanan semua diuruskan oleh isteri saya melalui telepon pintar. Saya tidak menyangka betapa bertuahnya apabila pekedai tempatan itu menunjukan buku berjudul Compact Handbooks of The Birds of India and Pakistan tulisan Salim Ali dan S.Dillon Repley terbitan tahun 1987 .
Laporan senarai burung yang saya jumpai akan menggunakan Bahasa Malaysia yang akan disokong dengan nama burung dalam Bahasa Inggeris. Nama burung Bahasa Inggeris itu diambil dari buku Compact Handbooks of The Birds of India and Pakistan. Mana-mana burung yang tidak dijumpai di Malaysia, saya akan memberi cadangan pengenalan nama burung tersebut dalam bahasa Malaysia yang akan disokong dengan nama bahasa Inggeris.
Nota dan catitan penemuan spesis burung yang di temui di Islamabad.
Sejurus selesai waktu subuh jam 3, 4 pagi saya secara tergesa-gesa bersiap keluar daripada bilik dengan kamera untuk mencuba nasib. Pada ketika itu semua peserta sedang berehat di dalam bilik masing-masing, kerana jadual sarapan pagi jam 8 pagi. Kebetulan bahagian atas bangunan penginapan hotel itu, mempunyai ruang makan terbuka yang terus memandang langit. Maka keadaan itu membantu saya untuk membuat pemerhatian burung secara lapang terbuka tanpa ada halangan pokok, bangunan atau tiang elektrik. Di Islamabad selepas waktu subuh, cuaca belum panas terik, pencahayaan terang dari cahaya matahari yang baru hendak terbit. Membuat pemerhatian diatas bumbung bangunan tidak memerlukan banyak berjalan. Cuma menunggu pada satu sudut memerhatikan kalau-kalau burung melintas di kawasan ruang terbuka.
Sedikit demi sedikit kumpulan burung mula simpang siur berterbangan melintas ruang udara bahagian atas bangunan. Pada pagi itu saya berjaya melihat 15 spesis burung. Kebanyakan spesis burung itu menyamai dengan yang ada di Malaysia, cuma 7 spesis burung yang buat pertama kali melihatnya. Burung itu ialah Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite ),Lang Besar India~Milvus lineatus ( Black eared Large Indian Kite ), Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin ) dan Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer ( Red vented Bulbul ) Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow) dan Burung Sambar ( Flycatcher ) yang tidak dikenali .
7 spesis burung yang lain biasa sangat saya ketemuinya di Malaysia. Spesis itu ialah Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ), Tekukur Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove ),Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ), dan Lang Hitam ~Milvus migrans (Black Kite ), 15 spesis yang dijumpai adalah dari jenis burung yang kebiasaannya mudah dijumpai dikawasan lapang dan kawasan terbuka. Sehingga laporan ini ditulis saya masih tidak dapat membuat pengecaman terhadap sekor burung dari keluarga Sambar ( Flycatcher ) .
Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ) |
Selepas lebih kurang 2 jam memburung, cahaya matahari mulai terik dengan suhu meningkat panas sehingga mencapai antara 29 ke 30 darjah celcius. Saya menghentikan aktiviti memburung untuk bersarapan .Selepas itu tergocoh-gocoh pulang ke bilik untuk berkemas memasukkan pakaian dan peralatan kamera ke dalam bag. Menyusun bagasi dan membawanya turun ke ruang lobby Hotel bagi mengelakkan orang lain menunggu kita.
Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ) |
Tekukur Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spoted Dove ) |
Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ) |
Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite ) |
Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite ) |
Lang Hitam ~Milvus migrans (Black Kite ) |
Lang Hitam ~Milvus migrans (Black Kite ) |
Lang Besar India~Milvus lineatus Black eared Large Indian Kite |
Lang Pariah~Milvus govinda |
Lang Besar India~Milvus lineatus Black eared Large Indian Kite |
Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite ) |
1.Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna )
2.Merpati Batu~Columbia livia ( Rock Pigeon)
3.Tekukur Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove )
4.Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow )
5.Lang Besar India~Milvus lineatus ( Black eared Kite atau Large Indian Kite)
6.Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite )
7.Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)
8.Pekaka Leher -putih ~Halcyon smyrnensis ( White Throated Kingfisher )
9.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica ( Pacific Swallow )
10.Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin )
11.Burung Sambar yang tidak dikenali.
12.Belekok Kecil~Egretta garzetta (Little Egret)
13. Roller Paruh-merah~Eurystomus orientalis ( Dollarbird)
14.Perit Kuning~Motacilla flava ( Yellow Wagtail)
15.Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer ( Red vented Bulbul )
Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin ) |
Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer ( Red vented Bulbul ) |
Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer ( Red vented Bulbul )
|
Nota dan catitan penemuan spesis burung yang di temui di Skardu.
Penerbangan domestik dari Islamabad ke Skardu lebih kurang sejam dua sahaja, tetapi urusan kemanusiaan seperti pemeriksaan, angkut mengangkut bagasi, tunggu menunggu dan gambar bergambar membuatkan pergerakan harus dilakukan lebih awal dari jadual. Hari pertama ketika berada di Skardu jadual lawatan ketat dan padat yang mana penyudah lawatan ialah makan malam di rumah warga tempatan. Saya cuma ada peluang melakukan aktiviti memburung ketika berhenti makan tengah hari ketika sedang menunggu masakan siap dihidang.
Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) |
Ketika saya sedang menjamu makanan tengah hari, tiba-tiba sekor burung yang tidak saya kenali bersaiz Malkoha perut hitam~Phaenicophaeus diardi ( Black bellied Malkoha) terbang melintas di hadapan meja makan. Dengan segera bingkas bangun meninggalkan juadah terus mengejar burung tersebut, yang berhenti bertenggek pada pagar kayu. Barangkali burung tersebut sedang memerhatikan sumber makanan yang boleh diperolehi dikawasan itu. Setelah menyemak buku rujukan burung itu ialah spesis Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie).
Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie) |
Sejurus selesai segala macam tanggung jawab kemanusiaan, terus keluar dari tempat penginapan untuk memburung. Daerah Skardu adalah kawasan pergunungan yang ketinggiannya lebih kurang 8,000 meter dari paras laut. Sangat teruja melakukan aktiviti memburung di kawasan yang terlalu asing buat saya. Walaupun saya mempunyai pengalaman memburung di kemuncak Gunung Kinabalu, Gunung Alaf dan Gunung Tahan tetapi di Skardu ketinggiannya berganda kali lebih tinggi. Spiesis burung apa yang bakal saya temui di kawasan pergunungan disini.Kawasan dimana disekeliling saya berdiri, kelihatan salji putih bertompok-tompok di bahagian badan banjaran.
Agakan saya untuk melihat burung dikawasan lapang terbuka yang dikelilingi oleh gunung ganang salji tidak kesampaian. Cuma nampak permandangan indah alam sekitar dan menghirup udara segar sahaja. Ketika pulang berjalan kaki untuk pulang ke Rumah Pengindapan melalui kawasan kebun dan belukar saya dihidangkan dengan penemuan pelbagai spesis burung.
Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina |
Khukhu ~ Cuculus canorus (The Cuckoo ) |
Saya temui 9 Spesis burung yang tidak pernah saya temui sebelum ini, burung itu ialah sepasang Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow), Cincilai Riang Corek ~ Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) Khukhu ~ Cuculus canorus (The Cuckoo ),Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),Tarum Tickell's ~Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina, Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina, Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie) Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ).
Cincilai Riang Corek ~ Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) |
2 spesis yang pernah saya jumpa di Malaysia ialah Tekukur Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove ), dan Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ). Dengan waktu yang terhad itu dan keadaan tempat yang asing saya diberi pengalaman melihat dan merakam 11 spesis burung. 9 Spesis peribadi yang baharu dan 2 spesis yang biasa dilihat. Apa yang menarik ialah pelajaran peribadi ialah melihat burung Tekukur Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove ), dan Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ) dipesekitaran alam semulajadi pada ketinggian 8000 meter dari paras laut.
Tarum Tickell's ~Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina
|
Di Malaysia, pada kebiasaan yang saya lihat kedua spesis itu berada di kawasan lapang terbuka pada paras ketinggian paling tinggi 2000 meter dari paras laut. Pemerhatian ini telah menambah data peribadi yang menyokong hujah " Burung bebas dan merdeka untuk pergi atau mendiami dimana sahaja yang ia kehendaki asal kawasan itu selamat, himpunan sumber makanan yang banyak dan tidak putus." Ulasan peribadi melakukan aktiviti memburung di Skardu menyeronokan , lebih-lebih lagi diwaktu pagi ketika semua burung mula keluar mencari kehidupan. Memburung dalam tempoh waktu terbatas dan tergesa-gesa dianggarkan lebih kurang 2 , saya telah dipamerkan dengan 11 spesis burung. Terkilan kerana masa dan keadaan tidak meyebelahi saya untuk memanjangkan aktiviti memburung di Skardu.
Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ) |
Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow), male
|
Skardu |
Senarai Spesis burung yang dijumpai di Skardu
1.Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow),
2.Cincilai Riang Corek ~ Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush )
3.Khukhu ~ Cuculus canorus (The Cuckoo ),
4.Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),
5.Tarum Tickell's ~Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina,
6.Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina,
7.Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike )
8.Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie)
9.Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ).
10.Tekukur Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove ),
11.Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow ).
Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)male
|
Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie)
|
Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) |
Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina
|
Nota dan catitan penemuan spesis burung yang di temui di Lembah Hunza
Tiba di tempat penginapan hari sudah lewat petang, suhu begitu sejuk dan berangin. Keadaan cahaya tidak membantu untuk membuat aktiviti memburung . Ketika memunggahkan turun bagasi dari bas, saya mendapati dikawasan letak kenderaan ada sebaris pokok cherie yang lebat berbuah. Buah-bauhnya pula sedang masak ranum berwarna merah menyala. Besar kemungkinan buah-buah yang sedang masak disitu bakal menarik perhatian burung-burung datang kesitu. Perancang dan persediaan memburung awal pagi telah dibuat, memastikan semua peralatan rakaman dan kuasa bateri mencukupi . Awal pagi selepas tanggungjawab dan urusan diselesaikan, saya terus ke tempat pokok cherie menunggu spesis burung apa yang datang memakan buah -buah cherie yang masak. telah menarik perhatian 3 spesis burung.
Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie) |
3 spesis yang datang ditempat saya menunggu adalah sekumpulan burung Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie),Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ) dan Cincilai Riang Corek ~ Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) . Ketiga-tiga spesis burung itu silih berganti dan berulang-ulang datang memakan buah-buah yang masak. Setelah mendapati burung yang sama asyik mengulangi pokok cherie tersebut maka saya beredar , mencuba nasib di kawasan terbuka.
Streaked Laughing Thrush~Garrulax striatus |
Disitu saya berjaya bertemukan burung Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),Sualo Pasifik~Hirundo tahitica ( Pacific Swallow ), Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ), Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush) dan Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe). Penemuan burung Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe) itu cukup sekejap.Hal keadaan burung itu sedang berjalan kemudian berhenti berdiri diatas seketul batu besar dikawasan curam. Ketika saya cuba mendekatinya, burung Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe) telah terbang hilang entah kemana.
Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ).
|
Senarai Spesis burung yang dijumpai di Lembah Hunza
1.Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie),
2.Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow )
3.Cincilai Riang Corek ~ Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) .
4.Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),
5.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica ( Pacific Swallow ),
6.Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ),
7.Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush)
8.Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe).
Cincilai Riang Corek ~ Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush ) . |
Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush) |
Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush) |
Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie), |
Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie), |
|
Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie), |
Nota dan catitan penemuan spesis burung yang di temui di Bisham
Senarai Spesis burung yang dijumpai di Lembah Bisham
1.Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)
Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)male juvana |
Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)male juvana |
Tiong Brahmin ~ Strunus pagodarum(Brahminy Myna) |
Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna ) |
Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike ) |
Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)Jantan Betina |
Cecawi Hitam ~Dicrurus adsimilis (Black Drongo ) |
Senarai Spesis burung yang dijumpai di Negara Pakistan
1.Tiong Coklat~Acridotheres tristis ( Common Myna )
2.Tiong Brahmin ~ Strunus pagodarum(Brahminy Myna)
3.Merpati Batu~Columbia livia ( Rock Pigeon)
4.Tekukur Tengkuk-bintik~Streptopelia chinensis ( Spotted Dove )
5.Gagak Rumah~Corvus splendens ( House Crow )
6.Gagak Rimba ~ Corvus macrorhynchos ( Jungle Crow ).
7.Lang Besar India~Milvus lineatus ( Black eared Kite atau Large Indian Kite)
8.Lang Pariah~Milvus govinda ( Pariah Kite )
9.Ciak Rumah ~Passer domesticus (House Sparrow)
10.Pekaka Leher -putih ~Halcyon smyrnensis ( White Throated Kingfisher )
11.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica ( Pacific Swallow )
12.Martin Crag~Hirundo rupestriss ( Crag Martin )
13.Burung Sambar yang tidak dikenali.
14.Belekok Kecil~Egretta garzetta (Little Egret)
15. Roller Paruh-merah~Eurystomus orientalis ( Dollarbird)
16.Perit Kuning~Motacilla flava ( Yellow Wagtail)
17.Merbah Cunut Merah~~Pycnonotus cafer ( Red vented Bulbul )
18.Cincilai Riang Corek ~ Garrulax striatus (Streaked Laughing Thrush )
19.Khukhu ~ Cuculus canorus (The Cuckoo ),
20.Tit Biru Kelabu ~Parus bokharensis (Blue Grey Tit ),
21.Tarum Tickell's ~Turdus unicolor (Tickell's Thrush)Betina,
22.Terik Emas ~Oriolus oriolus (Golden Oriole) betina,
23.Tirjup belakang perang~Lanius schach ( Rufous backed Shrike )
24.Magpai Urusia~Pica pica (Eurasian Magpie).
25.Tarum Siul Biru ~Myioponus caeruleus (Blue Whistling Thrush)
26.Hupo Tunggal ~Upupa epos(Hoopoe).
Selamat Memburung....Wasalam.
No comments:
Post a Comment