Friday 11 September 2015


Terik leher gelap~Orioles xanthonotus



Burung Terik leher gelap~Orioles xanthonotus merupakan burung Tempatan yang tinggal di hutan rimba . Kita boleh temuinya dikawasan hutan tanah rendah, hutan sederhana tinggi dan sekitar hutan dikawasan tepi pantai. Kehadirannya disesuatu tempat dapat dikenali dengan panggilan kicauan yang mendayu-dayu. 



Burung jantan dan burung betina mempunyai penampilan buluhias yang berbeza. Buluhias bahagian kepala sehingga leher Burung Jantan berwarna hitam, pada keseluruhan bahagian pelepah sayap pula berwarna hitam . Manakala bahagian dada sehingga hujung perut burung adalah berwarna hitam dan putih yang bercorak susunan garisan hitam putus-putus. Keseluruhan cunut burung adalah berwarna kuning.




Sebahagian besar warna buluhias  burung betina ialah warna hijau zaitun termasuk warna pada bahagian kepalanya. Penyamaan warna dan corak hanya  pada bahagian perut burung jantan sahaja.  Seringkali ditemui secara berpasangan ketika mencari makanan mereka dan adakalanya menyertai ia gerombolan kumpulan ombak burung ketika mencari makan.



Sebelum ini ramai kalangan peminat burung beranggapan diet makanan burung Terik leher gelap~Orioles xanthonotus bergantung hanya kepada ulat dan serangga yang dicarinya dicelah-celah daun serta ranting pokok sahaja. Kebiasaan ulat yang menjadi dietnya adalah dari jenis ulat bulu dan ulat rama-rama.  



Tetapi baru-baru ini saya mendapat bukti bahawa burung Terik leher gelap~Orioles xanthonotus juga mengambil memakan dari jenis buah. Hasil sokongan bukti ini dapat diputuskan bahawa diet pemakanannya adalah pelbagai iaitu dari jenis serangga dan buah-buahan.

 

Mengukuhkan lagi pandangan saya ini , bukti yang menunjukkan burung muda sedang memakan buah Mahang Biasa ~Macarangga bancana ini tanpa diajar oleh burung dewasa. Maka boleh dirumuskan bahawa naluri burung memang sejak burung usia muda  lagi telah menjadi buah-buahan sebahagian diet makanan burung  Terik leher gelap~Orioles xanthonotus.


Sepertimana yang kita maklumi, bidang pemburungan dalam Bahasa Kebangsaan di tanahair kita sangat baru dan ia mula mendapat perhatian khalayak . Maka maklumat seperti ini adalah penting untuk dilapor isytiharkan kepada khalayak demi pengetahuan peminat burung masa akan datang. 


Kita tidak mahu mengulangi kerugian ilmu yang lampau, dimana  telah ramai orang  melihat maklumat-maklumat penting terhadap spesies burung ini tetapi  tidak dilaporkan maklumat penting seperti ini kepada khalayak.


Kita masih lagi kurang maklumat tentang spesies burung ini , seperti :-

1.Bila waktunya musim ia mengawan.
2.Bagaimana bentuk sarangnya. 
3.Bagaimana pemilihan lokasi sarang yang sesuai.
4.Dari apa bahan-bahan yang digunakan membuat sarang.
5.Berapa biji telor dalam semusim ia ditelorkan.
6.Bagaimana bentuk, saiz dan warna telornya.
7.Berapa lama telor dieramkan dan menetas.


8.Apakah diet yang dibawa burung dewasa untuk diberikan kepada anaknya.
9.Berapa lama anak burung bersedia meninggalkan sarang dan sebagainya.

Maklumat-maklumat yang belum terjawab dan tidak diketahui ini hendaklah didokumenkan untuk pengetahuan khalayak untuk tujuan konservasi spesies burung, supaya burung-burung tempatan akan kekal membiak di tanahair kita.




Kita masih lagi kekurang ilmu terhadap semua spesies burung ditanahair kita. Janganlah diulangi lagi pekara yang lampau, dimana pengkaji-pengkaji luar negara lebih mengetahui daripada anak tempatan tentang spesies tempatan.  Hinggakan pada ketika ini pihak berwajib lebih yakin dan mempercayai maklumat  dari pengkaji-pengkaji Luar Negara. Sayang jikalau keadaan ini berterusan. Wasalam.

No comments:

Post a Comment