Thursday, 31 March 2016

Senarai Burung Yang Dijumpai Ketika XPDC Burung di Gunung Tahan, Pahang Malaysia


Senarai Burung Yang Dijumpai Semasa XPDC Memburung di Gunung Tahan, Pahang.

Permandangan awal pagi dari Kem Botak.


Permandangan waktu petang

Saya membaca  laporan daripada jurnal-jurnal lama ada mencatitkan bahawa H.C Robinson penulis buku berjudul The Birds of Malay Peninsular adalah orang pertama yang telah sampai di Gunung Tahan sekitar 1920an untuk membuat kajian burung. Kemudian ini diikuti pula oleh  G.C Mardoc penulis buku An Introduction of Malayan Bird ditahun 1957  untuk membuat tinjauan kepada spesies burung-burung di kawasan itu.




Selepas itu beberapa kajian telah dilakukan oleh pihak Perhilitan dan Universiti Pertanian Malaysia yang menjalankan kajian disitu. Namun begitu kaedah kajian yang dilakukan oleh mereka hanyalah dengan menggunakan kaedah Mist Netting sahaja. Tidak dengan kaedah melihat, mendengar dan merakam imej apa-apa spesis burung yang berada di situ.





Cita-cita untuk memburung di Gunung Tahan tercetus apabila Guru saya Saudara Mike Chong memberitahu sepanjang pengetahuannya belum ada Pemburung tempatan di Malaysia yang melakukan usaha seperti ini secara persendirian. Hal demikian terjadi bukan disebabkan oleh faktor kewangan atau masa, tetapi seseorang pemburung itu harus mempunyai tahap kesihatan yang cemerlang, lasak dan stamina yang sangat baik untuk membawa peralatan yang berat mendaki ke Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia setinggi 2178 meter.



Tambahan pula pemburung itu haruslah  bergantung harap sepenuhnya pada nasib dan cuaca untuk melihat dan merakam  imej spesis burung yang pernah  dilaporan dahulu, boleh dijumpai disini. Seperti Perincat Coklat~Pyrrhula nipalinsis ~ Brown Bullfinch, Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti~Hill Prinia, Kuang Raya-berjambul~Rheinardia ocellata dan Belatuk Kepala-kelabu~Picus canus. Grey headed Woodpecker.


Sebagai Penulis Buku Burung, saya amat teruja sangat untuk melihat sendiri dengan mata kepala spesis-spesis burung tersebut. Maka gerak usaha ini telah dimula rancang sejak awal tahun 2015 lagi bersama-sama  Saudara Mike Chong.  XPDC bermula  pada 14 Mac 2016 dan berakhir 19 Mac 2016.







Senarai Burung Yang di Jumpai Di Kawasan Puncak Gunung Tahan Pada Ketinggian 2,187 meter

Bazad Madu-timur~Pernis ptilorhyncus

1.Bazad Madu-timur~Pernis ptilorhyncus 

3 ekor burung sedang terbang secara berturutan mengekori antara satu dengan yang lain, dipercayai dalam perjalanan penerbang hijrah mereka. Burung-burung itu terbang pada tahap ketinggian 3,000 meter jika dianggarkan kedudukan puncak tempat kita berdiri memerhatikan burung itu terbang.

Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti


2. Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti

Spesis ini berkeliaran dalam reba pokok-pokok renek bonsai yang memenuhi kawasan lapang landai yang berbukit bukau. Kicauannya dapat didengari dari dalam celah-celah pokok, memanggil sahut menyahut antara satu sama lain. Kebiasaannya pada awal waktu pagi dan pertengahan waktu petang.Untuk julang kalinya di Malaysia, imej burung ini telah berjaya dirakam dalam keadaan bebas liar dihabitatnya. Dimana sebelum ini, imej burung ini tidak pernah dilihat oleh peminat burung di Malaysia.

 
3. Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela

Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela

2 individu burung membuat lintasan secara berpusing-pusing diruang angkasa sambil menyahut-yahut panggilan suaranya dikawasan Gunung Tahan .

4.Helang Hitam~Ictinaetus malayensis

Helang Hitam~Ictinaetus malayensis


Melintas diruang angkasa Gunung Tahan. Peristiwa itu disaksikan berlaku ketika berada dikemuncak Gunung Tahan dan pada hari berikutnya pada waktu petang individu burung berpusing disekitar kawasan pertengahan Kem Botak.



Helang Hitam~Ictinaetus malayensis

5.Minla Ekor-badam~Minla strigula  

Minla Ekor-badam~Minla strigula

Mudah dilihat dikawasan sekitar puncak Gunung Tahan secara berpasang-pasangan mencari makan sambil berkicau-kicau.

6.Jerijit Suria Leher-hitam~Aethopyga saturata

Jerijit Suria Leher-hitam~Aethopyga saturata

Beberapa ekor spesis burung ini dilihat dikawasan puncak gunung menyedut nektar bunga-bunga serta bunga tumbuhan orkid liar yang pada ketika ini sedang berbunga mekar berkembang.Penemuan spesis ini disekitar kemuncak Gunung Tahan merupakan perkara baharu dalam bidang ilmu pemburungan. Didalam buku Birds of South East Asia Oleh Craig Robson di muka surat 274 menyatakan spesis ini ditemui pada ketinggian 200 meter hingga 1,700 meter dari paras laut sahaja.



Namun begitu maklumat penemuan baharu yang ditemui dalam XPDC ini membuktikan sebaliknya. Dengan penemuan burung ini dikawasan ketinggian 2,178 meter, maka fakta dan matlumat didalam buku tersebut wajar diperbaharui dan dikemaskini semula.  
 
7.Perincit Gunung~Orthotomus cuculatus

Perincit Gunung~Orthotomus cuculatus

Walaupun tidak berkesempatan melihat spesis ini namun suara panggilannya bernyanyi mendayu-dayu mudah dikenali yang berada didalam tumbuhan rimbunan pohon bonsai. Boleh dikatakan suara panggilan dapat didengari lebih kerap daripada panggilan suara Minla Ekor-badam~Minla strigula dan Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti



8.Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma

Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma

Penemuan spesis ini dikemuncak Gunung Tahan pada ketinggian 2,187 meter adalah perkara yang baharu dalam bidang ilmu pemburungan. Sepertimana yang kita maklumi, kebiasaan spesis burung Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma dijumpai dikawasan hutan tanah rendah. Didalam buku Feild Guide The Birds of South East Asia Oleh Craig Robson mencatitkan spesis burung Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma boleh dijumpai pada ketinggian antara 915 hingga ke 1525 m sahaja.

Walaubangaimana pun dengan penemuan burung ini di puncak Gunung Tahan pada ketinggian 2187 m, telah menjawab kebenaran dan kesahihan falsafah ilmu burung saya yang diyakini sejak awal memburung dahulu. Ia itu burung adalah bebas merdeka untuk terbang kemana-mana sahaja yang ia kehendaki asalkan ditempat dan kawasan itu menjamin keselamatan, pemilihan makanan yang banyak dan tidak putus.

Pada hemat saya, perkara ini berlaku kerana tidak ada pengkaji burung terdahulu yang melakukan kekerapan kajian dikawasan tanah pergunungan. Perkara ini berlaku kerana memerlukan modal yang tinggi , peruntukkan masa yang panjang dan kesukaran untuk mendaki dikawasan tersebut. Memang masih belum ada pengkaji burung yang membuat kajian di kawasan Pergunungan Korbo, Yong Yap, Yong Belar, Gunung Benum dan lain-lainnya. Andaikata kekerapan kajian dilakukan dikawasan ini, saya menjangkakan lebih banyak maklumat-maklumat terbaharu akan kita temui.


9.Sualo Jelapang~Hirundo rustica

Sualo Jelapang~Hirundo rustica

10.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica

 
Terdapat beberapa kumpulan burung Sualo Jelapang~Hirundo rustica, dan Sualo Pacifik~Hirundo tahitica terbang tinggi dengan pantas membelah awan angkasa puncak gunung Tahan. Dalam pemerhatian tersebut burung ini melakukan aktiviti menyambar serangga-serangga halus yang dipercayai banyak terapung-apung disekitar udara disini. Berdasarkan ruang angkasa burung ini berlegar, kedua spesis burung ini mampu terbang tinggi melebihi 2,000 meter. Saya anggarkan dari tempat pemerhatian ketinggiannya diantara 2,500 ke 3,000 meter. Serangga dari jenis apakah yang dimakannya yang ada banyak diruang angkasa, tidak dapat dipastikan. Apa yang menakjupkan ialah kelebihan sepasang mata spesis yang dimiliki oleh burung ini berupaya melihat serangga yang halus berterbangan diangkasa seterusnya menyambar menggunakan paruh.


11.Walit perut -bersisik~Apus pacificus

Walit perut -bersisik~Apus pacificus

Kelihatan 4 hingga 6 burung Walit perut -bersisik~Apus pacificus berterbangan pantas diruang udara kemuncak Gunung Tahan sambil menyambar makanannya .

Walit perut -bersisik~Apus pacificus

Walit perut -bersisik~Apus pacificus

12.Cekup Daun-Gunung~Phylloscopus trivirgatus 


Cekup Daun-Gunung~Phylloscopus trivirgatus


Cekup Daun-Gunung~Phylloscopus trivirgatus

Burung ini dijumpai disekitar kawasan lapang dikemuncak Gunung Tahan yang sedang leka bernyanyi-nyanyi didalam pokok renek sesekali menjengokkan dirinya pada celah-celah daunan.

13. Menjumpai bulu burung yang tidak dikenal pasti bertaburan diatas tanah.


Tidak dapat dipastikan milik buluhias burung yang bertaburan diatas tanah,  dari spesies yang mana satu. ? Tetapi pada kebiasaannya ada lagi burung pemangsa telah mengendap dan menyerang burung-burung kecil yang berkeliaran disekitar kawasan puncak. Yang pastinya ada lagi spesies Burung Pemangsa yang tidak dapat dikenal pasti.



Senarai Burung Dijumpai Ketika Dalam Perjalanan Mendaki dan Menurun Gunung Tahan . 
Dari 14 Mac Hingga 20 Mac 2015.

Nama Tempatan 

1.Bazad Madu-timur~Pernis ptilorhyncus

2.Beberek Jambang-merah~Nyctyornis amictus
3.Beberek Ekor-biru~Merop philippinus

4.Belatuk Kecil Tengkuk-kuning~ Picus flavinuca


But-but Kaki-pendek~Centropus amictus ini

5.But-but Kaki-pendek~Centropus amictus

6.Burung Tukang Ekor-besar~Caprimulgus macrurus

7.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati
8.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon


9.Cecawi Besar Ekor-bercabang~Dicrurus paradiseus
10.Cecawi kecil Ekor-bercabang~Dicrurus remifer

11.Cemcili Tengkuk-badam~Enicurus ruficapillus

12.Cericap Bukit~Prinia atrogularis waterstradti


13.Ciak Dahan~Passer montanus

14.Cincilai Riang-hitam~Garrulax lugubris
15.Cincilai Riang-Kupiah-hitam~Garrulax mitratus

Cincilai Riang Melayu~Garrulax peninsulae

16.Cincilai Riang Melayu~Garrulax peninsulae

17.Ekor Jarum Tongkeng-perak~Rhaphidura leucopygialis

18.Enggang Badak~Buceros rhinoceros
19.Enggang Jambak~Beceros undulatus
20.Enggang Hitam ~Anthracoceros malayanus
21.Enggang Jambul Kelabu~Annorrhinus galeritus

22.Fulveta Coklat~Alcippe brunneicauda
23.Fulveta Gunung~Alcippe peracensis

24.Helang Ikan Kecil~ Ichthyophaga humilis

25.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela

26.Helang Hitam~Ictinaetus malayensis


27.Iora biasa~Aegithina tiphia
28.Iora Hijau~Aegithina viridissima

29.Jampuk Gunung~Otus spilocephalus

30.Kekicau Emas~Stachyris chrysaea

31.Kekicau Wren-corek~Napothera brevicaudata
32.Kekicau Wren-Kerdil~Pnoepyga pusilla

33.Kekicau Tirjup kening-putih~Pteruthius flaviscapis
34.Kekicau Tirjup Telinga-hitam~Pteruthius melanotis
                               
35.Kelopak Dahi -baldu~Sitta frontalis  
36.Kelopak Biru~Sitta azurea                      

37.Khukhu Sewah-bermisai~Hierocococcyx vagans

38.Khukhu India~Cuculus micropterus

Khukhu India~Cuculus micropterus

39.Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris

40.Lelayang sarang hitam~Collocalia maxima
41.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga

42.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis
43.Lelayang Dahan~bermisai~Hemiprocne comata

44.Malkoha Raffles~Phaenicophaeus chlorophaeus

45.Merbah Kening-tebal~Iole olivacea
46.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps
47.Merbah Jambul-hitam~Pycnonotus melanicterus
48.Merbah Abu~Hemixos flavala
49.Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus
50.Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii
51.Merbah Tengkuk-bulu panjang~Tricholestes criniger

52.Merbuk Aman~Geopelia striata
53.Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica



54.Mesia Telinga-perak~Leiothrix argentauris

55.Minla ekor-badam~Minla strigula

56.Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus
57.Minivet Dagu-kelabu~Pericrocotus solaris

58.Murai Kampong~Copsychus saularis

59.Murai Kepala-perang~Luscinia ruficeps

60.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis

61.Kelicap madu Kecil~Archnothera longirostra
62.Kelicap Madu-Corek~Arachnothera magna

63.Khukhu Tirjup kecil~Sturnus sturninus

64.Jerijit Suria Leher-hitam~Aethopyga saturata
65.Jerijit Suria Tengkuk-ungu~Hypogramma hypogrammicum

66.Gagak Rumah~Corvus splendens

67.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea

68.Palintoma Sayap-perang~Philentoma pyrhopterum
69.Palintoma dada merah mangis~Philentoma velatum


70.Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella

71.Perincit Gunung~Orthotomus cuculatus

72.Sayap Pendek-Kecil~Brachypteryxc leucophrys

73.Sambar Tirjup Sayap-hitam~Hemipus hirundinaceus

74.Sambaraja Nila~Hypothymis azurea

75.Sambar Coklat-perang~Muscicapa ferruginea
76.Sambar kening-perang~ Ficedula solitaris
77.Sambar Biru-Kerdil~Muscicapella hodgsoni 
78.Sambar Niltava Besar~Niltava grandis

79.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis

80.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis

81.Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma

82.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus


83.Sultan Tit~Melanochlora sultanea

84/Tarum Siberia~Zoothera sibirica

85.Takau Hijau~Calyptomina viridiss
86.Takau Ekor-panjang~Psarisomus dalhousiae
87.Takau Hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus


88.Takur jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus
89.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon
90.Takur Mahkota-merah~Megaliama rafflesii
91.Takur Kening -hitam~Megaliama oorti

92.Tekukur Leher-bintik~Streptopelia chinensis

93.Tengkek Biru Asia~Irina puella

94.Tirjup Rimba Besar~Tephrodornis gularis


95.Tiong Coklat ~ Acridotheres tristis
96.Tiong Jawa ~ Acridotheres  javanicus
97.Tiong Rimba ~ Acridotheres fuscus
98.Tiong Emas ~ Gracula religiosa

99.Tuwu~Eudynamys scolopacea

100.Walit perut -bersisik~Apus pacificus

101.Walit Rumah~Apus affinis

102.Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca

103.Cekup Daun-Gunung~Phylloscopus trivirgatus 



Pendakian pergi balik dengan membawa beban peralatan yang berat itu mengambil  masa selama 6 hari. Sepanjang perjalanan tidak berlaku apa-apa sebarang masalah, melainkan menghadapi kekurangan air ketika berada ditapak kem kerana musim kering. Perkara ini pun telah dijangka sejak awal lagi. Namun begitu pemilihan waktu dimusim kering ini telah  membantu melancarkan perjalanan pendakian dan memudahkan melakukan  aktiviti melihat dan merakam imej burung. Wasalam.



2 comments:

  1. Terima kasih atas gambar2 yg sungguh cantik dan professional!

    ReplyDelete
  2. Sebelum ni dah ada shoot gambar Hill Prinia tu

    ReplyDelete