Thursday 30 July 2020

Koleksi Seni Rakaman Pelbagai Jenis & Bentuk Cendawan Liar Di Malaysia.




Koleksi Seni Rakaman Pelbagai Jenis & Bentuk Cendawan Liar Di Malaysia.

Saya diberi peluang menjumpai  65 spesis Cendawan Liar daripada 4,000 spesies yang ada di Malaysia. Cendawan Liar yang dijumpai ketika sedang melakukan aktiviti memburung didalam hutan dan ada kalanya menjumpainya ketika sedang berkayuh basikal. Malangnya, atas kemalasan, kelemahan diri sendiri banyak jenis Cendawan Liar yang dijumpai itu, saya tidak tahu akan nama-namanya. Samada nama Rasmi Cendawan Liar"Common Names", nama saintifik. Apatah lagi dengan nama Cendawan Liar dalam bahasa Melayu Kebangsaan. Saya mengaku tidak bersungguh-sungguh mencari, tentang dimanakah boleh saya buat rujukan ilmiah rasmi berkenaan tajuk Cendawan Liar Tempatan. Samada daripada Buku Cendawan Liar Di Malaysia, atau gedung ilmu di Universiti-universiti tempatan. Atau mungkin daripada pakar-pakar Cendawan liar tempatan.

Saya yakin setelah negara Malaysia merdeka selama 62 tahun sudah tentu ada pakar tempatan cendawan liar telah membuat senarai penuh Cendawan Liar di Malaysia. Merujuk daripada bacaan yang dikeluarkan oleh FRIM jumlah Cendawan Liar di Malaysia adalah sebanyak 4,000 spesis. Mungkin telah didokumenkan dengan lengkap serta tepat susunan keluarga, termasuk dengan nama-nama saintifiknya dan juga nama Cendawan Liar dalam bahasa kebangsaan.

Melalui pengalaman terjumpa cendawan liar adalah dari berbagai jenis saiz, bentuk dan warna. Cendawan liar ada yang bentuk seperti Tiram, Payung , Guli, Piring, Mangkuk, Penumbuk, Jala, Rumput, Ubi dan Daun. Malah ada juga bentuk aneh yang tidak pernak saya lihat sebelum itu. Cendawan Liar dijumpai ada diatas tanah, ada yang tumbuh melekat di tunggul kayu hidup dan kayu mati. Tidak kurang juga yang terlekat pada lumut dan dahan pokok. Warnanya juga berbagai-bagai. Jikalau kita lihat dengan mata kepala dilapangan Cendawan Liar yang bersaiz kecil, ia kelihatan seperti tidak menarik. Ia menjadi sebagai pandangan biasa-biasa sahaja. Namun jika imej Cendawan liar itu di besarkan, maka pada hemat saya akan ada ternampak seni kecantikannya yang tersendiri.

Sekiranya kita mencarinya ia tidak jumpai. Tetapi jika tidak dicari, maka kita akan terjumpa pulak. Maka pada masa itu, atas kita sajalah yang akan membuat keputusan samada hendak menghabiskan masa membuat rakaman atau pun tidak. Kerana pada ketika itu kita mungkin sedang memberi tumpuan kepada subjek yang lain. Kadang-kadang waktu dijumpainya itu  tidak sesuai.

Mujur cendawan liar boleh menunggu kita, untuk datang mengulang semula ditempat ia  dijumpai.  Hidup subur dikawasan yang mempunyai kelembaban yang tidak begitu terdedah kepada cahaya panas terik matahari. Dibawah ini saya berbesar hati ingin kongsikan kepada khalayak yang berminat untuk melihat cendawan liar yang hidup tumbuh di Malaysia. 

No: 1
Earliella scabrosa





No 2






No: 3




No: 4




No:5




No:6




No:7
Tomophagus colossus






No: 8





No: 9




No: 10






No:11



No: 12



No: 13
Genus Rigidoporus






No: 14




No:15






No:16
Cinnabar Bracket-Trametes sanguinea











No: 17





No: 18



No:19
Poromycena manupularis



No: 20





No: 21







No: 22
Common Ink Cap-Coprinopsis atramentaria







No: 23



No: 24
Microporus xanthopus




No: 25




No: 26




No: 27







No: 28




No: 29
Bristly Tropical Cup-Cookeina tricholoma


















No: 30
Cookeina specio






No: 31



No: 32






No: 33







No: 34
Cystoagaricus trisulphurat




No: 35
Bridal Veil Mushroom-Phallus indusiatus








No: 36
Meadow Puffball-Lycoperdon pratense





No: 37





No: 38
 




No:39






No: 40


















No: 41
Wine-colored Agaricus-Agaricus subrutilescens


























No: 42








No: 43





No: 44
Fan shape Jelly Fungus-Dacryopinax spathularia



No: 45





No: 46
Genus Aleuria






No: 47



 


No: 48










No:49






No: 50




No: 51




No: 52









No:53
Brain Puffball-Calvatia craniiformis




No:54
Purple-spored Puffball-Clavatia cyathiformis






No: 55






No: 56





No: 57




No:58











No:59





No: 60





No:61



No:62






No:63













No: 64






No: 65










Sehingga ke hari ini 3 Ogos 2020 saya telah menjumpai 65 spesis  cendawan liar yang di Malaysia . Dengan izin Tuhan jumlahnya akan bertambah meningkat dari masa kesemasa dimasa akan  datang. Tentunya  imejnya nanti akan dikongsikan untuk tatapan khalayak. Wasallam..



No comments:

Post a Comment