Laporan Pemburuan Halal Harimau Belang~Panthera Tigris malaya
Keratan-keratan akhbar mengenai semua peristiwa yang telah berlaku kepada hidupan liar Raja Rimba istimewa Harimau Belang~Panthera Tigris malaya telah dikumpul sejak tahun 1998. Ianya untuk dikongsi baca untuk memberi kesedaran kepada orang yang tidak berkesempatan mengetahui serba sedikit sejarah yang pernah terjadi 20 tahun yang lepas. Setelah membaca semua laporan itu nanti, maka dapatlah ilmu pengetahuan serta mengetahui kepentingan Sang Raja Rimba ini dari sudut pendangan saya dan yang sealiran dengan saya. Percayalah , Sang Raja Rimba ini adalah begitu penting kepada kemakmuran dan kesejahtera hutan Belentara negara kita.
Saya tidak akan mengulangi semula cerita dan maklumat-maklumat ilmu yang tercetak dalam keratan akhbar yang banyak saya sertakan tetapi ingin berkongsi sedikit pengalaman dan pembacaan dari buku-buku lama mengenai Harimau Belang~Panthera tigris malaya sejak 20 tahun dahulu. Antaranya Buku berjudul " In Malay Forest " oleh Sir George Maxwell, " Bygone Selangor " oleh Rimba, Jurnal Asiatic Socitey dan Nature and Nation. Forests and Development in Peninsular Malaysia oleh Jeyamalar Kathirithamby~ Wells.
Didalam buku-buku itu banyak diceritakan kisah-kisah pemburuan hidupan liar secara halal oleh pegawai-pegawai tinggi pemerintah, pembesar-pembesar dan golongan orang kenamaan. Segala macam ilmu pemburuan yang digunakan untuk memburu hidupan liar bertopengkan atas nama penjagaan nyawa dan harta benda manusia, sebagai hobi masa lapang, koleksi muzium dan koleksi pendidikan.
Untuk sekian lama pihak tertinggi pemerintah menunjukkan contoh disangka baik dengan melakukan pemburuan halal. Contoh ini diikuti pula oleh orang-orang bawahan dan rakyat jelata sehingga menjadi satu budaya baharu ketika itu. Banyak nyawa hidupan liar terbunuh secara suka-suka termasuklah Harimau Belang~Panthera tigris malaya.
Haiwan ini pada pandangan peribadi saya, sebenarnya telah dipilih oleh Allah untuk menjalankan amanahnya sebagai penjaga Rimba di tanahair kita. Tetapi malangnya haiwan ini, telah dengan segaja disalah anggap oleh pembuat dasar di negara kita, berkempen dengan mendakwa bahawa Harimau Belang~Panthera tigris malaya adalah haiwan yang sangat merbahaya kepada kehidupan manusia.
Mengganggu dan mendatangkan bahaya kepada kehidupan harian manusia yang
ingin menjalankan aktiviti kerja-kerja saraan hidup. Hasil daripada
kempen yang berkesan tersebut maka tanggapan itu telah sebati didalam
fikiran kita sejak dari dulu sehinggalah sekarang. Maka
sangatlah sukar untuk mengubah anggapan seperti itu, kerana ia telah
diterangkan dengan secara tidak jujur dan tidak benar tentang perkara
sebenar yang berlaku.
Perkara sebenar yang terjadi ialah manusia secara gahirah dan rakus telah merampas hutan belentara yang sarat dengan sumber asli yang mendatangkan laba lumayan . Manusia merampas hutan melalui pelbagai kaedah menghalalkan cara, bertujuan mendapatkan segala sumber asli Balak, Gaharu, Ubat-ubatan, Haiwan liar dan Galian. Lanjutan daripada program rampasan secara giat, manusia telah memperolehi tersangat luas kawasan pertanian dinegara ini .
Akibat daripada rampasan itu, segala sumber asli rantaian kitaran
makanan kepada hidupan-hidupan liar termasuk Harimau Belang~Panthera
tigris malaya telah musnah. Dalam waktu yang sama berlaku perubahan
bentuk mukabumi dan perubahan sistem saliran yang asal. Maka untuk meneruskan kehidupan
, terkadang-kadang Harimau Belang~Panthera tigris malaya mencari
makanannya dikawasan tempat yang telah di rampas , sehingga
terlihat oleh manusia. Ekoran daripada itu Harimau Belang~Panthera
tigris malaya disifatkan sebagai haiwan merbahaya dan mengancam nyawa manusia.
Harimau Belang~Panthera tigris malaya hanya akan menjadi merbahaya sekiranya kita pergi mendapatkannya, dengan menceroboh masuk serta merosakkan tempat ia berehat, mencari makan dan beranak pinak. Keadaan seperti ini tidak pernah mahu manusia berfikir seandainya ada Harimau Belang~Panthera tigris malaya menceroboh masuk kawasan kediaman kita pastinya melenting kemarahan.
Apabila manusia itu sendiri, berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari bahaya kepada dirinya, lantas
nyawa dirinya terdedah kepada ancaman bahaya daripada Harimau Belang~Panthera
tigris malaya maka manusia itu menuduh, haiwan itu telah mendatangkan ancaman kepada
nyawa serta harta bendanya. Ini adalah tanda pertimbangan akal yang
tidak sihat, dimana ia telah dirasuk oleh penyakit tamak haloba yang
tenat. Pada waktu yang sama ia sendiri tidak menyedarinya bahawa dirinya telah dihinggap
penyakit itu.
Susulan daripada itu maka pembuat dasar undang-undang tentu sekali mengutamakan, untuk
melindungi nyawa manusia daripada nyawa haiwan, kerana itu adalah sifat
hukum semulajadi manusia. Maka mana-mana haiwan yang memberi ancaman
kepada manusia dihalalkan darahnya untuk dibunuh dan diburu. Lesen-lesan
senjata api dikeluarkan bagi tujuan menjaga tanah pertanian bagi
menghapuskan haiwan perosak yang datang mengganggu. Apabila manusia
sudah mempunyai senjata api yang sah, maka panjanglah akal mereka itu.
Jikalau tidak terserempak diatas tanah pertanian mereka , ia akan
sengaja menjemput haiwan untuk datang dikawasan tanahnya. Samada ia
membiarkan sahaja ladang getah mereka dipenuhi dengan tumbuhan liar,
atau sengaja menanam pisang, ubi kayu untuk tujuan mengumpan Babi
Hutan~Sus scrofa untuk datang mencari makanan ke tanahnya. Dengan
muslihat ini, manusia berharap Harimau Belang ~Panthera tigris malaya akan
mengekori Babi Hutan~Sus scrofa makanan kegemarannya. Tidak dijumpainya
didalam tanahnya , mereka akan mencarinya pula ke dalam hutan.
Ada juga terdapat sesetengah masyarakat menggunakan ugama untuk
menghalalkan penghapusan spesis ini. Dengan menyatakan semua yang ada
dimukabumi ini adalah milik Allah yang telah disediakan untuk
kepentingan dan manafaat manusia . Ya !, memang benar kenyataan tersebut
. Kita tidak salah untuk mengambilnya tetapi hanya sekadar kegunaan
sendiri sahaja bukannya sampai untuk menghabiskan. Kerana setiap kejadian
sesuatu dimuka bumi yang disediakan oleh Allah tidak akan pernah
menjadi sia-sia. Kerana setiap kejadian makhluk mempunyai peranannya
yang tersendiri, yang beroparasi secara senyap dan misteri.
Kadang-kadang kesannya itu tidak dapat dilihat untuk satu jangka waktu
yang pendek.
Disebabkan ada permintaan yang tinggi dipasaran gelap, manusia
menjadikan alasan kemiskinan dan kesusahan hidup untuk memburu Harimau
Belang~ Panthera tigris malaya. Nilai yang sangat tinggi membuatkan
mereka sanggup menanggung risiko tertangkap oleh pihak berkuasa.
Walaupun diberi ancaman denda yang mahal berserta hukuman yang keras
namun tidak diperduikan oleh mereka. Hukuman Allah lagi sanggup mereka
langgar inikan pula hukuman manusia.
Disebabkan ada permintaan yang tinggi dipasaran gelap, manusia
menjadikan alasan kemiskinan dan kesusahan hidup untuk memburu Harimau
Belang~ Panthera tigris malaya. Nilai yang sangat tinggi membuatkan
mereka sanggup menanggung risiko tertangkap oleh pihak berkuasa.
Walaupun diberi ancaman denda yang mahal berserta hukuman yang keras
namun tidak diperduikan oleh mereka. Hukuman Allah lagi sanggup mereka
langgar inikan pula hukuman manusia.
Lihatlah sekarang di tahun 2015 , kesan akibat yang telah terjadi sejak kejayaan
kempen yang menyatakan Harimau Belang~Panthera Tigris malaya itu haiwan
yang merbahaya. Ditambah lagi aktiviti pemburuan secara haram, maka
bilangannya sudah diambang kepupusan di negara kita. Laporan terkini dianggarkan lebih
kurang 200 hingga 300 ekor Harimau Belang~Panthera tigris malaya sahaja
yang tinggal didalam habitatnya. Dengan berkurangannya jumlah " Pejaga
Rimba " ini maka beribu-ribu hektar tanah hutan telah berjaya dibalak
dan digondolkan. Manusia dengan mudah dapat menebang balak sesuka hati
tanpa ada rasa takut ketika menjalankan kerja mereka.
Kini telah terbukti dengan ketiadaan Harimau Belang~Panthera Tigris malaya
didalam hutan, semenjak akhir-akhir ini telah mengundang bencana malapetaka
yang lebih besar ruginya kepada manusia. Nilai kerugian yang
ditanggung oleh manusia akibat malapetaka itu adalah lebih tinggi
daripada manusia perolehi sebelum itu . Maka setiap tahun di Malaysia sentiasa sahaja
dilanda malapetaka banjir besar dan tanah runtuh akibat dari kerja-kerja
pembalakkan .
Banyak harta benda musnah dan membuatkan manusia hidup dalam keadaan
sengsara. Malangnya punca pembalakan ini tidak boleh diterima pakai oleh
otak manusia sipembuat dasar ini . Mereka dengan rasa tidak malu
menyalahkan Allah, dengan membuat tuduhan menyatakan bencana malapetaka
itu semuanya disebabkan kehendak alam semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Langsung menyalahkan cuaca dinegara kita sebagai punca yang menyebabkan semua bencana itu terjadi. Apalah yang boleh diperkatakan lagi bilamana keputusan seperti ini dibuat.
Pengalaman Peribadi
Pengalaman berhadapan dan bertentang mata dengan haiwan ini dari jarak
dekat suatu ketika dahulu, semasa berkhidmat sebagai Gembala Haiwan di
Zoo Negara sekitar tahun 1998, telah banyak memberi nilai tambah
pengetahuan dan kesedaran tentang haiwan ini.
Matlumat-matlumat penting perihal haiwan ini yang telah disampaikan oleh
rakan sekerja Penjaga berpengalaman iaitu Saudara Nasir ( telah bersara ) dan Saudara Hamdan
kepada saya yang cukup bermanafaat kepada kita semua untuk dikongsikan bersama. Maklumat ini diharap, boleh
dijadikan timbang tara yang dapat memberi sedikit peluang untuk
melambatkan proses penghapusan spesis Harimau Belang-Panthera tigris
malaya dimukabumi Malaysia.
Pengenalan Jantina
1. Bagi individu yang telah matang bentuk saiz tubuhnya adalah lebih besar jika di ia berada bersebelahan antara sama lain.
2. Pada musim mengawan jantina jantan akan sentiasa menaik tinggikan ekornya keatas.
3. Dibahagian kiri dan kanan leher Harimau Belang~Panthera tigris malaya jantan tumbuh bulu kulit yang lebat & tebal seperti bulu kulit seekor Singa.
4. Riak kebetinaan atau kejantanan akan kita nampak terpancar pada wajah muka seseekor harimau.
5. Harimau Belang -Panthera tigris malaya jantan akan memancutkan air kencingnya pada bahagian atas disesuatu tempat sebagai pengenalan kawalan persempadanannya. Manakala Harimau Belang-Panthera tigris malaya betina pula memancutkan air kencingnya dibahagian bawah.
Sesekor individu Harimau Belang-Panthera tigris malaya betina berupaya
melahirkan sebanyak 4 ekor anak pada satu-satu masa tempoh bunting.
Tetapi pada kebiasaannya antara seekor atau 2 ekor sahaja. Tempoh buntingnya pula adalah pendek iaitu antara 90 ke 100 hari sahaja. Anak-anaknya
akan mengekori ibunya sehingga tempoh lebih kurang 2 ke 3 tahun sebelum
pergi membawa haluan masing-masing. Ketika tempoh penjagaan anak-anak,
ibunya itu sungguh sensitif dan agrasif melindungi anak-anaknya. Lagikan
ibu ayam berani menyerang manusia ketika anaknya diganggu, inikan pula
Harimau Belang~Panthera tigris malaya.
Musim mengawan Harimau Belang~Panthera tigris malaya yang berlaku sepanjang tahun , tempoh buntingnya yang pendek serta keupayaan melahirkan anak dalam bilangan yang lebih daripada satu dilihat sebagai peluang Sang Raja Rimba ini mampu bertahan daripada kepupusan dalam jangka masa terdekat ini. Dengan syarat habitat asalnya usah diterokai dan diganggu-ganggu lagi oleh mana-mana pihak samada syarikat konsesi balak, perladangan mahupun perlombongan.
Kalau benar organ haiwan ini berupaya menyembuh pelbagai penyakit yang ditanggung oleh manusia sehinggakan nilai dipasaran gelap boleh mencecah puluhan ribu ringgit, mengapa tidak diternak sahaja Harimau Belang~Panthera tigris malaya sepertimana usaha penternakan Ladang Buaya.
Daripada bukti yang diperolehi , memang telah ada usaha sepertimana saya cadangankan itu, namum projek ini dilihat seperti telah terhenti agak lama, mungkin buat sementara mungkin kekurangan dana peruntukkan. Jikalau projek ini diteruskan banyak faedah kepada negara dalam bidang pemuliharaan, perlancongan pemburuan halal, perdagangan organ, dan kajian pendidikan yang mana pihak Universiti tempatan mendapat manafaat.
Harimau Belang~Panthera tigris malaya mempunyai deria hidu yang cekap dan ia gemar
kepada bau-bauan yang wangi. Ia sangat teruja untuk mengetahui akan bau-bauan wangi yang dihidunya dari mana datangnya. Ujian-ujian yang dijalankan telah berjaya membuktikan
bahawa ia memang suka akan benda yang bau-bauan wangi. Maklumat ini perlu diketahui oleh pengemar aktiviti riadah memasuki hutan, supaya tidak menggenakan wangian pada badan. Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil berat demi keselamatan dirinya dan ahli kumpulan.
Keupayaan dan kekuatan Harimau Belang~Panthera tigris malaya tidak perlu
dipertikaikan , memang selayaknya ia bergelar Raja Rimba. Riak wajahnya
terpancar sinar kebengisan dan kegarangan, membuatkan setiap naluri
melihatnya akan menjadi gerun dan kecut. Penampilan tanda-tanda luaran itu semua,
bukanlah satu muslihat untuk mengertak musuh tetapi itu adalah
tanda-tanda kekuatan sebenar yang memang ada pada Harimau
Belang-Panthera tigris malaya.
Bandingan tenaga kuat & kudrat boleh diumpamakan seperti seorang dewasa yang sedang marah menyerang , berkelahi
dan bergumpal dengan seorang kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun. Dimana
kanak-kanak itu langsung tiada upaya dan peluang untuk mempertahankan
dirinya. Itulah ibaratnya antara kekuatan manusia dengan Harimau
Belang~Panthera tigris malaya.
Oleh kerana ramai orang tidak pernah berhadapan secara dekat dengan Harimau Belang-Panthera tigris malaya maka mereka tidak tahu akan kehebatan senjata misteri yang dimiliki oleh Raja Rimba ini. Kekuatan senjata misteri ini merupakan mukadimah kepada berbagai senjata fizikal yang dimilikinya. Senjata misteri yang saya maksudkan itu ialah bunyi deruman suara dikeluarkan dari kekaknya dalam bentuk sergahan . Sergahan yang dilakukan secara tiba-tiba dan kuat akan membuatkan manusia malang itu menjadi panik dan kecut pucat lesi tidak bermaya. Inilah senjata misteri yang diperhatikan.
Keupayaan manusia untuk mengalahkan haiwan ini memang cukup terbatas, hanya dengan senjata api dan jerat sahaja yang mampu menundukkan Harimau Belang~Panthera tigris malaya. Selain daripada itu memang manusia tidak berpeluang langsung untuk bertarung dengannya melainkan mendapat belas kasih Allah untuk terus hidup. WASALAM.
Maklumat yg sgt menarik!!
ReplyDeleteMaklumat yg sgt menarik!!
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete