Penjagaan & Mengekalkan Keistimewaan Khazanah Gua Wang Buloh, Pulau Tuba Kedah.
Keistimewaan Gua Wang Buloh, Pulau Tuba dinegeri Kedah, adalah ia merupakan sebuah Gua yang letaknya dikemuncak kawasan hutan belentara berbukit-bukit. Hasil kajian geologi terhadap Gua Batu kapur dikawasan ini, ia telah terbentuk secara semulajadi sejak 490 juta tahun yang lalu dan menjadikan binaan semulajadi Gua yang tertua di Malaysia.
Berdasarkan galian batuan semulajadi yang masih dapat dilihat didalam
Gua Wang Buloh, kawasan ini dulunya adalah kawasan dasar laut, dimana
terdapat beberapa bonggolan Terumbu Karang. Apa yang menarik ialah masih
kelihatan kesan warna alga dan lumut berbagai warna yang masih kelihatan terlekat
pada dinding-dinding gua.
Kawasan istimewa ini merupakan khazanah
alam anugerah Allah yang telah menjadi milik kita, yang tidak ternilai
harganya. Khazanah alam ini telah diamanahkan kepada kita untuk dijagai
sebaik mungkin daripada terjejas dan kemusnahan. Pengalaman dan ilmu
yang dimiliki oleh kita haruslah digunakan untuk kita menjaga sebaik mungkin khazanah ini.
Maka hendaknya kita semua haruslah mempunyai sikap yang
bersungguh-sungguh menjaganya daripada dikorbankan oleh pihak Kapitalis
yang berserongkol dengan Ahli-ahli Politik. Ahli-ahli Politik yang
sama-sama tamak itu akan sentiasa memomokkan penduduk-penduduk tempatan
yang Lemah Daya Fikiran supaya bersama-sama mereka untuk mendapat hasil kekayaan
daripada galian didalam Gua-gua. Berwaspadalah sentiasa akan momokkan
tipu daya
dan helah puak Kapitalis Ahli Perniagaan dan Ahli-ahli Politik ini.
Bukti
nyata telah banyak berlaku kepada kawasan Gua Batu Kapur yang telah
banyak musnah didalam negara kita ini. Dan ia berlaku secara
berulang-ulang kali sepanjang 58 tahun negara ini dibangunkan. Tidak
perlulah kita nyatakan satu
persatu Gua-gua Batu kapur yang telah musnah, kerana ia akan menambah
luka bisa kepada hati-hati kita yang cinta dan sayangkan khazanah Alam
Semulajadi negara ini.
Kelihatan batuan yang keras telah terpatah sehingga mencacatkan pemandangan bentuk semulajadi didalam Gua Wang Buloh. |
Pastikan
kawasan ini kekal dan terjaga dengan pengurusan yang sesempurna
mungkin. Bebaskan kawasan ini daripada segala macam aktiviti yang
berkemungkinan akan menjejaskan struktur muka bentuk binaan galian
didalam gua ini. Samada aktiviti sukan lasak, aktiviti keagamaan, kegiatan tidak bermoral, pertapaan mahupun upacara pemujaan.
Pancaran dan pantulan cahaya matahari yang masuk melalui mulut-mulut gua pada ketika itu menghasilkan seperti ini. |
Kepada
pakar-pakar Gua Tempatan dianjurkan supaya memberi penyebaran ilmu pengetahuan
secara kerap kepada khalayak tentang tata cara dan adab ketika membuat lawatan masuk kedalam
Gua. Supaya setiap pengunjung tempatan akan selalu bermotovasi tinggi ingin sentiasa
menjaga alam sekitar ketika berada didalam gua.
Dalam waktu yang sama pancaran cahaya yang memantul pada lumut serta alga melekat didinding-dinding binaan semulajadi gua menghasilkan warna-warna menarik yang pelbagai. |
Binaan secara semulajadi yang membentuk seperti kepala seekor Ular. |
Bahagian Gua bentuk seperti mehrab didalam masjid. |
Janganlah sesekali ada pengunjung melakukan kerja-kerja contengan
atau ukiran vadalism kepada dinding Gua sebagai tanda, kononnya mereka pernah sampai
ke Gua Wang Buloh. Perbuatan ini adalah mengambarkan tahap pemikiran yang mengaibkan. Pengunjung seperti ini adalah sangat tidak dialu-alukan untuk berkunjung kedalam mana-mana Gua.
Sebahagian permukaan Terumbu Karang yang telah terhaus kesan pijakan tapak kaki atau diduduki oleh punggung penggunjung. |
Kelihatan warna kebiru-biruan yang masih kelihatan dipermukaan terumbu karang ini. |
Warna warna menarik hasil gabungan alga, lumut, karat air dengan pantulan cahaya dibantu sedikit teknik rakaman. |
Lapisan debu yang menutupi permukaan terumbu karang. |
Bonggolan Terumbu Karang yang masih kekal kukuh dilantai Gua Wang Buloh, malangnaya terdapat kesan-kesan hakisan hasil dipijak oleh kaki. |
Lawatan
terbaharu pada Febuari 2016 ke Gua ini memberi dukacita , kerana saya
telah mengesan sedikit kerosakan kepada bentuk-bentuk batu galian
didalam Gua dan peninggalan bonggolan terumbu karang didalam Gua Wang
Buloh ini .
1.
Beberapa permukaan Bonggulan Terumbu Batu Karang kelihatan sudah
terhakis haus akibat dari kesan pijakkan tapak kasut penggunjung atau kesan diduduki dengan punggung manusia.
2. Terdapat serpihan stalatit yang telah patah yang tidak dapat dipastikan apa sebab dan puncanya ia patah dan jatuh jatuh ke lantai Gua.
Pantulan cahaya matahari pada ketika rakaman itu yang bergabung dengan lumut serta alga yang terlekat pada dinding gua mengeluarkan warna cahaya yang menarik. |
Batuan seolah-olah berbentuk manusia sedang berdiri sambil menadah tangan sambil berdoa dihadapan mulut Gua Wang Buloh. |
Kenyataan Seni Rakaman.
Imej-imej
rakaman yang dipaparkan ini adalah hasil daripada:-
A.
Sedikit teknik seni rakaman dengan bantuan cahaya-cahaya pantulan
semulajadi yang ada didalam gua pada ketika rakaman dilakukan.
Pandangan hutan belentara yang menghijau yang dapat dilihat dari muka Gua Wang Buloh. |
B. Ketepatan pemilihan sudut demi mendapatkan pencahayaan pantulan pada
dinding yang bergabung dengan warna-warna pada dinding gua yang berbagai
warna hasil kesan warna lumut, warna Alga, warna karat air, warna najis
kelawar dan burung .
Serpihan batuan galian stalitiat yang telah pecah. |
C. Warna rakaman ini juga telah ditingkatkan 20 peratus daripada warna asal didalam gua, bertujuan memberi sedikit gambaran keadaan asal Gua Wang Buloh pada suatu ketika dahulu.
Jesteru itu, permandangan mata kepala ketika berada di dalam Gua adalah tidak sama sekali dengan permandangan yang dilihat didalam imej. Wasalam.
No comments:
Post a Comment