Tuesday 9 June 2015

Tirjup Rimau~Lanius tigrinus



Cadangan Penemuan Baharu Burung Tirjup Rimau~Lanius tigrinus Yang Berlainan Buluhias.

Pada setiap kali musim hijrah pasti pemburung tidak akan terlepas daripada melihat Burung Tirjup Rimau~Lanius tigrinus dimerata tempat samada didalam hutan tanah tinggi, hutan tanah rendah, kawasan lapang, kawasan belukar, tepi pantai dan kawasan taman-taman perumahan.

Burung Tirjup Rimau~Lanius tigrinus jantan ini ditemui di kawasan belukar Bukit Taman Melawati pada 15 April 2015. Dengan sekali pandang kelihatan buluhias pada bahagian leher, dada dan perutnya berwarna kuning cair.
Burung Tirjup Rimau~Lanius tigrinus betina ini dijumpai ditempat yang sama di Bukit Melawati pada tarikh yang sama 15 April 2015. Kelihatan dengan jelas buluhias burung betina pada bahagian mata , leher, dada dan perutnya berwarna kuning cair. Sama seperti warna burung jantan.


Warna kuning pada buluhias burung Tirjup Rimau~Lanius tigrinus juvana ini jelas kelihatan sejak daripada burung masih dialam juvana lagi. Burung juvana ini dijumpai dikawasan hutan persisiran pantai Bukit Jugra, Banting Selangor pada 21 Sept 2009.  
Tirjup Rimau~Lanius tigrinus jantan ini dijumpai didalam hutan simpan Hulu Gombak pada 29 April 2010.

Jelas kelihatan warna kuning pada bahagian leher , dada dan perut burung jantan.

Boleh dikatakan burung ini boleh dijumpai dikesemua habitat yang berbeza-beza. Namun begitu tidak ramai pemburung sedar bahawa penampilan buluhias burung ini mempunyai 2 warna penampilan. Iaitu buluhias pada bahagian leher, dada dan perutnya berwarna kuning cair dan berwarna putih. Didalam buku Field Guide To The Birds of South East Asia tulisan Craig Robson, butiran mengenai burung Tirjup Rimau~Lanius tigrinus dibahagian yang saya nyatakan diatas hanyalah berwarna putih.
Berdasarkan penampilan buluhias burung juvana jantan ini ia menunjukkan ia adalah dari spesis burung Tirjup Rimau~Lanius tigrinus bahagian dadanya berwarna putih, sepertimana butiran ciri-cirinya yang terdapat didalam buku Field Guide To The Birds of South East Asia tulisan Craig Robson. Burung ini dijumpai pada 5 Feb 2015 di belukar Bukit Melawati.
Burung juvana ini juga adalah dari spesis Tirjup Rimau~Lanius tigrinus dada berwarna putih. Ia dijumpai pada 30 Okt 2011 di Bukit Chincin, Ulu Kali Selangor.
Burung yang sama yang dijumpai di  Bukit Chincin, Ulu Kali Selangor  yang dilihat daripada sudut yang lain. Jelas kelihatan warna buluhias pada bahagian leher ,dada dan perutnya tidak mempunyai warna kuning sepertimana imej yang dipaparkan dalam imej sebelum ini. 

Beliau tidak menyatakan adanya penampilan berwarna kuning cair. Kebelakangan ini dikawasan negeri Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur saya kerap menjumpai Tirjup Rimau~Lanius tigrinus yang keterampilan buluhias berwarna kuning. Boleh dikatakan amat jarang sekali pada ketika ini untuk melihat yang bahagian dadanya berwarna putih. 

Tirjup Rimau~Lanius tigrinus jantan ini dijumpai di kawasan tanah tinggi Bukit Chinchin Ulu Kali pada 2 May 2011. Ini merupakan burung Tirjup Rimau~Lanius tigrinus yang mempunyai buluhias warna putih.

Burung betina Tirjup Rimau~Lanius tigrinus ini dijumpai di kawasan hutan tanah tinggi Bukit Tinggi, Pahang pada 7 Feb 2011. Burung betina ini juga adalah sangat berlainan dengan burung yang dijumpai di Bukit Melawati pada 15 April 2015. 
Burung juvana ini dijumpai di Hutan Simpan Hulu Perdik, Ulu Langat pada 9 Feb 2010.

Berdasarkan maklumat pemerhatian dan imej-imej yang saya perolehi daripada burung juvana , betina dan jantan warna buluhiasnya adalah berwarna kuning cair. Kesimpulannya bermakna imej-imej daripada jantina Jantan, betina dan juvana mempunyai buluhias yang berwarna kuning cair. Adakah boleh, spesis ini dicadangkan dalam ketogarikan sebagai spesis burung Tirjup yang baharu? 


Burung Juvana ini dijumpai di Hutan Simpan Hulu Gombak pada 14 Mac 2014.

Sepertimana para pakar pemburung membuat keputusan terhadap speisis burung Pipit. Iaitu pemisahan antara spesis Pipit Richard's~Anthus richardi, Pipit Padi~Anthus furulus dan Pipit Blyth~Anthus godlewskii. Hanya berdasarkan perbezaan yang sangat sedikit pakar-pakar burung telah memisahkan spesis menjadikan ia sebagai spesis burung yang berbeza.



Jikalau diperhatikan kepada spesis Tirjup Rimau~Lanius tigrinus ini pula, jelas perbezaan antara kedua-dua penampilan buluhias sangat ketara. Tetapi sehingga sekarang tidak pula dikatogarikan daripada spesis yang berlainan.

Spesis Tirjup Rimau Dada kuning ~Lanius tigrinus ini dilihat mempunyai bahagian peha kaki yang lebih panjang jika dibandingkan dengan peha kaki Tirjup Rimau~Lanius tigrinus. Perbandingan boleh dilihat pada imej burung yang tertera dibawah.
Burung jantan ini dijumpai pada 30 April 2011 di Pantai Kelanang, Banting Selangor.
Burung betina ini pula di jumpai pada 20 Jan 2009 dikawasan belukar Bukit Melawati.

Demi memandaikan khalayak, saya mencadangkan bahawa spesis Tirjup Rimau~Lanius tigrinus yang mempunyai penampilan buluhias berwarna kuning cair adalah spesis yang berlainan dengan spesis Tirjup Rimau~Lanius tigrinus yang berwarna putih.  Tidak keterlaluan pula pihak saya , untuk memberi cadangan nama panggilan Tirjup Rimau dada kuning~Lanius tigrinus crocinus. Harapnya dimasa akan datang akan ada pakar yang sudi memberi cabaran cadangan positif demi memandaikan khalayak dalam bidang pemburungan. Wasalam.

No comments:

Post a Comment