Penemuan Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus Di Gua Wang Buluh, Pulau Tuba.
Akhirnya setelah membuat kunjungan kali ke 3 ke Gua Wang Buluh dalam tempoh 3 tahun sejak 2013 barulah terjawab kebenaran cadangan Cikgu saya, Saudara Mike Chong. Ketika kunjungan pertama ke Gua Wang Buluh dahulu saya ada mengambil pecahan cengkerang kulit Siput yang dijumpai banyak bersepah dilantai Gua untuk dijadikan cenderahati.
Pada ketika itu sangkaan saya, berpendapat kulit Siput yang dijumpai didalam
Gua Wang Buluh, adalah tinggalan jutaan tahun dahulu. Tetapi beliau menafikan
pandangan saya itu dan menyatakan kawasan serpihan cengkerang kulit Siput yang pecah itu adalah kawasan Burung Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus . Menurutnya lagi longgokkan kulit-kulit Siput pecah itu merupakan lokasi burung Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus memecahkan cengkerang Siput untuk dimakan isinya.
Dinding Gua Wang Lebah |
Kawasan hutan yang tidak terganggu oleh sebarang aktiviti pembalakan |
Makanan kegemaran burung Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus
adalah dari jenis siput-siput yang dicari-carinya ditepi-tepi sungai dan
kawasan berhampiran dengan pantai. Kemudian ia akan terbang membawa
siput ke satu tempat di dalam Gua . Saya tidak pasti samada ia mengumpul Siput itu terlebih dahulu atau ia membawa dan terus menghentak-hentak
cengkerang Siput pada batu-batu untuk mengeluarkan isinya. Apa yang
pasti, burung Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus ini menjadikan Gua Wang Buluh sebagai lokasi ia makan , berehat ,bersarang dan tempat tinggalnya.
2016 |
2014 |
Kunjungan
terbaharu pada Februari yang lepas di Gua Wang Buluh, dengan secara
tidak semena-mena saya terdengar bunyi panggilan burung yang tidak
pernah saya dengar. Sahutan suara bunyi itu seakan-akan bunyi Murai
Kampong, bersahut-sahut pendek kemudian berhenti dan bersambung semula.
Saya mengikuti sahaja ke arah bunyi sahutan burung yang asing pada
pendengaran saya. Setelah meredah masuk 50 meter dari trek hutan,
kelihatan didalam cahaya suram seekor burung berwarna biru nila kehitaman
sedang bertenggek diatas pelepah pokok Bertam.
Longgokkan serpihan kulit cengkerang Siput |
Cengkerang Kulit Siput dijumpai didalam gua yang terletak diatas kemuncak bukit batu kapur disekitar Hutan Simpan Pulau Tuba. |
Mengekori dari belakang kemana sahaja burung itu dan membuat
rakaman-rakaman keselamatan. Untuk saya menghampirinya adalah sangat
susah kerana ia sangat pemalu kerana jarang berhadapan dengan manusia.
Keadaan yang gelap menyukarkan lagi saya membuat rakaman yang baik,
tambahan pula burung itu memilih untuk hinggap dikawasan penuh dengan
ranting-ranting kayu hutan.
Pemandangan dari mulut Gua Wang Buluh |
Dalam pemerhatian secara terus dilapangan, menunjukkan bahawa burung ini adalah dari
spesis Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus, tetapi mengapa ia tidak
mengeluarkan bunyi khas yang biasa saya dengari di Frim Kepong. Apa yang pasti burung yang dijumpai di sekitar
Gua Wang Lebah adalah dari spesis Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus tetapi mempunyai suara bunyi panggilan yang berbeza dengan yang Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus ditanah besar Semenanjung.
Kawasan sekitar didalam Gua Wang Buluh yang dingin dan suram cahayanya |
Apakah spesis burung Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus yang
berada di Pulau Tuba setelah terpisah jauh dengan keluarganya ditanah besar
Semenanjung pada satu ketika dahulu, telah terlupa meniru bunyi akan melodi suaranya yang sebenar.
Hendaknya kepada pemburung yang berpengalaman silalah berkunjung kesini bagi memastikan kebenaran hujah cadangan ini. Atau mungkin pada ketika saya mengekorinya , burung ini sedang membunyikan nada atau not-not suara yang lain yang jarang didengari oleh pemburung seperti saya.
Dengan penemuan ini maka sah lah burung Tarum Siul Biru~Myophonus caeruleus
juga boleh dijumpai di kawasan kepulauan utara Semenanjung Malaysia.
Keadaan ini membuktikan burung ini telah hidup dengan aman sentosa berkembang
biak didalam habitatnya dari masa kesemasa tanpa sebarang gangguan
kemusnahan alam semula jadi. Hendaknya berita baik seperti ini akan
terus menerus kekal. Wasalam.
moga dia terus kekal begitu
ReplyDeletePerkongsian yg baik..terima kasih
ReplyDeletePerkongsian yg baik..terima kasih
ReplyDelete