Thursday, 31 March 2016

Mencabar Cahaya


Spesies : Sambar Belakang-hijau~Ficedula elisae ( Pra-matang Atau Penyalinan Buluhias )


Menghadkan jumlah ISO 250 dan mencabar cahaya yang ada dilokasi tempat burung  bertenggek, satu permainan ini menyeronokkan. Sambil kita membuat pemerhatian terhadap perangai dan kelakuannya didalam habitat semulajadi. Jikalau kita bersendirian , hubungan antara kita dengan burung seperti ada satu talian permaufakatan kerjasama yang tulen. 

300 mm Tanpa Tripod 1/40 F 4 ISO 250
Tidak perlulah kita memperkenalkan dan mempromosi budaya " Rasuah "  kepada burung itu semata-mata untuk kedua belah pihak berharap balasan mendapat habuan " Mudah " masing-masing. Burung mudah mendapat makan , manakala kita pula mendapat habuan " Mudah ". Mudah dari segala macam sudut  dalam bidang merakam imej burung.


300 mm Tanpa Tripod 1/50 F 6.3 ISO 250
300 mm Tanpa Tripod 1/60 F 7.1 ISO 250
Apa yang perlu dilakukan cuma berniat dalam hati tentang hasrat kita dan sampaikan hasrat itu kepada " NYA " sambil  bermodalkan bersikap hati berbaik sangka kepada burung. Kebiasaannya hasrat kita itu akan diterima oleh burung melalui hubungan halimunan tanpa bahasa dan tanpa suara.  

( Saya tidak menuduh atau mengatakan jurufoto yang tidak mengunakan kaedah seperti ini adalah orang yang buruk dan jahat  sangka. Ini tidak ada kaitan langsung dalam hal ini.)

300 mm Tanpa Tripod 1/60 F 7.1 ISO 250
Jikalau tidak berjaya tidak mengapa, mungkin seni gerak laku dan kesopanan kita tidak sesuai dengan spesies burung tersebut pada ketika itu. Jangan mudah berputih mata dan ralat keatas kegagalan kita mencari seni gerak santun ketika  berhadapan dengan burung. Masing-masing akan mempunyai Seni gerak santunnya yang tersendiri. Belajar dan cuba lagi dilain kali. 
 

300 mm Tanpa Tripod 1/30 F 7.1 ISO 250
Pengalaman pada kali ini, Burung Sambar Belakang-hijau~Ficedula elisae ( Pra-matang atau proses penyalinan buluhias )  membenarkan saya menghampirinya ketika dia sibuk mencari makanan. Ia bertenggek dibawah daun sambil memerhatikan sekelilingnya kalau-kalau terlihat serangga. Jikalau terlihat olehnya serangga ia akan terbang menyambar makanannya itu. Dalam pemerhatian-pemerhatian yang terdahulu spesies ini lebih cenderung menjadikan buah-buah bersaiz kecil sebagai dietnya. 


300 mm Tanpa Tripod 1/30 F 7.1 ISO 250
Keadaan seperti ini memberi sukar kepada saya untuk membuat rakaman kerana cahaya suram yang sedia ada telah terkurang akibat dilindungi oleh daun-daun. Maka mencabar cahaya seperti ini membuatkan kita bersaing untuk mendapatkan rakaman yang sehabis baik dengan berbekalkan apa yang kita ada. Namun begitu,  keadaan ketika burung sedang diam memerhatikan arah makanannya banyak membantu saya untuk mendapatkan rakaman.

300 mm Tanpa Tripod 1/50 F 4 ISO 250
Kadang-kadang didalam hati tertanya-tanya juga, bagaimanakah agaknya hasil rakaman sekiranya saya menggunakan Tripot dan Alat merakam "Remote Control ". Dengan formula F 12, Shutter Speed 3 ke 4 saat dan ISO 100. Agaknya imej akan menjadi suram sama dengan habitat ia dijumpai, perincian warna buluhias jelas kelihatan dan ia seperti berkaca-kaca. Wasalam.

No comments:

Post a Comment